Ahad, 19 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Perkasa khianat, sokong utusan hina islam

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam.

Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit.

Ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tapi tiba-tiba sahaja Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam.

Dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.

Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira.

Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup melayu, keris dan kepala lembu.

Nampaknya persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak bila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.

Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.

DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu. Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Dipetik daripada Laman Web Pas

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysians must thank their lucky stars it only cost RM1.8m: Lim Kit Siang

Posted: 18 Jun 2011 05:00 PM PDT

Malaysians must thank their lucky stars it only cost RM1.8m: Lim Kit Siang

R1.8 million six Facebook fiasco – Going by Chua Soi Lek's logic, Malaysians must thank their lucky stars they had not been charged RM18 million or RM180 million as "creativity cannot be quantified"

Going by the logic of MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek, Malaysians must thank their lucky stars that they had not been charged RM18 million or RM180 million for six Facebook pages to promote tourism to Malaysia although facebook pages are free as "creativity cannot be quantified".

Chua's logic is impeccable when he said it might cost nothing to start facebook but "maintenance had costs" particularly when he stressed that it is difficult to put a dollar figure to the creativity of the IT consultants used.

If Chua is right, did the Cabinet at its meeting on Friday recorded its appreciation for the acumen and services of the Tourism Minister Datuk Seri Ng Yen Yen for only billing RM1.8 million when it could be RM18 million or RM180 million for the "unquantifiable" consultancy fees to start the six free Facebook pages?

Why then are there reports of Cabinet unhappiness at its Friday meeting over the Tourism Ministry's latest RM1.8 million Facebook fiasco to the extent that Ng Yen Yen had to issue a late-night statement on Friday insisting that the Cabinet had accepted her explanations?

However, the conspicuous silence of the other MCA and non-MCA Cabinet Ministers (including the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin who had earlier demanded that Ng explain to the Cabinet) had been so deafening that Chua Soi Lek had to come to her public defence – although Chua is not a member of the Cabinet!

What Chua did is not unexpected as he Is reciprocating Ng Yen Yen's support for him when he was facing his great political crisis – but it does raise the question of propriety especially when Chua said he had asked Ng for Cabinet minutes of its Friday meeting on the RM1.8 million facebook fiasco.

Isn't this a breach of Cabinet confidentiality and a violation of the Official Secrets Act for a Cabinet Minister to reveal Cabinet minutes without authority to a non-Cabinet member, even though he is MCA President?

But Chua is defending the indefensible! What creativity is Chua talking about?

Why don't Chua ask Ng to invite those who started the "Curi Curi Wang Malaysia" to take over the "Cuti Cuti Malaysia" facebook as at 10 am today, there have been over 115,854 support for "Curi Curi Wang Malaysia" Facebook though started in less than five days since last Tuesday evening or some three times the hits for the official Tourism Ministry Facebook "Cuti Cuti Malaysia" started in May.

Malaysians cannot accept Ng's self-serving statement that she has got Cabinet endorsement for the RM1.8 million splurge on six Facebook pages especially as the Deputy Prime Minister has gone public demanding an explanation from her.

Either Muhyiddinh or the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak himself should declare to Malaysians whether the Cabinet fully backs Ng in the RM1.8 milion Facebook fiasco and if not, what the Cabinet is proposed as remedy to the extravagant and reckless expenditure of public funds at a time of economic austerity.

Dipetik daripada blog Lim Kit Siang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sabtu, 18 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Muzium Tekstil peraga warisan

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Muzium Tekstil peraga warisan Berkembang pesat dengan nilai eksport RM10.6b, ketujuh dalam sektor perkilangan

Sebagai menunjukkan tekstil merupakan sumber yang turut menyumbang kepada industri negara, kerajaan telah membangunkan kompleks muzium khas bagi mempamerkan pelbagai aktiviti dan proses melibatkan penghasilan tekstil.

Muzium Tekstil Negara terletak di Bangunan JKR, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Ia terletak di tengah-tengah antara Bangunan Dayabumi dan bangunan Sultan Abdul Samad.

Muzium ini merupakan sebuah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini kerajaan.

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1896 berketinggian dua tingkat setengah dengan keluasan tanah 3259 meter persegi dan keluasan lantai 3145.3 meter persegi.

Muzium Tekstil Negara dibuka secara rasmi pada Januari 2010 dan menempatkan koleksi, sejarah asal-usul dan lain-lain perkara yang melibatkan tekstil di negara kita.

Muzium ini terbahagi kepada beberapa galeri utama seperti Galeri Pelangi, Galeri Pohon Budi, Galeri Ratna Sari dan Galeri Teluk Berantai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terapi 3D kawal sakit

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terapi 3D kawal sakit WASHINGTON - Permainan video tiga dimensi (3D) sering dianggap aktiviti mengkhayalkan kanak-kanak dan golongan muda.

Bagaimanapun, satu kajian dilakukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) terhadap golo-ngan berumur antara 25 hingga 60 tahun, mendapati permainan itu boleh menjadi terapi maya kepada pesakit untuk menahan kesakitan ketika melakukan pembedahan atau rawatan.

Rawatan menggunakan program dikenali SnowWorld yang memaparkan imej dunia sebenar dengan pemandangan alam sekeliling begitu indah dan dilengkapi sistem bunyi seakan-akan berada di lokasi berkenaan.

Hanya menekan tetikus sahaja pesakit boleh bermain permainan video tanpa menyedari mereka sebenarnya berada di dunia 3D.

Keputusan daripada ujian terbabit mendapati penurunan ketara terhadap komponen deria dan emosi, selain mengawal kesakitan dialami selepas menerima rawatan.

Rawatan itu dikatakan lebih berkesan kepada warga emas dan digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah tekanan perasaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peluru tembusi kepala

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peluru tembusi kepala SUNGAI PUYU - Polis menggiatkan usaha menjejaki dua lelaki yang disyaki pembunuh upahan selepas mereka menembak mati pemilik kilang beras Joo Choon Sdn Bhd di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Ooi Ching Tian, 58, yang ditembak tiga das dari jarak dekat meninggal dunia selepas tiga jam dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini akibat kepalanya ditembusi peluru.

Dalam kejadian pada jam 12.50 pagi di hadapan rumahnya di Taman Sungai Puyu di sini itu, mangsa ditembak ketika keluar dari kereta untuk membuka pintu pagar sebaik pulang dari makan malam di Butterworth sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, sebaik tiba di hadapan rumahnya, mangsa yang keseorangan ketika itu, turun dari kereta Toyota Harrier untuk membuka pintu pagar apabila tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tiga das tembakan tepat mengenai kepalanya.

"Bunyi tembakan didengari isteri dan anaknya yang meluru keluar namun terkejut apabila mendapati Ching Tian rebah berlumuran darah di tepi kenderaan manakala suspek dilihat melarikan dengan memecut kereta Proton Wira berwarna gelap dipercayai dipandu rakan subahat menghala ke Mak Mandin," katanya.

Menurutnya, isteri dan anaknya kemudian menghantar Ching Tian ke HSJ namun mangsa meninggal dunia selepas tiga jam diberikan rawatan.

Difahamkan, mangsa seorang peniaga beras yang berjaya di daerah ini dan dikenali dalam kalangan pekerjanya sebagai seorang yang bersifat pemurah.

Mayat mangsa selesai dibedah siasat pagi semalam dan dituntut ahli keluarganya sejurus itu.

Zulkifli berkata, polis menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes pembunuhan Ching Tian, pagi ini.

Menurutnya, pihaknya kini giat menjejaki suspek dan motif pembunuhan ke atas mangsa.

"Buat masa ini, kami sedang siasat secara terperinci untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kes ini, antaranya dendam, masalah perniagaan dan selisih faham," katanya.

Sehubungan itu, saksi diminta tampil membantu siasatan, manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stor diesel subsidi diserbu

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Stor diesel subsidi diserbu BERCHAM – Perbuatan berselindung di sebalik sebuah premis untuk menyimpan 10,000 liter minyak diesel bersubsidi yang telah dikitar semula, berjaya dihidu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak, semalam.

Stor di persimpangan Jalan Bercham-Tanjung Rambutan itu yang menyimpan lebih 10 tangki besar minyak bernilai RM18,000.

Serbuan pada jam 3 petang itu dilakukan hasil intipan selama sebulan.

Timbalan Pengarah PPDNKK Negeri, Rosli Ahmad berkata, pihaknya mempercayai bahawa minyak itu diselewengkan dengan 'mencuci' diesel yang digunakan untuk dijual semula kepada pihak industri sekitar kawasan itu.

"Hasil intipan selama sebulan, kita menjumpai beberapa tangki minyak diesel. Ketika serbuan, stor ini didapati kosong dan tiada tangkapan dilakukan.

"Kita juga mendapati terdapat sebuah mesin yang dipercayai digunakan untuk mencuci minyak diesel ini sebelum dijual," katanya di sini, semalam.

Rosli berkata, siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Pesanan terakhir sebelum ajal

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pesanan terakhir sebelum ajal BUKIT CHATAK - "Sebelum nyawa pak cik diambil Tuhan, pak cik ingin melihat masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk di sini berakhir. Alhamdulillah dengan bantuan surat khabar Sinar (Harian), masalah ini berjaya diatasi," itulah ungkapan yang pernah diluahkan arwah Wan Khalid Muda (gambar), 72, salah seorang mangsa banjir kilat yang terpaksa melalui detik sukar itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Wan Khalid yang sempat menghiasi muka depan akhbar ini dalam laporan mengenai penderitaan penduduk menghadapi banjir di kampungnya, meninggal dunia ketika ingin menjamah hidangan di sebuah kedai makan di Sura Gate, kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu.

Ketika kejadian, arwah yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu, difahamkan baru pulang selepas mengambil ubat di Hospital Dungun sebelum dia secara tiba-tiba rebah akibat serangan jantung.

Mengimbas kembali detik semasa hayatnya, balu arwah, Zainun Daud, 52, berkata, pada malam sebelum kejadian menimpa bekas pekerja lombong bijih itu, arwah suaminya ada bercerita mengenai nasib bakal menimpa isterinya jika dia sudah tiada lagi.

Menurut Zainun, apa yang difikirkan arwah ialah berkaitan tempat tinggalnya kerana rumah yang pernah menjadi tempat mereka berteduh bersama, bukan miliknya.

"Arwah berkata, kalau dia tidak ada, bagaimanalah nasib saya, mungkin saya kehilangan tempat tinggal kerana rumah ini bukan rumah kami, hanya menumpang rumah orang.

"Dia juga menyebut supaya mencari wartawan Sinar Harian jika perlukan bantuan kerana katanya, dia sendiri walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian, namun pernah mendapat bantuan wartawan itu untuk menyelesaikan masalah sehingga segala kesulitan berjaya diselesaikan," kata Zainun sambil mengesat air mata.

Sementara itu, rakan arwah, Wan Mamat Wan Embong (gambar) berkata, dia sempat membawa arwah ke hospital sebelum arwah mengajaknya makan tengah hari di kedai makan berdekatan Sura Gate.

"Selepas selesai urusan, dia mengajak saya makan.

"Namun, sebaik sahaja dia mengambil lauk, ketika ingin duduk di kerusi, dia tiba-tiba rebah. Belum sempat berpesan, dia meninggal dunia," katanya.

Arwah Wan Khalid ketika hayatnya pernah mendapat bantuan wartawan Sinar Harian untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di rumahnya, selain sempat menaiki kereta Skuad Cakna untuk meminta bantuan daripada pihak berkaitan.

PNP serah memorandum

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

PNP serah memorandum KUANTAN - Persatuan Nelayan Negeri Pahang (PNP) tampil menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan terhadap dasar kerajaan khasnya dalam membangunkan industri perikanan demi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit.

Memorandum setebal sembilan muka surat itu diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Pahang di Jeti Tengku Adnan, Tanjung Api di sini, petang semalam.

Pengerusinya, Zulkiflee Md Yusoff berkata, penyerahan memorandum itu dilakukan bersempena Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Masyarakat Nelayan di sini.

Menurutnya, PNP yang dianggotai kira-kira 4,000 ahli menyokong penuh dasar dan inisiatif diperkenalkan kerajaan dan mengharapkan supaya ianya diteruskan.

"Kami menyokong penuh usaha kerajaan terus memberi subsidi diesel dan petrol kepada nelayan Zon A dan B (nelayan pantai tradisional) selain bantuan sara hidup RM200 sebulan serta bantuan insentif 10 sen sekilogram untuk pendaratan ikan," katanya.

Zulkiflee berkata, pihaknya berharap kerajaan mengekalkan pemberian subsidi petrol dan diesel bagi nelayan Zon A dan B kerana peningkatan harga bahan api itu membebankan nelayan.

"Kami kesal kerana ada pihak menyalahgunakan diesel dan petrol bersubsidi dengan menjual bahan itu kepada nelayan asing dan sektor lain.

"Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi diesel kepada nelayan Zon C2 wajar dan perlu juga dilaksanakan kepada Zon C," katanya.

Menurutnya, lesen sampan perlu diberikan kepada nelayan pantai tulen kerana mereka berpeluang menikmati kemudahan termasuk subsidi bahan api, bantuan sara hidup dan insentif pendaratan ikan yang akan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

"Kita juga berharap bantuan sara hidup nelayan dikemas kini segera supaya pembayarannya dapat dilakukan kepada mereka yang benar-benar layak secara lebih teratur," katanya.

Zulkiflee berkata, PNP menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha yang dilakukan untuk menentang dasar kerajaan oleh segelintir pihak kerana tindakan itu boleh mengganggu gugat kesejahteraan nelayan.

"Kami juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk perhimpunan dan piket haram bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya.

Sementara itu, seorang wakil nelayan Kuantan, Mohamad Amir Mohsin berkata, majlis kesyukuran dan doa selamat itu diadakan semata-mata sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap rezeki yang diberikan Allah.

"Walaupun berdepan pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini, ia bukan satu alasan untuk kami mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan.

"Sebaliknya kami sepakat mengadakan kenduri ini dan pada masa yang sama menyerahkan memorandum kepada LKIM dan Jabatan Perikanan Pahang," katanya.

Dia berkata, kenduri secara bergotong royong itu dihadiri kira-kira 2000 tetamu termasuk masyarakat nelayan dan orang ramai.

Ketika ditanya tentang harga ikan yang naik kebelakangan ini, dia berkata, dakwaan kenaikan harga ikan disebabkan faktor kenaikan bahan api kurang tepat sebaliknya masalah itu berlaku akibat faktor semula jadi .

"Musim ini memang ikan kurang dan hasil tangkapan nelayan juga merosot," katanya.

Tiga beradik tanpa sijil lahir

Posted: 17 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tiga beradik tanpa sijil lahir KAMPUNG PANCHOR – Dalam keadaan perkembangan ekonomi dan pelbagai agenda pembangunan yang dilaungkan kerajaan saban hari, masih terdapat banyak rakyat yang tersisih dari arus kemajuan.

Jika berumahkan sebuah bangsal kecil, berlantaikan tanah liat, berbumbung dan berdindingkan zink semata–mata, tidak keterlaluan jika dikatakan terlalu jauh ketinggalan seolah-olah baru semalam, pasca kemerdekaan, masih dibelenggu kemiskinan biar apapun faktor penyebabnya.

Salah seorangnya, Mohd Tarmizi Ismail, 42, cuma seorang buruh kuari dengan pendapatan beberapa ratus sebulan, tidak mampu menyara keluarganya dengan empat anak.

Isterinya, Rosnida Sharifudin, 30, sekadar suri rumah biasa, tanpa pendapatan.

Lebih malang, apabila pasangan ini tidak mampu menyediakan kos pembayaran hospital menyebabkan tiga anak mereka gagal mendaftarkan kelahiran sekali gus gagal memperoleh sijil kelahiran.

Rosnida berkata, hanya anak sulungnya yang berusia 9 tahun mempunyai sijil kelahiran dan dapat mengikuti persekolahan seperti biasa.

"Anak kedua kami, Mohd. Fairus Firdaus, 8, tidak dapat didaftarkan kelahirannya kerana kami tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan sijil kelahiran tidak dapat didaftarkan.

"Kini dia berada di tahun dua di Sekolah Kebangsaan Gunung hasil ihsan pihak sekolah yang membenarnya bersekolah walaupun dia tidak mempunyai sijil kelahiran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pondoknya kini dibina di atas tanah mentuanya selepas beberapa kali berpindah randah sebelum ini.

Selain itu, katanya, pondok yang didiami mereka berdepan masalah takungan air setiap kali hujan lebat.

"Setiap kali hujan lebat air akan bertakung dalam pondok kami separas 0.3 meter yang menyebabkan kami terpaksa menumpang di rumah mentua berhampiran.

"Untuk membina kediaman yang lebih sempurna kami tidak mampu kerana upah pekerjaan suami hanya mencukupi bagi makan minum kami sekeluarga sahaja," katanya.

Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah masa depan tiga anaknya yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Dua lagi anak kami yang tidak mempunyai sijil kelahiran ialah Mohd. Ridhuan Haikal, 6, dan Mohd Adam Mukhriz, 2.

"Kami tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk membolehkan anak- anak kami mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran kelak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Husain menggesa pihak berkenaan untuk mengambil tindakan drastik terhadap kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran tersebut.

"Saya amat berharap pihak berkenaan dapat turun padang mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah kanak- kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran ini.

"Mereka adalah dari keluarga miskin yang tidak mampu membayar kos hospital menyebabkan kelahiran mereka tidak dapat dikeluarkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat usul untuk membolehkan keluarga ini menerima peruntukan wang ihsan bagi pembinaan sebuah rumah yang lebih selesa.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved