Rabu, 8 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Gaddafi saman Nato

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Anak Gaddafi saman Nato PARIS - Anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memfailkan saman terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) kelmarin kerana didakwa melakukan jenayah perang dan membunuh empat ahli keluarga pemimpin itu pada April lalu.

Peguam Aisha Al-Gaddafi berkata, saman itu mendakwa Nato, tentera bersekutu yang berpusat di Belgium melakukan jenayah perang manakala satu lagi saman di Perancis menuntut mahkamah negara itu mengenal pasti pihak bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas kediaman Gaddafi pada 30 April lalu.

Serangan itu dilaporkan membunuh seorang anak lelaki Gaddafi, Saif Al-Arab dan tiga cucu beliau, termasuk seorang anak Aisha.

Pendakwa raya di Paris dan Brussels mengesahkan menerima saman itu dan sedang menilai sama ada kes tersebut boleh diterima.

Sementara itu, Gaddafi berikrar tidak akan menyerah kalah selepas kediamannya di Tripoli sekali lagi diserang oleh Nato kelmarin, membunuh 31 orang.

"Saya bercakap semasa bom sedang gugur di sekeliling saya. Saya tidak akan menyerah kalah," katanya dalam rakaman suara secara langsung yang disiarkan di televisyen.

Nato mula melancarkan serangan udara bertubi-tubi ke atas Libya selepas menerima kebenaran daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mac lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Obama enggan Palestin diiktiraf

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Obama enggan Palestin diiktiraf WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuktikan sikap dinginnya terhadap perjuangan Palestin apabila menganggap usaha Palestin memohon pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara merdeka patut dielakkan.

Dalam ucapan selepas pertemuan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel kelmarin, Obama berkata, Washington dan Berlin bersetuju usaha Palestin itu tidak patut diteruskan.

Sebelum ini, Obama menghina usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan PBB tanpa persetujuan Israel sebagai hanya tindakan kosong dan tidak bermakna.

Sebaliknya, pemimpin pro-Israel itu menuntut Palestin meneruskan rundingan damai dengan rejim Zionis yang diketahui enggan tunduk kepada permintaan Palestin untuk memulangkan sebahagian tanah yang dirampas mereka.

"PBB mampu melakukan banyak tugas penting tetapi yang pasti, badan dunia itu tidak akan mampu mewujudkan sebuah negara Palestin," katanya dengan angkuh.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gurauan jadi nyata

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gurauan jadi nyata ALOR SETAR - "Kami sangka dia hanya bergurau sewaktu melakukan aksi lemas kerana beberapa minit sebelum kejadian, dia berpura-pura lemas dengan melakukan tenggelam timbul," kata Muhammad Nur Arif Azizan, 18, rakan kepada Mohd Ikhram Hashim, 15, yang lemas di Sungai Tanjung Chali, kira-kira jam 7 malam, kelmarin.

Muhammad Nur Arif berkata, dia bersama mangsa dan lima rakan yang lain pergi ke sungai itu untuk mandi kira-kira jam 6.30 petang.

"Kami memang sering mandi di sini (Sungai Tanjung Chali) dan sewaktu kami mandi, Ikhram cuba bergurau dengan berpura-pura melakukan aksi tenggelam timbul.

"Kemudian apabila kami semua naik ke atas, hanya tinggal dia seorang sahaja yang masih mandi dan dia cuba menyembunyikan diri di celah rimbunan pokok di tepi tebing, namun selepas lima minit, dia terus senyap," katanya.

Menurutnya, mereka turut mengajak mangsa naik ke darat dan mahu pulang kerana sudah masuk waktu Maghrib, namun mangsa enggan dan masih mahu mandi.

Katanya, dia dan rakan cuba memanggil nama mangsa, namun tiada jawapan dan hanya melihat rambutnya sahaja lalu segera meminta pertolongan serta membuat laporan polis.

Bagi ibu mangsa, Shaiful Aida Che Man, 38, Mohd Ikhram adalah anak kedua daripada enam beradik dan seorang yang pendiam dan jarang bercakap.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia pulang ke kampung di Alor Melintang, Tajar untuk menghadiri kenduri, namun mangsa enggan ikut dan mahu tinggal di rumah di Kampung Berjaya.

Saya pulang ke kampung sejak Isnin lalu dan bercadang untuk mengambil mangsa semalam (kelmarin), namun hajat itu tidak kesampaian.

"Saya tahu mengenai kejadian ini setelah menerima panggilan telefon kira-kira jam 7 malam dan segera pulang daripada Alor Melintang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, mangsa berjaya ditemui oleh Unit Selam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 10.47 pagi semalam.

Adzaman berkata, mangsa ditemui di dasar sungai iaitu tiga meter daripada tempat dia dipercayai lemas.

Beliau berkata, operasi mula dilakukan pada jam 8 malam, kelmarin dan bersambung semula pada jam 7 pagi semalam.

» selanjutnya...

Bebas bahaya

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bebas bahaya IPOH – Sebanyak 126 premis yang telah menjalani pemeriksaan dan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bebas daripada memiliki produk mengandungi bahan tercemar di(2-ethylhexy) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP).

Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil tindakan susulan berhubung maklumat yang diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung beberapa produk makanan keluaran Taiwan yang mengandungi bahan tercemar itu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, penggunaan DEHP dan DINP tidak dibenarkan dalam makanan kerana ia digunakan dalam pembuatan plastik.

"Penggunaan bahan tercemar itu dikatakan mungkin boleh menyebabkan penyakit barah kepada orang ramai.

"Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada bukti saintifik berkaitan kesan barah kepada pengguna," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas membuat pemantauan dan lawatan mengejut di Tesco Extra Bercham di sini, semalam.

Hadir sama pada progam itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Hang Soon berkata, terdapat empat jenis premis telah menjalani pemeriksaan iaitu pasar raya, pasar mini, kedai runcit dan pemborong.

"Pemeriksaan telah dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di semua daerah di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu khuatir tentang keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dilaksanakan terhadap makanan berkenaan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menghubungi semua pengimport produk terbabit bagi melaksanakan tindakan memanggil balik produk makanan tersebut yang berada di pasaran tempatan dengan kadar segera," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak di talian 05-2084200 atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652 / 88833653 atau laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

Pekerja kilang maut ditikam

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pekerja kilang maut ditikam KAJANG – Seorang pekerja kilang membuat pintu pagar besi ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian dada dalam kejadian yang berlaku di No 21 Jalan 7/3 kawasan Perindustrian Selesa Jaya, Kajang, semalam.

Mangsa warga Bangladesh berusia lewat 20-an ditemui mati di dalam bilik tidurnya di bahagian atas premis berkenaan oleh majikan ketika hendak memulakan perniagaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 9.20 pagi dan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

"Hasil siasatan lanjut juga polis menjumpai senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan dan suspek dipercayai rakan sebilik mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan gerakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan gerakan mengesan suspek giat dijalankan," katanya.

Cucu kurang ajar

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Cucu kurang ajar SETIU – Akibat perselisihan faham, seorang datuk berumur 52 tahun lebam pada bahagian belakang badan, setelah dipercayai dipukul dengan salah satu komponen motosikal oleh cucu tirinya dalam kejadian jam 9.20 malam pada 3 Jun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan Idris Mohamad berkata, Kejadian itu berlaku setelah pengadu ingin keluar membeli rokok di kedai, tetapi dihalang oleh isterinya atas alasan dirinya tidak sihat dan diminta berada di rumah sahaja.

Pada masa sama, cucu tirinya berusia dalam lingkungan 20-an menyampuk dari dalam bilik dengan menyatakan kepada datuknya, agar 'berambus' terus dari rumah.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

A&W tawar Root Beer percuma

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

A&W tawar Root Beer percuma Restoran makanan segera Malaysia, A&W memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu XXXtra Long Coney Dog dengan sosej daging tulen berukuran lapan inci, dibaluti bun dengan sos daging yang menjadi kegilaan pelanggan.

Salah seorang pengurus restoran A&W berkata, sehingga kini, restoran tersebut masih lagi mengekalkan prinsip dengan mengutamakan kehendak pelanggan.

"Pelanggan A&W dijamin mendapat produk berkualiti dengan perkhidmatan terbaik supaya mereka menikmati lebih nilai setiap hari. A&W juga menawarkan pelbagai promosi kepada pelanggan dengan setiap pembelian,"katanya dalam satu kenyataan.

Dalam usaha menarik pelanggan, A&W menawarkan Root Beer dengan setiap pembelian XXXtra Long Coney Dog Combo bagi setiap hidangan.

XXXtra Long Coney Dog ini boleh dinikmati pada harga RM7.80, manakala XXXtra Long Coney Dog Combo pada harga RM10.80 dengan segelas Root Beer percuma bermula dari sekarang sehingga 14 Jun ini.

Kadar terendah BlackBerry

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kadar terendah BlackBerry Tune Talk Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan prabayar mudah alih terpantas di Malaysia, optimis capai sasaran 1 juta pelanggan menjelang hujung tahun ini berbanding 700,000 pelanggan setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, sasaran ini seterusnya disokong oleh kadar terendah bagi perkhidmatan prabayar telefon pintar BlackBerry yang baru ditawarkan.

"Perkhidmatan BlackBerry ini adalah penting bagi kami, Tune Talk sentiasa berusaha memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan supaya dapat dinikmati oleh pelanggan dan seterusnya memberi lebih nilai kepada wang mereka.

"Kadar terendah BlackBerry membuktikan bahawa kami sedaya upaya memenuhi keperluan pelanggan dan ia sekali gus memberi lebih banyak pilihan yang semestinya terbaik kepada mereka," katanya ketika melancarkan kadar terendah BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Jason, telefon pintar ini dipilih kerana ia adalah sebuah alat komunikasi paling hebat untuk rangkaian sosial pada hari ini tanpa mengira had umur.

Bagi projek BlackBerry ini, Tune Talk turut menjalin usaha sama bersama Research In Motion (RIM) untuk perkhidmatan BlackBerry tersebut.

Tidak seperti penyedia perkhidmatan prabayar lain, selain menawarkan kadar terendah untuk panggilan dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), Tune Talk turut memberi perlindungan sehingga RM100,000 untuk kemalangan peribadi dan tiket penerbangan percuma menerusi pungutan mata Tune Talk.

Dengan perkhidmatan prabayar BlackBerry ini, pelanggan boleh menikmati kadar hebat dengan hanya RM0.98 sen sehari atau RM28 sebulan untuk perkhidmatan penuh internet BlackkBerry (BIS) dan RM0.38 sen sehari atau RM11 sebulan untuk pakej BlackBerry Messenger (BBM) serta Instant Messaging (IM).

Sementara itu, Tune Talk turut berhasrat meningkatkan pasaran sahamnya kepada lima peratus atau 1.5 juta pelanggan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bebas tuduhan rasuah

Posted: 07 Jun 2011 05:00 PM PDT

Bebas tuduhan rasuah KOTA BHARU – Dua pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam dilepas dan dibebaskan dari dua tuduhan rasuah selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Seksyen, di sini.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu sejurus mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ke tahap prima facie terhadap kedua-dua tertuduh yang berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan Inspektor itu.

"Saya mendapati kedua-duanya tidak bersalah dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri," katanya.

Inspektor Mude Saefi dan ASP Bahrin Mohd Noh terlepas tuduhan dengan niat bersama meminta suapan wang tunai RM5,000 daripada Mohd Nasir Idris melalui Norizam Raibul di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Kota Bharu, di sini, 20 Ogos, tiga tahun lalu.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mereka meminta suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Mohd Nasir, Shahizan Che Azlan dan Che Syahid Che Azlan yang disyaki memiliki barangan curi.

Mereka juga bebas tuduhan kedua, pada hari sama jam 5.30 petang sekali lagi dituduh meminta RM5,000 ke atas individu yang sama untuk tujuan sama.

Kedua-duanya terlepas hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta 575.

Pada prosiding di mahkamah semalam, kedua-duanya bagaimanapun mengelak daripada imej mereka dirakam pihak media dengan bertindak berlari keluar dari perkarangan mahkamah itu, semalam.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved