SH |
Kereta baru tayar botak, pemilik dipersalahkan Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT Kereta baru tayar botak, pemilik dipersalahkan
KAMUNTING – Walaupun telah beberapa kali ke pusat servis kereta, namun pemilik kereta masih dipersalahkan kerana cara pemanduan salah mengakibatkan bahagian tepi tayar haus.
|
Full content generated by Get Full RSS.Pemilik kereta, Esther Teh, 20, berkata, kereta buatan luar negara itu dibeli pada 7 Oktober 2010, pada mulanya berada dalam keadaan baik bagaimanapun, mula menunjukkan masalah dua bulan kemudian. Menurutnya, bahagian tepi tayar hadapan menjadi semakin haus dan menyebabkan pemanduan yang tidak selesa. "Atas aspek keselamatan, ibu saya telah mengambil semula kereta itu dan menghantarnya ke pusat servis untuk diperiksa memandangkan ia masih dalam tempoh jaminan," katanya. Beliau berkata, lebih 10 kali, ibunya ke pusat servis kereta namun, jawapan yang diterima sangat mengecewakan apabila cara pemanduan mereka dipersalahkan. Katanya, pihak pusat servis telah menukarkan tayar di bahagian belakang ke depan, tetapi masalah sama masih lagi berlaku. Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, apabila masalah itu masih berulang mungkin terdapat punca lain menyebabkan ia berlaku. Beliau berkata, kereta tersebut akan dihantar ke Puspakom untuk diperiksa bagi mengetahui apakah masalah sebenarnya, kemudian menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Fomca. "Kereta itu masih dalam tempoh jaminan, oleh itu, pihak pusat servis perlu bertanggungjawab mengenai masalah berkenaan dan tidak membiarkan pengguna berulang alik ke pusat servis tanpa penyelesaian," katanya. |
Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT Kereta baru tayar botak, pemilik dipersalahkan

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan