SH |
Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT Jeritan selamat mangsa
KOTA BHARU - Jeritan seorang pembantu kedai berjaya menyelamatkan 20 pelanggan sebuah kedai makan yang asyik menjamu selera tidak menyedari sebahagian daripada kedai itu terbakar.
Dalam masa sama jeritan Fauziah Mamat, 28, itu turut menyelamatkan tujuh sekeluarga yang berada di dalam rumah mereka ketika kebakaran di Kampung Cina, kira-kira jam 2.15 petang semalam yang melibatkan sebuah rumah dan dua kedai. Fauziah berkata, kejadian itu disedari apabila melihat sebahagian sebuah rumah yang bertentangan dengan tempat kerjanya terbakar. "Ketika itu saya sedang membungkus nasi pelanggan dan terkejut dengan keadaan itu, saya terus menjerit sekuat hati dan orang ramai yang menyedarinya masing-masing bertempiaran menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Sementara itu, seorang peniaga kedai makan, Tan Ai Moi, 67, berkata, dia menyedari kejadian tersebut setelah mendengar jeritan orang ramai yang berada di sekitar kedainya. "Semasa saya menyediakan minuman kepada salah seorang pelanggan, saya mendengar mereka yang berada di dalam kedai menjerit supaya keluar dari kedai kerana premis bersebelahan kami hangus dan api merebak ke kedai saya. "Semua pelanggan termasuk saya terus melarikan diri kerana mula merasa bahang daripada kebakaran tersebut," katanya. Seorang mangsa, Siti Martina Ghazali, 23, berkata, ketika kejadian dia bersama tujuh ahli keluarga yang lain berada di dalam rumah dan menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan kakaknya, Norlida 36. "Selepas itu saya terus keluar dan melihat ada wayar yang terbakar pada sebatang tiang berhampiran dengan rumah serta sebahagian kediaman kami sudah terbakar. "Saya terus menjerit menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah dan mereka terus bergegas keluar menyelamatkan diri tanpa sempat mengambil sebarang dokumen serta pakaian kerana sebahagian rumah sudah hangus," katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Wan Hassan Wan Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang dan seramai 30 anggota dari tiga balai bersama empat bomba sukarela bersama lima jentera dikejarkan ke tempat kejadian Katanya, pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran dan dalam masa sama tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan lebih RM600,000 harta benda. Menurutnya, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) juga turut memberikan bantuan kepada pihaknya dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Full content generated by Get Full RSS. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan