Ahad, 18 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pokok kelapa timpa rumah

Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pokok kelapa timpa rumah JENGKA –"Lebih 30 tahun menetap di tanah rancangan Jengka 16, kejadian ribut ini adalah tragedi paling teruk."

Demikian luahan seorang penduduk, Sariah Mat Jaya, 61, apabila sebahagian besar atap rumahnya diterbangkan ribut petang kelmarin.

Menurutnya, tambah membimbangkan apabila suaminya, Mohamed Ramli, 68, yang lumpuh sejak enam tahun lalu berada di dalam bilik ketika kejadian itu berlaku.

"Saya bersama dua anak berkumpul di dalam bilik ketika kejadian dan terkejut apabila mendapati hampir separuh atap hilang dipukul ribut, namun bersyukur kerana tiada sesiapa cedera," katanya.

Terkejut katil ditimpa dinding rumah

Seorang warga emas terselamat apabila dinding rumahnya runtuh menimpa katil yang menjadi tempat tidurnya setiap hari berikutan ketika kejadian, dia berada di ruang tamu menunggu azan Maghrib untuk menunaikan solat.

Mohamed Abdullah, 72, yang tinggal bersendirian ketika itu terkejut apabila mendengar bunyi kuat di biliknya semasa sedang berehat menunggu masuk waktu Maghrib.

"Kira-kira jam 7 malam, hujan lebat disertai ribut ketika saya berehat di ruang tamu sebelum menunggu masuk waktu Maghrib untuk menunaikan solat.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dari arah bilik sebelum mendapati dinding rumah sudah runtuh menimpa katil, namun tetap bersyukur kerana ketika kejadian, hari masih awal dan saya masih belum masuk tidur," katanya.

Mohamed berkata, kebiasaannya dia akan masuk tidur sekitar jam 9 malam di biliknya yang kini musnah, namun dia bersyukur nyawanya masih panjang.

Pokok kelapa timpa bahagian dapur rumah

Seorang ibu dalam pantang yang turut menjadi mangsa ribut, Faizah Abd Aziz, 34, berkata, kejadian sekitar jam 7 malam itu menyebabkan bahagian dapur rumahnya rosak ditimpa pokok kelapa.

"Pada mulanya saya dan suami berada di luar rumah, apabila melihat bumbung jiran diterbangkan ribut, kami terus masuk ke dalam rumah.

"Ketika itu, anak saya masih di dalam buaian. Saya minta suami mendukung anak apabila melihat kilat, sementara saya mengangkat air yang dimasak di atas dapur," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika suaminya sedang mendukung anak, mereka terdengar bunyi kuat di bahagian atap dapur sebelum mendapati pokok kelapa tumbang menimpa rumah mereka.

"Bunyi kuat itu betul-betul di atas kepala saya dan anak yang masih di dalam pantang, namun mujurlah pokok kelapa itu ditahan dinding simen, jika tidak, mungkin ada yang tercedera," katanya.

JKKR lantik kontraktor, ganti kerosakan segera

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ismail Abd Rahman berkata, untuk bantuan awal, JKKR melantik kontraktor bagi membaik pulih kediaman penduduk terbabit.

"JKKR mendahulukan bantuan itu sebelum penduduk memperoleh bantuan berikutan bencana ini.

"Seawal pagi selepas kejadian, JKKR bersama penduduk membersihkan kawasan jalan perkampungan berikutan pokok tumbang, malah turut bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki tiang elektrik patah di kawasan dilanda ribut," katanya.

Bantuan segera RM11,000

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said melawat dan menyampaikan bantuan segera kepada seramai 47 mangsa ribut termasuk tiga mangsa yang mengalami kerosakan kritikal di kediaman mereka.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Wan Salman Wan Ismail; Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Hilmi Mohamed; Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Mustaza Omar.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved