Khamis, 4 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Tikus hidup ditemui dalam roti

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tikus hidup ditemui dalam roti BRISBANE - Seorang wanita semalam mendedahkan dia terkejut selepas menemui tikus yang masih hidup di dalam bungkusan roti dibeli dari sebuah pasar raya Coles di Aitkenvale, utara Queensland pada Ahad lalu.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya mendapati terdapat lubang besar pada permukaan roti itu seakan kesan akibat dimakan haiwan perosak.

Mangsa akhirnya bertindak mengembalikan semula roti itu tetapi pihak pengurusan pasar raya tersebut enggan bertanggungjawab sebaliknya memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun, jurucakap pasar raya tersebut menyatakan satu siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan syarikat itu telah memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Townsville.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penjara Hong Kong adakan pameran kerjaya

HONG KONG - Sebuah penjara di Hong Kong telah mengadakan pameran kerjaya pertama untuk para banduan kelmarin dalam usaha membantu golongan itu untuk mendapatkan pekerjaan sebelum mereka dibebaskan.

Kebanyakan syarikat bersetuju dengan objektif penganjuran pameran kerana usaha tersebut seakan dapat memulihkan keyakinan para banduan untuk berubah menjadi orang berguna.

Pameran kerjaya yang diadakan di penjara Pik Uk yang terletak di pinggir bandar selatan China itu menawarkan hampir 250 peluang pekerjaan.

Pemilik kedai elektronik, Chun Man Tsun berkata, dia tidak menilai taraf pendidikan atau kelayakan para banduan tersebut.

"Saya hanya mencari calon pekerja yang bercita-cita untuk maju dalam hidup mereka," menurutnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Buruh maut perut terburai

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Buruh maut perut terburai BAYAN LEPAS – Seorang buruh yang baru pulang dari kerja maut dalam keadaan perutnya terburai selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan yang sedang keluar dari persimpangan Jalan Permatang Damar Laut kelmarin.

Dalam kejadian kira – kira 7.40 malam, mangsa, Lye Hock Soon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Batu Maung sebelum merempuh kereta jenis Datsun yang berada di persimpangan itu.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung melepasi kereta berkenaan sebelum tercampak ke atas jalan sehingga menyebabkan perutnya terburai dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, mangsa dikatakan baru pulang dari kerja di Batu Maung dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Pulau Betong, Balik Pulau.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati, penunggang terbabit melanggar kereta yang keluar dari persimpangan jalan itu.

"Kami sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian berikutan pemandu terbabit masih belum sedarkan diri," katanya.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Dituduh bunuh bekas polis

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dituduh bunuh bekas polis IPOH – Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bekas anggota polis di Taman Pengkalan Indah, 22 Julai lalu.

R Ganesan, 30; S Sivakumar, 18; dan Hasyim Jaganathan Abdullah, 36, masing-masing berasal dari Ipoh dituduh melakukan perbuatan membunuh ke atas S Sunther, 50, dengan niat mendatangkan kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Makanan Kum Sam antara jam 10 malam hingga 12 malam pada hari berkenaan.

Dakwaan terhadap mereka itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris menawarkan jaminan sejumlah RM20,000 seorang atas alasan kepentingan orang awam.

Kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela, Ranjit Singh Sandhu merayu jaminan dikurangkan berikutan ahli keluarga hadir di mahkamah selain mempunyai gaji rendah bekerja sebagai tukang besi buruk.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 27 September depan.

Akhbar pada 26 Julai lalu melaporkan, seorang bekas polis maut dibelasah dengan sekumpulan lelaki menggunakan batu-bata dan kerusi selepas menikmati minuman di restoran berkenaan.

Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan ke lebih 24 jam kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

Polis giat buru Rambo

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis giat buru Rambo KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai perancang utama sindiket curi kereta dikenali sebagai Rambo, manakala, seorang ahli sindiket itu berjaya ditahan awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, polis menahan ahli sindiket berusia 45 tahun itu di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, penahanan itu dibuat susulan tertangkapnya dua suspek sindiket sama pada Khamis lalu di dua lokasi di Pantai Dalam.

Menurutnya, penahanan suspek ketiga itu juga membawa kepada penemuan tiga buah kereta yang dicuri.

"Hasil siasatan dijalankan menunjukkan tiga kereta itu terdiri daripada dua jenis Proton Wira Aeroback serta sebuah kereta Kia Carnival menggunakan nombor pendaftaran dan geran palsu.

"Siasatan awal mendapati suspek itu mempunyai kaitan dengan kedua-dua suspek yang ditahan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Petaling, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah tetapi mempunyai rekod lalu berkaitan penagihan dadah.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket berkenaan.

"Kita percaya sindiket ini mempunyai rangkaiannya yang besar dan ketiga-tiga suspek ditahan ini menjalankan kerja-kerja mencuri.

"Berdasarkan geran, cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu ini, kita percaya terdapat individu lain yang terlibat memalsukan dokumen itu serta menjual kereta dicuri," katanya.

Wan Abdul Bari berkata, polis kini memburu Rambo yang dipercayai merupakan perancang sindiket curi kereta berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan dapat menahan Rambo dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, sindiket itu dikesan menyasarkan kereta jenis Proton kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu Sinar Harian melaporkan dua lelaki ditahan serta lima buah kereta dirampas di Pantai Dalam. Sindiket tersebut dipercayai aktif mencuri kereta sejak setahun lalu.

Operasi bersepadu cegah dadah

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Operasi bersepadu cegah dadah RHU RENDANG – Ketika orang sibuk beramal sepanjang malam Ramadan, dia pula sibuk ke sana ke mari mencari bekalan dadah.

Demikianlah gambaran sesuai diberikan kepada seorang pemuda berusia awal 20-an yang berjaya ditahan di Taman Medan Jaya malam kelmarin.

Pemuda itu berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu disertai pelbagai agensi kerajaan iaitu Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Medan Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah.

Ketua Pegawai AADK daerah, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, lelaki tempatan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Zon A Taman Medan Jaya dan dia didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing oleh AADK.

"Pada operasi bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 16 orang telah diperiksa dan telah diambil ujian air kencing, namun hanya seorang pemuda berusia awal 20-an disahkan positif dadah," katanya selepas operasi bersepadu itu selesai dijalankan.

Wan Zulkafli berkata, pada operasi itu juga, seramai 15 anggota AADK, 11 ahli KRT Medan Jaya, lima anggota Rela dan dua anggota polis bekerjasama dalam memastikan operasi bersepadu itu berjalan lancar serta mencapai objektifnya.

Menurutnya, pihaknya juga akan sentiasa menjalankan operasi di kawasan berbeza secara berkala bagi memastikan seluruh daerah bebas daripada kegiatan tidak bermoral, termasuk mengesan penagih dadah di kawasan perumahan terutama remaja.

Bayi hidap jantung berlubang

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bayi hidap jantung berlubang LANCHANG – Seorang suri rumah mengharapkan kehadiran Ramadan tahun ini akan memberi sinar baru buat keluarganya yang memerlukan bantuan lebih RM80,000 bagi kos pembedahan jantung anak bongsunya.

Sarina Mat Nayan 40, dan suami Mohd Zulkifli Mohd Nor 42, yang bekerja sebagai buruh pertanian menetap di Kampung Bongsu di sini tidak mampu menampung kos rawatan yang terlalu tinggi untuk merawat anaknya Mohd Iskandar Hamizan empat bulan.

Sarina pernah merayu bantuan melalui akhbar ini bulan lalu namun akibat ketiadaan akaun bank banyak sumbangan kewangan kepadanya tidak dapat disampaikan.

Menurutnya, dia sekali lagi merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kos pembedahan anak bongsunya yang mengidap jantung berlubang, jantung terbalik, saluran jantung sempit dan paru-paru tidak mengembang sejak lahir.

"Saya merayu bantuan kewangan bagi pembedahan anak memandangkan keadaan kesihatannya tidak menentu sejak kebelakangan ini dan memerlukan rawatan segera," katanya yang tinggal di rumah ibu dan bapa mertuanya.

Sarina yang berhijrah dari negeri kelahirannya di Kedah ke Pahang lebih 30 tahun dahulu tinggal bersama suami di Kampung Bongsu di sini bersama keluarganya selepas berkahwin 20 tahun lalu.

"Kami sekeluarga tiada harta di sini dan rumah pun dibina atas tanah pertanian milik kerajaan. Kalau boleh memang nak rayu bantuan rumah PPRT tapi tanah pun tidak ada.

"Dalam keadaan sekarang soal rumah adalah yang kedua, apa yang penting saya rayu bantuan pembedahan jantung anak bongsu saya.

"Saya memang tidak ada pilihan lain selain merayu bantuan orang ramai kerana kami sekeluarga berpendapatan kecil," katanya.

Sarina berkata, sebelum ini anak sulung dan anak keempatnya juga meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Dia kini hanya mempunyai tiga anak selepas kedua-dua anaknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sarina berkata, daripada tiga anaknya, yang bongsu disahkan doktor menghidap penyakit jantung sejak lahir manakala dua lagi normal.

"Saya akan bawa anak pergi IJN pada 17 Ogos ini dan sekali lagi pada 21 Oktober depan. Untuk pergi ke IJN juga terpaksa mencari kenderaan kerana kami tidak mempunyai kereta sendiri.

"Bekalan ubat juga perlu diambil dari Hospital Temerloh sebulan sekali dan setiap kali pergi saya terpaksa mendukung anak menaiki bas yang jaraknya lebih 30 kilometer dari rumah," katanya.

Sarina berkata, kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 017-9594404 atau melalui akaun Maybank Rokiah Ali 156020308444.

Penyeludup lompat dari kereta

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penyeludup lompat dari kereta KOTA BHARU – Pelbagai taktik dilakukan penyeludup petrol di negeri ini bagi mengelak ditangkap dan yang terbaru dua lelaki sanggup melompat dari kereta yang bergerak sehingga kenderaan itu melanggar tiang dan tangga rumah di Pasir Pekan, Tumpat, dua hari lalu.

Bagaimanapun, dua lelaki terbabit berjaya melarikan diri ke dalam semak di kawasan itu sejurus melompat keluar dari kereta Proton Saga yang dipercayai membawa muatan petrol untuk diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun berkata, siasatan dijalankan mendapati tangki minyak kereta itu diubahsuai dan dipercayai mampu memuatkan petrol sehingga 300 liter.

"Dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang lelaki didapati dalam keadaan mencurigakan ketika mengisi minyak di Petronas Pasir Pekan dan seorang lagi rakannya menunggu di tempat pemandu kereta.

"Apabila menyedari kehadiran pegawai kami yang diketuai A'ala Shah Md Yusop mereka tergesa-gesa masuk ke dalam kereta dan melarikan diri sehingga terlanggar kereta penguatkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu kereta itu terus memecut ke jalan kampung sehingga hilang kawalan sebelum bertindak melompat keluar dari kereta yang bergerak dan membiarkan kenderaan itu melanggar tiang rumah dan tangga rumah penduduk.

Katanya, mereka kemudian terus masuk ke kawasan semak dan akibat tindakan liar itu menyebabkan tiang dan tangga rumah tersebut patah namun tiada kecederaan yang dilaporkan.

Fauzi berkata, dua lelaki terbabit sanggup membahayakan nyawa sendiri dan tidak menghiraukan nyawa orang lain terutama kanak-kanak yang sedang bermain ketika kejadian itu.

"Pihak kami mendapati aktiviti seludup barang kawalan terutama petrol dan diesel semakin berleluasa dan aktif ekoran permintaan tinggi di Thailand. Penyeludup ini juga menggunakan kereta atau lori pendaftaran tempatan yang diubahsuai tangki minyak hingga boleh memuatkan muatan sehingga 500 liter," katanya.

Katanya, penyeludup menggunakan tangki asal tetapi kerap membuat pengisian selepas menyedut keluar di kawasan penyeludupan yang ditetapkan sebelum minyak itu diseludup ke negara jiran pada malam hari.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved