Isnin, 12 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Malaysia penyelesaian terbaik

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Malaysia penyelesaian terbaik CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard semalam, berkata, kerajaan akan meminda undang-undang migrasi negara itu bagi membolehkan Canberra meneruskan rancangan menghantar pemohon suaka ke Malaysia dalam usaha menghalang aktiviti pemerdaga-ngan manusia di rantau itu.

Gillard merancang akan membentangkan undang-undang baru tersebut di Parlimen, minggu depan selepas mahkamah tinggi Australia menghalang kerajaan meneruskan perjanjian itu, bulan lalu.

Menurutnya, perubahan undang-undang migrasi membolehkan kerajaan memintas larangan mahkamah dan kerajaannya berazam akan mengotakan perjanjian yang ditandatangani dengan Malaysia, bulan lalu.

"Malaysia adalah penyelesaian terbaik bagi masalah pemohon suaka dan pemerdagangan manusia buat masa ini," katanya.

Perjanjian pertukaran antara Australia dan Malaysia bakal menyaksikan 800 pemohon suaka dihantar ke Malaysia dan Canberra pula akan menerima 4,000 pelarian dari Malaysia.

Bagaimanapun, rancangan tersebut mendapat tentangan banyak pihak kerana Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan panduan mengenai hak dan perlindungan kepada pelarian.

Rakyat Eropah sokong Palestin

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Rakyat Eropah sokong Palestin LONDON - Majoriti penduduk di Britain, Perancis dan Jerman mahu kerajaan masing-masing mengiktiraf pembentukan Palestin sebagai negara bebas semasa mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut satu tinjauan pendapat.

Sebanyak 59 peratus daripada responden di Britain berpendapat, kerajaan patut menyokong resolusi PBB bagi mengiktiraf Palestin, manakala masing-masing 69 peratus dan 71 peratus penduduk di Perancis dan Jerman turut mempunyai pandangan sama.

Kebanyakan penduduk Eropah juga berpendapat Palestin berhak mempunyai negara sendiri dengan 71 peratus rakyat Britain, 82 peratus Perancis dan 86 peratus Jerman menyokongnya.

Palestin dilihat bakal mendapat undian majoriti, jika resolusi itu dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB di New York, minggu depan.

Namun, Palestin memerlukan kelulusan Majlis Keselamatan PBB, bagi mendapatkan keanggotaan penuh di PBB.

Minggu lalu, Amerika Syarikat, mengesahkan akan menghalangnya menggunakan kuasa veto.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

342 mangsa dipindah

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

342 mangsa dipindah KANGAR - Tujuh pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 88 keluarga atau 342 mangsa akibat banjir yang melanda Perlis sejak kelmarin.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata, tujuh pusat pemindahan itu adalah satu di Padang Besar yang menempatkan 11 keluarga atau 38 mangsa, tiga di Kangar untuk 16 keluarga atau 38 mangsa dan selebihnya di Arau membabitkan 61 keluarga atau 250 mangsa.

Dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau dan SK Padang Melangit, Abi diarah tutup untuk sementara waktu manakala murid di beberapa sekolah diarah pulang atas faktor keselamatan.

Selain itu, Klinik Kesihatan Gial, Arau ditutup berikutan kejadian banjir.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Nishad Mohamed Mohd Shaffy berkata, sehingga jam 2.30 petang, paras air di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar adalah melebihi paras bahaya iaitu 29.77 meter.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan aliran air dari negara jiran walaupun semua sedia maklum, hujan lebat sedang melanda Thailand.

"Banjir di Padang Besar semakin pulih tetapi keadaan di Kangar dan Arau masih sama berikutan air dari Titi Tinggi dan Wang Kelian mula mengalir ke beberapa sungai di Arau.

"Sehingga kini, paras air di Sungai Pelarit Kaki Bukit dan Sungai Jarum di Titi Tinggi berada pada paras waspada. Sekiranya, hujan tidak turun lagi, keadaan akan semakin pulih," katanya ketika dihubungi.

» selanjutnya...

Jaga hubungan baik

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jaga hubungan baik BATU GAJAH - Kepimpinan parti sama ada di peringkat Pusat, Wanita, Puteri mahupun Pemuda diminta supaya menjaga hubungan baik antara satu sama lain tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti dalam kalangan sayap parti berkenaan.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, hubungan itu bukan sahaja di antara kepimpinan Umno sahaja malahan MCA dan MIC digalakkan untuk melakukan perkara yang sama bagi memperkuatkan lagi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rundingan untuk pengagihan kerusi membabitkan parti komponen BN bagi pilihan raya umum akan datang perlulah diadakan secara tertutup tanpa membabitkan wakil media masa supaya ia berjalan dengan lebih lancar.

"Selain itu, jika ada dalam kalangan kepimpinan parti yang tidak berpuas hati antara satu sama lain, teguran perlulah diselesaikan di peringkat dalaman tanpa membabitkan orang luar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Adun Sungai Rapat di Batu Gajah, semalam.

Hamidah berkata, sejak kebelakangan ini rakyat mula menunjukkan sokongan kepada BN dan ia adalah petanda baik untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Sehubungan itu, semua pihak dalam parti perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan BN dapat mengekalkan kerusi yang sedia ada serta berusaha untuk merampas kerusi yang ditawan pembangkang pada PRU ke-13 nanti," katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Gopeng.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya mengambil tindakan segera bagi membendung rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terutamanya bekas dan keluarga anggota polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu).

Katanya, sebagai anak dan cucu kepada bekas anggota polis, beliau kesal dengan kenyataan Mat Sabu yang tidak berlandaskan fakta sejarah itu.

"Janganlah cuba meraih sokongan rakyat dengan memutar belitkan sejarah negara kerana ia hanya akan mengancam keselamatan negara selain mewujudkan suasana tidak harmoni antara kaum," katanya.

"Justeru, KDN harus mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku pada masa hadapan," katanya.

Jais perlu bertindak tegas

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jais perlu bertindak tegas KLANG - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diminta bertegas dan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang tetap berdegil untuk memberikan ceramah di masjid walaupun tidak mempunyai tauliah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, tindakan itu perlu supaya masjid tidak digunakan untuk kepentingan politik parti-parti tertentu.

Menurutnya, Jais boleh mengambil tindakan mengikut peraturan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

"Khalid tidak tahu undang-undang dan peraturan Perlembagaan Negeri dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

"Beliau tidak layak menjadi Ahli Parlimen dan ahli politik kerana tidak tahu baca enakmen itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Perepat dengan kerjasama Umno Bahagian Kapar, di sini, semalam.

Pada majlis itu beliau menyampaikan sumbangan kepada 209 penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mindar Enterprises Sdn Bhd, Daruzzaman Ab Rahim.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat itu berkata, semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor, ahli-ahli Umno yang tidak mempunyai tauliah atau memiliki tauliah tidak dibenarkan berceramah di masjid.

"Ikutilah peraturan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Masjid dan surau adalah kepunyaan rakyat beragama Islam dan berada di bawah pentadbiran Ketua Agama iaitu Sultan Selangor yang ditadbir Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan penguatkuasaannya oleh Jais.

Khalid sebelum ini menegaskan beliau akan meneruskan untuk memberi ceramah di masjid sehingga ia dibuktikan haram dari sudut Islam.

Beliau mendakwa Mais mempunyai kaitan dengan Umno dan menyebabkan ahli politik tidak dibenarkan bercakap mengenai Islam sekali gus tauliah tidak diberikan kepada ahli politik.

Sebelum ini, Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, tindakan Jais memanggil Khalid untuk memberi keterangan adalah sah mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, Khalid tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuk tazkirah, ceramah, kuliah dan pengisian agama di masjid dan surau seluruh Selangor kerana tiada tauliah.

Parah ditetak tiga lelaki

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Parah ditetak tiga lelaki BESUT - Seorang lelaki cedera pada bahagian lengan dan dan kedua-dua belah tangan serta badan apabila ditetak, dipercayai oleh tiga lelaki menggunakan senjata tajam di Kampung Kubang Ikan dekat Kampung Raja di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.10 malam, mangsa yang dikenali sebagai Mohd, 33, berada di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu disedari bapa saudara mangsa yang tinggal berhampiran apabila mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Menurutnya, apabila bapa saudara mangsa keluar dari pintu rumahnya dia dapati mangsa berlari ke arahnya dalam keadaan berlumuran darah dan setelah diperiksa, didapati terdapat beberapa kecederaan pada bahagian badan dan tangan akibat tetakan senjata tajam.

"Bapa saudaranya terus mengejarkan mangsa ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja.

"Keadaannya kini dilaporkan stabil dan polis sedang berusaha mengesan semua suspek yang sudah dikenal pasti," katanya.

Kamaruddin berkata, motif kejadian dikatakan berpunca daripada dendam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Bekas guru Kafa ditemui mati

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bekas guru Kafa ditemui mati KOTA BHARU - Misteri bau busuk dari sebuah rumah kayu terjawab apabila mayat seorang warga emas berusia dalam lingkungan 80-an ditemui mati di rumahnya di Kampung Perol Peringat di, sini, petang kelmarin.

Mayat warga emas yang tinggal bersendirian itu ditemui dalam keadaan tertiarap bersebelahan tingkap rumahnya dipercayai terjatuh ketika ingin menutup tingkap terbabit.

Salah seorang jiran mangsa, Wan Norazlaini Wan Abdullah, 42, berkata, dia sering menziarahi warga emas terbabit yang dikenali sebagai Limah Loman.

"Dia memang tinggal seorang diri di rumah berkenaan disebabkan dia, tidak mempunyai anak-anak walaupun pernah berkahwin namun dia tidak dikurniakan zuriat.

"Melihatkan keadaannya yang semakin uzur, saya sering menziarahinya dengan membawa makanan dan bertanya khabar mengenai kesihatannya, namun saya tidak menyangka sejak dua hari meninggalkan rumah kerana ada urusan di Kuala Lumpur, hari ini (kelmarin) saya menerima berita mengenai kematiannya," katanya.

Menceritakan keadaan sebelum menemui mayat tersebut, Wan Norazlaini berkata, pada mulanya dia mengetuk pintu untuk menghantar makanan pada jam 3,30 petang, tetapi tiada jawapan lalu dia meninjau melalui tingkap yang terbuka dan tercium bau busuk.

"Saya tergerak hati untuk menghantar makanan ke rumahnya tetapi alangkah terkejutnya saya apabila melihat sekujur tubuh dalam keadaan tertiarap berada berdekatan dengan tingkap yang turut berlumuran darah di bahagian mulutnya.

"Saya terus menghubungi Balai Polis Nilam Puri melaporkan kejadian terbabit dan meminta bantuan pihak terbabit bagi melihat keadaan makcik itu," katanya.

Menurutnya, warga emas itu juga merupakan bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa), namun tidak lagi mengajar sejak tiga tahun lalu kerana kesihatan dirinya yang semakin uzur.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Idris Abd.Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian warga emas terbabit dan mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut.

Ikan layaran, marlin terancam

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT

Ikan layaran, marlin terancam KUALA ROMPIN - Pengusaha sektor pelancongan, di sini, meluahkan kebimbangan mereka terhadap sikap pengusaha bot pukat tunda yang sanggup mengaut keuntungan mudah dengan menjual spesies ikan layaran dan marlin.

Pengerusi Persatuan Memancing Kuala Rompin, Abd Razak Daud berkata, kedua-dua spesies ikan yang dilindungi itu dijual kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk dijadikan produk makanan.

Menurutnya, perairan Rompin yang dikategorikan sebagai lokasi atau lubuk memancing ikan layaran kedua terbaik dunia selepas Australia mungkin hanya tinggal sejarah sekiranya aktiviti itu tidak dibendung segera.

"Aktiviti penangkapan ikan layaran dan marlin oleh sesetengah bot pukat tunda semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dan difahamkan mereka menjual ikan layaran kepada pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan memproses keropok lekor," katanya kepada Sinar Harian.

Abd Razak berkata, lebih mengecewakan, bot pukat tunda bukan saja menangkap induk ikan layaran dan marlin, malah benih ikan itu turut diambil, sekali gus menjejaskan populasi dan habitat spesies berkenaan.

Justeru katanya, kerajaan digesa mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha bot pukat tunda yang didapati menangkap dan memiliki spesies itu di perairan di negara ini.

"Sikap tidak cakna pengusaha bot terhadap kehidupan marin hanya menyebabkan industri pelancongan di perairan Rompin, di sini, lumpuh dan terjejas.

"Rompin kini termasuk dalam peta dunia sebagai lokasi jajaran ikan layaran terbesar di Asia, selain Amerika Syarikat dan Australia menerusi penganjuran 'Royal Pahang Billfish International Challenge," katanya.

Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Rompin, Datuk Wee Kau Heng berkata, beliau difahamkan pelancong asing biasanya akan berbelanja sekitar RM20,000 hingga ke RM100,000 setiap kali datang ke Rompin.

"Mereka (pelancong asing) akan menyewa bot sekitar RM2,000 hingga ke RM3,000 sehari dan akan berbelanja untuk membeli barangan kelengkapan memancing selain turut bermalam di Rompin.

"Keadaan ini sudah tentu menjana sumber pendapatan bagi pengusaha sektor pelancongan laut dalam, namun akibat kerakusan bot pukat tunda menangkap spesies yang dilindungi ini hanya menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk," katanya.

Beliau berkata, pelancong asing sanggup berhabis duit hanya semata-mata mahu merakamkan gambar bersama spesies berkenaan sebelum melepaskannya semula ke dasar laut bagi mengelakkan populasi ikan itu terancam.

"Kebanyakan pelancong yang datang ke sini adalah dalam kalangan profesional dan berjawatan penting di negara masing-masing. Mereka hanya mahu merasai pengalaman menangkap dan bergambar bersama ikan layaran dan marlin di negara ini.

"Mereka lebih menghargai nilai kehidupan marin berbanding kita dan usaha pemuliharaan serta penguatkuasaan perlu diperhebat bagi memastikan habitat haiwan itu dapat dikekalkan pada masa depan," katanya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved