Isnin, 19 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

PM cuba pulih imej Britain

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

PM cuba pulih imej Britain LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron, cuba untuk memulihkan semula imej negara itu di mata seluruh negara antarabangsa selepas dilanda rusuhan terburuk, bulan lalu, menurut akhbar The Sunday Telegraph, kelmarin.

Cameron didakwa akan melancarkan kempen baru untuk menarik semula minat pelabur dan pengunjung untuk berkunjung ke negara itu.

Imej buruk kejadian rusuhan ganas dan kecurian di kebanyakan bandar utama di London dapat disaksikan di seluruh dunia, sekali gus, ia dipercayai menjadi antara punca pelancong khuatir dengan tahap keselamatan di negara tersebut.

Akhbar itu juga turut mendedahkan Cameron mula khuatir jika acara Sukan Olimpik yang akan diadakan tahun hadapan tidak mendapat sambutan, sekali gus ia dipercayai akan memberi kesan besar kepada sektor ekonomi dan perdagangan di London.

"Saya akan melancarkan kempen GREAT di New York, minggu hadapan yang bertujuan untuk mempromosikan semula sektor pelancongan di Britain sebagai salah sebuah lokasi menarik untuk dikunjungi," menurutnya lagi.

Perubahan positif politik Myanmar

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Perubahan positif politik Myanmar YANGON - Pemimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi, kelmarin menarik nafas lega apabila akhirnya dapat melihat tanda-tanda perubahan positif dalam politik di Myanmar selepas pemerintah junta tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein, Mac lalu.

Penerima Hadiah Nobel Keamanan itu turut menyatakan hasrat beliau untuk menyaksikan perubahan politik Myanmar ke arah demokrasi semakin termakbul selepas pembentukan kerajaan baru tersebut.

"Memang ada berlaku perubahan walaupun tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tetapi, melalui pemerhatian saya, Myanmar sedang melalui satu proses pembaharuan yang positif," menurut Suu Kyi lagi.

Antara perubahan yang dilakukan kerajaan adalah seperti menarik balik larangan untuk memasuki beberapa laman sesawang termasuklah yang dikendalikan ahli parti pembangkang dalam buangan, Jumaat lalu.

Sebelum ini, sebuah kumpulan wartawan berpusat di Paris mendakwa undang-undang penggunaan Internet di Myanmar seakan menindas kebebasan rakyat.

Sementara itu, Kerajaan Thein Sein juga dilihat cuba untuk menjalinkan semula hubungan dengan pemimpin prodemokrasi itu dan parti NLD yang sebelum ini pernah memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya 1990.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

BN cabar saman Tsu Koon

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

BN cabar saman Tsu Koon GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengotakan hasratnya untuk menyaman bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta syarikat Tropical Island Resort (TIR) berhubung kegagalan anak syarikat Urban Development Authority (Uda) itu membayar lebihan premium tanah berharga RM10.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, perkara itu (saman) sudah lama diperkatakan Guan Eng namun sehingga sekarang, tiada sebarang 'khabar berita' berhubung kes saman itu.

Hock Nan berkata, Guan Eng dilihat tidak berhenti daripada mengedarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat selain tindakan itu hanya untuk mengalih perhatian daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya rakyat tidak sedar akan hal itu.

"Sebagai kerajaan yang bermaruah, tindakan berkenaan adalah tepat daripada terus menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat kepada rakyat. Dia sepatutnya tunjuk sikap bertanggungjawab sebagai pemimpin (Ketua Menteri), bukannya seperti ahli politik mentah. Jika dia rasa BN salah, saya cabar dia bawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, samanlah. Namun apa yang berlaku sebaliknya, dia sanggup buat fitnah, guna duit rakyat sebar risalah berbohong.

"Saya cabar Guan Eng saman Tsu Koon dan TIR sepertimana yang beliau selalu sebut. Jika dia mengatakan hendak saman sebab gagal untuk bayar lebihan premium, kotakanlah. Jangan suka-suka sebut dalam sidang media sahaja. Jika dia benar ada maklumat yang sah, kita minta dia buat laporan polis dan kepada SPRM," katanya kepada media selepas menyertai Program Walkabout Bersama Barisan Pemimpin BN negeri di Pasar Chowrasta semalam.

Dalam program itu, sebanyak 3,000 beg mesra alam diedarkan kepada peniaga serta pengunjung pasar itu selain ia bertujuan bagi mengeratkan hubungan barisan pemimpin BN dan rakyat. Antara yang hadir, Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Helmy Yahya dan Ketua Bahagian Umno Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Loga Balan Mohan berkata, Guan Eng diminta supaya membuat laporan polis dan SPRM jika beliau merasakan BN terlibat dengan perkara yang salah seperti yang diperkatakan dan bukannya mengulangi memperkatakan perkara yang sama.

"Jangan hanya pandai cakap kepada rakyat, BN tidak betul, BN terlibat dengan rasuah dan sebagainya. Jika dia berani, saya cabar dia buat laporan polis dan SPRM. Jangan terus-terus bersandiwara dengan rakyat dengan memburukkan BN.

"Dia cakap BN tipu rakyat, Kerajaan Negeri sebenarnya yang menipu rakyat, dan kita sudah ada bukti iaitu kerugian lebih RM480 juta yang perlu dibayar rakyat Pulau Pinang terhadap perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (Spice). Jangan hanya cakap sahaja, bertindaklah. Kita tidak ada masa untuk melayan semua ini," katanya.

Mac lalu, Guan Eng mengumumkan bahawa mesyuarat Exco yang diadakan memutuskan untuk menyaman TIR kerana gagal untuk melunaskan bayaran premium tanah yang bernilai RM10.6 juta iaitu nilai keseluruhan tanah 32.4 hektar di Pulau Jerejak itu bernilai RM12.9 juta.

» selanjutnya...

Hospital Bahagia gempar

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hospital Bahagia gempar IPOH – Wad Perempuan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) gempar seketika apabila salah seorang daripada pesakitnya maut selepas diserang seorang lagi pesakit di wad yang sama, awal pagi semalam.

Mangsa, Kong Ooi Koon, 33, maut di wad berkenaan selepas diserang seorang wanita warganegara Kemboja yang dipercayai turut mengalami masalah mental dalam kejadian yang berlaku antara kira-kira jam 4 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa.

"Siasatan awal mendapati mangsa ditempatkan ke hospital berkenaan sejak 15 September lalu manakala suspek baru sahaja dimasukkan kelmarin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, menurut saksi yang enggan dikenali berkata dia mendengar jeritan mangsa lebih kurang jam 3 pagi dan ketika itu kebanyakan pesakit sedang tidur.

"Bagaimanapun, mangsa gagal untuk diselamatkan kerana suspek bertindak agresif menyerangnya (mangsa) menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian pesakit mental yang malang itu.

Sinar Harian difahamkan suspek warganegara Kemboja kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Pantau pusat siber unsur judi

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Pantau pusat siber unsur judi WILAYAH SELAYANG – Pihak berkuasa digesa memantau beberapa unit premis rumah kedai di Taman Wilayah Selayang yang didakwa penduduk dijadikan pusat siber berunsur perjudian.

Penduduk, Mohd Sulaiman Yazid, 45, berkata, sebelum ini hanya terdapat dua premis terbabit di dalam satu blok bangunan komersil di kawasan berdekatan kawasan perumahan terbabit.

"Kini terdapat empat pusat siber berunsur perjudian berkenaan. Masalahnya yang selalu datang ke situ pula adalah orang Melayu tidak kira sama ada bujang, sudah berkeluarga, tua atau muda.

"Pernah seorang mangsa yang juga rakan saya sendiri sehingga pokai berhabis duit di situ, anak isteri di rumah tak makan. Mereka datang ke situ ibarat sudah ketagih," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, biarpun ada di antara premis terlibat diletakkan nama pusat Internet, tetapi hanya pihak tertentu dibenarkan masuk.

Katanya, dengan keadaan pintu kaca yang gelap, aktiviti dilakukan di sebelah dalam premis itu sangat dicurigai.

Sementara itu, wakil penduduk berhampiran di Taman Desa Bakti yang enggan dikenali berkata, terdapat juga pusat siber berunsur perjudian di kawasan itu.

Katanya, dengan modus operandi sama seperti di Taman Wilayah Selayang, pusat siber berkenaan beroperasi hampir 24 jam.

"Di Desa Bakti belakang bangunan Warta itu siap dengan penjaga meletakkan kerusi meja untuk makan dan minum di situ. Namun, untuk hari raya ini barulah nampak ia ditutup buat beberapa hari," katanya.

Wakil Persatuan Penduduk Taman Sri Murni Fasa 2, Tariq Ashraf Shah Abdullah sebelum ini turut mengakui terdapat beberapa pusat perjudian Internet di kawasan terbabit.

Sinar Harian cuba mengunjungi salah satu pusat siber di kawasan dimaksudkan sebagai pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat Internet, bagi memastikan kesahihan aduan penduduk.

Bagaimanapun penjaga premis memaklumkan kepada penulis talian Internet mengalami masalah.

Seminggu selepas itu, sekali lagi premis sama itu dikunjungi, tetapi kali ini timbul keraguan apabila alasan diberikan penjaga premis, 'tiada khidmat Internet' di situ.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui bagi mengulas berhubung kewujudan premis terbabit di kawasan berkenaan sebelum ini berkata, aduan penduduk itu sedang dipantau.

Polis cari suspek samun

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Polis cari suspek samun KUALA TERENGGANU - Polis kini mencari seorang lagi suspek kes samun sebuah kedai runcit hingga mengakibatkan pemilik kedai dan anak perem-puannya cedera dalam kejadian di Kampung Kuala Bekah, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, identiti suspek yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti dan kini pihaknya dalam usaha menjejakinya.

"Identiti suspek sudah dikenal pasti sepenuhnya hasil soal siasat terhadap rakannya yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

"Kami akan melakukan siasatan sama ada kedua-dua suspek berkenaan turut terlibat dalam kes samun lain seumpama ini yang menyasarkan golo-ngan wanita warga emas sebagai mangsa mereka," katanya.

Beliau berkata demi-kian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat anggota, Inspektor Husaini Amir Mohd Noor yang cedera akibat kemalangan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Menurut Jamshah, bagaimanapun, pihaknya yakin dengan penangka-pan kedua-dua suspek itu nanti dapat membantu menyelesaikan beberapa kes jenayah samun yang berlaku di sekitar Kuala Terengganu sebelum ini.

Sinar Harian kelua-ran Jumaat lalu menyiarkan cubaan dua penjenayah yang cuba merompak sebuah kedai runcit gagal apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan ketika bergelut dalam usaha melarikan diri di Kampung Kuala Bekah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Rohani Sulung, 48, telah didatangi suspek berumur 32 tahun itu yang berpura-pura ingin membeli barang di kedainya.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa tergamam seketika apabila suspek bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau ke arahnya sambil mengarahkan agar mangsa mengikut apa sahaja arahannya.

Terkejut dengan tinda-kan suspek itu, mangsa terus menjerit meminta tolong dan dia bernasib baik kerana jeritannya itu didengari anak perem-puannya, Nur Fatihah Mohd Bidin, 22, yang ketika itu turut berada di dalam kedai berkenaan.

Tergamam melihat keadaan ibunya yang berhadapan dengan maut itu, Nur Fatihah mendapatkan bantuan sepupu lelakinya selepas cubaan untuk membantu ibu gagal.

Selepas berlaku pergelutan selama beberapa minit, suspek berjaya ditahan oleh anak saudara mangsa dengan bantuan orang kampung yang melihat kejadian itu manakala rakan suspek yang sedang menunggu di atas motosikal berhampiran kedai berjaya melarikan diri.

Dalam pergelutan itu, mangsa dipercayai me-ngalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan topi keledar, badan dan cedera di tangan kiri dipercayai terkena pisau yang digunakan suspek, manakala anak perempuan mangsa pula mengalami luka di jari tangan kiri dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Dua beradik lemas

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Dua beradik lemas KUANTAN- Hasrat seorang bapa membawa keluarga bercuti di sini sempena cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila dua anak lelakinya ditemui mati lemas dalam kolam mandi resort penginapan mereka di Beserah dekat sini, petang kelmarin.

Lebih memilukan lagi, tragedi yang meragut nyawa dua beradik itu, Mohd Firdaus Samsol, 7, pelajar Sekolah Kebangsaan Lepar Utara 8 dan adiknya Mohd Ridzuan Hakim Samsol, 5, dipercayai berlaku kurang setengah jam selepas keluarga terbabit mendaftar masuk ke resort tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, bapa mangsa, Samsol Ibrahim dipercayai membawa keluarganya bercuti di Kuantan dan memilih untuk menginap di resort itu.

Menurutnya, mereka tiba dan mendaftar masuk ke resort tersebut kira-kira jam 12.10 pagi.

"10 minit kemudian, penyelia Felda Lepar Utara, Maran itu keluar bilik sambil diikuti dua anaknya (mangsa) manakala isteri, sedang menyusu seorang lagi anak berusia setahun dalam bilik.

"Mangsa dipercayai turun ke dalam kolam tanpa disedari bapa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, kira-kira lima minit kemudian, si bapa keluar dengan menaiki kereta untuk membeli minuman dan kembali 10 minit kemudian.

"Ketika itu dia mendapati kedua-dua anaknya tiada di bilik dan di sekitar resort tersebut lalu keluar untuk mencari.

"Pencariannya berakhir dengan detik memilukan apabila menemui tubuh kedua-dua anak lelakinya itu terdampar di dasar kolam dalam keadaan kaku," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan dari dasar kolam dan kejadian itu dimaklumkan kepada polis dan pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bantuan menyelamat.

"Pembantu perubatan yang tiba bersama sebuah ambulan kira-kira jam 12.55 pagi segera memberikan bantuan bagaimanapun dua beradik itu disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mayat dua beradik itu kemudiannya dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum jenazah dituntut keluarga untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Felda Kemayan, Bera bagi urusan pengebumian.

"Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan unsur jenayah," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Enam warga asing disyaki cuba rompak kapal ditahan

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Enam warga asing disyaki cuba rompak kapal ditahan

JOHOR BAHARU - Enam warga asing berumur antara 25 hingga 45 tahun ditahan ketika cuba merompak kapal-kapal dagang di kedudukan 2.4 batu nautika Barat Tanjung Piai Johor awal pagi hari ini.

Mereka yang menaiki sebuah bot kayu berukuran lapan meter panjang dan menggunakan enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda dikesan dalam keadaan mencurigakan, cuba merapati tiga buah kapal yang berlabuh di perairan tersebut.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai bot mencurigakan itu ketika ia cuba merapati kapal MV Kandariah dan MV Al-Agaila pada 12.30 tengah malam.

"Bot peronda kita bergegas ke lokasi dan apabila sampai pada 12.40 pagi mendapati bot kayu itu cuba merapati sebuah lagi kapal iaitu MV Sky Jupiter, dipercayai untuk merompak," katanya.

Bercakap kepada pemberita di jeti Jabatan Laut di sini hari ini beliau berkata bot kayu itu terus meluncur laju melarikan diri apabila menyedari kehadiran bot peronda APMM.

Mereka berjaya ditahan selepas dikejar selama 10 minit dan dilepaskan tembakan amaran oleh peronda APMM.

Dalam siasatan awal, APMM mendapati kesemua suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menemui pisau pemotong daging, tukul, kapak, spanar, pemutar skru, tali bersaiz satu inci dan buluh daripada mereka.

Zulkifli tidak menolak kemungkinan suspek turut menggunakan senjata api, namun mungkin telah dicampak ke dalam laut ketika mereka melarikan diri.

Modus operandi mereka ialah merapati dan menaiki kapal-kapal dagang yang berlabuh lalu merompak barangan kepunyaan anak-anak kapal.

Ini adalah kejayaan kedua APMM tahun ini menangkap perompak di perairan tersebut di mana tujuh perompak ditahan pada Mac lalu.

Zulkifli mengesahkan perairan Tanjung Piai dan Pengerang di Kota Tinggi itu adalah hotspot kejadian rompakan di laut.- Bernama

Penswastaan pengurusan sisa pepejal menjamin mutu perkhidmatan dan pelaburan

Posted: 18 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penswastaan pengurusan sisa pepejal menjamin mutu perkhidmatan dan pelaburan

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal pasti meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di negara ini ke tahap lebih cekap dan berkesan serta mencapai piawaian peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri berkata pendekatan itu membolehkan syarikat konsesi yang dilantik berani melabur secara besar-besaran bagi mendapatkan teknologi terkini, mesin dan kelengkapan moden serta tenaga kerja yang mahir, sekaligus menyediakan perkhidmatan yang efisien.

"Melalui tempoh perjanjian selama 22 tahun ini, (sebagai contoh) mereka boleh mengambil langkah menambah bilangan jentera "compactor", yang digunakan, tenaga kerja yang terlatih, di samping menyediakan tong-tong sampah yang cukup.

Dengan itu kita harapkan syarikat konsesi menjadi lebih efisien," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Konsesi dan Perjanjian Tiga Pihak antara Kerajaan Persekutuan dengan tiga syarikat konsesi sempena penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di sini hari ini.

Muhyiddin berkata peralihan tanggung jawab itu belum pernah berlaku di mana-mana negara.

Tiga syarikat konsesi itu ialah Alam Flora Sdn Bhd yang menguruskan zon tengah dan timur, yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan, SWM Environment Sdn Bhd bagi zon selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan serta Environment Idaman Sdn Bhd bagi menguruskan zon utara Kedah dan Perlis Muhyiddin yakin tiga negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak akan turut menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) tidak lama lagi.

Katanya, perjanjian baharu itu telah menamatkan episod suka duka syarikat konsesi berkenaan dalam mengharungi tempoh interim selama 14 tahun sebelum ini.

Sebelum ini, menurutnya, syarikat konsesi terbabit teragak-agak untuk melabur berjuta-juta ringgit untuk mengembangkan perkhidmatannya kerana tidak ada sebarang jaminan kukuh dari kerajaan.

"Perubahan ini dibuat mengambil kira pelbagai aspek yang menyeluruh, meliputi kerangka dasar, institusi, perundangan dan juga kepentingan rakyat.

Kerjaan juga turut mengambil kira kemampuan kewangan yang terhad bagi kebanyakan PBT, untuk menguruskan sisa pepejal secara lebih berkesan," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal adalah komitmen kerajaan Malaysia secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hujau, berdasarkan kepada "emissions intensity of GDP" sehingga 40 peratus menjelang 2020.

Dalam Rancangan Malaysia ke-sembilan (RMK9), katanya kerajaan telah membelanjakan RM958.7juta bagi menguruskan sisa pepejal, namun bagi 2010 sahaja, kerajaan terpaksa membelanjakan RM303 juta, iaitu hampir 1/3 dari jumlah keseluruhan bagi RMK9.

Katanya kos pengurusan sisa pepejal terus membebankan kerajaan memandangkan kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan rakyat negara ini terus meningkat, iaitu 19,000 tan sehari bagi 2005 meningkat kepada 27,000 tan sehari sekarang.

Beliau berkata keadaan itu menjadi lebih serius memandangkan kebanyakan tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini bukan tapak pelupusan sanitari.

"Daripada 166 tapak pelupusan yang sedang beroperasi sekarang, hanya lapan tapak sahaja yang merupakan tapak pelupusan sanitari. Dengan pengambilalihan tanggung jawab ini, kerajaan persekutuan berharap ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, malah dapat memberi ruang meningkatkan keupayaan bagi menerokai kaedah rawatan dan pelupusan berteknologi canggih, mesra alam dan berkesan kos," katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru semua pihak supaya terus menggandakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan 3R iaitu reduce (kurangkan), reuse (guna semula) dan recycle (kitar semula). - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved