Jumaat, 29 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bercucuran air mata

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bercucuran air mata KUALA TERENGGANU - Tiada kata-kata yang mampu diluahkan, hanya cucuran air mata tanda kegembiraan si isteri selepas Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melepas dan membebaskan dia bersama suaminya daripada dakwaan menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah melalui penghantaran komen menggunakan bahasa jelek menerusi internet dua tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh, Fatimah Maisurah Abdullah, 37, dan suaminya, Fuad Ariff Abdul Rashid, 37, dari Kampung Tok Kaya, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, Azman mengarahkan kedua-duanya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja maut, dua parah

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Remaja maut, dua parah PASIR MAS – Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan apabila anak lelaki tunggalnya, Hassan Basri Mohd Zafry, 13, maut dalam kemalangan di Kampung Hutan Cengal jam 9.40 malam kelmarin.

Isterinya, Kamariah Mahmood, 47, berkata, dia dan suami seakan tidak percaya kejadian tersebut menimpa anak mereka, memandangkan arwah anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar rumah.

Menurutnya, mereka hanya mengetahui kejadian tersebut pada jam 9.15 malam apabila rakan anaknya datang ke rumah.

"Kami bergegas ke tempat kejadian, namun tidak sempat untuk menyelamatkannya memandangkan kecederaan yang dialami terlalu serius.

"Kali terakhir saya melihatnya, adalah sejurus sebelum Isyak, lebih kurang jam 8.30 malam dan ditegur neneknya agar solat terlebih dahulu.

"Dia hanya memberitahu saya yang dia mahu keluar bersama rakannya, dan mungkin mereka mahu ke pusat siber berdekatan rumah," katanya kepada Sinar Harian, ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kemalangan membabitkan dua motosikal jenis Honda EX5.

Beliau berkata, Hassan berasal dari Kampung Gaung, Tendong manakala Muhd Afiruddin Che Hamid, 13, dan Redzuan Yusoff, 22, parah dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal EX5 yang ditunggang oleh Hassan bersama rakannya, Afiruddin dari arah Tendong ke Bunut Susu membuat pusingan U namun bertembung dengan Redzuan dari arah bertentangan.

"Perlanggaran menyebabkan Hassan terpelanting dan dilanggar oleh kenderaan lain, manakala Redzuan patah bahu dan tangan kanan.

"Saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ratusan keluang rimaskan penduduk

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ratusan keluang rimaskan penduduk PULAU TIOMAN - Rata-rata penduduk dan peniaga gerai makan di Kampung Tekek, di sini, terpaksa berhadapan dengan bunyi bising keluang yang menjadikan kawasan atas pokok palma, mentiga dan nangka sebagai habitat haiwan itu sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, haiwan mamalia dalam keluarga kelawar itu dipercayai mendiami kawasan sekitar Kampung Air Batang, berhampiran Kampung Tekek sebelum berpindah ke kawasan sekarang selepas kebanyakan pokok ditebang bagi projek pembangunan.

Peniaga gerai makan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan itu berikutan gerai makan mereka tidak dikunjungi pelanggan, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah pelancong luar khususnya warga asing begitu teruja dengan kehadiran haiwan bersayap itu dan menyifatkan ia sebagai tarikan baru di Pulau Tioman.

Perniagaan terjejas

Seorang penduduk, Wan Azura Abdul Panar, 36, berkata, dia terpaksa berpindah ke tapak baru untuk berniaga kerana tapak lama di bawah pokok nangka dan palma berdekatan rumahnya menjadi 'sarang' haiwan berkenaan.

Wan Azura berkata, kehadiran ratusan keluang yang bergayut setiap masa di pokok menimbulkan kebimbangan, tambahan haiwan itu memakan buah-buahan dari pokok yang ditanam.

"Bunyi bising haiwan ini seawal jam 3 pagi mengganggu tidur kami dan menyebabkan suasana di pusat pelancongan dunia ini riuh rendah pada waktu malam," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Azura berkata, hasil dua pokok nangka yang ditanam di depan rumah mertuanya tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan haiwan terbabit sedangkan buah itu boleh dijual kepada penduduk sekitar.

"Selain menjual juadah makanan kepada pelancong luar, saya turut menjual buah nangka kepada penduduk setempat, namun buah nangka itu tidak lagi boleh dimakan akibat dirosakkan keluang," katanya.

Seorang lagi peniaga, Nurul Fariha Mat Badar, 19, berkata, dia juga menerima rungutan daripada sesetengah pelanggannya yang tidak selesa dengan bunyi bising dan najis haiwan itu yang diterbangkan angin hingga sampai ke gerainya.

"Penduduk di sini, kebanyakannya kurang selesa dengan haiwan ini, namun tidak kepada pelancong asing.

"Bagaimanapun saya perlu mengekalkan aspek kebersihan di gerai saya bagi mengekalkan pelanggan," katanya.

Menurutnya, gerainya terletak berhampiran pokok palma yang dihinggapi beratus-ratus keluang yang membuat bising pada setiap masa hingga menyebabkan kanak-kanak dan bayi di kampung itu sukar tidur pada waktu malam.

"Kami sudah tidak tahan dengan keadaan ini dan berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan kemelut kami ini dengan segera," katanya.

Pengunjung teruja melihat keluang

Seorang pengunjung, Wong Wei Sheng, 18, berkata, dia teruja dapat melihat keluang yang bersangkut di pokok-pokok di kampung itu dan menyifatkan ia sebagai tarikan baru kepada pelancong.

Wei Sheng dari Segamat berkata, dia yang berpeluang mengunjungi Pulau Tioman berharap kerajaan dapat mengekalkan habitat haiwan itu.

"Haiwan ini bukan mengganggu pelancong yang lalu lalang di sini, malah kami dapat merakamkan gambar ketika singgah di sini kerana bukan senang untuk melihat keluang dalam jumlah yang banyak," katanya.

Peniaga, Ab RahmanAwang, 60, berkata, pada mulanya dia berasa kurang selesa dengan kehadiran ratusan keluang, bagaimanapun ia digemari pelancong asing yang berhenti seketika untuk menyaksikan gelagat haiwan itu.

"Pada mulanya memang saya berasa janggal dengan bunyi bising haiwan ini, namun kehadirannya boleh tarik pelancong luar dan ia mampu mengembangkan lagi sektor pelancongan di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kanak-kanak perempuan mati digilis bapa

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kanak-kanak perempuan mati digilis bapa

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.

Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.

"Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.

Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Semua aktivis PSM dibebaskan

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Semua aktivis PSM dibebaskan

KUALA LUMPUR - Semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan hari ini.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Ketika dihubungi, jurucakap Polis Bukit Aman berkata, kesemua tahanan itu dibebaskan secara serentak petang tadi selepas selesai pemeriksaan doktor.

Mereka ialah Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devara, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M.

Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Julai dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usaha tidak berjaya jika tidak jujur

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Usaha tidak berjaya jika tidak jujur SHAH ALAM - Tindakan Sinar Harian mengadakan wacana disifatkan satu usaha yang baik bagi menyelesaikan kemelut dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali, usaha itu tidak akan berjaya jika melibatkan pihak lain yang tidak jujur untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Saya percaya apa usaha memperbaiki sistem pilihan raya umum (PRU) tidak boleh selesai dgn berbincang dengan pihak berkepentingan. Mereka yang terbabit dalam PRU pastinya mencerugai satu sama lain walaupun SPR begitu telus dan adil dalam tugas mereka," katanya, semalam.

Sebelum ini, katanya, di sesetengah tempat mengundi, walaupun ada arahan membenarkan bendera yang ada logo parti yang bertanding sahaja boleh dipasang, namun ada juga parti tidak berkenaan menaikkan bendera masing-masing.

"Pernah calon BN ditolak pencalonan gara-gara silap teknikal mengisi borang dan sebab lain setelah mendapat bantahan daripada pembangkang. Malah pembangkan juga menang banyak kerusi yang mereka bertanding dengan majoriti yang besar. Ini bukti ketelusan SPR tanpa mengira parti bertanding," katanya.

Beliau yakin SPR sedia menerima mana-mana pihak untuk membantu mereka menambahbaikkan sistem yang digunakan pakai sekarang ini.

"Kita harus mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR kerana saya yakin dengan mendengar dan berbincang banyak perkara dapat diatasi termasuk perhimpunan haram seperti sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zahrain dakwa Ku Li dipelawa ketuai PR

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Zahrain dakwa Ku Li dipelawa ketuai PR PETALING JAYA - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa telah dipelawa untuk mengetuai Pakatan Rakyat (PR) jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwat.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa demikian berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada rakan-rakannya dalam PKR.

"Jika maklumat itu benar, saya hairan mengapa mereka memilih Tengku Razaleigh? Bagi saya, ini satu permainan politik licik," katanya,

:Zahrain berkata, daripada maklumat yang diterimanya, kedua-dua pihak dikatakan telah bertemu membincangkan perkara itu.

"Saya tidak pasti bila mereka pelawa serta apa keputusan Tengku Razaleigh," katanya.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dan kini berperanan sebagai Ahli Parlimen Bebas, berharap Tengku Razaleigh berfikir positif dan menjelaskan perkara itu secara terbuka.

"Saya masih menghormati beliau sebagai orang lama serta veteran politik, tetapkan satu pendirian dan berfikir tentang perpaduan orang Melayu," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nenek dihempap lori treler

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nenek maut dihempap lori treler KULAIJAYA – Seorang nenek maut dalam keadaan tragis dan menyayat hati apabila kereta yang dinaiki bersama suaminya dihempap lori treler dalam nahas yang berlaku di Kilometer 49 arah Johor Bahru-Air Hitam, jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Sedenak, di sini menyebabkan mangsa yang berusia 71 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya berusia 76 tahun mengalami cedera parah.

Nahas itu turut menyebabkan kereta lain dari arah bertentangan terbalik setelah lori treler berkenaan terbabas lalu melanggarnya dan ternaik ke atas kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan yang membabitkan lori dan dua kereta itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sunny dari bahu jalan tiba-tiba masuk ke laluan utama.

"Kereta berkenaan yang dipandu suami mangsa dari arah Air Hitam ke Kulaijaya berada pada bahu jalan dan masuk ke jalan raya secara tiba-tiba.

"Situasi itu menyebabkan lori yang datang dari arah belakang terlanggar kenderaan mereka dan kedua-duanya terbabas ke kanan lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang berada di laluan bertentangan," katanya.

Zulkefly berkata, pemandu lori dan Honda City berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami cedera ringan manakala suami mangsa yang mengalami cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Lancar mogok lapar

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lancar mogok lapar IPOH – Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar bakal melaksanakan 'mogok lapar' mulai semalam sehinggalah dirinya serta lima lagi tahanan lain yang ditahan di bawah Enakmen Darurat (EO) dibebaskan atau dituduh di mahkamah.

Isterinya, R Rani ketika ditemui berkata, dia telah dimaklumkan mengenai hasrat Jeyakumar itu ketika melawatnya kelmarin.

Menurut Rani yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pusat, biarpun telah dinasihati untuk tidak meneruskan hasrat itu kerana faktor kesihatan, namun Jeyakumar tetap mahu meneruskannya juga.

"Dia (Jeyakumar), juga telah memaklumkan hilang kepercayaan terhadap polis dan menuntut agar Kementerian Dalam Negeri untuk campur tangan dalam hal berkenaan dalam usaha membebaskan dirinya serta lima yang lain atau menghadapkan mereka untuk dibicarakan di mahkamah.

"Dia juga ada mendakwa bahawa siasatan berkenaan sia-sia kerana biarpun dirinya telah memberi kerjasama sepenuhnya polis tetap mahu mengungkit kisah lama bagi melanjutkan lagi tempoh tahanan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berharap tiada pihak yang membuat spekulasi berhubung perkara berkenaan.

Katanya, sehingga ke hari Jeyakumar serta semua tahanan menerima layanan baik yang dilaksanakan mengikut prosedur tahanan.

"Perkara ini juga diketahui pihak peguam mereka malah kita benarkan pihak tertentu untuk berjumpa dia ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Empat termasuk dua beranak maut

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Empat termasuk dua beranak maut BAGAN SERAI - Empat maut, tiga parah dalam nahas sebuah bas ekspres yang bertembung dengan treler membawa gula dalam kemalangan di Km 201.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata, mereka yang terbunuh ialah seorang anggota polis, Abdul Shahreer Abu Hassan, 23, anak lelakinya Mohd Fariz Daniel, setahun, yang merupakan penumpang bas, pemandu treler K Supramaniam, 30, dan kelindannya A Yugeswara Rao, 25.

Menurutnya, mereka yang parah dikenal pasti sebagai pemandu bas ekspres, Azizi Abdul Rahman dan penumpang bas Foziah Mokhtar yang juga isteri Abdul Shahreer.

"Tiga terbunuh di tempat kejadian, manakala Mohd Fariz Daniel disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Taiping, sementara yang parah pula kini dirawat di hospital yang sama," katanya pada sidang media, di sini.

Mat Fauzi berkata kejadian berlaku kira-kira 12.35 tengah malam apabila treler yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Butterworth dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Treler itu kemudian bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Perlis ke Johor Bahru dengan 30 penumpang.

"Akibat rempuhan kuat treler tersebut, tiga penumpang tercampak keluar," katanya.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu hingga menyebabkan kematian.      

Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved