Jumaat, 12 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Perhimpunan selepas raya jika kerajaan terus diam

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Perhimpunan selepas raya jika kerajaan terus diam PUTRAJAYA – Pemuda Pas Pusat memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjelaskan isu 'Mismah' dan beberapa nama lain yang didakwa sebagai penduduk tetap tetapi diberikan status warganegara dalam tempoh yang singkat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, jika KDN tidak memberi sebarang respon kepada tuntutan Pemuda Pas ini, maka langkah seterusnya adalah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan seterusnya.

Menurutnya, jika Perdana Menteri pun tidak memberi sebarang respons, maka Pemuda Pas akan mengadakan satu perhimpunan aman selepas perayaan Aidilfitri nanti.

"Jika semuanya tidak memberi respons, maka langkah kami yang terakhir adalah mengadakan satu perhimpunan aman untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Isu ini adalah isu yang besar, kita tidak boleh sesekali berkompromi dalam isu ini," katanya kepada media selepas menghantar memorandum kepada pegawai KDN di sini semalam.

Ditanya mengenai rancangan Pemuda Pas yang kelihatan lebih kehadapan berbanding bersih 2.0 dalam isu ini, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda Pas mengambil pendekatan yang berbeza sedikit.

"Dalam tuntutan bersih 2.0, mereka menuntut membersihkan daftar pemilih, tetapi kami pula mengambil sudut pengkhianatan kepada negara kerana secara mudah memberikan warganegara kepada orang luar," katanya.

Mengulas mengenai penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi alasan isu Mismah disebabkan data yang tidak dikemas kini, Suhaizan menegaskan alasan tersebut langsung tidak boleh diterima.

"Dari 31 Januari sehingga 2 Ogos lalu, sudah lebih tujuh bulan data JPN tidak dikemaskinikan, saya boleh kata kereta lembu yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pun hanya ambil masa dua hari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Seminggu mencari Mismah

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Seminggu mencari Mismah Selepas nama Mismah terbit di sebuah portal, ramai mula memikirkan siapa wanita itu? Bagaimana rupanya? Malah dakwaan yang disandang juga berat. Kaitan dakwaan Mismah dengan 'MyKad segera' seperti menjadi misteri kerana beberapa pihak sibuk bercerita mengenainya tetapi Mismah yang disebut-sebut itu tidak ditampilkan?

Bimbang pula jika isu Mismah menjadi bertambah rumit jika digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di kemudian hari.

Menyedari bahawa Mismah boleh merungkai misteri itu, Sinar Harian berusaha menjejakinya dengan membawa segunung harapan serta hasrat murni untuk bertemu Mismah. Saya dipanggil untuk membantu pencarian itu. Di dalam hati ada rasa ragu, takut tidak menemui orang yang dicari. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh kerana ingin merungkai persoalan yang menjadi kontroversi kini.

Bukan ada niat lain tetapi kami membawa hasrat suci untuk mendengar cerita daripada Mismah, maka pencarian pun dimulakan dengan mencubit sedikit maklumat daripada portal itu. Sayangnya, alamat Mismah dalam MyKad itu pula tidak lengkap.

Dapatkan berita selanjutnya di akhbar Sinar Harian hari ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Gempa bumi sederhana di Mindoro, Filipina

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Gempa bumi sederhana di Mindoro, Filipina

Satu gempa sederhana dengan kekuatan 5.2 magnitud menggegarkan Mindoro, Filipina pada jam 10.29 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata gempa itu berpusat 123 kilometer dari barat daya Manila dan 854 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harga barang dan kerajaan boros

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Harga barang dan kerajaan boros

Kos sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu. Di merata tempat kita dengar keluhan orang ramai mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang naik secara tidak terkawal walaupun gaji dan pendapatan masih tertinggal di tahap era 80-an, terutamanya bagi mereka yang berkerja di luar Kerajaan.

Harga minyak mentah pada awal tahun 2008 mencapai sebanyak USD95 setong. Pada awal tahun 2011 harga tersebut meningkat ke USD114. Ini bererti bahawa Petronas (iaitu, Kerajaan Pusat) telah menikmati keuntungan tambahan sebanyak USD19 setong. Sekali lagi timbul persoalan yang sama: bagaimanakah Kerajaan Pusat menggunakan hasil tambahan ini demi menjaga kepentingan Rakyat?

Sementara itu, jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk Kerajaan telah meningkat dari RM106 bilion pada tahun 2005, kepada RM162 bilion pada tahun lalu. Kesimpulannya, semakin kaya Kerajaan semakin sengsara Rakyat jelata.

Sudah jelas bahawa Kerajaan telah meraih pendapatan tambahan penjualan minyak dan gas, tetapi rakyat secara umum tidak begitu bernasib baik. Rakyat Malaysia tenat menampung kos kehidupan yang meningkat hari demi hari.

Pada bulan Oktober yang akan datang, Bajet baru akan diumumkan. Pelbagai ramalan telah dibuat mengenai cara-cara Rakyat kita akan mendapat pertolongan baru. Saya ingin mengajak Rakyat Malaysia berfikir seketika dancuba mengambil pendekatan baru apabila mengkaji Bajet ini.

Selalunya, sesudah Rakyat diberi satu dua "gula-gula", mereka segera melupakan beban-beban lain yang terdapat dalam Bajet tersebut. Mereka hanya sibuk mengenal pasti harga yang turun, cukai yang turun, dan bagi pegawai Kerajaan: bila nak dapat bonus? Kebelakang ini telah pun para pegawai berasa selesa dengan bonus Hari Raya.

Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini? Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari Kerajaan secara terperinci, bagaimana wang Rakyat dibelanjakan? Berapa jumlah wang Rakyat akan dijimatkan sekiranya Kerajaan berbelanja secara sederhana dan tidak terlalu boros?

Sanggupkah kita menelitikan berapa banyak wang Rakyat diperuntukkan dengan cermat bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan? Adakah pemimpin kita berhati-hati mengendalikan wang kita? Adakah mereka lebih tertarik dengan berpoya dan bergaya, seolah-olah menggunakan wang mereka sendiri? Contohnya banyak:

• Apa gunanya kita berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dan membeli kereta kebal berharga RM9 bilion? Tidak lama lagi, Kerajaan akan menjalankan kontrak yang bernilai RM8 bilion untuk membina kapal peronda.

• Apa guna kita membayar RM6.5 bilion untuk menolong sebuah syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Selangor?

• Kenapa perlu PM dan DPM berbelanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana-sini dalam masa tiga tahun ketika Rakyat bersusahan?Satu masa dulu, dalam penerbangan ke Wellington, New Zealand, saya ditempatkan di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama,tetapi kelas ekonomi. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa.

Janganlah Rakyat Malaysia terlalu mudah puas hati. Kali ini, biarlah kita mempertanggungjawabkan pemimpin-pemimpin kita dengan satu kaedah baru. Biar mereka terangkan kenapa perlu belanja mewah, naik jet persendirian dan berbelanja sebagai orang kaya apabila Rakyat masih menderita? Sepatutnya mereka menunjukkan teladan untuk mentadbir secara cermat dan jangan bertabiat boros.

Yang patut menjadi pegangan kuat setiap warga Malaysia ialah, Kerajaaan mesti sentiasa telus dalam hal-hal pentadbiran negara. Biar semua pemimpin bertanggungjawab terhadap kita semua.

Selagi Rakyat bersikap "tidak apa" dan sentiasa tidak memandang berat tentang soal-soal pembaziran, amanah dan kecekapan pemimpin, selagi itulah Rakyat akan terus mendapat pendapatan rendah walaupun sentiasa menanggung kos kehidupan yang tinggi.

Dipetik daripada blog Zaid Ibrahim

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Isu murtad: Pas pilih Jais atau DAP?

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan 'amal makruf nahi mungkar' atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya.

Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini.

Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin.

Setakat ini, ramai penyokong Pas, NGO dan pertubuhan Islam, menzahirkan sokongan terhadap tindakan Jais. Namun, Pas bersikap dingin dan melahirkan hasrat untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak gereja dan Jais sendiri. Ini sangat bertentangan dengan tarbiah Pas kepada penyokongnya untuk tidak berkompromi dalam soal perjuangan hak Islam.

Kenapa kepimpinan Pas bagaikan burung kasawari membenam kepala di dalam lubang tanah dalam soal ini? Takut menyinggung perasaan penganut Kristian dan DAP? Apakah Pas tidak percaya dengan Hasan atau meragui kesahihan maklumat diperoleh Jais? Apa pula kuasa Pas untuk mengarah sebuah agensi kerajaan negeri untuk beri maklumat kepadanya? Mahukah sebuah gereja Kristian disoal selidik oleh parti Pas?

Lebih teruk, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun memohon maaf kepada pihak gereja atas tindakan Jais, walaupun belum dapat laporan lengkap kedudukan sebenar. Ini seolah-olah Jais sudah bersalah. Nampaknya Menteri Besar sudah hilang kepercayaan kepada Exco dan jabatan agamanya sendiri. Kini, beliau dilaporkan mahu mendapat nasihat Sultan Selangor pula. Nasihat terbaik untuk Khalid ialah siapa korek lubang, dialah yang timbus.

Ramai ketahui Exco paling berpengaruh di Selangor ialah yang dipegang pemimpin DAP. Selain Hasan, Pas hanya ada dua wakil dalam kerajaan negeri, dianggap lemah dan junior. Sejak 2008, banyak isu berkaitan Islam dan Muslimin yang diperjuangkan Pas ditentukan oleh DAP. Ini termasuk konsert rock terbesar di Shah Alam, penjualan arak dan premis rumah urut, penggajian orang Islam di premis jual arak, serta pembukaan ladang babi terbesar di Malaysia. Exco-Exco DAP bukan Islam ada pengaruh besar ke atas Menteri Besar, melebihi Exco-Exco Pas Islam.

Pas sudah tersepit dengan konsep tahaluf siyasinya kerana mahu terus berdamping dengan DAP bagi memperoleh kuasa, ia menjadi pengecut dan tidak berani lagi mempertahankan prinsip Islam. Sudahlah dasar perjuangannya selama ini – negara Islam, hudud – sudah dibuang, pemimpinnya sendiri dikritik hebat kerana melaksanakan tanggungjawab. Semuanya gara-gara takut kepada DAP.

Saya cuma terbayang, andai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) juga mendapat laporan sahih berlaku usaha memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Alor Setar, tidakkah Jaik pergi menyiasat? Atau kena tunggu arahan DAP dulu? Jika pemeriksaan dibuat, adakah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak kena mohon maaf juga?

Hasan kini diarah tutup mulut oleh Menteri Besar. Karpal Singh kata Hasan sudah 'melampaui batas'. Lim Kit Siang tegur Hasan supaya 'ikut garisan' dan jadi 'pemain pasukan'. Pemimpin Pas Selangor juga kritik Hasan. Ada yang tuduh beliau ejen UMNO, cuba sabotaj hubungan Pas-DAP. Hasan kata dia sedia dipecat kesemua jawatan dalam kerajaan mahupun parti. Sebelum ini, beliau sudah dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor selepas gagal pertahan Naib Presiden dalam muktamar ke-57.

Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang berkata, keputusan selepas Raya Puasa. Andai Hasan dipecat sebagai Exco menjelang Aidiladha nanti, bermakna ada pemimpin Pas Selangor dan DAP yang akan berhari raya awal – dengan Hasan sebagai korban kambing hitamnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zuckerberg tak puasa, ada ‘pahala’

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Saya yakin Mark Zuckerberg tidak berpuasa hari ini. Namun Sabtu lalu, dia cukup berjasa kepada saya dan kawan-kawan kerana mengatur majlis buka puasa kami. Saya, Gayat, Mail, Taufik, Mie Pakcik Bulan, Bad, Izwan dan Fino Hero Remaja berbuka bersama dalam pertemuan pertama sejak habis sekolah pada 1988.

Majlis itu jadi kenyataan setelah diatur menerusi Facebook yang diasaskan Zuckerberg. Malah dengan Mail, saya tidak pernah jumpa sejak dia meninggalkan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) selepas SRP 1986.

Itu untuk kami. Di seluruh dunia, entah berapa ribu lagi pertemuan serupa diatur oleh Zuckerberg terutama pada minggu Aidilfitri akan datang. Pertemuan itu amat sukar malah mustahil diatur tanpa Facebook.

Selepas lebih 20 tahun, reunion sudah tentu amat mengujakan. Mulut bergerak sama pantas mengimbas kenangan sambil mengunyah dan menelan. Apa lagi, sesi pengkisahan di De Palma, Shah Alam itu diiringi live show oleh Jay Jay, yang menguatkan lagi ingatan pada zaman sekolah kami.

Saya mengingatkan Mail akan peristiwa petang bulan puasa 1986 apabila kami sama-sama terperangkap di dalam tandas asrama pada waktu berbuka gara-gara pulang lewat dari membeli juadah.

Pada petang malang itu, kami terleka merayau dan apabila sampai di asrama, rupa-rupanya Pengetua, Pak Kassim sudah pun menunggu di dewan makan.

Demi menyelamatkan diri, saya dan Mail terpaksa bersembunyi di dalam tandas. Tidak terbayang oleh saya betapa syahdunya hati mendengar azan. Hendak sumbat juadah yang sudah di tangan, rasa tidak tertelan memandangkan persekitaran di mana saya berada amatlah memualkan.

Itulah antara kenangan yang sempat diimbau malam Sabtu lalu, yang sudah pasti perlu disusuli dengan pertemuan yang lain selepas ini. Dan sudah tentu, khidmat Facebook masih amat diperlukan!

Seperti tulisan saya minggu lalu, bulan puasa akan lebih mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak dan remaja. Bagaimana pekatnya air liur kita pada siang hari puasa, begitulah juga pekatnya ingatan pada masa silam.

Masih teringat akan meriahnya malam terawih tatkala mengikut ayah ke surau. Bermain dan bergurau senda dengan rakan-rakan hingga sering mengundang kemarahan orang dewasa. Namun marah mereka tidaklah lama, apabila tiba waktu moreh, dipanggilnya kami dengan mesra, malah didahulukan giliran mengambil makanan.

Saya masih ingat, saat paling mengujakan terawih pada zaman kanak-kanak ialah tatkala menyahut selawat oleh bilal. Ketika itulah suara dikuatkan meskipun sebutannya lintang pukang. Habis terawih, tiba giliran untuk bermain tabuh pula. Ada irama tertentu yang dimainkan untuk memeriahkan suasana malam Ramadan zaman itu.

Apabila usia menginjak remaja, lain pula caranya kami meraikan bulan puasa. Saya dan rakan sebaya sering berebut mikrofon untuk memanfaatkan suara yang sudah 'berubah' dengan selawat, azan atau apa sahaja bacaan asal suara kami sampai ke seluruh kampung. Meskipun nampak baik lagi soleh, namun hakikatnya dalam hati tidak ikhlas, sekadar mahu mengundang perhatian anak-anak dara yang jadi idaman. Di sekolah esoknya, dibayang-bayangkan bahawa "sayalah yang azan semalam."

Berhijrah dari kampung dan tinggal di asrama, berlaku kejutan budaya. Di sekolah saya, tidak ada pelajar perempuan melainkan hanya Tingkatan Enam. Sebelum ada surau besar, semua pelajar asrama KSAH bersolat terawih di dewan perhimpunan.

Apa yang saya masih ingat, ketika di Tingkatan Dua, saya sering masuk saf paling belakang. Sebabnya, di belakang saf yang belakang itu, saf pelajar perempuan.

Sementara bilal berselawat, saya dan kawan-kawan sengaja menghulurkan jari ke belakang tirai, kononnya terbabas. Pernah jari saya dipukul. Dan esoknya, jari yang sama - kali ini berbalut plaster luka - pula dihulur ke sebelah sana. Aduhai ...

Ya, sudah tentu jasa Zuckerberg diperlukan lagi untuk mengimbas memori itu pada reunion akan datang!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Khamis, 11 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pentagon bantu pembikinan filem Osama

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pentagon bantu pembikinan filem Osama WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan membantu penerbit dan pengarah filem mengenai serangan tentera AS ke atas pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda, Osama Laden, menurut jabatan itu, kelmarin.

Filem yang memfokuskan kepada kononnya kejayaan penting Presiden AS, Barack Obama sepanjang pemerintahannya itu dijangka ditayangkan Oktober tahun depan, iaitu sebulan sebelum pilihan raya umum negara itu di mana Obama akan bertanding untuk menyambung penggal perkhidmatannya.

Obama menafikan dakwaan pembangkang negara itu bahawa maklumat sulit terutama mengenai kaedah operasi khas tentera AS didedahkan kepada pembikin filem bagi tujuan itu.

Pengarah, Kathryn Bigelow dan penulis skrip, Mark Boal yang sebelum ini bergabung menghasilkan The Hurt Locker, filem mengenai perang Iraq yang memenangi Oscar, akan menghasilkan filem terbaru mengenai serangan tentera AS ke atas kediaman Osama di Pakistan sehingga membunuhnya, Mei lalu.

Mubarak sudah mati?

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mubarak sudah mati? Seorang peguam Mesir, Hamed Seddik kemuka teori konspirasi bahawa pemimpin kuku besi itu telah meninggal dunia pada 2004.

Pasti orang ramai di seluruh dunia bagai tidak percaya apabila menonton berita dan gambar menunjukkan Hosni Mubarak, antara pemimpin paling digeruni di dunia Arab terlantar lemah di atas katil hospital, di dalam kurungan besi semasa perbicaraannya di Kaherah, Mesir, minggu lalu.

Bekas Presiden Mesir itu kelihatan begitu lemah dan mengasihankan dengan uniform penjara warna putih sambil ditemani dua anak lelakinya yang setia bersama bapa mereka bagi berhadapan dakwaan penyalahgunaan kuasa yang difailkan terhadap ketiga-tiga beranak itu.

Namun, detik paling mengejutkan dalam perbicaraan itu bukanlah keadaan Mubarak, tetapi apabila seorang peguam dengan lantang memberitahu hakim dan dunia, bahawa bekas pemimpin Mesir itu telah meninggal dunia pada 2004.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Diekori empat lembaga hitam

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Diekori empat lembaga hitam SIK - Diekori empat lembaga besar, berwarna hitam tetapi tidak mempunyai wajah, menyebabkan Muhamad Arif Abu Bakar, 24, terus berjalan tanpa arah tuju selepas dilaporkan hilang dari rumah Kampung Kilang Ubi, Begia, kira-kira jam 4 pagi, 1 Ogos lalu.

Mengimbas kembali misteri kehilangannya, Muhamad Arif berkata, dia memang tidak ingat bila keluar dari rumah malah tidak menyedari bagaimana dinding rumah sewanya dikopak.

Menurutnya, sehari sebelum hilang dia mengalami gatal-gatal pada seluruh tubuhnya dan memutuskan untuk ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan suntikan alahan, kemudian keluar memancing bersama sepupu di Kampung Mambong.

"Kami pulang kira-kira jam 7.30 malam dan pada malam itu saya tidak pasti jam berapa saya terlena, cuma seingat saya, apabila tersedar saya berada dalam hutan, di atas bukit yang dipenuhi pokok balak, namun saya tidak pasti di mana tempat itu tetapi berhampiran Begia.

"Sebenarnya, saya melihat ada empat lembaga besar berwarna hitam, tidak nampak rupa, mengekori ke mana sahaja saya pergi menyebabkan saya terus berjalan tanpa arah tuju," katanya.

Muhamad Arif mendakwa pernah bercakap dengan lembaga terbabit dan menyuruh menangkapnya dengan syarat dibawa bertemu dengan anak dan isteri terlebih dahulu.

"Namun lembaga berkenaan yang tidak bersuara, langsung tidak bertindak sebaliknya terus mengekori ke mana sahaja saya pergi.

"Saya terus berjalan dan ada kalanya rasa seperti sedang terbang, malah semasa berada dalam hutan, saya juga ternampak harimau tetapi ia tidak menerkam saya," katanya.

» selanjutnya...

Berpantang maut sebelum ajal

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Berpantang maut sebelum ajal SUBANG JAYA – Berpantang maut sebelum ajal! Begitulah nasib seorang pemandu wanita kerana masih terselamat apabila kenderaan dipandunya merempuh konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik di Persiaran Tujuan menuju ke Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa dipercayai gagal mengawal pemanduannya di selekoh dari arah Lebuhraya Persekutuan sebelum merempuh penghalang yang memisahkan laluan dengan jalan bersebelahan.

Akibat daripada itu, kereta mangsa dikatakan terbabas sebelum berpusing dan terbalik di tengah laluan bersebelahan menyebabkan kesesakan berlaku lebih satu kilometer selepas itu.

Sumber polis berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Viva itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku ketika hujan lebat, petang semalam.

"Pemandu kenderaan yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta, Nabila Abdul Wahab, 24, memaklumkan keadaan jalan licin ketika hujan menyebabkan dia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bersebelahan.

"Bagaimanapun dia dan rakannya yang berada di tempat duduk penumpang bahagian depan terselamat dengan merangkak keluar daripada kereta selepas ia terbalik," katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya selepas kejadian.

Bonus raya

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ikut langkah Pusat KUALA NERUS – Kerajaan Terengganu mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya akan mengikut langkah Kerajaan Pusat kerana ia adalah satu perkara yang baik.

"Peruntukan bonus kira-kira RM10 juta bakal diagihkan kepada 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

"Kita menjalankan tanggungjawab sebagai kerajaan dan mengikut semua yang telah dipersetujui kerajaan pusat," katanya kepada pihak media pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Gemuroh di sini.

Beliau mengulas berhubung kenyataan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pemberian bonus bagi meringankan beban penjawat awam membuat sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, 100 dulang berisi lauk-pauk diarak memasuki pekarangan masjid dengan masing-masing menjunjung dulang berkenaan sebagai mengimbau tradisi 'orang lama'.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved