Selasa, 11 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full content generated by Get Full RSS.

Steve Jobs dan dilema inovasi Malaysia

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Steve Jobs telah meninggal dunia. Takziah. Pencapaian pengasas Apple ini melebihi sesiapa sahaja dalam dunia teknologi maklumat – dan ini termasuklah Microsoft dan Bill Gates, kerana beliau telah berjaya menginsankan dan mempermudahkan komputer untuk semua lapisan masyarakat. Misalnya, ibu saya yang berusia 70-an juga mampu menggunakan Ipad2 dengan mudah lagi bergaya.

Kebijaksanaan Jobs sememangnya terletak pada keupayaannya untuk melihat teknologi dari sudut pandang pengguna. Beliau bertanya soalan mudah tetapi kritikal: apa yang pengguna mahu dan perlu? Bagaimana saya boleh memenuhi tuntutan-tuntutan ini? Daripada menghasilkan komputer yang semakin rumit, Jobs telah mencipta peralatan yang bukan sahaja mudah diakses tetapi juga - anggun, intuitif dan berguna, ia boleh dipakai di mana sahaja. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, beliau telah mengubah cara tradisi kita membaca buku, mendengar muzik dan menonton filem. Beliau membentuk cara baru dengan meletakkan alatan rekaan beliau - iPod, iPhone dan iPad di tengah-tengah semua penyelesaian, sebagai medium zaman digital yang serba guna.

Dianggarkan sebanyak 100 juta Iphone dan 25 juta Ipad dijual setakat ini. Ironik sekali, pada hari Jobs meninggal dunia - kerajaan India melancarkan komputer tabletnya sendiri yang digelar Sky. Ini merupakan penghormatan terbesar kepada Jobs - lebih bermakna daripada laman-laman obituari yang menghiasi dada-dada akhbar dan laman web seluruh dunia.

Curahan hati dan tangisan yang datang dari seluruh dunia mengiringi pemergian Jobs membuktikan ikutan stail ikonoklastik beliau dan kehebatan berfikir secara berbeza, serta melakukan sesuatu tanpa mengira kesan yang mendatang. Sesungguhnya, semua usahawan mempunyai sedikit Steve Jobs dalam darah mereka.

Namun demikian, kita tidak boleh mengetepikan elemen nasib dalam kejayaan beliau - jika ditakdirkan Jobs meninggal dunia pada tahun 1990an, beliau mungkin dilupakan di pinggiran sahara - sebagai seorang lagi pengusaha yang telah ditendang keluar dari syarikat yang beliau dirikan sendiri. Tambahan pula, sebagai anak seorang pendatang Syria, Jobs sememangnya bertuah kerana dilahirkan di bumi Amerika – bumi penuh peluang dan bertuah itu.

Mungkin tiada tempat selain Amerika, yang boleh memberikan peluang kepada seorang yang tidak tamat ijazah untuk membuka syarikat dari garaj rumah ibu bapanya dan mengubahnya menjadi sebuah syarikat gergasi multinasional dengan nilai pasaran sekitar USD 222 billion. Kita bukannya mahu mengangkat Jobs sebagai seorang wali.

Pergaduhan antara Jobs dengan teman-teman dan staf beliau sudah sering dilaporkan. Malah, beliau juga bukannya seorang patriot yang bangga mengibarkan jalur Amerika Syarikat. Bukan seperti lagenda usahawan motor Henry Ford yang nasionalis, majoriti produk Apple dihasilkan di China di mana tuduhan kerahan buruh dan suasana pekerjaan yang buruk masih menghantui syarikat gergasi itu hingga ke hari ini.

Namun, tiada sesiapa yang boleh menidakkan bahawa Jobs menunjukkan semangat indivisualisma dan keusahawanan yang merupakan karakter jati Amerika.

Sesungguhnya, kita dibentuk oleh persekitaran di mana kita dilahir dan dibesarkan. Justeru, ini yang membingungkan saya setiap kali pemimpin kita bercakap tentang inovasi dalam ekonomi Malaysia atau bercakap tentang perlunya menghasilkan genius.

Bagaimana jika Steve Jobs lahir di Malaysia? Adakah beliau mampu mengecap kejayaan yang beliau miliki dan tinggalkan hari ini, atau terpaksa mengejar kontrak-kontrak kerajaan?

Jika kita mahu meningkatkan daya saing dalam inovasi, kita perlu sedar bahawa kreativiti dan inovasi merupakan fenomena budaya. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dicetuskan dengan mengepam wang atau diwujudkan secara paksa dengan dasar kerajaan.

Kreativiti dan inovasi tidak boleh hidup tanpa adanya ekosistem risiko dan ganjaran, dan ia mati jika kita mengutamakan warna kulit dan agama daripada bakat dan kepintaran.

Sememangnya tiada insentif untuk rakyat berfikir secara bukan konvensional jika kriteria untuk kaya ialah "siapa yang anda kenal" dari "apa yang anda tahu". Suka atau tidak, kreativiti juga adalah satu mainan politik.

Bayangkan, berapa ramai Jobs, Gates dan Zuckerberg versi Malaysia yang terkandas kerana mereka tidak mempunyai jaringan luas dan dilahirkan dalam komuniti yang salah?. Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan 2012 sebagai tahun Inovasi Nasional.

Ini mungkin tidak mendatangkan faedah selagi kita masih tidak memberi ganjaran setimpal dan adil kepada usaha gigih dan genius serta mengagung-agungkan mediakritis dan mengikut secara membuta tuli.

Full content generated by Get Full RSS.

Kembalikan kesopanan ke dunia siber

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Saya pernah menulis puisi bertajuk Usia Pendidikan. Saya akan menyentuh isinya, sekurang-kurangnya saya merasakan usia pendidikan amat penting untuk dibicarakan. Saya berpandangan, usia pendidikan terlalu panjang. Agama ALLAH sejak dahulu kala telah mendidik umatnya. Nabi Muhammad dan nabi-nabi sebelumnya diturunkan (antara lain) untuk membaiki akhlak. Segala agama menganjurkan kebaikan, dan tidak kecil jumlah ahli falsafah serta tokoh moral memberikan pengajaran tentang kebaikan. Oleh itu, tahun ini yang akan berakhir – sewajibnya menjadi tahun orang berbuat baik, tiada keburukan. Saya bermaksud mengatakan sesuatu yang lebih jauh, iaitu manusia pada zaman ini seharusnya tidak jahat, kerana pendidikan terlalu lama wujud di dunia.

Apabila saya membaca tulisan Dr Azizan Bahari (www.sukarelawanmalaysia.com), yang tercatat tarikh 19 September 2011, saya kian berfikir tentang hal sama. Seingat saya, Dr Azizan pernah mendengar persoalan ini daripada saya, iaitu pada hari raya kedua (Aidilfitri). Saya tidak menyebutkan usia pendidikan kepadanya, tetapi menyatakan kesal kerana zaman sekarang ditentukan oleh kebiadaban.

Azizan menyebut, rakyat Malaysia sudah lama tidak berupaya melahirkan isi hati dan berkongsi fikiran, kerana kongkongan dan kawalan pihak berkuasa. Menurut Azizan lagi, akhbar bebas (yang bersikap berbeza atau berlawanan) pun, tidak akan pergi jauh, kerana akan hadir surat 'tunjuk sebab'. Suasana begini, mengikut Azizan menyebabkan kemunculan internet disambut dengan riang, dan digunakan secara habis-habisan oleh sesetengah pihak. Blog, laman web, laman sosial dan sistem pesanan ringkas menjadi 'penyelamat' jiwa yang resah, sedih, kecewa, geram, dan marah. Teknologi terkini dikatakan meraikan kebebasan.

Tumpuan bicara ini, dan bicara Azizan juga, ialah tentang bahasa kasar, lucah dan maki-hamun di blog-blog serta laman-laman sosial. Menurut ajaran umum yang kita pegang, bahasa demikian adalah biadab, tetapi jika anarkisme menjadi pilihan, apa-apa pun boleh. Jika kita bimbang hal ini, kebimbangan kita bukanlah kerana untuk diri sendiri. Orang yang memahami anarkisme, tahu tentang protes tidak terhad, yang mendalami psikoanalisis Freud, dan yang betul-betul tahu tentang perwatakan manusia pelbagai, tidak akan ditimpa bala petaka kebiadaban ini. Orang yang akan menerima beban ialah sejumlah orang umum, yang mudah terpengaruh dengan anjuran kemarahan, dan cenderung memulakan serta menyambung kekerasan. Mereka akan terperangkap dalam jerat emosi.

Pihak lain yang turut sengsara oleh beban ini ialah pembaca yang diharapkan melanjutkan kesopanan. Kesengsaraan begini tidak disedari, kerana bersifat dalaman dan terlindung. Pembaca akan berasa seronok, geli hati, puas dan muncul aneka perasaan yang sensasional sifatnya, bahkan mungkin terangsang oleh gambar-gambar dikemukakan, sedangkan pada hakikatnya kesusahan sedang menanti. Kesusahan juga terlindung kerana itu ialah kesusahan dalaman.

Kita faham betul maksud Azizan. Sekatan-sekatan yang terlalu lama menyebabkan sejumlah rakyat melepaskan geram melalui media bebas. Perasaan begitu mudah kita fahami, kerana sesiapa pun demikian. Jika pada masa kecil seseorang terlalu marah kepada orang dewasa, apabila besar dia akan menendang bola di padang. Dia menyimpan dendam terlalu lama, dan bola menjadi mangsa. Para sadis (pendera orang) asalnya didera, dan jiwa para vandal (perosak barang) juga asalnya dirosakkan oleh pengalaman buruk. Jadi, dapatlah kita terima bahawa penulis kata-kata lucah dan sarkastik di laman web dan lain-lain adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang resah dan kecewa.

Azizan menamatkan tulisannya dengan mengatakan beliau percaya, sebahagian pihak yang dikritik memahami hakikat dan alasan kemunculan pengkritik keras dan kasar itu. Soalnya, adakah pemahaman itu akan menyebabkan mereka berubah? Setelah mereka berubah, adakah pihak yang telah terbiasa dengan bahasa lucah itu akan memilih bahasa sopan dan mulia dalam penulisan akan datang? Saya tidak nampak akan berlaku perubahan sedemikian. Jadi, pendidikan yang telah tua ini tampaknya perlu diteruskan lagi. Kita yang tua hendaklah berusaha dengan apa cara juga untuk mendidik orang lebih muda agar berbudaya. Kembalikan kesopanan ke dunia siber.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Isnin, 10 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Kastam berjaya menahan lori membawa minuman keras dan rokok yang belum diluluskan

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

PERLIS - Pihak Kastam Perlis berjaya menahan dua buah lori yang membawa minuman keras dan roko putih yang belum diluluskan, dua hari lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Mohd Pudzi Man berkata, sebuah lori yang ditahan di Kampung Darat Changloon membawa muatan 450 crate minuman keras dan 300 karton rokok.

Manakala, lori kedua membawa 438 crate minuman keras dan 25 kotak minuman keras yang tertera Malaysia Duti Not Paid. - SH Utara

Full content generated by Get Full RSS.

Buruh nyaris maut terjatuh di KL Sentral

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Buruh nyaris maut terjatuh di KL Sentral

KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan nyaris maut terjatuh hampir empat meter setelah tapak konkrit sebuah projek pusat membeli-belah di KL Sentral runtuh pagi tadi.

Lelaki warga Bangladesh yang berusia 35 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).- SH SEL/ Nurul Riduan Nor Ashaha

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lapan ditahan curi kayu karas

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lapan ditahan curi kayu karas GEORGETOWN - Jabatan Perhutanan Pulau Pinang menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kayu karas di Hutan Kekal Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam dalam tiga serbuan pada 3 September dan 20 Oktober lalu.

Pengarahnya, Shah Rani A Zailan berkata, kesemua yang ditahan adalah warga tempatan dan didapati melakukan kesalahan menceroboh tanah rizab kerajaan dan memiliki hasil hutan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, mereka melakukan kesalahan mengikut Kanun Tanah Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana mengambil hasil hutan tanpa kebenaran.

"Kita telah membuat laporan polis mengenai kegiatan mereka ini dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Shah Rani berkata, hasil intipan yang dilakukan pihaknya mendapati sindiket mencuri kayu karas ini menjalankan kegiatan mereka pada waktu malam selain turut melibatkan beberapa warga asing.

Menurutnya, sindiket ini tidak menggunakan gergaji untuk menebang pokok kerana ia dikhuatiri menyebabkan bunyi bising sebaliknya kapak tajam yang diubahsuai untuk mendapatkan bahagian kayu yang diperlukan.

Beliau berkata, sindiket itu mampu menebang enam hingga tujuh pokok sehari bagi mendapatkan hasil kayu dan dipercayai untuk dijual ke pasaran Timur Tengah.

"Pemerhatian kami mendapati modus operandi yang digunakan sindiket ini ialah mereka akan membuat pemantauan dengan menanda pokok yang bakal ditebang pada siang hari dan ia disusuli dengan aktiviti mencuri kayu pada sebelah malam.

"Pokok karas mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana menghasilkan gaharu yang memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Pokok kayu karas atau Depu atau nama saintifiknya 'Aquilaria' boleh diproses menjadi gaharu dan dikomersilkan sebagai bahan pewangi dan kosmetik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Kereta baru tayar botak, pemilik dipersalahkan

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kereta baru tayar botak, pemilik dipersalahkan KAMUNTING – Walaupun telah beberapa kali ke pusat servis kereta, namun pemilik kereta masih dipersalahkan kerana cara pemanduan salah mengakibatkan bahagian tepi tayar haus.

Pemilik kereta, Esther Teh, 20, berkata, kereta buatan luar negara itu dibeli pada 7 Oktober 2010, pada mulanya berada dalam keadaan baik bagaimanapun, mula menunjukkan masalah dua bulan kemudian.

Menurutnya, bahagian tepi tayar hadapan menjadi semakin haus dan menyebabkan pemanduan yang tidak selesa.

"Atas aspek keselamatan, ibu saya telah mengambil semula kereta itu dan menghantarnya ke pusat servis untuk diperiksa memandangkan ia masih dalam tempoh jaminan," katanya.

Beliau berkata, lebih 10 kali, ibunya ke pusat servis kereta namun, jawapan yang diterima sangat mengecewakan apabila cara pemanduan mereka dipersalahkan.

Katanya, pihak pusat servis telah menukarkan tayar di bahagian belakang ke depan, tetapi masalah sama masih lagi berlaku.

Sementara itu, Penasihat Pengguna, Dr Billy Toh berkata, apabila masalah itu masih berulang mungkin terdapat punca lain menyebabkan ia berlaku.

Beliau berkata, kereta tersebut akan dihantar ke Puspakom untuk diperiksa bagi mengetahui apakah masalah sebenarnya, kemudian menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Fomca.

"Kereta itu masih dalam tempoh jaminan, oleh itu, pihak pusat servis perlu bertanggungjawab mengenai masalah berkenaan dan tidak membiarkan pengguna berulang alik ke pusat servis tanpa penyelesaian," katanya.

Boleh guna dakwat kekal jika serap air

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Boleh guna dakwat kekal jika serap air SHAH ALAM - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dijangka akan membincangkan isu penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya pada mesyuaratnya di Kedah minggu depan.

Ahli jawatankuasanya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, keputusannya kelak akan bergantung sama ada dakwat itu mampu menyerap air ataupun tidak.

"Ini penting bagi orang Islam kerana jika dakwat itu tidak boleh me- nyerap air, ia pasti tidak boleh digunakan oleh orang Islam kerana ini akan menjejaskan wuduk dan mandi hadas sekali gus amal ibadat yang lain," katanya.

Harussani yang juga Mufti Perak, jika dakwat itu boleh menyerap air, ia boleh digunakan meskipun kesannya kekal untuk beberapa hari.

"Sebagai contoh, inai boleh digunakan walaupun kesannya masih boleh dilihat untuk tempoh beberapa lama sebab ia menyerap air dan tidak menjejaskan wuduk atau mandi hadas," katanya.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah yang berkata, pihaknya masih menunggu keputusan jawatankuasa fatwa itu berhubung penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya selain mengkaji keburukan dan kebaikan bahan itu digunakan.

Harussani berkata, meskipun mengikut jadual jawatankuasa itu akan bermesyuarat dari 13 hingga 15 Oktober di Kedah, beliau hanya menjangka isu itu akan dibincangkan.

"Belum ada kepastian kita akan bincang atau tidak. Ia bergantung pada keadaan . Jika bincang, keputusannya akan diumumkan," katanya.

Pembuat keropok lekor curi periuk

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pembuat keropok lekor curi periuk KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, periuk turut menjadi barang 'buruan' bernilai bagi golongan panjang tangan yang terdesak untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Ini terbukti apabila dua biji periuk milik Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, di sini, 'dirembat' oleh seorang pembuat keropok lekor, Faizal Hisyam Mamat, 26, dari Kampung Padang Negara, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan melakukan kesalahan itu pada Khamis lalu.

Tertuduh yang masih bujang mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama iaitu mencuri dua biji periuk besar pelbagai saiz milik TER pada 6 Oktober lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Natijah pengakuan bersalah itu, Majistret, Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman sehari penjara dan denda RM1,000, dan jika gagal menjelaskan bayaran denda terbabit, tertuduh akan dipenjarakan selama sebulan bermula tarikh ditangkap.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 pagi di TER Kuala Ibai, telah mencuri dalam kawasan Padang Polo TER Kuala Ibai, dua biji periuk besar pelbagai saiz berjumlah RM200 milik TER Kuala Ibai.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di baca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, tindakan tertuduh yang sedang menjinjing dua periuk besar di kawasan padang Polo TER Kuala Ibai, di sini, disedari pengadu, seorang pekerja buruh binaan warga Bangladesh, Hasmot Ali, 33, kira-kira jam 2.30 pagi, 6 Oktober lalu.

Pada awalnya, pengadu tidak mengesyaki apa-apa, namun setelah melihat tertuduh yang melarikan diri selepas menyedari tindakannya itu diperhatikan, pengadu bersama beberapa pekerja lain yang turut berada di lokasi kejadian mengejar tertuduh dan menangkapnya, lalu diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama selepas itu.

Sebelum kejadian itu, iaitu kira-kira jam 11.30 malam, 5 Oktober lalu, pengadu telah merendam dua periuk berkenaan di luar bangunan dan hanya menyedari periuk itu telah dicuri selepas dimaklumkan seorang rakannya kira-kira jam 2.40 pagi pada 6 Oktober lalu.

Bot terbakar dipanah petir

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bot terbakar dipanah petir PEKAN - Empat nelayan bot kelas A mengalami kerugian RM140,000 selepas empat bot nelayan milik mereka musnah terbakar dipercayai di panah petir kelmarin.

Syed Mohd Khusairi Syed Abd Rahman, 46, berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, empat bot nelayan tempatan kelas A yang ditempatkan di jeti Kampung Marhum, Pekan, terbakar.

Menurutnya, ketika kejadian dia baru sahaja sampai ke rumah di Kuala Pahang selepas menyediakan persiapan seperti minyak diesel, umpan memancing dan air batu sebelum ke laut.

"Sebaik tiba di tempat kejadian saya terkejut dan sedih apabila melihat hampir keseluruhan bot saya musnah manakala tiga bot lain sedang terbakar.

"Saya berusaha memadam kebakaran tetapi situasi menjadi sukar disebabkan angin kencang tetapi minyak diesel dalam tong simpanan di setiap bot menyebabkan api mudah merebak selain sukar untuk dipadamkan," katanya yang mengalami kerugian lebih RM50,000.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kini hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga selepas bot yang sebelum ini digunakan untuk menangkap ikan di laut kini rentung selepas terbakar.

"Pelbagai peralatan lain seperti joran, mesin mengesan ikan, peralatan perhubungan dan sistem pengesan global (GPS) yang digunakan untuk mencari rezeki musnah dalam sekelip mata.

"Saya kini hilang pendapatan dan buntu memikirkan sumber kewangan untuk menyara keluarga, aktiviti memancing ikan di laut yang dilakukan lebih 30 tahun kini tidak dapat dilakukan," katanya.

Syed Mohd Khusairi berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari satu daripada bot yang dipanah petir dan api kemudian cepat merebak menyambar bot yang terletak berhampiran.

"Saya merayu pihak yang prihatin dapat menghulurkan bantuan untuk kami memulakan semula hidup sebagai nelayan yang dilakukan sejak turun temurun," katanya.

Rakannya, Abdul Ghafar Ismail, 52, berkata kejadian berlaku begitu pantas dan dia tidak sempat menyelamatkan bot yang menjadi sumber rezeki musnah dalam sekelip mata.

"Saya seperti jatuh ditimpa tangga, selepas terpaksa berkorban menjaga isteri yang diserang strok dua tahun lalu kini bot bernilai lebih RM30,000 musnah," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail, yang melawat mangsa berkata, pihaknya simpati dengan kejadian yang berlaku menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.

Katanya, dia akan berusaha membantu meringankan beban ditanggung nelayan terbabit yang kini tidak dapat lagi turun ke laut melakukan aktiviti memancing yang dilakukan sejak turun temurun.

"Saya simpati dengan kejadian yang menimpa mereka, saya akan berhubung dengan kementerian bertanggungjawab bagi mengetahui bentuk bantuan yang sesuai boleh diberikan.

"Saya yakin penyelesaian membela nasib mereka akan dapat dicari dalam tempoh terdekat dengan sokongan pelbagai pihak," katanya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved