Selasa, 12 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga ADUN DAP Melaka digantung hadiri sidang DUN

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.

Lima sekeluarga tinggal di bangsal burung walit

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lima sekeluarga tinggal di bangsal burung walit

PADANG SERAI - Akibat kemiskinan, lima beranak di Kampung Terat Satu, Mukim Sidam Kanan dekat sini, terpaksa berkongsi kediaman dengan burung walit di sebuah bangsal usang sejak empat tahun lalu.

Kedaifan hidup keluarga Mohd Shukri Yusuf, 30, bersama isteri, Norlaila Asyikin Mohd Noor, 28, serta tiga anak mereka berumur antara tiga dan tujuh tahun bagaimanapun mendapat perhatian Umno Bahagian Padang Serai dan pihak berkuasa yang berjanji untuk membantu.

Anak–anak Mohd Shukri, semuanya lelaki, terdiri Mohd Danial Zamil, 7, yang sedang belajar di Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Guar Lobak, Mohd Denish Haikal, 4, dan Mohd Harif Iskandar, 3.

Mohd Shukri berkata untuk menampung hidup keluarga, tiga tahun dia melakukan pelbagai kerja kampung sejak berpindah dari kampungnya di Labu Besar, Mukim Bagan Sena dekat sini, dan sejak setahun lalu dia menjadi pembantu sebuah gerai makan di kampung itu.

"Saya terima antara RM10 dan RM15 sehari bergantung kepada jumlah jualan," katanya ketika ditemui semasa dikunjungi Setiausaha Umno Bahagian Ahmad Zubib Saad yang dimaklumkan mengenai kepayahan hidup keluarga itu.

Mohd Shukri berkata sejak empat tahun lepas, keluarganya banyak bergantung kepada simpati pemilik rumah burung itu bagi mereka tinggal di situ tanpa dikenakan bayaran sewa.

Keadaan dalam bangsal itu agak menyedihkan tanpa bekalan air bersih.

Anak-anak Mohd Shukri tidur beralaskan lantai simen. Mohd Shukri berkata tujuan dia berpindah ke Kampung Terat Batu adalah bagi mencari kehidupan yang lebih baik.

"Rezeki kami sekeluarga tidaklah seperti yang kami idamkan tapi saya tidak akan berputus asa," katanya.
Ahmad Zubib pula meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) memberikan bantuan kepada keluarga Mohd Shukri.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Anak babi, biawak dan itik disangka bom

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Anak babi, biawak dan itik disangka bom

GEORGETOWN - Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di sini semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata, polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira jam 4 petang.

Susulan itu, polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata, usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup.

Kejadian dipercayai dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin Kerajaan Negeri berdasarkan tag nama diikat pada beg itu.- Bernama

» selanjutnya...

Hangus: Angkara mat gian

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hangus: Angkara mat gian KAMPUNG PALOH – "Habis harta benda, dokumen penting malahan motosikal saya hangus. Nasib baik saya berjaya selamatkan diri daripada menjadi mangsa kebakaran ini," kata Ng Koi Wang, 46, mangsa yang tercedera dalam kejadian kebakaran di kawasan rumah setinggan sini, petang semalam.

Koi Wang mendakwa kebakaran itu dilakukan seorang penagih dadah yang tinggal berhampiran kawasan terbabit.

"Ketika kejadian saya sedang tidur berseorangan di rumah manakala dua rumah bersebelahan tidak berpenghuni.

"Kira-kira jam 1 lebih saya terbau asap dan kelihatan api sudah mula marak dan masuk ke dalam rumah menyebabkan saya kelam kabut untuk selamatkan diri.

"Nasib baik hanya bahu dan tangan saya yang melecur serta tidak ada kecederaan serius menimpa saya," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Dalam kejadian itu, sebanyak tiga rumah musnah manakala kira-kira 10 rumah lain turut terkena tempias.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan turut meluangkan masa melawat ke tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.28 petang.

Menurutnya, panggilan berkenaan menyebut terdapat kawasan belukar yang terbakar.

"Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian kami mendapati ia membabitkan tiga rumah dan kerja memadam kebakaran dijalankan segera," katanya.

Beliau berkata, api marak dengan pantas memandangkan struktur rumah di kawasan itu diperbuat daripada kayu, bagaimanapun api berjaya dikawal melalui kekuatan dua jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh termasuk 13 anggota yang bertugas.

"Api berjaya dikawal tiga minit kemudian dan operasi dihentikan pada jam 2.30 petang. Seorang mangsa yang juga penghuni salah sebuah rumah terbabit melecur lima peratus di bahagian bahu dan badan.

"Mangsa terbabit dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Cebisan daging dalam sampah

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Cebisan daging dalam sampah PETALING JAYA – Seorang pekerja pembersihan di sebuah kondominium di Bandar Sri Damansara dekat sini menggigil ketakutan apabila beg plastik yang disangkanya mengandungi sampah rupa-rupanya mengandungi darah dan cebisan daging selepas plastik itu terburai akibat terjatuh.

Pekerja berkenaan, Sumiati Nawi, 50, berkata, ketika kejadian dia sedang menjalankan tugas hariannya membersihkan bilik sampah di blok B kira-kira jam 8 pagi sebelum menemui bungkusan plastik berwarna hitam

"Beg plastik hitam itu memang dilonggokkan bersama sampah yang lain di dalam bilik itu, saya angkat beg plastik itu dan letakkannya di atas troli sebelum ia secara tidak sengaja tiba-tiba bergolek dan jatuh ke lantai," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Panik melihat bungkusan plastik kecil berwarna merah di dalamnya menghamburkan darah, dia bergegas melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan bertugas yang kemudiannya bertindak menghubungi polis.

Menurutnya, kejadian terbabit adalah kali pertama berlaku sejak dia mula bekerja di situ sejak setahun lalu.

Pasukan Forensik yang menjalankan pemeriksaan terperinci di sekitar kawasan itu turut menemui bahan lain yang boleh dikaitkan dengan penemuan beg plastik yang mengandungi darah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti sama ada darah dan cebisan daging yang ditemui milik manusia ataupun tidak.

Menurutnya, bahan yang ditemui itu dibawa ke makmal untuk menjalani ujian kimia terlebih dahulu bagi mengesahkan kandungannya dan kes berkenaan masih di dalam siasatan.

Nurul Badzlin juara tilawah

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nurul Badzlin juara tilawah

WAKAF TENGAH – Kecil-kecil cili padi. Itu yang dapat digambarkan kepada Johan Pertandingan Tilawah al-Quran kategori perempuan sekali gus merangkul johan keseluruhan pertandingan.

Pemenang, Nurul Badzlin Basirah Azhari, 11 mula mendalami kitab suci itu sejak usia lima tahun di rumah tok gurunya di Taman Perumahan Wakaf Tengah (TPWT), yang dikenal sebagai Ustazah Diyanah lepas waktu Subuh.

"Tahun lepas saya sudah memasuki pertandingan ini, tetapi tidak mendapat sebarang hadiah, dan nasib saya baik apabila kali ini berjaya mengalahkan 23 lagi peserta lain yang turut serta dalam pertandingan ini.

"Walaupun ini kejayaan pertama, saya akan terus mendalami kitab suci untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam," katanya pada Majlis Tilawah al-Quran TPWT 12 tahun ke bawah Peringkat Zon Pantai Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh kali ketiga di Dewan Orang Ramai TPWT, di sini.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh, malah akan melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Sementara itu, ibunya, Hasnida Mamat, 37 berkata, sebagai ibu, dia turut mengajar Nurul Badzlin Basirah mengaji al-Quran di rumah.

"Pengamatan dalam kitab suci ini perlu diberi penekanan kerana hanya dengan ilmu agama yang kukuh sahaja dapat me-ngelak anak daripada terjebak dengan gejala negatif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru maut, lima cedera

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

Guru maut, lima cedera KOTA BHARU- Rutin seorang ibu menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi berakhir semalam apabila dia maut dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Tunjong, pagi semalam melibatkan dua kereta, dua motosikal dan sebuah van.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Junaidah Mohd Nor, 45, menaiki kereta jenis Wira bersama empat anaknya, Nurul Julia Mohd Nawi, 17, Nabila Jasmine, 15, Norjaihan Hafini, 13, dan Natasha Juliana, 10, untuk menghantar mereka ke sekolah masing-masing.

Dalam kejadian tersebut, Junaidah yang juga seorang guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh cuba memotong sebuah kereta lalu bertembung dengan kereta Kancil dari arah bertentangan.

"Selepas bertembung dengan Kancil tersebut, van tersebut hilang kawalan dan masuk semula ke laluannya dan melanggar sebuah motosikal serta terbabas semula ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kereta yang dinaiki mangsa dan anak-anaknya.

"Manakala sebuah motosikal lain yang berada di belakang kereta mangsa turut terbabas," katanya.

Dalam kejadian itu, keempat-empat anak Junaidah cedera dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, manakala salah seorang kanak-kanak membonceng motosikal lain bersama ibunya yang dilanggar van terbabit dilaporkan cedera.

Sementara itu, suami mangsa, Mohd Nawi Deraman, 45, berkata, pada hari kejadian arwah isterinya keluar rumah lebih awal darinya iaitu kira-kira jam 6.40 pagi untuk menghantar dua anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, seorang di Sekolah Kebangsaan Putera dan seorang lagi di SMK Putera.

Katanya, sebelum kematian isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti kebiasaannya dengan menjemur pakaian sebelum menghantar anak-anak ke sekolah.

Mohd Nawi yang juga seorang guru di SMK Mulong berkata, ketika dalam perjalanan ke sekolahnya bersama dua lagi anaknya dia mendapati lalu lintas sesak dan menyedari berlaku kemalangan.

"Saya terima panggilan telefon memberitahu isteri saya terlibat kemalangan dan saya jangka ia kemalangan biasa," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nawi terkejut mendapat tahu isterinya maut dan seorang anaknya parah dalam kemalangan itu.

Semalam, Azham bersama pegawainya melawat anak mangsa yang menerima rawatan di HRPZ II.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

BMAM, Allianz meterai perjanjian

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

BMAM, Allianz meterai perjanjian Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (AGIC) dalam menyediakan polisi komprehensif Insurans Liabiliti Pengurusan Bangunan.

Presiden BMAM, Datuk Teo Chiang Kok berkata, perjanjian persefahaman itu berkuat kuasa 1 Julai ini dan terbuka kepada 56 ahli serta pengurus bangunan berdaftar BMAM.

Menurutnya, polisi itu meliputi pelbagai risiko dan liabiliti yang selalunya dihadapi pengurus bangunan semasa menjalankan tugas dalam mempertahankan dan menguruskan bangunan perindustrian, komersial dan residensi.

"Perjanjian usaha sama ini bertujuan meningkatkan dasar profesionalisme dan kepakaran pengurus hartanah dalam menghadapi tugas mereka menguruskan bangunan.

"Ia sekali gus meyakinkan pemilik bangunan menjalinkan kerjasama dengan pengurus hartanah," katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AGIC, Zakri Khir; Pengurus Cawangan AGIC, Fang Suat Lim dan Setiausaha Besar BMAM, S Venkateswaran.

Sementara itu, Zakri berkata, skim ditawarkan adalah polisi dibuat khusus untuk memenuhi keperluan liabiliti dan risiko ahli BMAM yang juga pengurus bangunan berdaftar, badan pengurusan bersatu dan pengurusan perbadanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL MRT pemacu utama sektor pembinaan

Posted: 11 Jul 2011 05:00 PM PDT

KL MRT pemacu utama sektor pembinaan Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) merupakan pemacu utama sektor pembinaan, kata OSK Research Sdn Bhd.

Ia mengekalkan penarafan 'beli lebih' untuk sektor itu.

Dalam nota kajiannya, OSK Research berkata, selain Gamuda dan MMC selaku penerima manfaat utama KL MRT, KimLun Corp berpotensi membekalkan segmen lapisan terowong untuk laluan bawah tanah.

Jajaran akhir MRT sepanjang 51 kilometer (km) antara Sungai Buloh-Kajang (SBK), dengan 9.5 km melalui jalan bawah tanah, dilancarkan Jumaat lalu.

OSK Research menjangkakan tender untuk laluan bertingkat SBK akan dilaksanakan mulai sekarang hingga September.

Laluan bertingkat berharga RM12 bilion itu melibatkan lebih 20 pakej dan kira-kira 70 kontraktor mempunyai kelayakan awal untuk melaksanakannya.

Proses pra-kelayakan untuk kerja terowong sudah ditutup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved