Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Pendedah skandal ditemui mati

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pendedah skandal ditemui mati LONDON - Lelaki yang mendedahkan skandal penggodaman telefon membabitkan sebuah akhbar tabloid Britain ditemui mati, kelmarin.

Bekas wartawan tabloid News of the World, Sean Hoare sebelum ini mendakwa bekas ketua komunikasi Parti Konservatif, Andy Coulson menipu mengenai peranannya dalam skandal itu.

Hoare mendakwa Coulson menggalakkan pekerjanya memintas panggilan telefon selebriti bagi mendapatkan berita panas semasa menjadi pengarang di akhbar itu.

Dakwaan Hoare itu menjadi pencetus skandal media di Britain sehingga akhirnya membawa kepada beberapa peristiwa mengejutkan sepanjang dua minggu lalu dan memberi kesan buruk kepada ahli politik, polis dan media negara itu.

Mayat Hoare, 47, ditemui polis pagi kelmarin di rumahnya di Watford dan polis masih menyiasat kemungkinan Hoare membunuh diri selepas mendakwa kematiannya tidak menimbulkan sebarang syak wasangka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Chechnya haram Red Bull

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Chechnya haram Red Bull

Chechnya - Wilayah Chechnya di Rusia bercadang melarang penjualan minuman tenaga tanpa alkohol seperti Red Bull kepada individu di bawah umur 18 tahun kerana dianggap membahayakan kesihatan.

Larangan itu bakal menjadi peraturan baru di wilayah Islam tersebut di mana kedai hanya dibenarkan menjual minuman beralkohol pada tempoh pendek semasa waktu pagi, kedai makan ditutup semasa Ramadan dan wanita dikehendaki memakai tudung semasa memasuki bangunan kerajaan.

"Minuman tenaga boleh dibandingkan dengan alkohol kerana ia membahayakan kesihatan," menurut Timbalan Menteri Kesihatan Chechnya, Rukman Bartiyev.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hasrat buat umrah musnah

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hasrat buat umrah musnah BUKIT MERTAJAM – Hasrat sekumpulan 15 penuntut dan termasuk dua kakitangan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, untuk mengerjakan ibadah umrah musnah sama sekali selepas ditipu agensi pelancongan.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Zati berkata, mereka sepatutnya mengerjakan ibadah itu pada 24 Julai ini, malah sebahagian daripada kos berjumlah RM19,500 juga sudah dibayar melalui tiga kali pembayaran.

:Begitupun, berasakan ada sesuatu yang tidak kena, mereka bertindak melakukan penyiasatan terhadap agensi berkenaan dan melaluinya, mereka menemui beberapa lagi individu yang pernah menjadi mangsa penipuan agensi yang sama.

"Apa yang membuatkan kami tertarik untuk menggunakan khidmat mereka kerana pakej yang ditawarkan murah. Malah, kami lebih yakin selepas mengunjungi sendiri cawangannya yang terletak di Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) 16 Februari lalu.

"Katanya, kami hanya perlu membayar RM3,965 dan syarikat akan menaja RM2,000 seorang jika mengambil pakej umrah dua minggu itu. Selepas bersetuju, kami mula membuat pembayaran. Tetapi, malangnya, selepas pembayaran ketiga dibuat, mereka sukar dihubungi," katanya.

Dia berkata, pembayaran kali pertama dilakukan pada 18 Februari melalui deposit tunai berjumlah RM7,500.

Manakala, pembayaran kali kedua berjumlah RM5,500 diserahkan sendiri kepada pengurus cawangan syarikat terbabit pada 5 Mac dan ketiga melalui bank berjumlah RM6,500 pada 25 Mac.

Zati berkata, mereka cuba menghubungi pihak syarikat selepas itu, namun talian telefon tidak berjawab.

Musykil dengan perubahan itu, dia dan rakannya pergi ke pejabat syarikat terbabit pada 7 Mei lalu, tetapi, malangnya ia tutup.

"Kira-kira dua minggu selepas itu, kami pergi sekali lagi dan syarikat itu masih tutup. Kami bertanya dengan pekerja di premis berhampiran dan mereka memberitahu syarikat itu tidak lagi beroperasi sejak 7 Mei.

"Tersedar bahawa ditipu dan kami bertindak menghubungi individu bertanggungjawab untuk membatalkan perjanjian dan dia bersetuju untuk memulangkan wang kami pada 10 Jun," katanya.

Zati memberitahu, pada tarikh berkenaan sekali lagi tertipu apabila individu terbabit tidak muncul.

Nekad mahu menuntut keadilan, dia dan rakan pergi ke ibu pejabat syarikat berkenaan yang terletak di Kajang, bagaimanapun terkejut mendapati alamat berkenaan milik sebuah pangsapuri.

Rentetan daripada itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Seberang Jaya 13 Jun lalu sebelum memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Moh Jamah Doyan!

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Moh Jamah Doyan! IPOH – Sebanyak 10,000 durian akan disediakan khusus untuk pengunjung yang datang ke Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, Taiping sempena Pesta Durian Perak 2011 pada 23 hingga 24 Julai ini.

Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pesta durian itu dilaksanakan untuk mempromosikan raja buah itu dan memeriahkan lagi musim durian di negeri ini.

Menurutnya, dengan slogan 'Moh Weh Jamah Doyan!!!' orang ramai dijemput memeriahkan pesta berkenaan.

Selain makan durian percuma pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

"Pada hari itu juga seramai sembilan pelancong dari Eropah yang menginap di Homestay Bukit Gantang akan turut serta," katanya.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi, Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Kerajaan Negeri.

» selanjutnya...

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Moh Jamah Doyan! IPOH – Sebanyak 10,000 durian akan disediakan khusus untuk pengunjung yang datang ke Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, Taiping sempena Pesta Durian Perak 2011 pada 23 hingga 24 Julai ini.

Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pesta durian itu dilaksanakan untuk mempromosikan raja buah itu dan memeriahkan lagi musim durian di negeri ini.

Menurutnya, dengan slogan 'Moh Weh Jamah Doyan!!!' orang ramai dijemput memeriahkan pesta berkenaan.

Selain makan durian percuma pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

"Pada hari itu juga seramai sembilan pelancong dari Eropah yang menginap di Homestay Bukit Gantang akan turut serta," katanya.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi, Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Kerajaan Negeri.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Protes aman isu rumah ibadat

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Protes aman isu rumah ibadat HULU LANGAT – Bosan dengan karenah pihak bertanggungjawab dari peringkat bawah hinggalah kepimpinan tertinggi yang enggan melayan aduan rasmi yang dibuat, satu perarakan aman membantah pembinaan rumah ibadat di kawasan Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, diadakan.

Kira-kira 150 penduduk yang mendiami kawasan taman tampil menyuarakan bantahan pembinaan rumah ibadat itu tidak diteruskan kerana ia perlu mengambil kira sensitiviti penghuni taman yang majoritinya beragama Islam.

Penyelaras bantahan, Johari Seman berkata, bermula Mac lalu pelbagai aduan rasmi telah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab bermula dari peringkat bawah hinggalah kepimpinan Kerajaan Negeri, namun hingga kini belum ada sebarang maklum balas positif diterima.

"Bantahan aman ini bukanlah dibuat secara mengejut atau tanpa perbincangan kerana sebelum ini melalui Jawatankuasa Bertindak Sementara Taman Lagenda Suria, kita telah hantar surat rasmi kepada pihak yang mempunyai kuasa berhubung permasalahan ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan bantahan aman bersama penduduk setempat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0), Ahad lalu.

Katanya, taman ini telah didiami pada awal Januari 2010. Penduduk Islam setempat termasuk sekitar Hulu Langat tidak membantah hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Namun, bantahan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada pembinaan tapak rumah ibadat itu di kawasan majoriti 95 peratus penduduknya adalah beragama Islam.

"Penganut agama berkenaan di kawasan Dusun Nanding adalah sangat kecil jumlahnya berbanding dengan penduduk Islam. Justeru, penganut agama itu yang datang adalah orang luar yang secara tidak langsung akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Tapaknya pula dibina bersebelahan dengan rumah kedai orang Melayu di mana kegiatan agama di situ itu nanti akan ganggu aktiviti perniagaan di situ," katanya.

Johari berkata, penduduk mengharapkan tindakan sewajarnya diambil termasuklah cadangan supaya lokasi pembinaannya dipindahkan ke kawasan lain yang lebih sesuai.

"Masalah ini perlulah diatasi segera kerana kita bimbang ia akan memberikan kesan negatif kepada penduduk setempat terutamanya dari segi keselesaan," katanya.

Menangis bapa gagal jelas jaminan

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Menangis bapa gagal jelas jaminan KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menangis teresak-esak sejurus mengetahui bapanya gagal menjelaskan wang jaminan sejumlah RM8,000 yang ditawarkan hakim selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, 18, dari kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan bapanya yang hadir semasa pertuduhan, gagal menjelaskan jumlah wang jaminan ditawarkan kerana tidak cukup wang.

Bapanya yang bekerja sendiri difahamkan hanya mempunyai sebanyak RM2,000 dan meminta diberikan masa untuk mencari wang bagi mencukupkan jumlah yang ditawarkan oleh hakim Azman Mustapha.

Sebelum itu, tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dengan sengaja merogol teman wanitanya, gadis di bawah umur pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, hakim Azman menetapkan 12 September depan sebagai tarikh keputusan kes untuk menunggu laporan akhlak tertuduh memandangkan ketika kejadian, dia masih di bawah umur.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu diantara jam 11 malam hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, kampung Pengkalan Maras, Kuala Terengganu dengan sengaja melakukan rogol terhadap mangsa yang juga teman wanitanya berumur 16 tahun.

Kejadian bermula pada 19 Disember, kira-kira jam 7.30 petang, apabila mangsa keluar bersama tertuduh yang dikenali Akim untuk pergi ke rumah sepupu tertuduh di kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah sampai di rumah terbabit, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah sepupunya itu dan pada 20 Disember, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa bersama tertuduh telah tidur bersama di dalam bilik di rumah berkenaan.

Semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh telah meraba dan mencium bahagian anggota badan mangsa.

Selepas itu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa telah mandi bersama tertuduh di dalam bilik mandi di rumah itu dan ketika itulah, mangsa telah dirogol tertuduh.

Perbuatan tertuduh terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya selepas didesak, sejurus keluarganya ternampak mangsa pulang ke rumah bersama tertuduh pada hari sama kira-kira jam 12 tengah hari.

Bantah perjumpaan ahli SMSL

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bantah perjumpaan ahli SMSL TRIANG – Hampir 200 individu mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah perjumpaan ahli 'Save Malaysia Stop Lynas' (SMSL), dekat sini, kelmarin.

Perhimpunan secara aman itu dilakukan berdekatan lokasi perjumpaan SMSL kerana membantah tindakan mereka yang cuba meracuni minda penduduk di seluruh daerah ini mengenai 'bahaya' projek diusahakan Lynas.

Ketuanya, Mohd Sayuti Zakaria berkata, mereka membantah bukan untuk menimbulkan huru-hara, sebaliknya mahu menghentikan dakwaan tidak betul mengenai projek itu.

Menurutnya, satu kajian antarabangsa sudah dilakukan untuk memastikan bahan dihasilkan kilang itu tidak menjejaskan penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Gebeng, Kuantan.

"Kami yakin projek ini tidak akan memudaratkan orang ramai kerana mustahil kerajaan tidak meneliti perkara itu sebelum bersetuju ia dilaksanakan di negara ini," katanya.

Mohd Sayuti berkata, SMSL sebenarnya dibayangi parti pembangkang yang sentiasa tidak akan pernah setuju dengan setiap rancangan atau projek dilaksanakan kerajaan.

"Dulu mereka pernah berjanji sekiranya kerajaan boleh mengesahkan bahawa projek Lynas tidak memudaratkan, mereka akan akur dengan keputusan kerajaan. Tetapi, apabila keputusan dikeluarkan, mereka tidak setuju malah menubuhkan SMSL untuk membantah projek ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadil Osman yang kelihatan hadir pada perhimpunan itu berkata, kehadirannya adalah untuk memastikan anak buahnya tidak melakukan perkara tidak diingini.

"Berdasarkan pemerhatian, mereka hanya mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan SMSL.

"Bagi saya, setelah mendapat penjelasan daripada kerajaan termasuk keputusan dikeluarkan pakar antarabangsa, mereka tidak perlu risau terhadap tahap keselamatan rakyat mengenai unsur nadir bumi yang mempunyai nilai tinggi dan penting untuk pelbagai industri berteknologi tinggi," katanya.

Mohd Fadil berkata, kerajaan mengenakan syarat tertentu kepada Lynas termasuk mengawal selia projek berkenaan supaya apa yang dihasilkan kilang itu tidak menjejaskan rakyat.

Katanya, SMSL atau parti pembangkang seharusnya bersikap positif mengenai projek itu memandangkan ia mampu menjana hasil kepada negara sekurang-kurang RM8 bilion setahun.

Sinar Harian difahamkan, beberapa wakil perhimpunan itu membuat laporan polis berikutan tindakan SMSL membantah projek Lynas.

Temui bayi di tangga

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

Temui bayi di tangga KOTA BHARU - Seorang wanita terkejut apabila menemui bungkusan yang mengandungi seorang bayi berusia dua bulan ditinggalkan di tangga rumahnya di Kampung Hilir Masjid Kota, Pintu Geng dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, berkata, bayi lelaki yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 7.25 malam oleh pemilik rumah berkenaan berusia 54 tahun dan bekerja sebagai pegawai tadbir.

Menurutnya, wanita berkenaan menyedari kewujudan bayi dipercayai berketurunan Melayu tersebut ketika dia keluar dari rumahnya untuk mengangkat pakaian yang dijemur di halaman rumahnya.

"Bayi seberat 4.8 kilogram itu ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dan dibalut dengan tuala, malah ketika itu pemilik rumah berkenaan mendapati bayi itu tidak menangis, lalu membawanya masuk ke dalam rumah.

"Wanita tersebut juga menyerahkan bayi ini kepada adiknya seorang guru di Kuala Krai dan kemudiannya ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat urusan mengambil bayi sebagai anak angkat," katanya ketika dihubungi semalam.

Azham berkata, selepas memaklumkan kepada JKM, dia dinasihatkan membuat laporan polis berikutan penemuan tersebut.

Katanya, selepas dua hari penemuan tersebut, wanita itu membuat laporan polis kira-kira jam 6.05 petang kelmarin di Balai Polis Kota Bharu sebelum menyerahkan semula bayi kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, bayi tersebut terus dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Sampel darah bayi tersebut akan diambil untuk mengesan ibu bapanya dan kesihatan bayi kini dilaporkan baik.

"Selepas ini bayi ini akan diserahkan kepada JKM untuk urusan seterusnya dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2003," katanya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved