Khamis, 13 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Penuntut IPTS meninggal dunia akibat demam denggi

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penuntut IPTS meninggal dunia akibat demam denggi

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut perempuan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini meninggal dunia di hospital Ampang akibat demam denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abd Rahman berkata penuntut berusia 22 tahun itu dimasukkan ke hospital Ampang pada 24 Sept setelah lima hari deman, dan dua kali mendapatkan rawatan di klinik swasta.

"Namun, sehari selepas dimasukkan ke hospital pelajar itu meninggal dunia akibat sindrom kejutan denggi" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Hasan berkata hasil pemeriksaan pegawai kesihatan menemui dua tempat pembiakan Aedes di kediaman pesakit berkenaan iaitu dalam besen dan pam tandas.

Selain itu sebanyak enam tempat pembiakan nyamuk Aedes turut ditemui di
sebuah kawasan pembinaan yang terletak berhampiran universiti, tempat pesakit
itu belajar.

Dari segi pemantauan, Dr Hasan berkata sejumlah 316 kes demam denggi dan satu kematian dilaporkan pada minggu pertama bulan Oktober ini, iaitu menurun 8 kes berbanding 324 kes dengan satu kematian pada minggu sebelumnya.

"Terdapat tujuh negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu lepas iaitu 10 kes di Pulau Pinang, Kedah (lima kes), Terengganu dan Pahang (masing-masing empat kes), Negeri Sembilan (dua kes) dan masing-masing satu kes di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Polis sahkan bukan sentimen perkauman

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Polis sahkan bukan sentimen perkauman

SEREMBAN - Polis mengesahkan kebakaran pada stor Surau Taman Kemuning di Senawang dekat sini, malam Selasa lalu, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan budak-budak nakal.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman atau perbuatan sabotaj. – SH MNS/Sarinah Mat Kassim

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved