Khamis, 20 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full content generated by Get Full RSS.

Polis bunuh 49 haiwan liar

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Polis bunuh 49 haiwan liar OHIO - Sebanyak 49 ekor haiwan liar, termasuk 18 harimau Bengal yang hampir pupus ditembak mati polis Amerika Syarikat (AS), kelmarin, selepas terlepas dari ladang seorang pemilik, tindakan yang mencetuskan kemarahan banyak pihak dan kecaman terhadap undang-undang pemilikan haiwan liar di negara itu.

Persatuan perlindungan haiwan Born Free USA berkata, individu tidak patut dibenarkan membela haiwan liar dan larangan perlu dibuat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Haiwan termasuk beruang, harimau, singa, serigala dan monyet berkeliaran di jalan raya apabila pemilik ladang, Terry Thompson, 62, membuka pintu kandang di taman haiwan miliknya, Selasa lalu, sebelum dia membunuh diri.

Menurut polis, 49 daripada 56 haiwan ditembak mati untuk melindungi penduduk dan enam lagi ditangkap semula.

Menurut Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), undang-undang pemilikan haiwan yang longgar di AS menyaksikan banyak haiwan liar dibela individu.

‘Tak dapat diselamatkan’

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Tak dapat diselamatkan' BANGKOK -Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam, menegaskan adalah mustahil untuk kerajaan melindungi Bangkok daripada banjir dan mengarahkan pintu air dibuka bagi mengalirkan air banjir ke laut melalui beberapa terusan.

Yingluck yang menggelar banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu sebagai krisis negara turut menggesa semua pihak bersatu membantu kerajaan yang sedang berhempas pulas melindungi ibu negara Thailand daripada ditenggelami air.

"Kita tidak boleh menghalang banjir itu selama-lamanya jadi kerajaan terpaksa membuka pintu air di beberapa kawasan di timur Bangkok untuk membenarkan air mengalir ke laut supaya kesannya lebih minimum," katanya kepada pemberita, semalam.

Sistem penghalang banjir termasuk benteng pasir, terusan dan terowong bawah tanah dibina di sekeliling Bangkok bagi mengelakkan pusat ekonomi Thailand itu terjejas namun banjir dilaporkan berjaya menembusi terusan di satu kawasan pusat bandar itu.

"Air banjir datang dari semua arah dan kami tidak dapat mengawalnya. Kerajaan hanya boleh memberi amaran kepada orang ramai," kata Yingluck, pemimpin yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dua bulan lalu.

Hujan lebat selama tiga bulan di Thailand menyebabkan 320 orang terbunuh sehingga kini dan menjejaskan jutaan penduduk Thailand serta memberi kesan buruk kepada ekonomi negara yang menjadi pusat pengeluaran barangan elektronik dan kereta di Asia Tenggara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bas kilang hilang kawalan

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bas kilang hilang kawalan GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang patah kaki manakala lima lagi cedera apabila bas kilang yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat dilanggar dari belakang.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, semua mangsa yang berada dalam bas terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja di Bayan Lepas dari arah Seberang Perai.

Mohd Zin berkata, semua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Katanya, kejadian berlaku ketika lampu isyarat berwarna hijau dan bas yang hilang kawalan itu bergerak laju sebelum merempuh kenderaan yang berada di hadapannya.

"Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kejadian kemalangan itu menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk dari Jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas sehingga jam 8 pagi.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Jurujual dilarikan penjenayah

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jurujual dilarikan penjenayah KUALA KANGSAR - Niat baik seorang jurujual kereta memberi peluang kepada pelanggannya memandu uji kereta yang hendak dijual bertukar mimpi ngeri apabila beliau turut dibawa lari bersama kereta berkenaan.

Mangsa, Haslan Mat Yunus, 30, dilarikan penjenayah sejauh kira-kira 200 kilometer dari Sungai Petani hingga ke Kuala Kangsar setelah ditipu seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan.

Mangsa dilarikan ketika sesi memandu uji menggunakan laluan Lebuh Raya Utara Selatan tetapi berjaya melarikan diri daripada penjenayah berkenaan di Padang Rengas.

Haslan berkata, pada jam 11.10 pagi dia didatangi seorang lelaki lingkungan 40 tahun mahu membeli kereta.

Menurutnya, dia tidak menaruh syak ketika membawa lelaki itu memandu uji kereta jenis Honda Accord warna hitam sehinggalah lelaki itu memasuki lebuh raya.

"Saya melayan lelaki itu seperti biasa dan membawa kereta ke stesen minyak untuk mengisi petrol sebanyak RM10 tetapi lelaki itu menambah lagi bayaran sebanyak RM20 kerana mengatakan ia tidak mencukupi.

"Selepas itu lelaki berkenaan tiba-tiba melencong ke lebuh raya dan saya mula sedar lelaki itu ada niat tidak baik.

"Dia juga mengugut saya supaya berdiam diri dengan menunjukkan sepucuk pistol dan gari. Pada baju yang dipakainya ada logo PDRM.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan takut sehinggalah tiba di Padang Rengas jam 2.30 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Padang Rengas di sini, semalam.

Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Sungai Petani itu, bernasib baik kerana dapat melarikan diri ketika kereta berhenti berhampiran Taman Utama, Padang Rengas, sebelum terserempak anggota polis.

"Ketika dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang untuk mengisi minyak tetapi saya takut untuk melarikan diri kerana dia bersenjata.

"Ketika tiba di Padang Rengas, saya diturunkan dan diarah untuk bertemu seorang kenalan lelaki berkenaan tetapi saya terus melarikan diri.

"Secara kebetulan, terdapat anggota polis peronda di kawasan itu dan mereka membawa saya ke balai polis berhampiran untuk membuat siasatan.

"Selepas membuat laporan, saya terpaksa menunggu majikan datang mengambil saya di sini sebelum membuat satu lagi laporan di Sungai Petani," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abd Gaffar Mohammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kes berkenaan ada dilaporkan di Balai Polis Padang Rengas tetapi kini ia di bawah siasatan Balai Polis Sungai Petani," katanya.

Lari tanpa seluar dalam

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lari tanpa seluar dalam PETALING JAYA – Seorang pelanggan lelaki sebuah pusat urut batin di SS2 dekat sini, lari lintang pukang hingga tidak sempat memakai seluar dalam ketika premis itu serbu anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Lelaki berusia 30-an itu sempat meloloskan diri bersama seorang tukang urut dengan hanya bertuala mandi selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang premis urut berkenaan.

Dalam serbuan itu, tiga premis urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi turut tidak terlepas dikenakan tindakan kerana beroperasi secara haram.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Khir Johari itu turut menyerbu dua pusat siber judi yang satu daripadanya berselindung di sebilik operasi sebuah pusat snuker berlesen di situ

Sementara itu, Ahli MBPJ Zon 8, Tony Cheong berkata, semua premis terbabit dikenakan kompaun manakala peralatan serta barangan masing-masing turut disita.

"Pihak Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ turut mengeluarkan notis supaya bahan binaan tanpa kebenaran dalam premis haram itu juga perlu diroboh segera dalam tempoh 14 hari

"Sebanyak 100 unit komputer dan unit pemproses pusat (CPU) serta peralatan seperti tilam dirampas dalam serbuan kali ini," katanya.

Kata Tony, operasi akan diadakan tiga bulan sekali selain pemantauan akan dibuat secara berterusan di kawasan itu bagi mengelak ianya dari terus popular sebagai lokasi premis haram beroperasi.

Tindakan diambil dibawa Undang Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBPJ 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kesihatan dan Kecantikan MBPJ 2007 dan Akta 133 (seksyen 71 (1) membuat binaan dalam premis tanpa izin.

MB kecewa prestasi T-Team

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

MB kecewa prestasi T-Team KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan prestasi persembahan yang dipamerkan pasukan T-Team ketika menentang Negeri Sembilan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Justeru, beliau mahu jurulatih dan barisan pemain T-Team perlu ubah sikap terhadap permai-nan mereka menjelang perlawa-nan separuh akhir kedua di Paroi nanti.

Menurutnya, dengan kekala-han 4-2 ke atas Negeri Sembilan itu bukan bermakna peluang pasukan T-Team ke peringkat akhir tertutup rapat tetapi amat tipis dan memerlukan keajaiban dalam perlawanan timbal balas Sabtu ini.

"Pada peringkat awal perlawanan, kita lihat pasukan T-Team menunjukkan persaingan yang bagus namun semangat melawan tidak ada sehinggakan Negeri Sembilan menguasai perlawanan.

"Dua gol mudah yang dijaringkan Negeri Sembilan tidak sepatutnya berlaku dan ini membuktikan barisan pertahanan, pemain tengah dan penjaga gol T-Team terlalu goyah serta mudah ditembusi pihak lawan," katanya ketika ditemui pada sidang media mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Ahmad berkata, prestasi T-Team tidak boleh dijangka kerana persembahan mereka umpama 'Yo-Yo' kerana jika sebelum ini mereka menang ketika menentang Kelantan dan Selangor.

Bagaimanapun, beliau yakin Terengganu mampu melangkah ke perlawanan akhir dengan berbekalkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor malam kelmarin.

Katanya, dengan kemenangan itu, ia memberi laluan mudah dan kelebihan kepada pasukan Terengganu untuk beraksi menentang Selangor di tempat sendiri.

Tukar kerusi hanya pandangan peribadi

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tukar kerusi hanya pandangan peribadi KUANTAN - Parti komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Indera Mahkota kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berhubung tawaran pertukaran kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO dan kerusi Parlimen Indera Mahkota diserahkan untuk ditandingi MCA.

Pengerusi BN bahagian, Datuk Mohd Hazmi Yusof berkata, Lian Ker tidak sepatutnya memberikan kenyataan media kerana sebarang urusan pertukaran kerusi perlu dilakukan di peringkat pucuk pimpinan parti.

"Namun itu pandangan peribadi beliau dan bukan mewakili parti. Sepatutnya kita kena bekerja keras selain berkhidmat untuk rakyat bagi merampas kembali kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Lagipun kenyataan beliau itu juga boleh merosakkan hubungan antara parti komponen yang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama wakil komponen BN bahagian itu di sini, semalam.

Muka depan Sinar Harian semalam menyiarkan kesediaan MCA Kuantan untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dan namun dengan syarat, kerusi lain dalam daerah itu diberikan terhadap parti itu kerana bahagian tersebut melaporkan pengundi keturunan Tiong Hua memerlukan wakil rakyat dari kaum.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, semua parti komponen BN di bahagian itu selesa dengan kedudukan dan komposisi kerusi yang ada sekarang iaitu Indera Mahkota untuk UMNO dan Kuantan (MCA).

"Biar masing-masing buat kerja dan dinilai rakyat (pengundi), kita masih ada masa untuk berkhidmat sehingga PRU dan bukannya rebut kerusi kerana perkara ini boleh menimbulkan masalah bila PRU diadakan.

"Setakat ini kita melihat momentum sokongan rakyat semakin baik dan sebarang urusan pemilikan kerusi tidak dapat kita tentukan kerana ia urusan pucuk pimpinan parti," katanya.

Ditanya tindakan Lian Ker mengeluarkan kenyataan itu, Hazmi memberitahu ia berikutan timbul kemungkinan kerusi Parlimen Kuantan bakal diserahkan kepada UMNO.

Menurutnya, ramai tidak tahu hubungan UMNO Bahagian Kuantan dan Indera Mahkota umpama adik-beradik walaupun sudah dipecahkan mengikut sempadan masing-masing.

"Kita berharap selepas ini tidak lagi timbul kenyataan sebegini kerana ia boleh jejaskan parti, kita bukan nak mencari masalah tapi nak selesaikan masalah," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Pestariang dapat kontrak di Timur Tengah

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pestariang dapat kontrak di Timur Tengah Prestariang Bhd berjaya meraih kontrak selama tiga tahun bernilai AS$750,000, yang merupakan kontrak pertamanya di Timur Tengah, melalui anak syarikat milik penuhnya, Prestariang Systems Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Abu Hasan Ismail berkata, syarikatnya menandatangani perjanjian dengan Knowledge Point Educational Consultant, LLC, sebuah firma pendidikan dan perundingan yang berpangkalan di Abu Dhabi, untuk melaksanakan program Etika Siber yang berasaskan projek dalam pasaran Emiriyah Arab Bersatu (UAE)," katanya.

Banjir di Thailand jejas kilang D’nonce Technology

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Banjir di Thailand jejas kilang D'nonce Technology Banjir di Ayutthaya, Thailand, menjejaskan kemudahan pembuatan anak syarikat D'nonce Technology Bhd, ISCM Technology (Thailand) Co Ltd (ISCMT) di Kawasan Perindustrian Navanakorn, baru-baru ini.

Terdahulu D'nonce Technology mengumumkan yang sebuah lagi kemudahan pembuatan ISCMT, di Kawasan Perindustrian Rojana, juga terjejas oleh banjir itu.

"Kemudahan pembuatan di kawasan perindustrian Navanakorn pada dasarnya terlibat dalam pemasangan komponen pemacu cakera keras," katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved