SH |
Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT Masih tunggu Kerajaan Pusat
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan menyegerakan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di negeri ini kerana memberi manfaat besar untuk pembangunan negeri.
Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, Kelantan masih menunggu pengesahan daripada Kementerian Pengangkutan berhubung hasrat tersebut. Katanya, pembinaan atau kerja menaik taraf lapangan terbang itu bukan sahaja mengembangkan industri pelancongan malah membantu kemajuan industri penerbangan itu sendiri. "Pelabur juga meminta ia dibina segera bagi memudahkan mereka dari luar negara terus ke negeri ini dan tidak perlu singgah di Kuala Lumpur. "Kalau kita perhatikan setiap tahun Sultan Kelantan menyebut dalam ucapan perasmian atau bajet Persidangan Dewan Undangan Negeri mengenai pembinaannya," katanya. Abdul Fatah berkata demikian selepas merasmikan Air Asia Travel Service Centre kendalian Al Quds Travel Sdn Bhd, di sini semalam. Turut hadir; Pengarah Urusan Al Quds, Wan Muhd Zamri Wan Salleh dan Ketua Wilayah Jualan dan Pengedaran Air Asia, William Lim. Sejak Air Asia Travel Service Centre yang julung kali diwujudkan di negeri ini berjaya mengutip jualan sebanyak RM200,000 dalam tempoh dua minggu beroperasi. Abdul Fatah berkata, Kelantan sedia memberikan kerjasama dalam merealisasikan lapangan tersebut. "Dulu nampak seperti lapangan terbang itu akan dibina segera sehingga saya terpaksa melupakan hasrat membina trek lumba di kawasan itu namun sampai sekarang tidak dilaksanakan," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan