Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Penuntut IPTS meninggal dunia akibat demam denggi Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT Penuntut IPTS meninggal dunia akibat demam denggi KUALA LUMPUR - Seorang penuntut perempuan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini meninggal dunia di hospital Ampang akibat demam denggi. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abd Rahman berkata penuntut berusia 22 tahun itu dimasukkan ke hospital Ampang pada 24 Sept setelah lima hari deman, dan dua kali mendapatkan rawatan di klinik swasta. "Namun, sehari selepas dimasukkan ke hospital pelajar itu meninggal dunia akibat sindrom kejutan denggi" katanya dalam kenyataan, hari ini. Dr Hasan berkata hasil pemeriksaan pegawai kesihatan menemui dua tempat pembiakan Aedes di kediaman pesakit berkenaan iaitu dalam besen dan pam tandas. Selain itu sebanyak enam tempat pembiakan nyamuk Aedes turut ditemui di Dari segi pemantauan, Dr Hasan berkata sejumlah 316 kes demam denggi dan satu kematian dilaporkan pada minggu pertama bulan Oktober ini, iaitu menurun 8 kes berbanding 324 kes dengan satu kematian pada minggu sebelumnya. "Terdapat tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu lepas iaitu 10 kes di Pulau Pinang, Kedah (lima kes), Terengganu dan Pahang (masing-masing empat kes), Negeri Sembilan (dua kes) dan masing-masing satu kes di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya. - Bernama |
Polis sahkan bukan sentimen perkauman Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT Polis sahkan bukan sentimen perkauman SEREMBAN - Polis mengesahkan kebakaran pada stor Surau Taman Kemuning di Senawang dekat sini, malam Selasa lalu, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan budak-budak nakal. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman atau perbuatan sabotaj. – SH MNS/Sarinah Mat Kassim |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan