Rabu, 26 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Objek disangka bom kejutkan pemandu wanita

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Objek disangka 'bom' kejutkan pemandu wanita

KUALA LUMPUR - Seorang wanita terkejut apabila mendapati objek menyerupai sebutir bom dilekatkan pada tayar belakang kenderaan pacuan empat rodanya di Sri Hartamas di sini, hari ini.

Wanita itu, yang tidak mahu dikenali, berkata kewujudan 'bom' terbabit disedari seorang pencuci kereta ketika dia menghantar kenderaannya ke pusat mencuci kereta.

"Saya dimaklumkan mengenai `bom' itu di belakang tayar kereta selepas dimaklumkan oleh tukang cuci kereta, semasa kereta saya hendak dicuci kira-kira 12 tengah hari tadi," katanya yang segera memaklumkan penemuan itu kepada polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid mengesahkan menerima aduan mengenai perkara itu dan Unit Pengesan Bom telah dipanggil bagi membantu melakukan pemeriksaan ke atas objek itu.

"Namun siasatan yang jalankan mendapati objek yang dilekatkan di tayar kenderaan pengadu bukan bom tetapi antena," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemberian air percuma cara Selangor pulangkan keuntungan KDEB kepada rakyat

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI). Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, KDEB mendapat banyak keistimewaan dari segi pemberian sumber-sumber seperti tanah, projek pembangunan dan pemilikan saham-saham.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan Negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab. Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini.

Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat.

Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung
kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.

Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan.

Jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan dengan syarat beliau juga menunjukkan perjalanan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved