Ahad, 24 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LZS salur RM14.2j bantu fakir miskin

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

LZS salur RM14.2j bantu fakir miskin SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan RM14.2 juta untuk diagihkan kepada 19,008 keluarga fakir dan miskin di negeri ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM8.9 juta diagihkan kepada golongan miskin manakala RM5.2 juta diagihkan kepada golongan fakir.

"Selangor mempunyai 12,151 keluarga asnaf miskin pada 2011 berbanding 14,058 keluarga tahun lalu manakala asnaf fakir pula ialah 6,849 keluarga berbanding 9,430 keluarga fakir pada tahun lalu," katanya.

Menurutnya, daerah Hulu Langat mencatatkan bilangan paling ramai menerima bantuan iaitu seramai 3,529 keluarga dengan nilai bantuan sebanyak RM2.6 juta.

"Bagi agihan persiapan menjelang Ramadan, bantuan adalah berupa wang tunai iaitu setiap asnaf fakir menerima RM600 sehingga RM1,000 manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya dalam satu kenyataan media yang dibacakan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof sempena Majlis Secangkir Kopi Bersama Media dan Pengumuman Khas Ramadan, kelmarin.

Pada masa sama beliau berkata, kadar zakat fitrah di negeri Selangor bagi 2011 kekal seperti tahun sebelumnya iaitu RM7.

Katanya, pengekalan kadar zakat itu dipengaruhi oleh tiada kenaikan harga beras yang menjadi makanan utama penduduk Selangor di pasaran.

"Kita menjangkakan, pada tahun ini sebanyak RM17.7 juta zakat akan dikutip di negeri ini dan menunjukkan kenaikan lima peratus," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal KUALA LUMPUR – Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal.

Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja.

"Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?" katanya.

Bagi pastikan pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil, kata Salahuddin, SPR perlu penuhi tuntutan Bersih 2.0) terutama dalam penggunaan dakwat kekal.

"SPR jangan berdolak-dalih kerana dakwat kekal terbukti efektif yang digunakan sebahagian negara Komanwel. Itu lebih terjamin," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sistem biometrik yang akan dilaksanakan SPR tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap daftar pemilih sedia ada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan ALOR SETAR - Pertemuan secara bersemuka antara Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam wacana 'Apa Selepas 9 Julai?' anjuran Sinar Harian, Selasa ini, adalah inisiatif baik untuk perjelas kekeliruan antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, wacana itu wajar diadakan sekiranya dapat selesaikan permasalahan.

Mengulas beberapa kenyataan sebelum ini yang mendakwa penganjuran wacana itu ada kepentingan politik, Azizan berkata, apa jua perkara tidak dapat lari daripada pengaruh politik, termasuk program bersifat wacana.

"Sebarang perkara di negara ini sering dikaitkan dengan politik. Contohnya, lawatan Perdana Menteri ke Kedah minggu depan pun ada kepentingan politik. Usaha yang baik teruskan, tak perlu dengar cakap-cakap negatif," katanya.

Wacana siri kelima anjuran Sinar Harian itu diadakan secara percuma di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, 2 petang, 26 Julai ini.

Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Saya sayang kamu semua...

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Saya sayang kamu semua... PASIR GUDANG - "Saya sayang kamu semua..." begitulah luahan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), A Rahim Nin yang tidak mampu menahan kesedihannya sebaik keluar meninggalkan Menara Aqabah, pejabat rasmi MPPG bagi hari terakhirnya berkhidmat sebagai YDP kelmarin.

Kata-kata itu turut mengundang rasa sedih warga kerja MPPG yang mengiringi pemergiannya meninggalkan kawasan bangunan berkenaan kira-kira jam 6 petang.

A Rahim yang dinaikkan pangkat dan akan memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Segamat pada Isnin ini telah menyerahkan tugas secara rasminya kepada YDP MPPG baru, Onn Jabbar @ Jaafar.

Secara rasminya, A Rahim telah menjawat jawatan baru itu pada 18 Julai lalu namun penangguhan selama seminggu sebelum memulakan tugasan sebenar telah diluluskan dan mesyuarat penuh majlis sempena pertukarannya dilakukan di sini, kelmarin.

A Rahim yang berkhidmat hampir dua tahun itu menganggap amanah dipikulnya sebagai YDP MPPG oleh Kerajaan Negeri sebagai satu tempoh yang singkat.

Beliau berkata, masih terlalu banyak tugasan yang tidak dapat dijalankannya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor pertama yang mengambil alih urus tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, yang ditadbir Johor Corporation selama 30 tahun.

Beliau turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja MPPG yang membantu beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang menjadi YDP MPPG.

"Saya berkeyakinan penuh dengan komitmen Kerajaan Pusat, lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri, MPPG akan dapat mencapai visi menjadi PBT unggul bertaraf bandar raya menjelang tahun 2015," katanya.

A Rahim berkata, beliau yakin Onn mampu menggalas amanah dan tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memacu kejayaan yang lebih hebat di Pasir Gudang.

Sementara, Onn secara rasmi yang turut menggalas jawatan baru Isnin ini berkata, beliau akan meneruskan matlamat kesinambungan kerja dan akan memberi keutamaan kepada keselesaan masyarakat.

"Kita akan sama-sama jayakan matlamat wujudkan keselesaan masyarakat dan mana-mana keutamaan yang harus diberikan masa kini.

"Jika masyarakat tidak selesa ia akan memberi impak kepada kita dan ini juga merupakan satu penambahbaikan dari yang sedia ada," katanya.

Onn turut menyeru semua warga kerja MPPG meneruskan perjuangan bagi mencapai taraf khidmat yang selesa di MPPG.

Tentang bahasa dan berbahasa

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pengajaran bahasa melalui istilah mungkin tidak menarik bagi kebanyakan pelajar. Pada awal 1970-an, muncul trend pengajaran bahasa, yang disarankan dan diaplikasi Kementerian Pelajaran. Trend itu penentuan dua jenis pengajaran, tentang bahasa dan berbahasa.

Pengajaran tentang bahasa untuk mengetahui hal tatabahasa seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi, ayat penyata, ayat tunggal, ayat larangan dan banyak lagi. Selain itu, pengajaran segi gaya bahasa juga ialah pengajaran tentang bahasa.

Pengajaran berbahasa akan menjadikan pelajar mahir berbahasa, berbahasa kemas, hebat dan tidak melakukan kesilapan. Ertinya, mereka akan cekap bertutur atau menulis karangan, atau kedua-duanya sekali.

Sejumlah tokoh membuktikan hal ini. Usman Awang maju dalam bahasa idiomatiknya dan Asraf maju dalam nahu (tatabahasa). Anwar Ridhwan mencapai tahap akademik tinggi, tetapi janganlah kita menyangka kesemua orang yang tiba ke tahap PhD seperti beliau, memiliki kemahiran berbahasa sama, demikian juga dengan Awang Sariyan. Terdapat sejumlah pemegang PhD yang maju dalam bidangnya sendiri, tetapi tidak dapat berbahasa dengan baik. Bahasa yang baik ialah bahasa yang betul (gramatis) dan berkesan (menarik). Penghujahan tentang perkara ini ada politiknya. Perkataan politik dalam konteks ini mempunyai makna khusus, kira-kira sama dengan cerdik.

Ahli bahasa berpolitik dengan mengemukakan konsep licentia poetica. Golongan ini mahir dalam tatabahasa dan ilmu gaya bahasa (stilistika). Baris duka ada di rindu (Sajak Duka oleh A Ghafar Ibrahim) membawa makna duka ada di kerinduan. Kata kerinduan itu mengalami elips atau aus. Konsep inilah yang mengizinkan munculnya baris puisi, dingin menanti dalam sajak Sesudah Hujan karya Anwar Ridhwan, gerak yang jujur dalam sajak Meski Sinar Melintasi Mereka Alangkah Malangnya karya Suhaimi Haji Muhammad dan banyak lagi.

Apa yang hendak saya katakan dalam konteks di atas, tatabahasa dapat dilanggar jika seseorang menyedari prosesnya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Kadar zakat fitrah di Terengganu sama seperti tahun lalu

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kadar zakat fitrah di Terengganu sama seperti tahun lalu

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengekalkan kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini sama seperti kadar tahun lalu iaitu RM8, RM7 dan RM5.

Yang diPertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata, kadar fitrah itu diperkenan Pemangku Raja Terengganu Tengku Mohammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bayaran fitrah sama ada wang tunai atau dengan beras boleh dibuat mulai 1 Ramadan sehingga pagi hari raya Aidilfitri sama ada melalui amil-amil yang dilantik atau di kaunter-kaunter bayaran zakat Maidam.

Selain itu, fitrah juga boleh dibayar melalui SMS untuk pelanggan Celcom dan Maxis, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata, Maidam mensasarkan kutipan fitrah sekitar RM5.8 juta tahun ini, berbanding tahun lepas RM5.5 juta.

Katanya keseluruhan kutipan zakat di Terengganu tahun lepas adalah RM76.4 juta.

Mazlan berkata, Maidam akan membelanjakan RM15 juta untuk bantuan zakat Aidilfitri kepada 32,000 orang fakir miskin di negeri ini tahun ini.

Sempena sambutan awal Ramadan ini, Maidam turut menerbitkan dua buah buku iaitu "Risalah Ramadan" dan "Azam dan Iqamah: Fadilat dan Pelbagai Hukum". Orang ramai boleh mendapatkan buku berkenaan di pejabat Maidam, di sini.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RTM akan terus siarkan video perhimpunan haram: Rais

Posted: 23 Jul 2011 05:00 PM PDT

RTM akan terus siarkan video perhimpunan haram: Rais

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video rakaman perhimpunan haram pada 9 Julai lepas secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu," katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim (DSURY) di sini, hari ini.

Katanya RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekaligus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong.

Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan DSURY menewaskan RTM.

Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sabtu, 23 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lebih 2,000 sertai Sinar Run Jerlun 2011

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Lebih 2,000 sertai Sinar Run Jerlun 2011 Seawal jam 6 pagi semalam, Padang Awam Alor Biak, Jerlun dipenuhi ribuan peserta acara Sinar Run Jerlun 2011, lengkap berpakaian warna merah yang disediakan penganjur.

Suasana meriah itu bagaikan satu gelombang merah mewarnai acara pembuka tirai yang diadakan pada hari kedua sempena Karnival Usahawan Kedah (KUK) 2011, bermula kelmarin.

Sinar Run Jerlun 2011 dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menerusi akhbar Sinar Harian mendapat penyertaan menggalakkan melebihi 2,000 peserta dari sekitar Utara termasuk Terengganu.

Acara itu berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada semua peringkat umur, jantina dan kaum.

Senamrobik dimulakan kira-kira jam 7.45 pagi sebelum peserta larian dilepaskan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merangkap Ahli Parlimen Jerlun kira-kira jam 8.30 pagi.

Mukhriz berkata, acara riadah itu berjaya menarik minat ramai daripada pelbagai latar belakang dan ia menunjukkan sokongan rakyat kepada penganjuran KUK 2011.

"Saya gembira melihat perkembangan positif ini dan berharap ia akan diadakan dengan lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Kebanyakan peserta dan pengunjung yang hadir memberi respons positif mengenai acara yang julung kalinya diadakan itu.

Peserta dari Pulau Pinang, Khir Salleh, 48, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang larian tertarik dengan konsep larian merentas desa dan mengelilingi sawah padi yang begitu mendamaikan.

"Jika sebelum ini acara larian lebih tertumpu di kawasan bandar utama, tetapi Sinar Run Jerlun 2011 memberi satu kelainan kepada peserta," katanya.

Sementara itu, A Krishnan, 54, berkata, acara itu menarik dan ia mendapat sambutan semua pihak kerana selain menyihatkan badan ia dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

"Saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur dan tahniah diucapkan kerana kawalan keselamatan serta pengurusan penganjuran berjalan lancar," katanya.

Kesal isu masalah penempatan

Posted: 22 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kesal isu masalah penempatan IPOH – Penduduk di sekitar kawasan Changkat Lada dan Seberang Perak khususnya peserta rancangan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan pentadbiran lembaga berkenaan khususnya berhubung masalah penempatan di situ.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Felda Gugusan Nasaruddin Belia, Yusop Mat berkata, sehingga ke hari ini, para peserta di kawasan berkenaan masih belum menerima geran atau hak milik rumah biarpun telah mendiami kawasan tersebut sejak sekian lama.

Menurutnya, peserta juga masih belum menerima sebarang surat perjanjian melainkan hanya geran sementara untuk mendiami di kawasan berkenaan.

"Rata-rata peserta adalah daripada generasi kedua di sini. Mereka juga telah membayar premium dan mengisi borang 5A.

"Mereka inilah yang sewajarnya diberi geran hak milik, bukannya rumah. Ada juga sebahagian daripada mereka tidak mampu membuat pinjaman dengan bank.

"Oleh itu, mereka ini sewajarnya ditawarkan rumah atau lot kediaman biarpun kebanyakan peserta khususnya daripada generasi kedua hanya mahukan lot sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Yusop berkata generasi kedua Felcra di sini, turut didapati tinggal di rumah-rumah tinggalan Felcra malah ada yang melibatkan lebih 20 tahun lamanya.

Katanya ada juga yang bertindak mengubahsuai atau membesarkan rumah berkenaan biarpun sehingga ke hari mereka masih belum menerima geran untuk tinggal di situ.

"Mereka ini juga berhak mendapat lot tapak tanah itu. Mereka tinggal di sini dah lama," katanya.

Menurutnya, mereka menggesa pihak Felcra menyatakan secara terperinci segala kos perbelanjaan atau kos operasi sebenar yang dinyatakan pada penyata rasmi operasi ladang yang dilaksanakan .

Katanya, semua kos berkenaan masih belum jelas perlu diperincikan penjelasannya kepada peserta Felcra kerana semua pembayaran dibuat sekali gus sahaja.

"Sepatutnya, pada penyata berkenaan juga perlu dinyatakan berapa metrik tan produk dikeluarkan, kos operasi ladang dan sebagainya sebagai bukti terhadap pembayaran dividen yang dibuat.

"Kami juga telah menghantar memo ke Parlimen dan hasilnya pihak Felcra hanya mengeluarkan satu surat perjanjian sahaja berhubung perkara tersebut.

"Kami juga telah menyerahkan memo hingga ke Parlimen bagi memohon pihak Felcra menjelaskan secara terperinci segala hutang-hutang perbelanjaan kepada kami.

"Bagaimanapun, sehingga kini, mereka (Felcra) masih berdiam diri," katanya.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved