Khamis, 23 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas menteri Perancis didakwa rogol 2 wanita

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bekas menteri Perancis didakwa rogol 2 wanita PARIS - Seorang bekas menteri Perancis didakwa merogol dua wanita dalam serangan seksual semasa mereka bertugas di pejabatnya di Dewan Perbandaran Draveil, menurut pendakwa raya negara itu, kelmarin.

Georges Tron, 53, yang turut memegang jawatan Datuk Bandar Draveil serta ahli Parti Kesatuan Gerakan Rakyat (UMP) pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy ditahan pada Isnin lalu.

Tron menafikan dakwaan itu walaupun kedua-dua mangsa dilapor mengemukakan bukti kukuh berhubung perbuatannya dan dia kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bekas Menteri Rendah Perkhidmatan Awam itu meletak jawatan pada 29 Mei lalu, iaitu beberapa hari selepas seorang lagi bekas menteri Perancis yang juga bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Kahn ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual di New York.

Arab Saudi sumbang RM212 juta kepada Gaza

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Arab Saudi sumbang RM212 juta kepada Gaza AMMAN - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mengumumkan Arab Saudi akan menyumbang AS$70 juta (RM212 juta) untuk projek pembinaan kawasan perumahan penduduk di Genting Gaza.

Pembinaan 1,200 rumah dan 18 buah sekolah di wilayah Palestin itu bakal menjadi projek pembinaan terbesar di Gaza sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, projek itu mungkin berhadapan kesukaran akibat sekatan rejim Israel terhadap kemasukan bahan binaan ke Gaza yang berlarutan sejak pemerintahan kerajaan Hamas pada 2007.

Selain itu, Jepun juga menjadi negara penyumbang bagi membiayai projek perumahan untuk rakyat Palestin itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

20 pelajar histeria

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

20 pelajar histeria SUNGAI BAKAP – Hampir 20 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek mengalami kejadian aneh apabila mereka dikatakan menjerit dan meronta-ronta selama beberapa jam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam itu bertambah cemas apabila seorang demi seorang pelajar terbabit menjerit sambil meronta-ronta sebelum mereka rebah dan tidak sedarkan diri.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Nana berkata, semuanya berlaku apabila sekumpulan pelajar perempuan Tingkatan Dua dan Tiga selesai menjalani latihan bola baling di padang sekolah.

"Saya difahamkan, ketika berada di padang, rakan-rakan terlihat beberapa lembaga hitam sedang memerhatikan mereka daripada ruang udara.

"Mereka yang tidak hirau akan kehadiran lembaga berkenaan terus bermain seperti biasa sehinggalah tamat sesi latihan," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan yang menyeramkan dan seterusnya jeritan itu bersahutan antara satu sama lain.

"Ingin mengetahui terhadap apa yang berlaku, saya melihat dari luar kelas dan mendapati beberapa rakan saya seperti ada suatu kekuatan luar biasa.

"Mereka berlari dan meronta-ronta sambil menjerit sekuat hati. Keadaan terbabit berterusan apabila seorang demi seorang pelajar seolah-olah dirasuk.

"Terdahulu, kejadian ini pernah berlaku namun hanya melibatkan seorang dua pelajar tetapi semalam ia melibatkan hampir 20 pelajar perempuan," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Ishak Hamid, 58, yang pernah berkhidmat di sekolah terbabit sekitar lima tahun lalu berkata, kejadian berkenaan pernah berlaku tetapi tidaklah serius seperti semalam.

"Pelbagai pengalaman pernah saya lalui.

"Pernah suatu hari saya dikejutkan dengan satu dentuman kuat daripada salah satu bangunan sekolah. Bagi melihat apa yang berlaku, saya menghampiri bangunan terbabit dan melihat beberapa lembaga sedang berjalan.

"Tergamam apa yang dilihat, saya terus beristighfar dan berdoa moga apa yang dilihat itu adalah satu khayalan.

"Kehadiran makhluk halus ini memang wujud cuma kita tidak boleh mempercayainya.

"Sebagai manusia biasa, kita juga harus ingat bahawa setiap tindakan yang dibuat perlu berhati-hati kerana bukan kita sahaja makhluk ciptaan Allah dan kekuatan amal ibadat itu juga dapat menghindari kita daripada diganggu makhluk halus.

Sementara itu, seorang waris pelajar yang enggan dikenali berkata, selepas pihak sekolah memaklumkan bahawa anaknya diserang histeria, dia terus bergegas ke rumah.

"Mujurlah jarak rumah dan sekolah tidak jauh. Tanpa berfikir panjang, kakak terus mencapai Yasin dan bergegas ke sekolah dengan harapan keadaan anak berada dalam keadaan terkawal.

"Kakak tidak akan menyalahkan pihak sekolah sebaliknya berharap agar pihak sekolah dapat meningkatkan lagi mutu pemantauan terhadap pelajar dalam menjalani sebarang aktiviti, " katanya.

Sinar Harian juga difahamkan bahawa sejurus kejadian terbabit, pihak guru mengarahkan semua pelajar dikehendaki keluar daripada kelas dan berkumpul di tapak perhimpunan bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Beberapa pengamal perubatan tradisional dan ustaz turut dijemput bagi memulihkan keadaan.

Dalam pada itu, Pegawai Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan (PPD SPS), Rosli Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu bahawa pihaknya masih lagi menunggu laporan daripada pihak sekolah berhubung kejadian terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Bekas pimpinan PKR bantah

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bekas pimpinan PKR bantah IPOH – Lebih 10 bekas pimpinan PKR negeri diketuai bekas Ketua Pemangku Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendi Hashim, membuat laporan polis di sini semalam, bagi membantah Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan di Kuala Lumpur.

Faizal berkata, perhimpunan berkenaan perlu dihalang kerana ianya bakal memberi banyak kesan buruk khususnya kepada rakyat.

Menurutnya, perhimpunan itu juga bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas selain menjejaskan ekonomi orang ramai khususnya para peruncit, pemandu teksi dan sebagainya.

"Perhimpunan ini juga bakal memberi persepsi negatif terhadap imej keamanan Malaysia.

"Pada 2007 lalu, kami pernah terlibat secara langsung dengan perhimpunan ini dan kami akui kesannya telah mengakibatkan kesusahan kepada rakyat.

"Oleh itu, kami mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang perhimpunan ini daripada berlangsung," katanya kepada pemberita.

Faizal berkata demikian pada sidang media di sini semalam setelah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan berkenaan.

Hadir sama, bekas Ketua Penerangan Wanita PKR Negeri, Suraya Sulaiman dan bekas pimpinan PKR dari Padang Rengas, Gerik, Tanjung Malim, Parit dan Kampar.

Sementara itu, Faizal berkata, perhimpunan berkenaan sengaja dibuat untuk mewujudkan gelombang kebencian rakyat terhadap Kerajaan termasuk para pemimpin di negara ini.

Katanya, pihak penganjur perhimpunan ini juga jelas cuba memperalatkan perhimpunan ini untuk mendapat publisiti murahan.

"Secara keseluruhan, kami mendesak agar perhimpunan ini dapat dihalang oleh pihak berkuasa kerana ianya jelas memberi imej yang tidak sihat kepada negara," katanya.

Siasat siapa dalang Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Siasat siapa dalang Bersih 2.0 RAWANG – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik cadangan mengadakan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Ketuanya yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya turut berharap tindakan sewajarnya dikenakan kepada pimpinan demonstrasi itu sekiranya ia diteruskan.

"Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan rakyat, malahan implikasinya lebih buruk daripada kebaikan. Kita tidak mahu budaya negatif sebegini dibiarkan berleluasa di negara ini.

"Insiden sebelum ini pun sudah membuktikan kesan perhimpunan itu yang bertukar menjadi huru-hara hingga menyusahkan peniaga dan orang ramai," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Rawang, di sini, malam kelmarin.

Turut membuat laporan sama ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Melayu Muda Selayang, Pertubuhan Pembela Selayang, kumpulan aktivis sosial dan ahli Pemuda UMNO Selayang.

Sohaimi berkata, Ketua Bersih 2.0, Datuk S Ambiga hanya diperkudakan untuk mengadakan himpunan yang disifatkan sebagai taktik pihak tertentu bagi mengalih pandangan terhadap isu Pakatan Rakyat (PR).

"Ini bukan soal telus atau tidak tetapi berkaitan PR sendiri misalnya PKR yang makin buntu dengan krisis dalaman dihadapi, selain Pas yang juga bercelaru dengan prinsip negara berkebajikan dan pimpinan ulama.

"Jika kata sistem pilihan raya negara ini kotor, kita cabar supaya ia dibuktikan. Bagaimana mereka boleh menang di empat negeri sebelum ini jika kata sistem ada tidak telus," katanya.

Menurutnya, selain laporan polis, pihaknya juga akan menggantung kain-kain rentang di kawasannya sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 2.0.

Katanya, jika himpunan itu tetap diteruskan, pihaknya bersama jentera barisan Pemuda UMNO akan turun di lokasi sama, bagi membantah program berkenaan.

Di HULU LANGAT, Gabungan Komuniti Melayu Semenyih (GKMS) turut membuat laporan polis membantah penganjuran perhimpunan Bersih.

Jurucakapnya, Datuk Azami Mohamed berkata, laporan ini dibuat agar polis segera mengambil tindakan tegas untuk menghalang perhimpunan Bersih kerana ia akan memberikan kesan negatif.

"Laporan ini dibuat kerana GKMS khuatir perhimpunan oleh kumpulan yang menggelarkan Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram yang didalangi individu tertentu yang berniat jahat." katanya.

Di KUALA LUMPUR, Wiranita Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut membuat laporan membantah Bersih.

Ketua Wiranitanya, Datin Paduka Hajah Norkhaila Jamaluddin berkata, pihaknya mendesak agar Menteri Dalam Negeri, mengambil apa juga cara sekalipun bagi menghalang perhimpunan tersebut daripada diteruskan.

Suspek hina Agong serah diri

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Suspek hina Agong serah diri KUALA TERENGGANU- Salah seorang suspek yang dipercayai menggunakan laman sosial menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Suspek, 24 tahun beralamat di Taman Sri Aman, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan merupakan bekas pelajar Kolej PTPL, Kota Bharu menyerah diri kira-kira jam 8 malam setelah 'menghilangkan' diri sejurus mengetahui dirinya diburu.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek yang menggunakan nama samaran 'Nik Rabani' turut membawa barang kes iaitu sebuah komputer riba, satu alat pengecas dan satu tetikus ketika menyerah diri di hadapan pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

"Walaupun suspek dengan sukarela menyerah diri dan mengaku bersalah di atas tindakannya itu tetapi kita tetap mengambil tindakan terhadapnya kerana kesalahan sudah dilakukan.

"Diharapkan selepas ini, ia dapat menjadi pe-ngajaran kepada orang ramai agar jangan sesekali menggunakan laman sosial sebagai tempat bergurau yang melampaui batas," katanya kepada media dalam satu sidang media, semalam.

Menurut Jamshah, suspek yang kini tidak bekerja ditahan reman selama empat hari sehingga 24 Jun ini untuk siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Manakala seorang lagi suspek yang dikenal sebagai 'Kay Shakila' kini masih diburu.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 15 Jun menyiarkan Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini selepas menyedari dua individu dipercayai penyokong sebuah pasukan bola sepak tanah air, sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengguna laman sosial.

Dua individu berkenaan bertindak mengubahsuai gambar Yang di-Pertuan Agong serta mengeluarkan komen yang mempersendakan Ketua Negara Malaysia dengan mengaitkan baginda dengan perlawanan akhir Piala FA yang menjadi milik Terengganu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Skuad Penyu itu menewaskan pasukan Red Warriors 2-1.

Musnah sekelip mata

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Musnah sekelip mata TANJUNG GEMOK – Berpuluh-puluh peniaga di Tapak Karnival Ekspo 1Malaysia terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian hujan lebat disertai angin puting beliung, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu.

Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat.

Dianggarkan semua peniaga mengalami kerugian sebanyak RM500,000 setelah barangan perniagaan mereka musnah dan rosak teruk dalam kejadian paling dahsyat pernah berlaku di kawasan itu.

Difahamkan semasa kejadian, kebanyakan peniaga sedang mengemas dan menyusun barang perniagaan, namun dikejutkan dengan hujan lebat disertai gegaran sebelum semua peniaga menyelamatkan diri ke premis perniagaan berdekatan.

Bunyi dentuman kuat

Penganjur karnival, Saharudin Ismail, 29, berkata, hujan lebat disertai angin kencang dipercayai puting beliung itu datang secara tiba-tiba dari arah Sungai Anak Endau menyebabkan peniaga terpaksa lari menyelamatkan diri.

Saharudin berkata, kejadian itu terlalu pantas hingga meranapkan kanopi utama yang menempatkan pentas persembahan dan merosakkan peralatan elektronik audio (PA sistem).

Menurutnya, kejadian itu adalah malapetaka paling dahsyat sejak dia menyertai karnival atau ekspo di negara ini dan menyifatkannya sebagai dugaan paling besar yang perlu ditempuhi semua peniaga di situ.

"Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu berdoa supaya selamat dan dijauhkan daripada sebarang kejadian tidak diingini akibat pukulan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian daripada kanopi yang didirikan di kawasan itu diterbangkan angin, malah terdapat sebatang tiang lampu berdekatan sebuah kanopi turut tumbang.

"Kejadian ini sungguh dahsyat dan mengerikan. Apatah lagi ia berlaku dalam tempoh singkat hingga mengubah keadaan landskap ekspo ini serta-merta kerana ketika itu, peniaga bukan lagi sibuk melayan pelanggan, tetapi terpaksa mengutip barangan perniagaan yang bertaburan," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman guruh yang kuat hingga menyebabkan peralatan sistem audio miliknya terhempas ke lantai disertai dengan kilat sabung menyabung.

"Saya menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM150,000, bagaimanapun anggaran sebenar nilai kerosakan barangan dan peralatan masih belum dapat dibuat sehingga keputusan penilaian diperoleh," katanya.

Seorang peniaga, Aswadi Mesnun berkata, dia mengalami kerugian hampir RM50,000 apabila tiga kanopi disewanya sejak empat hari itu musnah hingga menyebabkan barangan dan pakaian jualannya rosak teruk akibat basah.

"Saya menyewa tiga tapak dengan menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai, baru serta aksesori lelaki dan wanita, namun malangnya, hampir semua barangan musnah dalam kejadian ribut itu," katanya.

Aswadi berkata, ketika kejadian, dia sempat menyelamatkan diri ke gerai makanan berhadapan dengan tapak karnival itu.

"Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sebahagian pakaian yang hendak dijual basah dan kanopi ranap serta runtuh akibat rempuhan puting beliung," katanya.

Menurutnya, bagi mengelak mengalami kerugian teruk, dia terpaksa menjual pakaian pada harga murah sepanjang lapan hari karnival berlangsung selepas kejadian itu.

Peniaga kedai tudung, Rosidah Mohamad, 36, yang mengalami kerugian lebih RM8.000 berkata, bencana itu berlaku begitu pantas menyebabkan dia hanya sempat berdoa supaya semuanya selamat.

"Tiada lebih penting selain nyawa dan saya tidak putus-putus berdoa supaya kami semua berada dalam keadaan selamat serta diberikan perlindungan oleh-Nya dalam saat-saat genting seperti ini," katanya.

Rosidah berkata, kejadian itu tidak pernah memutuskan semangatnya, malah dia semakin kuat untuk terus mencari rezeki bagi menampung kos perbelanjaan keluarga.

"Musibah ini tidak pernah sesekali saya kesalkan kerana ia sudah suratan dan kehendak-Nya. Sebagai hamba, saya menerima dugaan ini dengan reda dan yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar berkata, kejadian bencana alam itu bukan pertama kali berlaku kerana kejadian sama pernah berlaku di kawasan tapak ekspo itu.

"Ia merupakan kejadian ketiga sepanjang tempoh lima tahun dan kejadian ini berlaku tanpa dijangka," katanya.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Modenas CTric, motosikal elektrik pertama

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Modenas CTric, motosikal elektrik pertama Ditawarkan dalam dua warna oren dan hijau, Modenas CTric menampilkan reka bentuk hampir sama dengan Modenas CT, namun berbeza dari segi komponen teknikalnya.

Dijual pada harga RM4,888 (termasuk insurans), motosikal elektrik pertama ini dihasilkan di Malaysia dengan 80 peratus komponen tempatan manakala komponen selebihnya diimport dari China.

Menurut Ketua Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Abd Halim Ismail CTric adalah motosikal elektrik pertama negara mendapat kelulusan piawaian SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ia menggunakan 5 unit 'lead acid' bateri 12V/20AH berasaskan teknologi Gel Nano yang boleh dikitar semula 100 peratus selepas tamat tempoh hayatnya.

"Berkemampuan sehingga 500 kitaran, bateri ini juga mempunyai nilai beli semula," katanya.

CTRic turut menggunakan Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh yang kalis air dan mempunyai kuasa 3.60kW atau 80 kilometer sejam serta mempunyai ciri istimewa seperti Gandar Galas Berkelajuan Tinggi dan Penderia 'Honeywell Hall'. Pada kelajuan purata 30 kilometer sejam, ia berupaya mencapai jarak 60km pada setiap cas penuh dan berkemampuan mencapai had laju 70km sejam serta sesuai digunakan dalam radius 30 ke 50 km sehari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masa depan institusi perbankan Islam negara berdaya tahan

Posted: 22 Jun 2011 05:00 PM PDT

Masa depan institusi perbankan Islam negara berdaya tahan Masa depan institusi perbankan Islam negara kini lebih berdaya saing berdasarkan kemampuannya dalam keadaan terbuka selaras dengan ekonomi negara yang kompetitif.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat 21 institusi bank Islam di seluruh negara dengan jumlah aset RM351 bilion atau 20.8 peratus daripada jumlah keseluruhan aset perbankan di Malaysia berbanding dengan 16.5 peratus pada 2009.

"Institusi perbankan Islam domestik mempunyai 11 buah, manakala institusi perbankan Islam asing terdapat enam dan bagi antarabangsa pula, kita sudah ada empat.

"Sekali gus menggambarkan masa depan perbankan Islam negara kini lebih cerah selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia pusat kewangan Islam antarabangsa terunggul," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Siti Zailah ingin tahu mengenai implikasi kepada masa depan perbankan Islam di Malaysia dan tujuan penstrukturan semula bank dilaksanakan.       

Awang Adek berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan penstrukturan semula dan tidak mencadangkan kepada bank-bank Islam kecuali dilakukan oleh bank-bank itu sendiri.

"Sebelum ini, kerajaan telah pun melaksanakan dasar penggabungan dengan 23 kepada sembilan buah.

"Memandangkan suasana ekonomi semakin kompetitif, bank akan bergerak untuk mencari jalan dan pendekatan berdasarkan kepentingan yang akan memberi kelebihan kepada mereka," katanya.

Beliau juga berkata, dasar penggabungan bank sebelum ini, telah memberi kesan cukup baik kepada negara di mana menjadi lebih kukuh dengan sokongan modal lebih tinggi, penambahan cawangan serta profil kebangsaan menyeluruh.

"Ini juga meningkatkan pengurusan risiko dalaman serta kualiti aset, hasil pengurusan lebih efisien, memperkukuhkan jenama serta kedudukan kewangan bank-bank dan berkemampuan untuk menerokai pasaran serantau dan global," katanya. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved