Khamis, 29 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Revolusi Arab mungkin dapat Hadiah Nobel

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Revolusi Arab mungkin dapat Hadiah Nobel OSLO - Aktivis yang membantu mencetuskan gelombang revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara semasa kebangkitan rakyat di rantau itu mungkin akan dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.

Bekas Timbalan Menteri Luar Norway, Jan Egeland berkata, beliau yakin jawatankuasa Nobel tahun ini mahu menyentuh isu antarabangsa terbesar yang menepati definisi keamanan lebih luas.

"Secara logiknya, anugerah Nobel mungkin diberikan kepada revolusi Arab kerana tiada detik lain yang lebih penting berlaku dalam tempoh itu," katanya merujuk kepada tunjuk perasaan dan demonstrasi besar-besaran di Timur Tengah yang berjaya menggulingkan beberapa pemimpin kuku besi.

Jika jangkaan Egeland tersebut tepat, aktivis Internet Mesir, Wael Ghonim, Pergerakan 6 April Mesir, pengasasnya Israa Abdel Fattah, dan penulis blog Tunisia, Lina Ben Mhenni akan menjadi antara calon yang boleh dipertimbang sebelum pengumuman anugerah itu, 7 Oktober depan.

Seramai 241 calon dari 53 organisasi seluruh dunia dicalonkan untuk anugerah yang bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) tersebut, tahun ini, termasuk pengasas laman pembocor rahsia WikiLeaks, Julian Assange dan pejuang hak asasi manusia Afghanistan, Sima Samar.

Jackson bunuh diri?

Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jackson bunuh diri? LOS ANGELES - Permulaan perbicaraan doktor peribadi penyanyi pop terkenal dunia, Michael Jackson yang didakwa menyebabkan kematian penyanyi Amerika Syarikat itu bermula dengan pelbagai kejutan, kelmarin.

Menurut pendakwa raya, doktor Jackson, Conrad Murray menyebabkan kematian ikon pop itu akibat kecuaiannya, namun peguam Murray dengan tegas mengatakan Jackson yang membunuh dirinya sendiri.

Peguam Murray berkata, Jackson meninggal dunia serta-merta, selepas mengambil dua jenis dadah berbeza semasa doktor tersebut tidak berada di dalam biliknya pada 25 Jun 2009.

"Jackson mengambil dadah itu tanpa pengetahuan, kebenaran doktornya dan dia melakukan perbuatan men yebabkan kematiannya sendiri," menurut peguam Murray, Ed Chernoff.

Chernoff berkata, Jackson mengambil lapan pil :lorazepam:, iaitu dos yang mampu membuatkan enam orang tidur, tanpa pengetahuan Murray dan kemudian mengambil pula sedatif kuat, propofol untuk membantunya tidur.

Perbicaraan tersebut berubah menjadi suram, apabila gambar mayat Jackson dibaluti kain putih di hospital ditunjukkan kepada mahkamah yang turut mendengar rakaman audio menggambarkan penyanyi itu seperti di bawah pengaruh dadah, dua bulan sebelum kematiannya.

Murray, 58, berhadapan hukuman empat tahun penjara, jika didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Rabu, 28 September 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cetakan ayat al-Quran dibuang

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cetakan ayat al-Quran dibuang ALOR SETAR - Penemuan dua guni berwarna putih mengandungi ayat al-Quran mengejutkan pemilik sebuah kilang percetakan yang terletak di Kawasan Perindustrian Mergong 2, Isnin lalu kira-kira jam 6 petang.

Pengurus Pemasaran Percetakan Siaran Sdn Bhd, Abdul Basidh Abdul Wahid berkata, bungkusan itu ditemui semasa beliau ingin mengunci pintu pagar bahagian belakang setelah tamat operasi.

Menurutnya, apabila diperiksa guni yang diletakkan berhampiran pintu pagar itu, beliau mendapati terdapat cetakan surah Yasin, doa, zikir dan buku panduan solat di dalamnya.

"Berdasarkan kertas yang mereka gunakan untuk mencetak ayat al-Quran itu saya mendapati ia seolah-olah dicetak oleh kilang percetakan.

"Mungkin mereka mahu melupuskannya namun tidak mempunyai tempat pelupusan dan mereka bertindak untuk membuang di sini," katanya kepada media ketika ditemui di kilangnya.

Abdul Basidh berkata, bukan mudah untuk melupuskan kertas yang mengandungi ayat al-Quran kerana ia perlu dilakukan mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan bagi memastikan ayat pada al-Quran itu terpelihara.

Beliau berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu mungkin sebuah kilang percetakan yang beroperasi secara haram dan mahu melepas tangan dengan membuang ayat al-Quran di kilangnya.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab dan ia seolah-olah menghina agama Islam.

"Jika mereka mahu syarikat kami melupuskan ayat al-Quran itu, kita boleh melakukannya tetapi biar dengan cara yang betul dan berbincang terlebih dahulu.

"Jangan membuang begitu sahaja ayat al-Quran ini kerana ia perlu dipelihara dengan baik," katanya.

Abdul Basidh berkata, laporan kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kelmarin.

Beliau berkata, pihak KDN sudah mengambil sampel helaian ayat al-Quran itu, semalam kira-kira jam 10 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan.

» selanjutnya...

Pengundi semakin bijak

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pengundi semakin bijak Pengundi semakin bijak

IPOH - Sejak kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan politik negara timbul sehingga ada dalam kalangan rakyat yang mula bertelagah sesama sendiri kerana keliru dengan keadaan yang berlaku pada masa kini.

Isu skandal seks, rasuah, sejarah malahan agama sering menjadi topik hangat dan bualan rakyat yang ingin tahu apakah bakal berlaku dalam dunia politik negara pada masa hadapan.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr P Siva Murugan ketika diminta mengulas berhubung isu ini berpendapat percaturan politik yang berlaku kini mungkin sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakyat untuk membuat keputusan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, menurutnya, rakyat sudah bijak dan rasional untuk memilih parti mana yang layak untuk memerintah kerajaan kerana sering mengikuti perkembangan mutakhir berhubung politik dari semasa ke semasa.

"Walaupun senario politik sekarang dilihat menimbulkan kesangsian rakyat namun untuk jangka masa panjang ia akan membawa kepada satu era baru yang mungkin dapat mengubah segala persepsi mereka (rakyat) pada politik negara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Siva Murugan berkata, semuanya bergantung kepada rakyat sama ada mereka mahukan transisi politik ke arah lebih baik atau sebaliknya.

"Namun sudah tentu rakyat bijak menilai dan berharap politik negara akan menuju ke arah muafakat dan kesepakatan demi menjaga kestabilan negara untuk jangka masa panjang," katanya.

Beliau berkata, dalam masa yang sama semua pihak tidak boleh menolak bahawa masih terdapat kelompok rakyat yang merupakan penyokong tegar sama ada bagi Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat (PR).

"Berikutan itu, pengundi atas pagar memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan politik negara sama ada lebih condong kepada BN ataupun PR.

"Pengundi atas pagar mempunyai pilihan tersendiri dan parti politik itu haruslah bijak untuk 'memancing' bagi mendapatkan undi daripada mereka," katanya.

Baju terbalik bongkar rahsia

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Baju terbalik bongkar rahsia BESUT - Tindakan seorang pelajar perem-puan tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini menyelinap keluar dari rumah keluarganya pada larut malam mengundang padah apabila dia cuba dirogol teman lelakinya.

Kejadian itu terbongkar selepas kakak mangsa berusia 28 tahun mendesak mangsa menceritakan perkara sebenar selepas mendapati mangsa pulang ke rumah pada awal pagi dengan memakai baju dan seluar terbalik.

Mangsa berusia 15 tahun dipercayai cuba dirogol teman lelakinya berusia 21 tahun di atas kerusi rehat tepi kolam mandi sebuah resort di daerah ini pada awal pagi Ahad lalu.

Pada malam Isnin lalu, kakak mangsa bersama keluarga dan mangsa masuk tidur di bilik masing-masing lebih kurang jam 10 malam.

Bagaimanapun lebih kurang jam 4 pagi (Selasa), kakak mangsa bangun dari tidur dan pergi ke baha-gian dapur rumah kemudian mendapati pintu dapur tidak berkunci dari dalam.

Curiga dengan keadaan itu, mendorong dia ke bilik mangsa dan mendapati lampu serta pintu bilik berkunci.

Kakaknya membuka pintu bilik dengan menggunakan kunci pendua dan mendapati mangsa tidak ada di dalam bilik menyebabkan kakanya mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.

Dia bertindak menghubungi suspek bertanya sama ada mangsa ada pergi berjumpanya tetapi suspek memberitahu tidak tahu ke mana mangsa pergi.

Kakak mangsa kemu-diannya pergi ke tempat kerja suspek iaitu di resort tersebut untuk meminta bantuan mencari mangsa namun tidak lama selepas itu mangsa menghubunginya memberitahu sudah pulang ke rumah.

Apabila pulang, kakak mangsa terkejut apabila mendapati mangsa memakai pakaian terbalik lalu mendesak agar adiknya memberitahu perkara sebenar dan akhirnya dia mengaku suspek yang beralamat di Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu cuba merogolnya.

Difahamkan suspek datang menjemput mangsa di rumahnya ketika keluarga mangsa nyenyak tidur dan dikatakan mangsa menyelinap keluar melalui pintu dapur.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

Detik cemas jurugambar media

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Detik cemas jurugambar media KOTA BHARU – Suasana kecoh di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, apabila beberapa ahli keluarga tiga lelaki yang dijatuhi hukuman mati kes mengedar dadah bertindak agresif menghalang jurugambar yang membuat liputan.

Senario tegang itu berlaku kira-kira lima minit selepas Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Naziezul Ibrahim, Wan Muhammad Hanisan Wan Ismail masing-masing 31 tahun dan Azizul Fahmie Mamat, 27.

Kekecohan bermula apabila jurugambar yang menunggu di luar mahkamah itu dihalang seorang lelaki yang bertindak berdiri depan kamera jurugambar berkenaan sambil menyergah sebelum menolaknya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu ditegur seorang polis di situ sebelum jurugambar tersebut beredar.

Sebelum itu, ketiga-tiga lelaki didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar 18.77 gram (G) metamphetamine di pekarangan tempat letak kereta Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini pada jam 8.30 malam, 31 Mei, tiga tahun lalu.

Ahmad Zaidi dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

"Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal dalam pembelaannya sementara pihak pendakwa berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

"Setelah bersabit dengan akta ini, maka saya tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Dalam masa sama, ibu salah seorang lelaki rebah dan hampir pengsan sejurus menerima keputusan berkenaan.

Dia yang menangis dan meraung-raung dipapah beberapa ahli keluarga lain keluar dari mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, suasana hiba itu tiba-tiba bertukar tegang apabila kira-kira 10 lelaki menghimpit dan salah seorang daripada mereka menolak jurugambar yang membuat liputan menyebabkan hampir terjatuh.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Tidak gesa dagang ringgit

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tidak gesa dagang ringgit Bank Negara Malaysia tidak tergesa-gesa untuk biarkan ringgit didagangkan sepenuhnya di luar negara terutama semasa persekitaran kewangan global yang amat tidak menentu kini.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, memandangkan persekitaran yang sangat tidak menentu sekarang ini, tidak akan mengubah keadaan berhubung meniagakan mata wang kita di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, BNM berusaha ke arah menyediakan pra-syarat bagi mendagangkan ringgit di peringkat antarabangsa, "Tetapi pada masa ini, yang pastinya tidak akan dipertimbangkan memandangkan persekitaran kewangan dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu," katanya dalam satu temu bual dengan Bloomberg di Washington, lewat semalam.

Zeti berada di sana bagi mesyuarat Bank Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau berkata, bank pusat telah campur tangan dalam pasaran mata wang untuk mengawal peningkatan ringgit dengan memulihkan dan memastikan keadaan terkawal, sambil menambah bahawa itu adalah hanya motivasi bagi campur tangannya, bukannya cuba untuk mempengaruhi trend.

Malaysia berjaya menghadapi tahap turun naik yang lebih tinggi dalam mata wang dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini kerana sistem kewangan yang kukuh, kata beliau.

Mengenai sama ada pemili-kan asing dalam sekuriti kerajaan Malaysia boleh menimbulkan risiko jika penjualan berterusan, Zeti berkata, ia akan bergantung kepada siapa pelabur berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai penangguhan sukuk dalam denominasi yuan oleh Khazanah Nasional Bhd, Zeti berkata, keputusan itu munasabah memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.

"Pasaran amat tidak menentu, jadi adalah wajar untuk menunggu," katanya. -Bernama

Aplikasi SmartMap diperkenal

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Aplikasi SmartMap diperkenal Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan aplikasi peta berasaskan laman web, SmartMap kepada pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggabungkan peta digital TM dengan data perniagaan penting yang membolehkan pengguna melakukan analisis geo-spatial bagi menyokong proses membuat keputusan dalam perniagaan.

Aplikasi pertama di Malaysia ini telah memeterai perjanjian usaha sama dengan tiga rakan kongsi termasuk Persatuan Francais Malaysia (MFA), TM Info-Media (TMIM) dan direktori hartanah terbesar di Malaysia, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd.

Timbalan Presisden Eksekutif SME TM, Azizi A. Hadi berkata, aplikasi SmartMap ini merupakan batu loncatan kepada perniagaan PKS untuk meningkatkan perniagaan menerusi ICT.

"SmartMap adalah penyelesaian berasaskan web yang menggabungkan peta digital TM dengan data perniagaan penting seperti data demografik dan geografik bagi membantu dalam membuat keputusan perniagaan secara lebih ilmiah.

"Ia memberi akses kepada taburan demografik, penilaian hartanah dan maklumat perniagaan dalam menentukan lokasi terbaik untuk memulakan perniagaan baru, perluasan perniagaan atau sasaran pasaran yang berpotensi," katanya ketika majlis pelancaran pelancaran SmartMap di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, TM yang melaburkan kira-kira RM1 juta untuk pembangunan aplikasi ini akan menawarkan perkhidmatan talian tetap, jalur lebar perniagaan dan WiFi@Outlet menerusi usaha samanya bersama MFA.

Manakala, iProperty akan membekalkan data Lokasi Tarikan (POI) dan kedudukan GPS kepada TMIM.

Dalam pada itu, TM berhasrat untuk meningkatkan perolehan bagi segmen SME TM setiap tahun berbanding 20 peratus yang disumbangkan pada ketika ini.

Hadir sama Pengerusi MFA, Abdul Malik Abdullah, Pengurus Operasi Perniagaan iProperty, Loh Lim Shen Yi, Ketua Pegawai Eksekutif Yellow Pages, Alfian Abu Talib dan Pengurus Besar SME TM, Mohamad Yusman Ammeran.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penantian ibu berakhir

Posted: 27 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penantian ibu berakhir KUANTAN - Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia diperintah membayar ganti rugi berjumlah hampir RM600,000 kepada seorang ibu, Rohani Mohamed, 53, yang kehilangan anak akibat dibelasah dengan teruk 10 warden di Penjara Penor kira-kira enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yusof di dalam kamarnya semalam selepas meneliti rumusan hujahah yang dikemukakan peguam plaintif, G Visvanathan Nair mewakili wanita itu dan suaminya, Mohamed Mat Diah, 64.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata, perbuatan yang dilakukan defendan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian seorang tahanan reman, Mohd Shukri Mohamed Yusof.

Beliau kemudiannya mengarahkan 10 warden terbabit, Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM500,000 sebagai ganti rugi teruk.

Pada masa yang sama, defendan juga diperintahkan membayar ganti rugi kehilangan tanggungan RM86,400, kos urusan pengebumian RM3,000 dan kos mengeluarkan surat kuasa mentadbir RM1,500 kepada kedua-dua plaintif.

Plaintif turut diwakili G Subramanian Nair dan Ebrina Zubir, manakala defendan diwakili RS Pani dan Peguam Persekutuan, Kamal Azira mewakili Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia.

Sepuluh defendan terbabit ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris, Hamdan Mohamad, Mohd Rozi Abdul Hamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.

Plaintif turut menamakan Penguasa Penjara Penor, Kuantan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 1 Mac 2004, Mohd Shukri ditahan reman di Penjara Penor kerana disyaki terbabit dengan kes berkaitan dadah.

Dia dikatakan cuba melarikan diri dari penjara tetapi berjaya ditangkap semula oleh pihak defendan pada kira-kira jam 4.45 petang hari yang sama.

Dalam kejadian itu, Mohd Shukri dipukul pihak defendan ketika dibawa ke Zon Nenas berdekatan kuaters penjara.

Dia juga dibelasah ketika dibawa ke padang bola, pintu besar penjara dan lokap di bilik Unit Keselamatan Penjara.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kira-kira jam 7.44 pagi 10 Mac 2004.

Hasil laporan perubatan menunjukkan Mohd Shukri mengalami 25 kesan kecederaan pada seluruh anggota tubuhnya dan pendarahan dalaman termasuk bahagian otak, keretakan tulang muka dan abdomen.

Sementara itu, Rohani yang ditemui di luar pekarangan mahkamah bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu walaupun terpaksa menunggu sehingga enam tahun.

"Saya bukan inginkan ganti rugi ini kerana nyawa anak saya tidak dapat diganti dengan wang ringgit tetapi apa yang lebih penting ialah keadilan berjaya ditegakkan.

"Kejadian yang berlaku seharusnya menjadi teladan kepada pihak penjara bahawa mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa," katanya.

Dia reda dengan segala yang berlaku tetapi kejadian itu (kematian anaknya) sepatutnya dapat dielakkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Suri rumah berkata, beliau sanggup mengambil risiko menyaman kerajaan kerana percaya kepada sistem perundangan negara yang memberi keadilan kepada yang teraniaya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved