Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT Tidak gesa dagang ringgit
Bank Negara Malaysia tidak tergesa-gesa untuk biarkan ringgit didagangkan sepenuhnya di luar negara terutama semasa persekitaran kewangan global yang amat tidak menentu kini.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, memandangkan persekitaran yang sangat tidak menentu sekarang ini, tidak akan mengubah keadaan berhubung meniagakan mata wang kita di peringkat antarabangsa. Menurutnya, BNM berusaha ke arah menyediakan pra-syarat bagi mendagangkan ringgit di peringkat antarabangsa, "Tetapi pada masa ini, yang pastinya tidak akan dipertimbangkan memandangkan persekitaran kewangan dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu," katanya dalam satu temu bual dengan Bloomberg di Washington, lewat semalam. Zeti berada di sana bagi mesyuarat Bank Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Beliau berkata, bank pusat telah campur tangan dalam pasaran mata wang untuk mengawal peningkatan ringgit dengan memulihkan dan memastikan keadaan terkawal, sambil menambah bahawa itu adalah hanya motivasi bagi campur tangannya, bukannya cuba untuk mempengaruhi trend. Malaysia berjaya menghadapi tahap turun naik yang lebih tinggi dalam mata wang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini kerana sistem kewangan yang kukuh, kata beliau. Mengenai sama ada pemili-kan asing dalam sekuriti kerajaan Malaysia boleh menimbulkan risiko jika penjualan berterusan, Zeti berkata, ia akan bergantung kepada siapa pelabur berkenaan. Sementara itu, mengulas mengenai penangguhan sukuk dalam denominasi yuan oleh Khazanah Nasional Bhd, Zeti berkata, keputusan itu munasabah memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan. "Pasaran amat tidak menentu, jadi adalah wajar untuk menunggu," katanya. -Bernama |
Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT Aplikasi SmartMap diperkenal
Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan aplikasi peta berasaskan laman web, SmartMap kepada pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggabungkan peta digital TM dengan data perniagaan penting yang membolehkan pengguna melakukan analisis geo-spatial bagi menyokong proses membuat keputusan dalam perniagaan.
Aplikasi pertama di Malaysia ini telah memeterai perjanjian usaha sama dengan tiga rakan kongsi termasuk Persatuan Francais Malaysia (MFA), TM Info-Media (TMIM) dan direktori hartanah terbesar di Malaysia, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd. Timbalan Presisden Eksekutif SME TM, Azizi A. Hadi berkata, aplikasi SmartMap ini merupakan batu loncatan kepada perniagaan PKS untuk meningkatkan perniagaan menerusi ICT. "SmartMap adalah penyelesaian berasaskan web yang menggabungkan peta digital TM dengan data perniagaan penting seperti data demografik dan geografik bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan secara lebih ilmiah. "Ia memberi akses kepada taburan demografik, penilaian hartanah dan maklumat perniagaan dalam menentukan lokasi terbaik untuk memulakan perniagaan baru, perluasan perniagaan atau sasaran pasaran yang berpotensi," katanya ketika majlis pelancaran pelancaran SmartMap di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu, TM yang melaburkan kira-kira RM1 juta untuk pembangunan aplikasi ini akan menawarkan perkhidmatan talian tetap, jalur lebar perniagaan dan WiFi@Outlet menerusi usaha samanya bersama MFA. Manakala, iProperty akan membekalkan data Lokasi Tarikan (POI) dan kedudukan GPS kepada TMIM. Dalam pada itu, TM berhasrat untuk meningkatkan perolehan bagi segmen SME TM setiap tahun berbanding 20 peratus yang disumbangkan pada ketika ini. Hadir sama Pengerusi MFA, Abdul Malik Abdullah, Pengurus Operasi Perniagaan iProperty, Loh Lim Shen Yi, Ketua Pegawai Eksekutif Yellow Pages, Alfian Abu Talib dan Pengurus Besar SME TM, Mohamad Yusman Ammeran. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan