Khamis, 9 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

43 pelatih PUSPEN lari dalam rusuhan semalam: Polis

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

MUAR - Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak berkata, pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusaha menjejaki mereka yang meloloskan diri.

"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.

Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khir Toyo belanja lebih RM6 juta ubah suai banglo di Seksyen7 Shah Alam

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Khir Toyo belanja lebih RM6 juta ubah suai banglo di Seksyen7 Shah Alam

SHAH ALAM - Seorang pereka laman bebas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran lebih RM6 juta daripada Dr Mohamad Khir Toyo untuk kerja-kerja pengubahsuaian banglo milik bekas Menteri Besar Selangor itu yang terletak di seksyen 7 di sini.

Saksi ketiga pendakwaan, Nasir Ismail, 55, berkata bayaran itu diterima secara tunai memandangkan statusnya sebagai seorang muflis dan tidak mempunyai akaun bank.

"Saya terima bayaran pendahuluan sebanyak RM250,000 pada Mac 2006 dan kemudian saya ke pejabat pemegang harta (kini insolvensi) untuk uruskan pasport ke Bali untuk membeli barang.

"Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000... setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Nasir memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan kes Dr Mohamad Khir, 45, yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin.

Hartanah itu yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Nasir yang diperkenalkan kepada Dr Mohamad Khir oleh Adun Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor, berkata Shamsuddin dilantik oleh bekas Menteri Besar itu sebagai pengurus dalam urusan kerja-kerja pengubahsuaian banglo tersebut.

Ditanya mengenai siapa pemilik sebenar banglo itu, saksi itu menjawab: "Saya keliru sebab yang beri arahan Dr Mohamad Khir tetapi bila dapat pelan ada nama Ditamas Sdn Bhd. Pelan itu telah diluluskan."

"Semasa awak terima wang, awak tiada akaun bank, jadi bagaimana awak uruskan wang?" soal Masri dan Nasir menjawab: "Saya bayar pada supplier (pembekal) dan sebahagian wang itu saya simpan untuk beri kepada pekerja yang diupah.

"Ada atau tidak pada bila-bila masa awak kemuka sebarang sebut harga pada Dr Mohamad Khir?" soal Masri dan saksi itu menjawab: "Ya. Pada Dr Mohamad Khir sendiri dan bila dirujuk (sebut harga) Dr Mohamad Khir minta kurang sikit."

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M.Athimulan yang mewakili Dr Mohamad Khir berhubung status muflisnya, Nasir berkata beliau muflis sejak 1998 dan kemudiannya bebas daripada status muflis pada 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohtarudin Baki disambung petang ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kecewa janji tidak ditunaikan

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kecewa janji tidak ditunaikan MERBOK – Enam mangsa ribut yang mengalami kerugian 26 Mac lalu di Taman Merbok Permai kecewa dengan pihak tertentu yang dikatakan telah memungkiri janji dalam usaha membaik pulih kerosakan yang dialami.

Sharifah Ahmad, 45, berkata, selepas kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang, penduduk dilawati oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain yang berjanji akan melakukan kerja-kerja baik pulih namun sehingga kini ia masih belum dapat dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai ibu tunggal dan mangsa bencana alam, dia sangat berharap ada pihak yang prihatin nasib kesemua enam penduduk yang mengalami masalah tetapi janji yang diluahkan oleh Tajul pada ketika itu meredakan kerisauannya.

"Saya baru sahaja melakukan pemasangan bumbung tambahan dengan kos sebanyak RM2,000 seminggu sebelum kejadian dan belum selesai membuat pembayaran, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana bencana adalah takdir yang telah ditentukan.

"Tetapi apabila ada pihak prihatin akan membuat pemasangan semula, kami semua lega mendengarnya namun apabila sudah dua bulan janji tidak ditunaikan kami agak kecewa," katanya kepada Sinar Harian.

Asliza Zahari, 33, berkata, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pihak kontraktor berjanji akan membaiki kerosakan dalam masa seminggu.

"Pihak itu telah melakukan ukuran bumbung serta membawa kesemua serpihan bumbung yang diterbangkan ribut ke satu tempat lain pada 29 Mac supaya dapat digantikan dengan bumbung baru, namun sehingga kini masih belum diganti," katanya.

Penduduk juga telah berharap supaya kerosakan bumbung dapat dibaiki namun apabila wakil penduduk bertanyakan kepada pihak berkenaan, jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Bagi Zaidi Hamzah, 36, berkata, setelah menghubungi pihak berkenaan bulan lalu, mereka dimaklumkan bahawa tiada peruntukan yang dikhaskan untuk bumbung tambahan sepertimana yang dijanjikan pada hari kejadian.

"Kesemua enam mangsa bencana ribut di Taman Merbok Permai kecewa apabila pembaikan bumbung yang dijanjikan tidak ditunaikan dan kami pula terpaksa mengambil semula besi dan zink yang diambil kontraktor yang disimpan di sebuah dewan di Sungai Petani," katanya.

Menurutnya, dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, penduduk telah mengambil semula besi dan zink itu supaya perkakasan yang boleh dikitar semula dapat dibaiki dan digunakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas maut dirempuh

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga emas maut dirempuh KUALA KANGSAR – Seorang warga emas maut setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, di Kilometer 1, Jalan Kuala Kangsar menuju ke Manong, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa, Lee Mak, 73, yang menunggang motosikal seorang diri bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun.

Timbalan Ketua Polis Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, mangsa mengalami kecederaan parah termasuk hilang kaki kanan akibat dirempuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk rawatan.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa keluar dari sebuah simpang di Highland Park dan telah dilanggar kereta berkenaan yang datang dari arah Kuala Kangsar menuju Manong.

"Difahamkan kereta itu tidak sempat mengelak motor mangsa menyebabkan kaki mangsa terputus dan terpelanting di tengah jalan.

"Mangsa yang tinggal di Bukit Mercu itu meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi ,manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Gempur VCD, DVD haram

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gempur VCD, DVD haram SHAH ALAM – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor menumpaskan aktiviti haram menghasilkan cakera padat video (VCD), cakera padat digital (DVD) termasuk perisian cetak rompak bernilai RM1.2 juta bagi tempoh Januari lalu sehingga kelmarin.

Terbaru, PPDNKK Selangor merampas 46 salinan langgaran jenama perisian komputer bernilai RM355,000, dalam satu serbuan di sebuah syarikat hiasan dalaman di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Penguat kuasanya, Othman Nawang berkata, serbuan kira-kira jam 2.50 petang itu dijalankan hasil maklumat dan risikan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut menemui empat komputer bersama empat unit pemprosesan pusat (CPU), peralatan digunakan membuat salinan perisian cetak rompak.

"Siasatan lanjut mendapati semua CPU terbabit mengandungi 46 salinan jenama perisian yang tidak memiliki lesen daripada pemilik hak cipta sebenar," katanya.

Othman berkata, semua komputer termasuk CPU disita, manakala, keterangan daripada pekerja premis serta pengarah syarikat itu diambil untuk membantu siasatan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Menurutnya, pihaknya sedang menjejaki dua individu lelaki, masing-masing berusia 40-an yang juga pengarah kepada premis perniagaan diserbu kelmarin.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap langgaran.

Menurutnya, individu yang melakukan salinan cetak rompak boleh didenda minimum RM4,000 untuk setiap alat rekaan digunakan dan maksimum RM40,000.

Murid tahun 6 wakili negara

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Murid tahun 6 wakili negara BESUT - Adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, bukan sahaja khatam al-Quran seawal usia 6 tahun 6 bulan, tetapi paling membanggakan, dia satu-satunya kanak-kanak di negara ini bakal mewakili negara ke Pusingan Akhir Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar.

Pertandingan itu adalah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV kanak-kanak Al-Jazeera.

Anak kepada pasangan guru, Nurunnajmi Yaacob, 40, yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan Sauzan Ibrahim, 39, tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah itu, bakal berlepas ke negara Timur Tengah itu, dijangka penghujung bulan ini.

Menurut Nurunnajmi, anak perempuannya yang belajar di SK Lubuk Kawah itu terpilih mewakili negara selepas melalui dua saringan yang diadakan kerajaan Qatar.

4,000 kanak-kanak seluruh dunia jalani saringan, 63 terpilih termasuk Nurussyahamah

"Saringan pertama diadakan pada 17 Februari lalu di Kuala Lumpur bersama 49 orang dari seluruh negara, dan hanya tiga daripada mereka termasuk anak saya terpilih untuk ke saringan peringkat kedua pada April lalu.

"Seramai 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia melalui saringan oleh kerajaan tersebut untuk memilih 63 orang yang akan bertanding pada peringkat akhir di Qatar nanti bersama anak saya," katanya sambil mengucap syukur.

Nurunnajmi yang menjadi guru al-Quran dan taranum anaknya itu berkata, daripada 63 orang itu pula, tiga orang akan dipilih kerajaan Qatar untuk menentukan yang terbaik dalam pertandingan yang akan diadakan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau membimbing anaknya membaca al-Quran secara berlagu dan tajwid bukan semata-mata mahu mengejar kejayaan dalam pertandingan, tetapi ia sebagai ilmu buatnya, manakala pertandingan hanya sampingan untuk memastikan setiap kesalahan dan kelemahan diperbaiki.

"Saya turut membawa anak saya belajar tajwid dan taranum daripada bekas Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud di Bachok, Kelantan," kata guru itu mengenai anak kedua daripada empat beradik, yang semuanya perempuan itu.

Menurutnya, anaknya meminati al-Quran sejak kecil dan dia mula belajar membaca al-Quran bermula dari usia 4 tahun dan khatam kira-kira dua tahun selepas itu.

"Dari umur 6 tahun setengah hingga 8 tahun pula, dia khatam al-Quran sebanyak empat kali dan setakat ini, dia pernah menjadi johan j-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008, tiga kali wakil negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan peringkat sekolah-sekolah, selain pernah merangkul Naib Johan Kebangsaan," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO Bahagian Besut menyumbang sebanyak RM5,000 kepada kanak-kanak itu bagi membiayai kosnya ke Doha nanti.

"Kita amat berbangga dengan pencapaian adik Nurussyahamah Taqiah dan kejayaan ini selaras dengan slogan Besut Bumi Ulul Albab yang diperjuangkan UMNO Bahagian Besut bagi melahirkan rakyat yang cemerlang dalam pelbagai disiplin ilmu," katanya.

Warga Thai ke tali gantung

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Warga Thai ke tali gantung KOTA BHARU - Seorang lelaki Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar hampir 30 kilogram ganja dalam satu tangkapan di Pengkalan Kubor, Tumpat, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Azman Abdullah, memutuskan hukuman itu sejurus meneliti keterangan keseluruhan pembelaan dan pembuktian pihak pendakwa terhadap Dolah Malong, 49.

Menurutnya, peguam bela, Mohd Zamri Mat Nawang gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan Dolah yang berasal dari Talamai, Tak Bai, Thailand itu.

"Pembelaan bahawa Ismail yang menganiayanya dengan meletakkan 32 ketulan Kanabis di tempat tayar simpanan gagal menimbulkan keraguan kerana dadah tersebut bukan sahaja sukar didapati malah mencecah harga puluhan ribu ringgit.

"Tempat penyimpanan juga bukan bercorak penganiayaan, tetapi lebih kepada bertujuan untuk tidak mahu dadah itu diketahui pihak berkuasa," katanya.

Dolah disabitkan dan didapati bersalah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar 28,824 gram kanabis, 20 Julai 2010 lalu.

Dia ditahan jam 11.37 pagi, ketika melalui pemeriksaan di hadapan Pejabat Cawangan Pencegahan (Operasi), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pengakalan Kubor, Tumpat, pada tarikh berkenaan.

Sejurus prosiding tamat jam 3.50 petang semalam, isteri kedua Dolah meluru mendakap suaminya itu sehingga mengundang suasana hiba di galeri awam mahkamah.

Bagaimanapun, bapa tiga anak berusia antara 19 dan lima tahun itu dilihat sempat melemparkan senyuman sambil menenangkan tangisan isterinya itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Gan Peng Kun.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Industri automatif Jepun kucar-kacir akibat gempa

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Industri automatif Jepun kucar-kacir akibat gempa Gempa bumi dahsyat yang melanda wilayah Tohoku, di timur Jepun disusuli tsunami pada 11 Mac serta ancaman radiasi berikutan kerosakan loji nuklear Fukushima No.1, telah menimbulkan kucar-kacir pada ekonomi Jepun.

Malapetaka itu telah menghentikan kebanyakan kemudahan pengeluaran syarikat yang terletak di banyak kawasan paling teruk dilanda bencana itu.

Kebanyakan syarikat yang terletak di luar kawasan mengalami kesan gempa bumi dan tsunami itu juga terpaksa menghentikan pengeluaran berikutan gangguan kuasa serta kesukaran mendapatkan sumber bahan mentah, alat ganti, komponen dan barangan siap.

Wilayah Tohoku adalah antara pusat kawasan pengeluar alat ganti dan bahan komponen automotif yang penting.

Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (Jama) berkata, jualan kenderaan baharu pada April merudum kepada rekod 47.3 peratus berbanding setahun lalu berikutan gangguan pengeluaran yang disebabkan kekurangan alat-alat ganti berikutan gempa bumi dan tsunami 11 Mac.

"Ini merupakan bulan kedua berturut-turut penurunan mendadak jualan kenderaan, selepas jualan Mac 2011 yang turun 35.1 peratus.

"Toyota mencatat penurunan paling teruk sebanyak 68.7 peratus manakala pengeluaran Honda mengecut 48 peratus dan Nissan 37.2 peratus." katanya.

Menurut Jama, pengeluaran tidak dijangka kembali ke paras pra-gempa bumi sehingga lewat tahun ini dan tidak dapat memenuhi permintaan para pelanggan bagi serahan mengikut masa.

Katanya, menjelang pertengahan April, kesemua kilang memulakan semula operasi, bagaimanapun, pengeluaran di talian pemasangan dilakukan pada paras rendah antara 50 dan 70 peratus berbanding paras pragempa bumi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celcom terus kukuh

Posted: 08 Jun 2011 05:00 PM PDT

Celcom terus kukuh Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad (Celcom), terus kukuh dalam mengekalkan momentumnya apabila memulakan tahun ini secara positif dengan perolehan meningkat dua peratus kepada RM1.74 bilion berbanding RM1.70 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan mencatatkan peningkatan lima peratus kepada RM811 juta untuk suku ini berbanding RM773 juta tahun lalu, dengan margin 46.7 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk seri Shazalli Ramly berkata, peningkatan tersebut adalah permulaan baik untuk memulakan tahun ini dengan semua petunjuk utama menunjukkan peningkatan berterusan.

"Peningkatan perolehan juga disumbangkan menerusi kempen 'Our Celcom Our Sale' dan 'Axiata Roam' telah dilancarkan Disember tahun lalu untuk menarik lebih banyak penggunaan suku pertama terutamanya dalam segmen pasca bayar," katanya kepada Sinar Harian.

Manakala, pelanggan Celcom terus mencatatkan peningkatan sembilan peratus antara 10.4 juta dan 11.3 juta pelanggan aktif.

"Pertambahan ini adalah berdasarkan kempen dijalankan dan kejayaan mencapai sasaran bagi segmen tertentu termasuk pekerja asing di luar negeri," katanya.

Sementara itu, Celcom turut mengekalkan posisinya sebagai peneraju penyedia jalur lebar di Malaysia dengan 876,000 pelanggan sehingga penghujung Mac.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved