Sabtu, 2 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Pengharaman Bersih

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pengharaman Bersih

Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan?

Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?

Arahan yang dibuat Menteri adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN.

Kami menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

N. Surendran
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini.

Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif.

Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman.

Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain.

Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Dipetik daripada blog Datuk Seri Anwar Ibrahim

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

14 ahli PKR ditahan menghasut

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

14 ahli PKR ditahan menghasut ALOR SETAR - Polis Kedah menahan 14 ahli PKR ketika cuba mengadakan sidang media dipercayai ada kaitan dengan isu perhimpunan Bersih 2.0 berdekatan Pasar Koboi, Jalan Telok Wanjah, semalam.

Kesemua yang ditahan didakwa bersubahat untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih di ibu negara 9 Julai ini.

Antara yang ditahan ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud, K Naidu, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan Leslie Daniel.

Mereka ditahan sekitar 9.30 pagi ketika cuba mengadakan sidang media untuk membantah tindakan polis menahan aktivis Bersih, selain dipercayai mengadakan kempen Bersih dengan menjual baju kuning logo Bersih.

Sebaik Hsiao Leung mengedarkan kenyataan akhbar kepada media, belum sempat dia berucap, polis terus menghampiri dan berlaku adegan tolak-menolak, hingga menyebabkan suasana tegang.

Kehadiran hampri 200 anggota polis berjaya mengawal keadaan, dan sejurus selepas itu, kelihatan beberapa pemimpin PKR dibawa menaiki trak dan van polis dibawa ke Pusat Latihan PDRM Mentaloon, Anak Bukit untuk diambil keterangan.

Ketika ditahan, Hsiao Leung yang sepatutnya membuat sidang media menjerit, "saya ditangkap atas dakwaan apa", namun tidak dihiraukan pasukan polis, diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat untuk mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

"Ingin saya ingatkan mana-mana pihak supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis berkaitan Bersih kerana tidak mempunyai permit. Kita juga memantau semua ceramah di negeri ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

"Polis menahan tiga perempuan dan sebelas lelaki yang akan didakwa kerana bersubahat adakan perhimpunan haram. Sesiapa yang cuba edar baju atau kempen Bersih juga akan ditangkap, ini amaran terakhir dan diharap pihak terbabit ikut peraturan," katanya.

Ahmad berkata, dalam kekecohan itu, pihak polis turut merampas beberapa risalah kempen Bersih dan kain rentang.

"Ini adalah tangkapan pertama di Kedah, dan pemantauan dibuat secara berterusan untuk mengelak kejadian berulang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Rampas mesin judi

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rampas mesin judi SERI MANJUNG - Sebanyak 131 mesin judi berkomputer dirampas Jabatan Siasatan Jenayah (SJS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dalam 11 serbuan terkini sepanjang Jun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, semua serbuan yang dilakukan membabitkan 11 premis berlainan yang menjalankan kegiatan mesin perjudian.

Menurutnya, tumpuan serbuan itu juga selaras dengan status Manjung sendiri sebagai sebuah kawasan pelancongan di Perak.

"Dalam serbuan yang dibuat di sekitar daerah Manjung itu juga, kita telah berhasil menangkap 11 individu yang merupakan penjaga premis-premis yang diserbu dan juga seorang pemain.

"Sembilan daripada individu yang ditangkap merupakan lelaki Cina, manakala seorang lelaki India dan seorang lagi adalah lelaki warga Negara Vietnam," katanya kepada media ketika ditemui di IPD Manjung, semalam.

Beliau berkata, selain mesin perjudian, polis turut melaksanakan Ops Noda yang memberi fokus serta tumpuan kepada tangkapan warga Negara asing terutama dari kalangan wanita.

Menurutnya, sebanyak lima serbuan dan pemeriksaan telah dilaksanakan sepanjang Jun lalu di premis-premis hiburan dan restoran sekitar daerah Manjung.

"Dalam serbuan yang dilakukan sepanjang bulan lalu, kita telah berjaya menangkap seramai 11 wanita warga Negara asing.

"Lapan daripada wanita yang ditangkap merupakan warga negara Vietnam, manakala tiga daripada mereka adalah warga negara Cina," katanya.

Beliau turut memaklumkan, polis juga telah mengeluarkan satu saman ke atas salah satu premis yang diserbu kerana tidak mempunyai lesen perniagaan.

Tegasnya, operasi ke atas kegiatan mesin perjudian haram serta Ops Noda akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu daripada berleluasa.

Mayat bayi dalam kotak kasut

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi dalam kotak kasut KAJANG – Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut dengan sehelai baju T putih dan diletakkan dalam kotak kasut di hentian menunggu bas berhadapan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukong, Kajang, semalam.

Mayat lelaki berkenaan yang dipercayai tidak cukup bulan masih bertali pusat berada dalam keadaan bersih ditemui seorang wanita yang menunggu bas kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan bayi berkenaan dan bergegas ke tempat kejadian.

"Selepas wanita berkenaan membuka kotak terbabit, dia terkejut mendapati terdapat mayat seorang bayi di dalamnya lantas menelefon polis.

"Kotak berkenaan juga dilitupi dengan sehelai plastik pakai buang dan diletakkan berhadapan di kawasan hentian R&R berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dipercayai bayi berkenaan mati sebelum diletakkan di kawasan terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mayat bayi berkenaan kini dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 03-8736222," katanya.

Imam kemaruk seks hadapi pendakwaan

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Imam kemaruk seks hadapi pendakwaan BUKIT BESI - Seorang imam surau berstatus ustaz yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes mencabul kehormatan seorang pelajar sekolah menengah dekat sini minggu lalu, bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebaik mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa raya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asistan Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwa raya dan kes setakat ini disiasat mengikut seksyen 377c/354 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis buat sementara waktu setelah arahan tahanan reman ke atasnya berakhir hari ini, dan dia akan dituduh dalam masa terdekat sebaik mendapat arahan pihak pendakwa raya.

Sinar Harian 28 Jun lalu melaporkan, seorang imam yang kemaruk seks sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar perempuan ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan terkena gangguan makhluk halus itu.

Perbuatan terkutuk yang dipercayai berlaku antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu dipercayai terbongkar apabila mangsa menceritakan perkara itu kepada ibu bapanya sebelum satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

Berikutan laporan itu, penduduk sekitar juga difahamkan turut terkejut dengan perbuatan terkutuk yang dipercayai melibatkan orang dihormati di kampung terbabit.

Nenek tersesat ditemui

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nenek tersesat ditemui KUANTAN – Seorang nenek dari Kampung Tengah di sini hilang selama 24 jam setelah tersesat dalam kebun di Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Jaya Gading di sini tengah hari semalam.

Mah Riduan, 83, hilang di kebun tersebut apabila gagal dikesan anak menantunya yang membawanya ke kebun tersebut untuk melihat membersihkan kebun tersebut.

Bagaimanapun, warga emas yang hilang sekitar jam 11.30 pagi kelmarin dijumpai orang kampung kira-kira jam 11.30 pagi semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi semak berdekatan tempat dia dilaporkan hilang.

Menantunya, Zainab Dayan, 58 berkata, dia bersama lima anggota keluarganya berhasrat membawa ibu mentuanya ke kebun tersebut setelah sekian lama tidak datang ke situ.

"Sebelum ini kami memang biasa datang ke sini, dan Mak gembira setiap kali melihat pokok buah-buahan yang ditanam.

"Namun hari semalam entah bagaimana kami tidak sedar Mak hilang dan puas mencari serta melaung memanggilnya, tetapi tiada sahutan. Itu yang membuatkan kami bimbang kerana Mak kadang kala tidak ingat," katanya.

Selain itu, Zainab menjelaskan, antara sebab dia membawa ibu mentuanya ke situ adalah untuk menghiburkan hati Mah yang sejak kebelakangan ini kelihatan sedih.

"Mungkin dia bosan duduk di rumah dan apabila membawa dia datang ke sini, wajah Mak kelihatan gembira. Mungkin dia seronok sangat sampai tidak sedar dia sudah tersesat dan jauh dari kami.

"Mujur Mak tiada apa-apa dan saya bersyukur kerana walaupun hilang selama 24 jam Mak masih boleh bertahan lagi," katanya.

Sementara itu, Sahrif Saal, 53, yang menjumpai Mah melihat keadaan mangsa yang keletihan.

"Saya menyertai operasi mencari ini bersama orang kampung dan juga anggota polis dan bomba. Dengan menaiki motosikal saya meninjau keadaan sekeliling tempat mangsa hilang.

"Saya temui dia sedang duduk dalam keadaan lemah di dalam semak dan sebaik saya sampai, dia memang sudah keletihan," katanya yang berkhidmat sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sini.

Selain itu, menantu mangsa, Napsiah Ahmad, 52, bersyukur apabila ibu mentuanya selamat.

Menurutnya, sejurus selepas ibu mentuanya hilang, mereka sekeluarga 'berkampung' semalaman di ladang tersebut mengikuti operasi mencari.

"Risau juga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Mak kerana kesihatan dia juga tidak baik memandangkan faktor usia y dan kadang kala dia tidak ingat apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana Mak selamat dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar yang turut mengikuti operasi itu turut berterima kasih dengan komitmen dan bantuan semua pihak dalam usaha membantu mencari warga emas yang hilang ini.

Mana wakil rakyat?

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mana wakil rakyat? KUALA KRAI - Penduduk sepanjang Jalan Belakang Kilang, Kampung Pahi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, dekat sini, kecewa apabila permohonan mereka untuk menurap laluan berkenaan sejak tiga tahun lalu tidak diendahkan pihak berkenaan.

Ketua Pas cawangan Lepan Jenut, Nik Hanafi Mamat berkata, permohonan untuk kemudahan 25 keluarga di sepanjang jalan itu dikemukakan kepada wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen sejak Mei 2008, namun tidak mendapat maklum balas.

Katanya, keadaan jalan tidak sempurna dan dipenuhi lopak air setiap kali hujan itu amat menyukarkan penduduk serta pelajar yang menggunakan laluan itu untuk aktiviti harian mereka.

"Sekurang-kurangnya menjenguk keadaan penduduk di sini, tetapi kami amat kecewa kerana hingga hari ini, masih tidak ada apa-apa maklum balas.

"Kami sedar Kerajaan Negeri miskin tetapi kalau benar peruntukan tidak ada, datang beritahu atau beri maklum balas terhadap permohonan kami dan bukannya mendiamkan diri begitu sahaja," katanya, di sini, semalam.

Nik Hanafi berkata, kesal dengan sikap wakil rakyat terbabit, dia dan penduduk bersetuju menghantar salinan permohonan mereka kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Walaupun ini hanya jalan kampung, pihak terbabit sepatutnya prihatin keadaan kami di sini dan bukannya hanya cakna bila musim pilihan raya," katanya.

Seorang Ahli Jawatankuasa Pas cawangan itu, Zahari Ali pula berkata, lebih mengecewakan apabila seorang wakil rakyat berjanji menghantar batu kasar bagi menimbus lopak air di jalan berkenaan namun tidak menunaikan janji tersebut.

"Sudah beberapa kali saya berjumpa dengan wakil rakyat terbabit di masjid dan kedai kopi, malah beliau berjanji nak hantar batu dan tar tetapi sampai sekarang, janji hanya tinggal janji," katanya.

Justeru, Nik Hanafi dan Zahari merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pas cawangan Peria, Abdullah Mat atau lebih dikenali dengan nama Suhaimi apabila sudi membantu penduduk menyelesaikan masalah jalan itu.

"Permohonan dibuat seorang ahli Pas cawangan Lepan Jenut, Razak Yasoa kepada Abang Mie (Suhaimi) dan Alhamdulillah, beliau sudi menyumbangkan 50 tan batu kasar.

"Mewakili penduduk di sini, kami amat berterima kasih kepada Abang Mie dan ini bukan kali pertama beliau membantu kerana sebelum ini pun sudah banyak bantuan dihulurkannya untuk membaiki jalan dan rumah orang miskin," kata Nik Hanafi.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved