SH |
Posted: 17 Sep 2011 05:00 PM PDT Poster palsu 'sambut' Anwar
ALOR SETAR - Beberapa poster palsu yang didakwa dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.
Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah. Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri. Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik. "Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami," katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR. "Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu," katanya. Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan