Sabtu, 30 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Bot sarat pencari suaka dipintas, akan dihantar ke Malaysia

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

MELBOURNE – Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia hari ini dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara.

Dalam kenyataan hari ini, kerajaan Australia berkata, bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor.

Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lepas memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun.

Menteri Imigresen, Chris Bowen memberitahu Sky News, pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan.

Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tingkatkan semangat patriotisme, berkorban untuk negara

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tingkatkan semangat patriotisme, berkorban untuk negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara.

Baginda bertitah semangat itu perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa bagi menghargai dan mengenang jasa para pahlawan yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta.

"Sesungguhnya, negara dan rakyat amat terhutang budi kepada mereka sekalian (pahlawan negara).

"Hakikatnya, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati pada hari ini tidak akan dapat kita capai tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh mereka," titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, hari ini.

Seri Paduka turut menyeru kepada rakyat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia agar bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk, sama ada bantuan atau sokongan kepada para pahlawan negara yang masih ada mahupun kepada balu, keluarga serta waris yang telah mereka tinggalkan.

"Beta sangat bersyukur kerana kerajaan beta tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan tersebut. "

Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian telah dianugerah kepada mereka," titah baginda. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Gadis 19 tahun hampir diperkosa

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Gadis 19 tahun hampir diperkosa BATU FERINGGHI – Helah seorang lelaki yang meminta bagi menunjukkan arah tandas hampir menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun diperkosa lelaki berhidung belang.

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Nani dari Teluk Bahang itu bekerja di sebuah hotel bajet di Batu Feringghi.

Menceritakan kejadian itu, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu sebagai pelanggan tetap hotel di tempatnya bekerja.

Menurutnya, lelaki berkenaan adalah seorang anggota berpakaian seragam. Malam kejadian, lelaki terbabit datang ke hotel itu dan meminta untuk menggunakan tandas hotel.

"Saya kata kami tiada tandas, saya terpaksa layannya berbual memandangkan dia adalah pelanggan tetap kami, kemudian dia minta untuk gunakan tandas di dalam bilik hotel, saya terangkan itu hanya untuk pelanggan yang mendaftar masuk ke bilik sahaja.

"Dia berkeras dengan mengatakan dirinya adalah pelanggan tetap, saya memberinya kunci bilik supaya dia boleh pergi sendiri, namun dia memberi alasan tidak tahu bilik mana satu dan mahu saya membukanya sendiri.

"Dalam hati memang saya tidak mahu tetapi saya fikir positif, setibanya di bilik saya ditolak dari arah belakang," katanya sambil terhenti-henti kerana sedih mengenangkan saat itu semula.

Nani bertambah takut, tambahan lagi keadaan dalam bilik begitu gelap, ketika dia mahu keluar, lelaki terbabit yang agak tinggi awal-awal lagi sudah menghalangnya.

"Saya menjerit dan cuba kuatkan kudrat, akhirnya saya lepas dan terus bergegas ke bilik bos saya, sementara lelaki itu boleh buat macam tiada apa-apa bila dia keluar.

"Bos saya meminta penjelasan daripadanya namun dia berlalu begitu sahaja, keesokannya saya dan keluarga telah ke pejabat lelaki berkenaan dan memang di hadapan kami ketuanya mengaku yang anak buahnya ada cubaan untuk mengganggu saya.

"Apa yang menjadi kemusykilan pada kami ialah setelah membuat laporan polis dan juga memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukti yang kami ingin kemukakan melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dikatakan hilang secara tiba-tiba.

"Alasannya mereka kata video rakaman hanya bertahan dalam satu hari lebih sahaja sedangkan kami sudah menontonnya dan ada rakaman yang tersimpan dari 22 Julai hingga 25 Julai 2011," katanya.

Sementara itu kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia dengan ahli keluarga tidak mengharapkan sebarang ganti rugi atau sebagainya, namun maruah keluarganya sudah tercalar.

Seharusnya lelaki itu datang memohon maaf kepada mangsa dan ahli keluarga memandangkan berita khabar angin yang tidak baik sudah melanda mereka sekeluarga.

"Ada ke patut mereka memberi adik saya RM500 sebagai ganti rugi, begitu mudah bagi pihak hotel dan juga pihak ketua lelaki hidung belang itu buat kami sebegini, bila kami tanya siapa yang berikan RM500 itu masing-masing tidak mengaku dan paling memalukan majikan adik saya menyuruhnya sedekahkan duit berkenaan ke masjid jika tidak mahu terima.

"Itu duit halal atau haram? Tetapi dia mahu kami beri kepada masjid pula, sekarang kedua-dua sama ada hotel atau pihak majikan lelaki berkenaan semuanya hendak menjaga nama, nama baik adik saya siapa yang hendak jaga pula?," katanya.

Ketika berkunjung ke rumah mangsa, hampir 10 ahli keluarga turut berkumpul berkongsi rasa kecewa mereka terhadap tindakan majikan dan juga pihak majikan lelaki berkenaan.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Balik Pulau, Saniah Abdul Kamal berkata, beliau bersama-sama dengan keluarga berkenaan datang menemui ketua lelaki terbabit.

"Saya datang kerana bimbang jika mereka kata saksi keluarga tidak boleh digunakan memandangkan takut sebelah pihak saja, jadi saya orang luar dan mereka pula ialah orang di kampung saya, saya bertanggungjawab.

"Saya sendiri mendengar pengakuan daripada ketua lelaki berkenaan mengaku sendiri yang anak buahnya ada niat melakukan perbuatan tidak senonoh itu," katanya.

Sementara itu Nani dalam keadaan kecewa berkata, dia telah berhenti daripada bekerja di hotel itu.

"Sekarang saya duduk di rumah sahaja kerana saya takut, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kalau masa dia tolak saya itu saya jatuh atau pengsan, mungkin saya sudah jadi mangsa dia.

"Sekarang saya hanya mahu pembelaan ke atas diri saya, saya mahu dia minta maaf," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kesal paten produk di ciplak

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kesal paten produk di ciplak IPOH - Akibat paten produknya di ciplak pihak yang tidak bertanggungjawab, seorang peniaga mahu mengambil tindakan undang-undang akibat tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd, Md Nayan Salleh berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang membekal sistem penyaringan dan pengasingan sisa makanan, lemak dan gris kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dikatakan meniru produknya.

Beliau berkata, dakwaan itu dibuat selepas melihat sendiri produk yang digunakan peniaga di gerai Dataran MBI bagi menapis dan mengasingkan minyak daripada sisa makanan.

"Saya telah menghantar surat kepada MBI tentang idea dan penggunaan produk yang saya cipta tetapi malangnya sudah ada pihak yang menirunya.

"Paten produk ini telah pun diwartakan sebagai harta intelek dan saya adalah penciptanya," katanya.

Md Nayan berkata, produknya itu dinamakan Simpak dan penciptaan produk itu mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, kejayaan penciptaan Simpak itu mendapat beberapa penghargaan di Bulgaria dan Geneva sebagai produk inovasi yang paling berjaya.

"Saya habiskan masa selama tujuh tahun dan mengeluarkan belanja hampir RM300,000 untuk patenkan tetapi orang lain dengan mudah menirunya.

"Bagaimana saya dan inventor lain mahu mencipta produk yang bermanfaat jika agensi kerajaan sendiri menyokong barangan ciplak?," katanya.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat dan taksiran kerugian akibat tindakan ciplak itu sedang dilakukan peguamnya sebelum tindakan undang-undang diambil.

Menurutnya, satu laporan juga sedang disiapkan untuk dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara berkenaan.

"Mungkin berlaku penyelewengan tetapi tidak menuduh mana-mana pihak sebaliknya saya serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya.

Sindiket edar dadah tumpas

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sindiket edar dadah tumpas KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai kira-kira RM74,500 selepas menyerbu sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang di sini, dengan penahanan lima lelaki Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kegiatan kumpulan terbabit terbongkar selepas polis menahan seorang suspek berusia 25 tahun di sebuah apartmen di Mont Kiara dan menjumpai ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam sampul surat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (gambar) berkata, hasil penahanan itu polis kemudian ke hotel tersebut kira-kira jam 11.10 malam.

"Dalam serbuan itu, polis menahan empat lagi suspek berusia lingkungan 29 hingga 32 tahun di dalam sebuah bilik.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas wang tunai RM45,000, 180 pil ecstasy, syabu seberat 132 gram, empat komputer riba, satu perakam kamera, sehelai baju dan seluar panjang," katanya pada sidang media di Balai Polis Petaling di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati sindiket itu dipercayai bergiat aktif mengedar dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.

Katanya, ujian air kencing mendapati empat lelaki di dalam bilik hotel itu positif dadah jenis syabu.

Sementara itu, polis berjaya membongkar kegiatan mencuri dan pecah kereta di sekitar Brickfields berikutan penahanan dua lelaki di Pantai Dalam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, polis menahan seorang penganggur berusia 19 tahun di sebuah rumah di Pantai Dalam sebelum menahan suspek kedua berusia 32 tahun kira-kira setengah jam kemudian di kawasan berhampiran.

Wan Abdul Bari berkata, hasil pemeriksaan di rumah suspek kedua itu, polis menemui beberapa barangan dipercayai dicuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut dijalankan, polis menemui lima kereta yang disembunyikan di sekitar kawasan perumahan itu.

"Polis turut menemui 22 telefon bimbit dan pelbagai barang elektronik," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai aktif mencuri kereta sejak setahun lalu dan polis percaya dapat menjumpai beberapa lagi kereta.

"Kita sedang mengesan dua rakan suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai dapat membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kedua-dua suspek direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maut terhantuk kayu

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Maut terhantuk kayu KUALA TERENGGANU - Hasrat dua sahabat untuk membuat bangsal lembu tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai terhantuk kayu yang dibawa mereka dalam satu kejadian di Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, dan mangsa, Rozaman Mamat, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dahi dan retak tempurung kepala dipercayai terhantuk kayu dan jalan raya di lokasi kejadian, manakala rakannya, Nazri Ismail, 33, hanya cedera ringan.

Sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya itu dipercayai memunggah kayu dalam kuantiti yang banyak menggunakan basikal untuk membuat bangsal lembu.

Bagaimanapun, mereka dipercayai gagal mengawal basikal ketika melalui selekoh itu kerana kuantiti kayu terlalu banyak, selain keadaan cuaca ketika itu sangat gelap.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan (gambar) ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tidak mempunyai unsur jenayah.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kerajaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan kaji langkah baru tangani kenaikan harga barang

PAGOH - Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang, kata Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu.

Langkah itu nanti akan menidakkan dakwaan bahawa kerajaan tidak ambil kisah mengenai beban yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan, katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Masuk Kampung Parlimen Pagoh, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan, yang dilihat sebagai fenomena global dan membebankan rakyat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Projek kapal Meko 100 disambung jika kewangan mencukupi

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Projek kapal Meko 100 disambung jika kewangan mencukupi

PORT DICKSON — Projek kapal Meko 100 tidak pernah dihentikan dan baki 17 buah kapal yang menjadi opsyen kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan disambung jika kedudukan kewangan negara mengizinkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sekarang, enam buah kapal dari jenis itu sedang berkhidmat dengan TLDM dan kapal-kapal berkenaan yang hanya dilengkapi dengan meriam akan dipertingkatkan kemampuannya.

"Keputusan untuk melengkapkan kapal perang itu dengan peluru berpandu anti permukaan masih belum berada pada peringkat akhir," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia-Polis di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai status projek Meko 100 memandangkan TLDM tiba-tiba menukar arah untuk membeli kapal perang dari jenis 'Littoral Combat Ship' yang lebih canggih.

Meko 100 yang direka bentuk di Jerman itu merupakan sebuah kapal rondaan generasi baru dan TLDM merancang untuk mempunyai 27 buah kapal jenis itu di dalam perkhidmatannya, ia mempunyai sistem yang modular dan ia boleh ditukar menjadi kapal perang apabila sistem peluru berpandu dipasang. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pegawai kanan KBS maut

Posted: 29 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pegawai kanan KBS maut KUANTAN – Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) maut selepas kenderaan dinaikinya terbabit nahas jalan raya di Kilometer 234.7 Lebuh raya Pantai Timur dekat Hentian Rehat dan Rawat Kuantan dekat sini, pagi semalam.

Mangsa, Azlina Fadzlon Mohd. Amin, 39, bersama rakan sekerja, Salawati Jamaludin, 31, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza itu dipercayai dalam perjalanan menghadiri program Rakan Muda Ramadan di Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Manakala Salawati yang mengalami cedera parah di beberapa bahagian badan dihantar menerima rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dinaiki mangsa bersama rakan sekerjanya itu terbabas sebelum merempuh pengadang lebuh raya di sebelah kiri.

Menurutnya, kenderaan dinaiki mangsa kemudiannya terbalik dan terseret ke tengah laluan sejauh kira-kira 20 meter," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini, semalam.

Zulkifli berkata, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dan rakan sekerjanya itu sepatutnya menghadiri satu program Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Kemaman pada jam 12 tengah hari semalam.

"Jenazah ibu kepada empat anak yang berumur antara dua hingga 12 tahun itu kemudian dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.

"Jenazah mangsa kemudian diuruskan pihak Jabatan Belia dan Sukan Pahang sebelum dihantar ke Putrajaya untuk urusan pengebumian," katanya.

Difahamkan, suami mangsa berada di Singapura kerana melanjutkan pelajaran manakala anak-anak mereka pula di Putrajaya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved