Selasa, 14 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Ditipu 'kekasih maya'

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ditipu 'kekasih maya' KUALA LUMPUR – Tanpa curiga, seorang wanita warga emas dari Perancis masukkan Euro 1,000 (hampir RM4,500) ke dalam akaun bank setelah dihubungi dua doktor dikenali Jerry dan Abby untuk selamatkan nyawa kekasihnya yang terlibat dalam kemalangan di negara ini.

Dia menyedari ditipu selepas mendapati teman lelaki dikenalinya melalui Internet itu sebenarnya tidak wujud.

Sebelum itu, mangsa berumur 52 tahun, dihubungi dua doktor berkenaan yang memaklumkan kejadian terbabit dan minta Euro 200,000 (hampir RM900,00) sebagai kos pembedahan segera.

Bukti seperti gambar di Internet ditunjukkan kepada mangsa untuk memperdayakannya.

Biarpun tidak pernah bertemu kekasihnya sejak enam tahun perkenalan di Internet, mangsa nekad bertemu lelaki Amerika Syarikat di negara ini awal April lalu.

Segalanya terbongkar selepas mangsa dapati kekasihnya itu tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa lapor perkara itu pada polis.

"Susulan itu, 11 lelaki warga Nigeria, berumur lingkungan 30-an, diberkas 6 dan 7 Mei lalu.

"Suspek adalah penuntut di sekitar kolej di ibu negara," katanya pada sidang media di Pusat media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, mangsa sudah dinasihati keluarganya supaya tidak percayainya.

"Mungkin kerana sayang, mangsa sanggup abaikan nasihat keluarganya," katanya.

Chin Wah berkata, sindiket itu akan jalin persahabatan tidak kira tempoh masa dan akan laksanakan perancangan selepas mangsa mereka benar-benar terperangkap.

Menurutnya, polis akan bertemu pihak Kedutaan Amerika Syarikat di sini untuk mengenal pasti kewujudan identiti kekasih wanita itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua jiran bermusuh tandatangani Mou

Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT

Dua jiran bermusuh tandatangani Mou JOHOR BAHRU - Jangan ingat memorandum persefahaman (MoU) boleh ditandatangani untuk urusan rasmi sahaja.

Dua jiran di Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram, di sini, semalam 'melakar sejarah' apabila menandatangani MoU untuk memastikan mereka tidak akan bergaduh lagi setelah bermasam muka selama dua tahun.

Ng Chee Leng, 33, dan Yong Nguong Ping, 43, mula bertelagah apabila Chee Leng mendakwa jirannya itu sering buat bising hingga menyebabkan dia dan keluarganya hidup tertekan di rumah mereka sendiri.

Antara gangguan dilakukan Nguong Ping, kata Chee Leng, ialah bunyi radio yang sangat kuat, hentakan kuat ketika pintu rumah ditutup, salakan dua anjing Nguong Ping yang kerap dan melampau serta bunyi piano mainan anak Nguong Ping yang dianggap mengganggu.

Berikutan itu, dua tahun lalu, Chee Leng membuat laporan polis, namun tindakan itu mendorong tindak balas yang lebih dahsyat daripada Nguong Ping yang menambah lagi gangguan dengan bunyi loceng pada tengah malam, selain pernah membaling tong cat ke rumah jirannya itu.

Bagi Nguong Ping yang tinggal bersama tiga ahli keluarga lain mendakwa Chee Leng telah menunjukkan rasa tidak senang hati sejak dia mula berjiran dan berpindah di rumah yang didiaminya kini.

Katanya, rasa tidak senang yang ditunjukkan Chee Leng itu mendatangkan rasa kecewa pihaknya dan segala aktiviti serta perbuatan yang telah dilakukan keluarganya dianggap sebagai satu gangguan.

Bagaimanapun, menerusi MoU semalam yang ditandatangani di hadapan Pengarah Biro Pengaduan Awam Johor, S Marshal Thegarajah, kedua-dua jiran bermusuh itu janji akan berdamai dan akan menyelesaikan semua masalah mereka secara baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Isnin, 13 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Warga AS menyamar wanita Syria

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga AS menyamar wanita Syria EDINBURGH - Aktivis hak asasi manusia berang selepas seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di Scotland mengaku menjadi penulis blog Gadis Lesbian di Damsyik, kelmarin.

Tom MacMaster, pelajar ijazah sarjana berumur 40 tahun di Universiti Edinburgh mengaku menyamar sebagai Amina Abdullah yang kononnya seorang penulis blog politik di Damsyik.

Watak Amina menjadi terkenal melalui penulisannya mengenai keganasan pihak berkuasa terhadap penduduk Syria semasa kebangkitan rakyat menentang kerajaan negara itu.

MacMaster kemudian menyamar sebagai saudara Amina dan memaklumkan penulis itu diculik sekumpulan lelaki bersenjata prokerajaan, mencetuskan kebimbangan pengikut blog itu.

MacMaster akhirnya mengaku mengenai penipuan itu selepas orang ramai mewujudkan kumpulan sokongan Bebaskan Amina Abdullah di laman sosial Facebook yang menarik hampir 15,000 pengikut.

"Saya tidak pernah menjangka akan menerima perhatian sebegini," kata MacMaster dalam surat permohonan maaf kepada pembaca blog itu.

Tindakan warga AS itu dilihat sebagai percubaan mencemarkan imej Islam warga Syria yang kononnya menyokong budaya songsang homoseksual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Turki kekal kuasa

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

PM Turki kekal kuasa ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengekalkan jawatan tertinggi itu selepas parti AK pimpinannya memenangi pilihan raya negara itu buat kali ketiga berturut-turut dengan memperoleh hampir 50 peratus undian, semalam.

Jumlah undian itu adalah yang tertinggi sejak parti AK memerintah Turki pada 2002 namun gagal memberikan jumlah kerusi Parlimen mencukupi untuk Erdogan menggubal perlembagaan baru negara itu.

Keputusan menunjukkan parti pemerintah memenangi pilihan raya itu dengan undian sebanyak 49.9 peratus atau 325 daripada 550 kerusi, iaitu lima kerusi kurang daripada yang diperlukan untuk mendapat majoriti.

Ini bermakna Erdogan perlu mendapatkan persetujuan parti pembangkang Turki bagi menggubal perlembagaan negara yang lebih bebas untuk menggantikan perlembagaan kini yang ditulis di bawah undang-undang tentera pada 1982.

Dalam perkembangan berkaitan, pengumuman keputusan pilihan raya itu dicemari keganasan apabila sebuah bom diletupkan di selatan Turki, lewat kelmarin sehingga menyebabkan 11 orang cedera.

Tiada sebarang pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan yang dilakukan semasa puak Kurd sedang meraikan kemenangan calon mereka.

Wilayah itu kerap dicemari keganasan kumpulan pemisah Parti Pekerja Kurd yang menyaksikan lebih 40,000 orang terbunuh sejak 1984.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

2,000 nelayan lancar mogok

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

2,000 nelayan lancar mogok HUTAN MELINTANG - Masih belum reda isu pembatalan subsidi diesel bagi bot C2, kali ini seramai 2,000 nelayan dari Bagan Hutan Melintang membabitkan 300 bot melancarkan mogok tidak turun ke laut selama tiga hari bermula kelmarin, membantah tindakan kerajaan membatalkan subsidi diesel bagi bot C2 sejak 1 Jun lalu.

Sinar Harian turut difahamkan terdapat kira-kira 1,200 pemilik bot

C2 dari Pantai Timur Semanjung, Sabah dan Sarawak turut melancarkan mogok bermula 9 Jun lalu.

Setiausaha Eksekutif Koperasi Nelayan Hilir Perak Berhad (KNHP-Bhd), Khee Jeh Hai berkata, mogok tiga hari akan diteruskan pada satu tempoh yang tidak ditetapkan selagi kerajaan terus membeku pemberian subsidi diesel bot C2.

Menurutnya, pembatalan subsidi diesel itu menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter berbanding harga subsidi hanya RM1.25 seliter.

"Pemilik bot memberi alasan mereka menanggung kerugian kerana kos pengurusan bertambah berikutan penghapusan subsidi diesel itu.

"Sebuah bot menggunakan 20,000 liter diesel sebulan yang membabitkan kos RM25,000 mengikut harga subsidi RM1.25 seliter, kini kos mencecah

RM36,000 pada harga tanpa subsidi RM1.80 seliter," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Jeh Hai berkata, sementara pendapatan hasil tangkapan ikan antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi sebuah bot, bermakna pemilik bot terpaksa menanggung beban kerugian.

"Pemilik bot tidak mampu menampung kos sekiranya bot mengalami kerosakan enjin atau peralatan menangkap ikan kerana wang yang diperoleh habis dibelanjakan membeli diesel dan membayar gaji pekerja," katanya.

Katanya, pihak nelayan telah minta Presiden MCA, Datuk Chua Swee Lek dan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kami sedar tindakan mogok tidak turun ke laut menyusahkan orang ramai kerana tidak dapat bekalan ikan, tetapi kami terpaksa bertindak demikian kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih besar lagi.

"Tetapi setakat ini tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah ini, diharap kerajaan memberi pertimbangan untuk menyerahkan semula subsidi diesel kepada nelayan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Isu pinjaman PPR ke Kabinet

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Isu pinjaman PPR ke Kabinet KUALA LUMPUR - Penubuhan badan khas untuk memberi pinjaman kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang tidak berkemampuan membeli unit yang mereka diami kini di peringkat akhir.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kertas kerja mengenainya akan dibawa ke Kabinet Ogos ini bagi mendapatkan kelulusan kerajaan.

"Ini adalah cadangan jangka pendek yang dilihat dapat membantu kira-kira 24,000 pemohon yang kini menghadapi masalah pinjaman tidak diluluskan oleh bank atas pelbagai faktor.

"Berbeza dengan bank, badan ini akan bagi sedikit kelonggaran dari segi syarat pinjaman dengan harapan ia dapat membantu pembeli yang kebanyakannya berumur 50 tahun ke atas memiliki rumah," katanya kepada media, semalam.

Raja Nong Chik berkata, kerajaan sebelum ini menggalakkan penduduk PPR dan PA membeli unit yang didiami mereka, namun tidak ramai berbuat demikian selain menimbulkan masalah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila ramai tidak mampu membayar sewa.

Justeru katanya, penubuhan badan itu akan memudahkan mereka yang berminat untuk membeli unit didiami, sekurang-kurangnya bagi dijadikan aset mereka.

Katanya, badan khas itu akan mempunyai hak ke atas setiap unit yang dijual kepada pemohon dan boleh mengenakan tindakan selanjutnya jika peminjam gagal membayar balik pinjaman.

Mengenai isu tunggakan sewa penghuni PPR, beliau berkata, hanya kira-kira 20 peratus sahaja daripada penghuni PPR di seluruh Wilayah Persekutuan yang tidak membayar sewa.

"Bagi mereka yang memang tidak berkemampuan, kita akan usaha sehingga mereka dapat bayar sewa yang tertunggak, mungkin akan minta kerjasama dan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Tapi bagi mereka yang mampu, yang ada Astro, ada kereta, namun masih berdegil untuk tidak bayar sewa, golongan ini kita akan bertegas dan mungkin akan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Mengenai Akta Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata, setakat ini penerimaan penduduk terhadap cadangan pembangunan yang akan dilakukan kerajaan sangat positif.

"Kita juga mengambil kira pandangan penduduk, yang mana ada asas, kita akan pertimbangkan," katanya. - Bernama

Tumpu saingan Liga Super

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Tumpu saingan Liga Super

KUALA TERENGGANU – Pemain Terbaik Piala FA 2011 yang juga Ketua Pasukan Terengganu, Mohd Mazuki Yusof mengingatkan rakan sepasukan agar tidak hilang fokus terhadap saingan Liga Super yang masih berlangsung, walaupun secara rasmi telah dinobatkan juara Piala FA 2011.

Katanya, Terengganu masih perlu mengharungi dua perlawanan penting dan kedua-duanya perlu kepada kemenangan bagi membolehkan Skuad Penyu melangkah ke peringkat seterusnya dengan lebih selesa.

Terengganu kini menduduki tempat ketiga dalam takhta Liga Super dengan mengumpul 47 mata setelah mencatat dua kekalahan di laman sendiri iaitu tumpas kepada Kedah dan minggu lalu tewas kepada Kelantan.

Bagaimanapun, beliau mengakui kemenangan itu merupakan pengalamanan paling manis pernah dirasai, apatah lagi berjaya membawa pulang Piala FA ke bumi Terengganu buat kali kedua.

"Alhamdulillah dan syukur kerana kita (Terengganu) berjaya menjulang Piala FA setelah bersaing hebat dengan Kelantan, walaupun pada awalnya agak tertekan.

"Sememangnya kita (Terengganu) agak tertekan selepas ketinggalan, namun hasil semangat tidak cepat putus asas akhirnya kita berjaya menjulang Piala FA kali ini," katanya.

Ibu rayu anak pulang

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

Ibu rayu anak pulang KOTA BHARU- Seorang ibu kini bersedih dan merayu supaya anak perempuannya kembali dengan selamat ke pangkuannya selepas hampir seminggu tidak pulang ke rumahnya di Meranti, Pasir Mas.

Khatijah Adam, 48, bimbang kerana anaknya, Rafidah Abdul Halim, 22, menghilangkan diri sejak Rabu lalu selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Long Yunus dekat sini dengan menaiki motosikal jenis Ego dengan nombor pendaftaran DBN 9180.

Khatijah berkata, anaknya yang bekerja sebagai kerani di sebuah premis membaiki kenderaan itu keluar bekerja pada jam 8 pagi dan kebiasaannya akan pulang kira-kira jam 6 petang setelah selesai kerja.

"Sebelum hilang dia ada menghubungi memberitahu mahu membaiki motosikal tetapi pada lewat petangnya dia masih belum juga pulang.

"Selang beberapa jam kemudian dia menelefon lagi memberitahu tidak dapat pulang kerana lampu motosikalnya pula yang rosak dan perlu dibaiki, tetapi setelah menunggu hingga ke malam dia masih belum balik, saya semakin bimbang dan sudah beberapa malam tidak dapat melelapkan mata," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Khatijah berkata, ahli keluarga tidak akan memarahinya tetapi memintanya supaya pulang segera kerana terlalu bimbang dengan keselamatannya dan semua merinduinya.

Sementara itu, saudaranya, Che Museh@Mazni Awang berkata, anak sepupunya itu belum pernah tidak pulang dan dia sangat bimbang kerana sekarang banyak kejadian buruk dilaporkan media.

Katanya, beberapa hari lalu, Rafidah ada menelefon saudaranya yang berada di Seremban untuk meminta sejumlah wang supaya dimasukkan ke dalam akaunnya tetapi sejurus itu dia gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

"Saya juga dimaklumkan dia ada pinjam kira-kira RM1,000 daripada kawan-kawannya dan kehilangannya ini berlaku selepas Rafidah pulang dari kenduri kahwin di Kuala Lumpur tetapi mengejutkan kerana didapati dia tidak menghadiri kenduri tersebut.

"Kami sudah puas berikhtiar termasuk melakukan solat hajat dan juga mencarinya di sekitar kawasan tetapi menemui jalan buntu. Saya berharap sesiapa yang mengenalinya serta mempunyai maklumat supaya dapat menghubungi di talian 0199670698," katanya.

11 rumah rosak dipukul ribut

Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT

11 rumah rosak dipukul ribut MENTAKAB - Sebanyak 11 rumah penduduk melibatkan dua kampung rosak akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Penak, Abdul Rahman Omar berkata, sembilan daripada rumah yang terlibat itu terletak di Kampung Padang Lalang manakala selebihnya di Kampung Gantok.

Menurutnya, selain rumah penduduk, bencana alam itu turut memusnahkan kebun getah, kebun pisang dan ternakan ayam menyebabkan penduduk menanggung kerugian besar.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas namun saya bersyukur kerana tiada kemalangan dilaporkan. Selepas kejadian, saya segera menghubungi pihak berwajib supaya tindakan lanjut dapat diambil," katanya.

Salah seorang mangsa, Muhamad Isa Idris, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri serta tiga anak sedang berehat di rumah dan secara tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Menurutnya, dia segera menyuruh salah seorang anaknya melaungkan azan namun angin kencang itu masih belum berhenti lantas menyuruhnya mengulangi azan kali kedua.

"Selepas azan kedua, angin semakin kencang dan saya mengambil keputusan membawa ahli keluarga keluar dan pergi ke rumah jiran berdekatan.

"Dalam kejadian itu, sebatang pokok menghempap rumah saya namun bernasib baik kerana rumah ini tidak rosak teruk," katanya.

Kerugian sehingga RM10,000

Seorang lagi mangsa, Muhamad Petah, 54, berkata, dalam kejadian ribut itu dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000 apabila kebun pisang miliknya seluas 2.8 hektar musnah sekelip mata.

Menurutnya, dia menerima dugaan ini dengan hati terbuka dan bersyukur kerana ahli keluarga dan penduduk kampung selamat dalam kejadian ribut yang berlaku dalam masa beberapa minit itu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong yang melawat mangsa dan melahirkan rasa simpati atas kejadian tersebut.

Menurutnya, dia harap mangsa ribut dapat bersabar serta menerima dugaan dengan hati yang ikhlas.

"Semua ini adalah dugaan hidup dan saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Saya juga berterima kasih kepada pihak bomba dan agensi terlibat yang membantu menebang pokok tumbang dan membersihkan kawasan ini," katanya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved