Ahad, 12 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suspek pengeboman kedutaan AS terbunuh

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Suspek pengeboman kedutaan AS terbunuh MOGADISHU - Suspek di sebalik kejadian pengeboman Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kenya dan Tanzania terbunuh di Somalia, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.

Pemimpin rangkaian kumpulan militan Al-Qaeda berpusat di Afrika Timur, Fazul Abdullah Mohammed dan rakannya ditembak mati di pusat pemeriksaan Mogadishu, Rabu lalu.

Ketua Polis Kenya, Mathew Iteere berkata, kerajaan peralihan Somalia mengesahkan kematian suspek.

Fazul dituduh melancarkan serangan bom dan menyebabkan ratusan orang terkorban, kebanyakkannya rakyat AS di Kedutaan AS di Nairobi, Kenya dan Dar es Salaam, Tanzania pada 1998.

AS sebelum ini menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15) juta bagi mendapatkan maklumat mengenai suspek.

Lebih 100 juta budak jadi buruh kasar

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lebih 100 juta budak jadi buruh kasar GENEVA - Lebih 115 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia melakukan kerja berbahaya sekali gus mengancam nyawa mereka, menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sempena sambutan Hari Menentang Buruh Kanak-Kanak Sedunia, semalam.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melaporkan permintaan terhadap buruh di bawah umur 18 tahun pada masa ini adalah sangat tinggi.

Menurut penyelidik PBB, kanak-kanak menjadi pilihan sebagai buruh kerana mereka mudah didapati dan tidak berani membantah arahan majikan berbanding golongan dewasa.

ILO mendapati lebih separuh daripada jumlah buruh kasar kanak-kanak melakukan kerja sukar dan berbahaya dengan majoriti berada di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Laporan agensi itu mendedahkan kemiskinan keluarga memaksa golongan tersebut untuk turut sama membantu mencari sumber kewangan bagi menyara hidup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Keluar kelambu jatuh talak’

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

'Keluar kelambu jatuh talak'

PENDANG - Gara-gara terdengar 'kalau keluar kelambu, jatuh talak', seorang isteri memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Pendang untuk mengetahui kedudukannya sama ada jatuh talak atau tidak setelah melanggar arahan itu untuk pergi ke tandas.

Masra Abdul Khalid berkata, dia terdengar kata-kata itu daripada mulut suaminya, Mahammad Khir Md Zain tetapi terpaksa meneruskan hajatnya kerana perlu ke tandas.

"Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai perkataan yang diucapkan suami pada malam itu.

"Pada malam itu, kami gaduh dan dia cakap kalau keluar kelambu, jatuh talak. Saya keluar dari kelambu kerana mahu ke tandas," katanya ketika memberi keterangan di mahkamah, semalan.

Masra mengemukakan permohonan untuk pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Masra berkata, dia yakin dan jelas mendengar perkataan yang diucapkan suaminya.

Ditanya Hakim Rendah Syarie, Sheikh Shahmi Awang kenapa masih meneruskan hajatnya walaupun mendengar kata-kata itu, Masra menjelaskan perlu ke tandas tetapi tidak memaklumkan kepada suaminya.

Pasangan itu bernikah pada 1996 dan bercerai dengan talak satu pada 2008 sebelum merujuk kembali.

Sebaik selesai keterangan itu, Sheikh Shahmi bertanya kepada Mahammad Khir sama ada bersetuju dengan maklumat dan keterangan isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan alasan tidak pernah menyebut perkataan talak dan tidak bermaksud untuk menceraikan isterinya.

"Apabila balik ke rumah pada malam itu dan masuk ke bilik, saya lihat isteri bawa bantal nak tidur di luar.

"Saya tidak menyebut perkataan talak, tetapi hanya menyebut 'kalau keluar kelambu putus'," katanya.

Dia turut menafikan keterangan isterinya itu sambil berkata 'itu dia yang kata'.

Sheikh Shahmi menegur sikap Mahammad Khir yang hanya mendiamkan diri sebelum itu.

"Sepatutnya kamu bertanya atau membantah selepas isteri kamu memberi keterangan," katanya.

Sheikh Shahmi kemudian bertanya sama ada kata-katanya pada malam itu bermaksud menjatuhkan talak tetapi Muhammad Khir tidak dapat memberi kepastian.

Berikutan itu, hakim menangguhkan kes berkenaan kepada 22 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cemas brek tidak dapat berfungsi

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cemas brek tidak dapat berfungsi KUALA TERENGGANU- Seorang pemandu lori pasir berdepan dengan detik mencemaskan, sebelum merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu di depan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Jalan Sultan Omar bagi mengelak bertembung dengan kereta lain, kira-kira jam satu tengah hari semalam

Razak Chik, 59, yang dalam perjalanan dari Batu Enam menghala ke Jalan Pejabat di sini berkata, dia membawa muatan tar untuk projek meratakan jalan di situ.

Ketika menceritakan detik mencemaskan itu, Razak berkata, sebaik tiba di depan IPK Terengganu itu, lampu trafik di persimpangan Jalan Sultan Omar itu berwarna merah dan dia memperlahankan kenderaan.

Bagaimanapun katanya, brek gagal berfungsi dan dia cuba menggunakan brek tangan, namun ia juga tidak berhasil menyebabkan lori terus bergerak.

"Melihatkan kereta banyak di hadapan, saya mengambil tinda-kan pantas dengan membelok ke tengah di pembahagi jalan untuk memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah tiang lampu di situ," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, menyebabkan tangki air lorinya pecah namun masih boleh bergerak.

Namun katanya, dia bersyukur kerana insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya sebuah kereta Perodua Myvi remuk di bahagian bumbung akibat terkena lampu hiasan jalan di situ.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan masih menyiasat punca sebenar insiden itu berlaku.

Pemimpin elak sikap pilih kasih

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pemimpin elak sikap pilih kasih FELDA SUNGAI KEMAHAL – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin masyarakat diingatkan supaya tidak sama sekali kali memilih bulu ketika menyenaraikan nama golongan sasar untuk mendapat bantuan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, keciciran nama penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU), penghidap penyakit kronik, anak-anak yatim, warga emas yang layak menerima bantuan tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, kerajaan sebenarnya tidak pilih kasih atau mengira fahaman politik, kaum, agama dan budaya dalam memberi bantuan kepada golongan yang layak.

"Mereka yang tercicir atau terlepas pandang sudah pasti akan berkecil hati jika tidak diberi bantuan dan ia boleh menjejaskan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap pemimpin masyarakat lebih berhati-hati ketika menyenaraikan nama mereka yang layak menerima bantuan dengan tidak meminggirkan mereka yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Jejak Aspirasi dan Sepetang Bersama Pemimpin di Felda Sungai Kemahal dekat sini.

Adnan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang syarat tertentu bagi membantu golongan terbabit asalkan mereka layak dan perlu disenaraikan untuk menerima bantuan.

Menurutnya, beliau berharap ketua kampung dapat menyenaraikan semula nama mereka yang tercicir dan terlepas pandang sebelumnya ini untuk menerima bantuan pada masa datang.

"Peruntukan yang disalurkan untuk membantu golongan sasar itu adalah datang daripada wang rakyat yang membayar cukai dan hasil termasuk tanah, air, royalti balak, lombong dan sebagainya," katanya.

30 hilang tempat tinggal

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

30 hilang tempat tinggal PASIR MAS – Seramai 30 penghuni daripada enam keluarga berputih mata apabila tidak dapat menyelamatkan harta benda setelah kediaman mereka terbakar di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Ia membabitkan lapan rumah, lima daripadanya hangus terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mangsa, Esah Awang, 60, berkata, dia terhidu bau hangit dari luar dan mula mencari puncanya, namun dia dikejutkan api yang sedang marak di bahagian lantai rumah jirannya.

"Saya dan anak-anak terus keluar dari rumah tanpa sempat mengambil sebarang harta benda mahupun dokumen penting kerana terlalu risaukan keselamatan diri.

"Ketika kejadian kebanyakan penghuni tiada di rumah kerana sedang solat Asar dan mereka hanya menyedari sebaik pulang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, mangsa lain, Wan Rahim Wan Ali, 47, terkejut apabila kepulangannya ke rumah mengundang berita buruk apabila rumahnya turut terbakar.

"Semua kelengkapan rumah, dokumen penting, kitab dan buku-buku malangnya tidak dapat diselamatkan.

"Saya menganggarkan kerugian mungkin mencecah RM200,000 apabila ia melibatkan lapan buah rumah yang dibina berdekatan antara satu sama lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat, Abdul Kadir Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada jam 5.25 petang.

"Dengan kekuatan lima anggota, kita berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 20 minit.

"Kita mengambil masa 17 minit untuk tiba di tempat kejadian kerana kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana terpaksa menunggu laluan kereta api.

"Kita masih menjalankan siasatan punca kebakaran itu dan kerugian masih belum ditafsirkan," katanya.

Amukan Geng 15

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Amukan Geng 15 ULU TIRAM - Berang akibat ditegur kerana mabuk dan membuat bising di hadapan sebuah rumah, sekumpulan samseng 'naik minyak' seterusnya menyerang kediaman seorang penduduk di Taman Desa Cemerlang, di sini, kelmarin.

Samseng terbabit yang menggelar kumpulan mereka sebagai Geng 15 itu dipercayai tidak berpuas hati sebaik sahaja kelakuan liar mereka ditegur salah seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan.

Malah gelagat tidak bermoral kumpulan samseng terbabit menimbulkan rasa kurang selesa penduduk berkenaan berikutan hadapan rumahnya sering kali menjadi tempat remaja itu berpelesiran sambil membuat kecoh.

Bagaimanapun, tindakan penduduk berkenaan akhirnya membawa padah apabila kediamannya disimbah cat diikuti cermin hadapan kenderaan pecah dicampak pasu bunga oleh kumpulan samseng terbabit.

Lebih malang, mangsa juga diserang menggunakan pedang samurai dan senjata tajam buatan sendiri seakan-akan sebilah tombak.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia bukan sasaran Militan

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

Malaysia bukan sasaran militan PENDANG - Malaysia bukan negara sasaran militan walaupun terdapat kemungkinan ahli kumpulan itu berada di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, keadaan keselamatan di negara ini masih berada pada tahap terkawal dan hubungan antara Malaysia dengan agensi risikan antarabangsa cukup erat.

"Setakat ini, saya boleh beri jaminan keadaan kita cukup terkawal, hubungan kita dengan agensi risikan antarabangsa cukup erat. Sebenarnya Malaysia bukan negara sasaran, mungkin mereka ada di negara kita tetapi bukan sebagai sasaran.

"Sebab itu, kita perkenalkan sistem biometrik kepada warga asing yang memasuki negara ini (bermula awal bulan ini), ada dua tiga sistem lain, kita akan buat tapisan agar dapat mengenal pasti di mana mereka berada, sama ada secara sah, menerusi visa belajar atau melakukan perkara lain yang serius," katanya mengulas mengenai penahanan seorang ejen 'senyap' rangkaian kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Agus Salim, 34, di Johor Bahru, Isnin lalu.

Menurutnya, ancaman keganasan dalam situasi dunia tanpa sempadan adalah serius.

"Selama ini kita ambil tindakan proaktif dan preventif menerusi maklumat yang kita dapat, bukan sahaja daripada agensi dalaman tetapi daripada agensi antarabangsa," katanya.

KDN siasat KIT

Posted: 11 Jun 2011 05:00 PM PDT

KDN siasat KIT PENDANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dakwaan Kelab Isteri Taat (KIT) dipercayai ada kaitan dengan pergerakan Al-Arqam untuk mengesan jika ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemantauan dilaksanakan walaupun belum menerima laporan kelab terbabit menjejaskan keselamatan negara.

"Kita sedang siasat (dakwaan itu) dan saya ada terima laporan, tetapi setakat hari ini (semalam) saya belum dapat laporan menunjukkan mereka menjejaskan keselamatan negara.

"Namun, sesiapa sahaja termasuk saya, kalau melanggar undang-undang tetap berdepan tindakan, malah jika kumpulan ini melanggar undang-undang atau lebih serius lagi, menjejaskan keselamatan negara, saya percaya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, mengenai ahli KIT yang dipercayai antara cabang Al-Arqam kerana berasal dari kelompok Global Ikhwan.

Menurutnya, beliau turut mengalu-alukan Dr Mashitah untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara berkenaan kepada kementeriannya.

Sementara itu, mengulas mengenai Himpunan Gerakan Bersih 2 yang akan diadakan 9 Julai ini, Hishammuddin berkata, polis dan KDN akan membuat pemantauan supaya ketenteraman negara tidak terjejas.

"Pada saya bukan Pas sahaja, orang yang tidak bersetuju dengan Pas juga mahu buat perhimpunan. Banyak permintaan yang tidak bersetuju (dengan Bersih), yang penting polis dan kementerian akan pantau, jangan sampai huru-hara negara kita," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved