Ahad, 14 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Empat maut bumbung konsert runtuh

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Empat maut bumbung konsert runtuh INDIANA - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera, apabila bumbung pentas runtuh akibat tiupan angin kencang di Festival Indiana di Amerika Syarikat (AS), malam kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, angin kuat memutuskan tali yang menahan bumbung pentas menyebabkannya runtuh dan menghimpap orang ramai yang sedang mengikuti persembahan beberapa artis terkenal termasuk kumpulan penyanyi duo Sugarland dan Sara Bareilles.

Antara mangsa dilaporkan cedera ringan, adalah tiga kanak-kanak dan jumlah kematian dijangka meningkat selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Semasa runtuhan berlaku, tiada penyanyi berada di atas pentas dan kesemua penghibur dilaporkan selamat.

Polis AS turut mengumumkan akan menyiasat struktur pemasangan pentas itu bagi mencari punca sebenar kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PM Britain ‘tampar’ polis

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

PM Britain 'tampar' polis LONDON - Keputusan Perdana Menteri Britain, David Cameron melantik pakar jenayah jalanan Amerika Syarikat (AS) sebagai penasihat selepas rusuhan ganas tercetus di London menjadi tamparan hebat kepada pasukan polis Britain.

William Bratton, ketua polis yang dikenali kerana kejayaan mengekang jenayah jalanan di bandar besar AS seperti New York, Los Angeles dan Boston akan membantu kerajaan Britain merangka strategi untuk berhadapan rusuhan dan budaya gangster di negara Eropah itu.

Pelantikan Bratton diumum Cameron selepas pemimpin itu menuduh kumpulan samseng sebagai punca rusuhan ganas empat hari di seluruh negara, minggu lalu.

Pengerusi Persekutuan Polis Manchester, Ian Hanson yang mewakili polis Britain menyelar keputusan Cameron itu.

"Britain tidak memerlukan seseorang yang tinggal sejauh 8,000 kilometer (untuk jadi penasihat) tetapi polis hanya memerlukan peruntukan kewangan mencukupi.

"Polis Britain menerima tamparan hebat apabila Perdana Menteri ingin membawa masuk Bratton untuk memperbaiki dasar keselamatan negara," katanya.

Kenyataan itu dijangka mencetuskan lebih banyak perselisihan antara polis dan kerajaan apabila Cameron sebelum ini mendakwa tindak balas pasukan keselamatan itu semasa rusuhan ibarat pengecut.

Kerajaan Britain di bawah merancang memotong peruntukan polis sehingga 20 peratus dan memberhentikan 16,000 pegawai sepanjang empat tahun bagi mengawal defisit negara itu.

Sementara itu, seorang lelaki, Joshua Donald, 26, dan remaja berumur 17 tahun dihadapkan ke mahkamah, semalam berhubung kematian tiga lelaki semasa mangsa melindungi kejiranan mereka daripada pencuri semasa rusuhan di Birmingham.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Asrama musnah dijilat api

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Asrama musnah dijilat api JITRA - Tinggal sehelai sepinggang. Begitulah nasib 71 pelajar lelaki asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini selepas empat dari enam bilik di blok asrama lelaki sekolah itu hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Semua mereka yang ketika itu sedang berehat selepas waktu persekolahan semalam bagaimanapun selamat selepas masing-masing diarahkan keluar oleh warden asrama ke tempat yang lebih selamat.

Pengusaha Dewan Makan Asrama sekolah tersebut, Zaidi Mohamad, 38, berkata, pada mulanya dia yang terdengar bunyi letupan kecil segera meninjau keluar sebelum ternampak asap berkepul dari arah bangunan dua tingkat asrama pelajar lelaki terbabit.

Menurutnya, dia segera memaklumkan perkara itu kepada warden asrama sebelum semua pelajar lelaki berkenaan diarahkan keluar dari blok asrama mereka.

"Sewaktu kejadian saya sedang sibuk menyediakan makanan untuk berbuka kepada semua penghuni asrama di sekolah ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

SMK Tunku Anum yang juga Sekolah Sukan Negeri itu mempunyai sebuah blok asrama lelaki yang memuatkan 100 pelajar, bagaimanapun hanya 71 pelajar lelaki yang berada di situ sewaktu kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat yang turut ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya bersyukur kerana semua pelajar selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, buat sementara waktu semua pelajar terbabit akan ditempatkan di blok lain di sekolah berkenaan bagi meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa.

"Kita akan mengambil langkah susulan bagi memastikan semua pelajar yang terlibat dalam kebakaran dapat meneruskan pembelajaran mereka tanpa menjejaskan konsentrasi masing-masing.

"Semua pakaian dan buku-buku yang musnah dalam kebakaran juga akan diuruskan dengan segera tanpa menjejaskan pembelajaran pelajar terbabit," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.31 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian seminit selepas menerima panggilan dan tiba di lokasi jam 3.40 petang.

Menurutnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian api marak dapat dilihat di bahagian tengah asrama itu.

"Api dapat dipadamkan dalam tempoh 18 minit dengan kerja pemadaman melibatkan lima buah jentera termasuk sebuah lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dengan bantuan lapan pasukan dari balai bomba sukarela

"Bagaimanapun punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malang dua bersaudara

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Malang dua bersaudara TELUK INTAN - Niat seorang lelaki mengambil anak saudara pulang dari kem perkhemahan di sekolah berakhir tragedi apabila terlibat dalam kemalangan maut di Lorong Tokong Siam, Jalan Selabak, petang semalam.

Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan kejadian 4.20 petang itu yang menyebabkan dua maut, seorang kritikal dan dua selamat.

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai V Menan Raj, 21, juga pemandu kenderaan pacuan empat roda dan salah seorang anak saudaranya dikenali sebagai R Thivaran, 7, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan.

Menurutnya, mangsa lain dikenali sebagai, R Rajaletchumy, 9, masih kritikal menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala R Mugilan, 13, dan adiknya, R Vimal, 2, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mangsa (Menan Raj) bersama empat anak saudaranya dalam perjalanan pulang dari Selabak Dalam ke Jalan Padang Tembak melalui Lorong Tokong Siam.

"Tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa melalui sebuah jambatan sempit seluas lebih kurang 2.5 meter sebelum hilang kawalan lalu masuk ke dalam parit sedalam lebih kurang tiga meter.

"Penduduk yang menyedari kejadian itu membantu kesemua mangsa keluar namun Menan Raj yang tersepit di tempat duduknya menyukarkan lagi kerja-kerja menyelamat dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan, namun anak saudara mangsa, R Thivaran, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Kok Liang berkata, punca kematian bagi kedua-dua mangsa masih belum diketahui kerana bedah siasat akan dijalankan pada 9.30 malam semalam manakala kesemua mangsa yang selamat masih menerima rawatan di pusat rawatan itu.

"Pihak kami akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan masih dijalankan di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Diculik kerana cinta

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Diculik kerana cinta KAMPUNG RAJA – Gara-gara tidak membalas cinta seorang lelaki, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini diculik sekumpulan lelaki berhampiran rumahnya di Taman Seri Intan, Jalan Alor Peroi, dekat Kuala Besut di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa, Noredreen Natasya Suhaimi, 15, diculik berhampiran rumahnya di taman perumahan itu selepas keluar dari sebuah kedai runcit, sebelum dilarikan dengan sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bagaimanapun tindakan pantas bapanya membuat laporan polis dan kerjasama orang ramai, menyelamatkan mangsa daripada berlaku kejadian tidak diingini selepas polis segera melancarkan gerakan memburu suspek dan menyelamatkan mangsa.

Maut akibat tergesel

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maut akibat tergesel PASIR PUTEH - Akibat kecuaian, seorang remaja lelaki maut di Kilometer Enam, Jalan Gaal ke Kampung Bukit di sini kira-kira jam 7 petang kelmarin, ketika umat Islam lain sedang menanti waktu untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, mengikut saksi kejadian, mangsa, Mohd Amirul Hafiz Abdullah,17, berasal dari Kampung Dedap, Gaal itu dipercayai sedang merempit bersama dua lagi rakannya yang berumur juga 17 tahun dan 20 tahun.

"Semasa kejadian, mereka bertiga menunggang motosikal masing-masing dan tiba-tiba sebuah motosikal muncul dari arah bertentangan mereka sehingga menyebabkan Mohd Amirul Hafiz terkejut lalu motosikalnya tergesel dengan motosikal dua lagi rakannya yang lain.

"Ini menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala sehingga meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, salah seorang daripada rakan mangsa mengalami patah kaki manakala seorang lagi cedera ringan di bahagian badan mereka.

Mohd Kamal berkata, kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja tidak memakai topi keledar tetapi turut sama tidak mempunyai lesen memandu.

"Masalah tidak memakai topi keledar dan memandu tanpa lesen sudah banyak kali diingatkan dan sudah banyak kempen diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingannya.

"Namun masih ramai yang tidak mengindahkan ia sehinggalah ramai yang maut disebabkan kecuaian kecil ini, jadi saya berharap kepada ibu bapa terutamanya, supaya memantau anak-anak mereka lebih-lebih lagi di musim perayaan ini,'' katanya.

Mohd Kamal berkata, beliau tidak mahu Hari Raya Aidilfitri nanti disambut dengan kesedihan dan bukannya kegembiraan.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Nicol rangkul kejuaraan sulung terbuka Australia

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nicol rangkul kejuaraan sulung terbuka Australia

CANBERRA -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan sulung Terbuka Australia dalam percubaan pertamanya apabila menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir, di sini hari ini.

Nicol, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay bersama pemain lagenda sukan itu.

Nicol menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga.

Bagaimanapun, rentak permainan Nicol yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu.

"Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij.

"Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini," kata Nicol yang berusia 27 tahun. -- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peniaga diberi amaran supaya papar tanda harga barang

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Peniaga diberi amaran supaya papar tanda harga barang

PENGKALAN HULU -- Para peniaga diingatkan serta diberi amaran keras supaya memaparkan tanda harga pada barang jualan mereka sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tegas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aduan peniaga gagal meletakkan tanda harga terutama sempena sambutan hari raya dua minggu lagi.

Tan yang juga Anggota Parlimen Grik berkata, pihak kementerian sentiasa mengambil berat rungutan rakyat mengenai tindakan segelintir peniaga yang sengaja mahu mengelirukan pembeli.

"Letakkan tanda harga jika enggan dikenakan tindakan," katanya ketika ditemui pada majlis sumbangan bantuan kepada 200 anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan di sini.

Beliau juga menasihatkan pengguna supaya tidak membuat pembelian panik hingga membuka peluang kepada peniaga menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan sempena musim perayaan ini.
-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tragedi sahur

Posted: 13 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tragedi sahur JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Tebrau Bakar Batu, di sini, gempar selepas juadah enak yang sedang dinikmati ketika bersahur terbantut dengan kebakaran melibatkan dua rumah dan mengorbankan nyawa seorang lelaki, awal pagi semalam.

Kejadian sekitar jam 5.25 pagi itu dipercayai bermula dari rumah mangsa, Sabtu Hussin, 57, sebelum ia merebak ke rumah bersebelahan yang didiami oleh anak saudara mangsa bersama suami dan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, anak saudaranya, Sapiah Wan Hitam, 37, sekeluarga berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang hampir meragut nyawa mereka.

Kakak mangsa, Ramlah Hussin, 61, berkata, dia yang tinggal berhampiran dengan rumah pusaka yang didiami mangsa dimaklumkan berhubung kejadian menerusi panggilan telefon oleh anak perempuannya.

"Ketika kejadian, saya baru selesai bersahur dan sedang mengemas dapur. Ketika itu, saya menerima panggilan salah seorang anak saya memaklumkan kejadian kebakaran ini.

"Sebaik sahaja saya sampai di lokasi kejadian, rumah yang didiami arwah (Sabtu) sudah hangus terbakar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Ramlah berkata, Sabtu yang merupakan anak kelima daripada 12 adik-beradik itu tinggal di rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka secara seorang diri sejak bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu.

Katanya, adiknya itu yang pernah memandu teksi sebelum ini terpaksa berhenti kerja akibat daripada penyakit tibi tulang yang dihidapinya.

"Walaupun sedih dengan kematian adik saya, namun saya juga bersyukur kerana Sapiah, menantu dan dua cucu terselamat dalam kebakaran ini.

"Pilu juga hati mendengar rintihan Sapiah mengatakan wang tunai berjumlah RM1,000 diterima untuk persiapan hari raya dari suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan turut hangus terbakar," katanya.

Anak saudara mangsa, Wan Suhaimi Wan Hitam, 38, berkata, hatinya rasa sedih melihat keadaan mangsa (Sabtu) yang rentung hangus terbakar selepas bomba berjaya memadamkan api.

"Sayu hati apabila terlihat rambut dan anggota badan mangsa yang terbakar dalam kejadian ini. Saya amat mengenali gaya tidur mengiringnya sebaik sahaja bomba selesai memadamkan api.

"Adik perempuan (Sapiah) berserta suami dan jiran cuba untuk membantu arwah, namun api marak begitu cepat membakar keseluruhan dua buah rumah dalam masa singkat," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon Johor Bahru, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Raja Saiful Iswandy Raja Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.28 pagi.

Katanya, api berjaya dikawal jam 5.42 pagi dan dipadamkan sepenuhnya jam 7.30 pagi.

"Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian ruang utama rumah sebelum ia merebak. Mayat mangsa ditemui terbaring di atas katil biliknya," katanya.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved