Jumaat, 22 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Mesej revolusi yang tidak menjadi

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Revolusi yang tidak menjadi dua minggu lalu meninggalkan banyak kesan negatif terhadap rakyat jelata termasuk peniaga sekitar Kuala Lumpur yang kerugian ratusan juta ringgit, pemandu teksi yang hilang mata pencarian beberapa hari, pekerja industri pelancongan, serta pelawat asing dan orang ramai yang terganggu kehidupan seharian mereka.

Malah seorang ibu melahirkan rasa geram mahu menumbuk muka Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perhimpunan haram tersebut telah menjejaskan majlis perkahwinan anaknya. Ibu ini cukup marah selain mengalami kerugian dan malu besar.

Rakyat terbanyak memang marah dengan tindakan penganjur dan para pengacau dalam Bersih. Walaupun pihak pembangkang dan beberapa ribu kaki protes yang terlibat mengisytiharkan 'kejayaan' perhimpunan haram itu, namun kesan buruk yang ditinggalkan sangat nyata. Kemarahan rakyat seluruh negara bermakna mereka tidak boleh percaya lagi kepada pihak pembangkang yang mementingkan huru-hara daripada keamanan dan kestabilan.

Daripada perbualan saya dengan orang ramai mengenai kesan revolusi yang tidak menjadi itu, timbul lapan mesej utama. Pertama, pembangkang mengguna cara tidak demokratik untuk menegakkan demokrasi. Mahu menegakkan satu prinsip demokrasi iaitu pilihan raya yang bersih tetapi dengan cara berdemonstrasi haram. Satu anomali, bukan?

Kedua, wakil rakyat pembangkang gagal memainkan peranan mereka di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Pengundi memberi amanat kepada mereka dengan memilih sebagai wakil rakyat tetapi mereka lebih gemar guna saluran di luar Parlimen atau DUN. Sia-sia menjadi wakil rakyat.

Ketiga, melanggar undang-undang secara terang-terangan dan tidak peduli larangan polis. Pemimpin pembangkang degil dan tidak sivil. Mereka mengajar pengikut bertindak liar luar batasan. Mahu ajar rakyat jadi kurang ajar dan pelampaukah?

Keempat, mereka lebih suka berstatus haram. Jika benar mereka pro-demokrasi, mengapa tidak daftar Bersih sebagai sebuah pertubuhan secara sah?

Kelima, ingin memaksa Kerajaan mendengar dan menerima pandangan suara minoriti dan membelakangkan suara majoriti. Berapa ramai yang diwakili Bersih – 10,000 atau 100,000 atau 300,000 orang? Yang menentang dan tidak bersetuju dengan Bersih ialah majoriti rakyat Malaysia – puluhan jutaan bilangannya. Jadi, bagaimana Bersih hendak pihak lain tunduk kepada tuntutan mereka? Tidakkah mereka mendengar tuntutan jutaan orang lain yang tidak bersetuju? Kenapa mereka mahu mendengar suara majoriti dan bersikap tidak demokratik berkaitan hal ini?

Keenam, meminta polis dan kerajaan mohon maaf atas tindakan salah mereka. Logikkah ini? Sakit leher, sakit belakang atau cedera akibat terbabit dalam kegiatan haram adalah tanggungjawab sendiri. Kena pakai sokongan leher, berkain pelekat atau berkerusi roda dianggap collateral damage. Bolehkah seorang penyeludup, perompak, peragut atau penunggang motor haram desak polis minta maaf kerana mereka cedera semasa polis menjalankan operasi?

Ketujuh, apabila dituntut mendedahkan sokongan asing khususnya dana dari pihak luar, kenapa penganjur Bersih terus diam? Kenapa dalam hal ini, mereka tidak mahu bersikap jujur dan bersih?

Jelas, mereka tidak menghormati rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya lalu. Rakyat pilih untuk mewakili mereka dalam Parlimen DUN dan berjuang ikut saluran demokrasi. Jika jalan lain yang dipiih, sama ada revolusi atau demonstrasi besar-besaran, itu bukan demokrasi namanya. Itu kerja anarkis.

Pemimpin Pas termasuk Nik Aziz Nik Mat dan Haji Hadi Awang memberi rasional agama terhadap perhimpunan haram itu, kononnya ia juga berlaku dalam sejarah Islam. Demonstrasi dianggap baik kerana dapat menyuarakan hasrat rakyat. Jika begitu, elok sangatlah dianjurkan pesta demonstrasi besar-besaran secara mingguan di Kota Bharu, Pulau Pinang dan Alor Setar. Ini mesej kelapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mengapa orang putih tidak suka kuih kita

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kelmarin, selepas tengok wayang di Cineleisure, Mutiara Damansara, saya bersama isteri ke restoran Popeye@Louisiana Kitchen.

Sambil gigit paha ayam - entah mengapa tiba-tiba saya teringat Fara Fauzana - saya terfikir, sudah banyak restoran makanan segera dari luar masuk ke negara kita. Yang jual ayam goreng saja, sejak lama dulu ada KFC dari Kentucky, sekarang Popeye dari Louisiana. Saya pun tidak tahu Popeye sekarang jual ayam goreng kerana selama ini, saya sangka dia hanya makan bayam.

Kenny Rogers pula jual ayam panggang ala country yang saya agak, mungkin ala kampung. Agak-agaknya kalaulah hidangan kampung kita - jeruk maman atau ulam jering yang heboh dikaitkan dengan isu 'kapit' - dijual kepada orang putih, laku atau tidak?

Itu dari Amerika, yang dari negara jiran pun banyak. Selain ayam penyet dan ayam bakar Wong Solo, sudah lama kita ada ais bandung dan mi bandung. Jika ke Thailand, mintalah nasi goreng pattaya, ada atau tidak?

Berhenti seketika gigit paha ayam Fafau... oppps! Popeye, saya tanya isteri soalan yang saya tahu dia tak mampu jawab: "Agak-agaknya bila Sekinchan Ikan Bakar akan buka di New York?" Ya, sudah terlalu banyak jenama luar kita biar masuk walhal amat sukar bagi jenama kita untuk ke luar negara.

Sate Kajang Haji Samuri sudah berpuluh tahun masyhur di negara kita. Bukan Haji Samuri sahaja, dan bukan di Kajang sahaja, di Rawang, Sungai Buloh, di Hulu Klang malah di Kedah, pun ramai yang tumpang nama sate Kajang meskipun lembu, kambing atau ayam yang dibikin sate tiada pun asal-usulnya dari Kajang. Tapi Sate Kajang Haji Samuri belum juga ke luar negara!

Jika peniaga dari Kentucky dan Louisiana sudah mampu menerbangkan ayam mereka ke serata dunia, termasuk Malaysia, mengapa orang kita tak boleh?

Habis paha ayam saya gigit, saya ceduk pula jagung bermajerin yang sangat enak rasanya untuk menambah kolesterol dalam badan sambil tertanya-tanya, jagung itu dari Amerika atau dari kebun Cina di Kampung Baru Kundang?

Apakah masalah bahasa jadi punca makanan kita tidak diterima orang luar?

Katakan kita mahu hantar kuih-muih kita ke Eropah atau Amerika, pada bungkusan produk, dalam bahasa apa kita mahu tulis nama kuih itu?

Jika kita guna bahasa Inggeris bagi cucur badak, apakah kita boleh tulis 'fried rhino'? 'Jump and stab' bagi lompat tikam, 'ducks' shit' (tahi itik), 'elephants' ear' (telinga gajah atau kuih tiram) dan 'soaking hippo' (badak berendam)?

Kastam di sana tentu garu kepala dan menyangka kita hantar barang larangan. Ini juga pasti akan menebalkan lagi prasangka konon kita bangsa Asia yang beragama Islam ini orangnya ganas lagi pengotor. Itu belum lagi batang buruk.

Jika semua nama kuih seindah 'bathing princess' (puteri mandi), tak mengapalah tetapi mungkin pula kita dianggap pelucah.

Di kampung saya, Mahang, Kedah, cukup masyhur kuih yang kami panggil cucur balak. Bayangkan jika pada kotak itu kita tulis 'fried timber'. Mungkin akan ada yang sangka kita daripada keturunan gergasi pemakan pokok.

Seorang kawan saya penjual apam balik di tengah-tengah Kuala Lumpur boleh mengiakan bahawa masalah bahasa punca makanan kita sukar diterima oleh orang putih.

Suatu hari, gerai kawan saya itu didatangi sepasang pelancong asing yang bertanya akan nama kuih itu. Dia yang bahasa Inggerisnya pun ala-ala, langsung menjawab: "'Go back' apam!"

Sambil berkata "sorry", pasangan itu segera berlalu dengan wajah yang ketakutan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Polis tahan lelaki, rampas dadah disyaki heroin

KLUANG - Polis menahan seorang lelaki dan merampas enam paket plastik lut sinar dadah disyaki heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Kampung Paya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad, berkata lelaki tempatan berumur 52 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, kira-kira 2.30 petang selepas bertindak atas maklumat pengedaran dadah.

Menurutnya, enam paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 33.6 gram itu ditemui di dalam lipatan kertas surat khabar di dalam genggaman tangan kanan lelaki berkenaan ketika polis membuat pemeriksaan pada tubuh badannya.

"Suspek kini direman sehingga 28 Julai depan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohd Fawzi berkata pihaknya juga turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun dan merampas sejumlah dadah disyaki heroin dan syabu daripadanya di sebuah rumah di Taman Ria, Kahang, tiga hari lepas.

Menurutnya, lelaki yang sudah berkahwin tetapi tidak bekerja itu ditahan pada 12.10 tengah hari, hasil maklumat orang awam.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah menemui sebotol plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat 13.9 gram, sembilan paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin seberat lima gram dan 14 paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu seberat 3.7 gram yang diletakkan di atas sebuah meja.

"Lelaki itu menerusi soal siasat yang dilakukan memberitahu dadah berkenaan dibeli dari seorang lelaki yang dikenali sebagai ''Laga'' di Johor Baharu dengan harga RM2,000," katanya.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai tiga rekod berkaitan dadah kini direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bakal PM hanya tinggal dua orang?

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bakal PM hanya tinggal dua orang?

Siapa yang paling dipercayai oleh rakyat untuk memimpin negara ini selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti? Apakah kriteria penting yang bakal diperhatikan oleh majoriti rakyat sebelum mereka membuat keputusan siapa yang bakal mereka beri mandat?

Banyak kriteria penting yang harus difikirkan secara serius dan rasional oleh seluruh rakyat sebelum membuat pilihan. Hanya sikap serius dan rasional saja yang akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat.

Apa juga keputusan dan tindakan yang dilakukan secara emosional di dalam apa juga urusan pasti akan memberi hasil yang tidak baik. Dilema inilah yang sedang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat hari ini.

Rakyat sedang berperang dengan pemikiran sendiri. Pemikiran rakyat tercemar disebabkan lambakan maklumat yang tidak bertapis. Maklumat benar, separuh benar dan maklumat palsu datang bertali-arus dan bercampur-baur pada waktu yang sama.

Terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab dengan agenda masing-masing mencampakkan maklumat palsu, fitnah dan dusta.

Jika pemikiran rakyat sudah tidak rasional adalah dikhuatiri rakyat akan membuat keputusan berdasarkan kebencian dan prasangka buruk yang terbit hasil dari maklumat palsu dan separuh benar yang diperolehi dari laman web dan blog yang tidak ada krdebiliti langsung.

Jika maklumat yang dilambakkan secara tidak bertanggungjawab ini menjadi sumber rujukan rakyat dan diterima sebagai sesuatu yang benar, maka episod malang buat negara berkemungkinan besar akan benar-benar terjadi.

Jika majoriti rakyat menggunakan emosi dalam setiap percaturannya, tidak mustahil Barisan Nasional akan tumbang pada PRU-13 akan datang. Emosi inilah yang akan mengangkat segala berita palsu, fitnah dan pembohongan dari tahap sampah naik hingga ke tahap wahyu yang wajib dipercayai.

Sekarang cubalah nilai dan amat-amati dengan mengunakan akal yang suci dan waras tanpa mencampur-adukannya dengan sentimen parti, kebencian dan sikap prejudis. Apa, siapa dan bagaimana sebenarnya kepimpinan yang kita mahukan?

Apa corak dan jenis kerajaan yang kita mahu? Apakah sudah pasti dan terbukti corak dan jenis kerajaan yang kita impikan itu. Apakah pasti kerajaan yang kita impikan itu akan memberi faedah yang lebih baik kepada rakyat dari apa yang telah kita perolehi?

Bersyukur dengan apa yang ada adalah lebih dituntut oleh Allah dari sifat keluh kesah dengan apa yang Allah sudah diqadarkan oleh Allah setakat ini. Siapakah kalangan bijak pandai mahu menafikan bahawa Allah murka dengan golongan yang sentiasa berkeluh-kesah?

Perbilangan, "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" adalah lebih mudah difahami untuk mengkaji maksud ini.

Siapa pula yang paling layak untuk dipercayai, setakat pemimpin yang ada hari ini untuk diletakkan sebagai Perdana Menteri dan memimpin negara?

Haji Hadi? Anwar Ibrahim? Atau Najib?

Lim Kit Siang tidak mungkin kerana tiada mana-mana pemimpin cina pun yang akan sanggup menerima jika ditawarkan menduduki kerusi Perdana Menteri pada kedudukan hari ini.

Pandang dan suluhlah wajah ke tiga-tiga pemimpin melayu ini dengan mata hati yang ikhlas dan jujur.

Demi agama, bangsa dan negara, apakah pilihan yang ada pada kita selain dari muka-muka yang di atas?

Melainkan parlimen membuat "unprecedented move" memilih kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memilih selain dari wajah tiga pemimpin melayu ini untuk menjadi Perdana Menteri, maka akan diperolehilah oleh rakyat Malaysia PM selain dari mereka.

Kajilah dari segenap sudut akan kelebihan, kekangan dan kelemahan kalangan yang tiga ini kerana parti-parti yang bertanding nanti hanya akan menawarkan 2 dari 3 pemimpin melayu ini untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.

Yang seorang lagi bergantung kepada mahkamah yang bakal memutuskan kes bela dirinya. Jika didapati bersalah, maka pilihan kepada rakyat hanya kepada Haji.Hadi dan Najib?

Dipetik daripada blog Kepal Nasi, Kepal Beras (Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (2004 - 2008), Kamarulzaman Kamdias)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Khamis, 21 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar reka Ferrari

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pelajar reka Ferrari MARANELLO - Tiga pelajar Korea Selatan, memenangi peluang sekali seumur hidup untuk membantu mereka bentuk kereta mewah Ferrari.

Pelajar dari Universiti Hongik di Seoul itu, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Ferrari Dunia 2011, selepas berjaya dalam menyahut cabaran pengeluar kereta hebat itu untuk membayangkan bagaimana reka bentuk Ferrari pada masa hadapan.

Rekaan digelar Eternity itu, adalah cetusan idea hebat Kim Cheong Ju, Ahn Dre dan Lee Sahngseok.

Sebanyak 400 penyertaan oleh pelajar daripada 50 sekolah reka cipta dan universiti di seluruh dunia berentap dalam pertandingan itu.

Australia rampas keuntungan banduan

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Australia rampas keuntungan banduan SYDNEY - Pihak pendakwa raya Australia semalam memulakan tindakan undang-undang untuk merampas keuntungan penjualan buku hasil tulisan seorang banduan di penjara tentera Teluk Guantanamo, Cuba.

Buku tulisan David Hicks berjudul Guantanamo, My Journey itu diterbitkan tahun lalu, berdasarkan pengalamannya di pusat tahanan itu selama enam tahun dari 2001 hingga 2007.

Mengikut undang-undang Australia, seseorang individu tidak berhak memperoleh bayaran daripada kes jenayah sekali gus menghalang penjenayah mengumpul keuntungan dengan menulis mengenai kesalahan mereka.

Jualan buku itu dilaporkan, mendapat sambutan hangat di Australia dan telah dijual melebihi 30,000 naskhah.

Hicks menjadi individu pertama disabitkan bersalah oleh tribunal jenayah perang Amerika Syarikat kerana menyokong kegiatan pengganas selepas ditahan di Afghanistan pada penghujung 2001.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tujuh premis musnah terbakar

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tujuh premis musnah terbakar GEORGETOWN - Keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan kira-kira 500 tong gas dari sebuah stor di Lebuh Bakau menyelamatkan sebuah kampung daripada musnah dalam satu kebakaran melibatkan tujuh deretan kedai awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi menyebabkan keadaan menjadi kecoh selepas orang ramai menyedari stor yang berada hampir 50 meter dari kawasan kebakaran masih lagi berkunci.

Keadaan itu memaksa anggota bomba memecahkan pintu stor berkenaan bagi membolehkan kesemua tong gas dibawa keluar bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kesemua tong gas yang disimpan berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

"Tindakan pantas anggota bomba dan orang awam berjaya menyelamatkan keadaan dari bertambah buruk kerana api merebak dengan begitu cepat.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang membantu kami dalam operasi pemadaman kebakaran selain tindakan pantas bomba sukarela dan polis yang mengawal keadaan," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Mengulas mengenai kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah, bengkel kereta, bengkel motosikal, bengkel mengecat kenderaan, bengkel besi dan kedai kayu itu, Razam berkata, bilik kawalan Balai Bomba Jalan Perak menerima panggilan kebakaran pada jam 1.31 pagi.

Beliau berkata, pasukannya tiba empat minit kemudian dengan kekuatan 50 anggota dan lapan jentera yang bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika anggota tiba, api sedang marak dan merebak pantas kerana kebanyakan struktur kedai itu dibina daripada kayu .

"Disebabkan terlalu banyak jentera yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk lapan jentera dari pasukan bomba sukarela menyebabkan tekanan air menjadi perlahan. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.48 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Razam berkata, Unit Siasatan Kebakaran (FIO) masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Selain itu, bomba akan menyiasat sama ada kesemua tong gas yang disimpan di stor berhampiran lokasi kejadian mempunyai kelulusan penyimpanan di kedai itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Ibu cari anak ikut dua lelaki

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ibu cari anak ikut dua lelaki IPOH – Walaupun berlaku perselisihan faham antaranya dengan anak, seorang ibu yakin perkara itu bukan penyebab anaknya menghilangkan diri.

"Memang anak saya ada membawa beberapa helai pakaian bersamanya ketika menghilangkan diri.

"Tetapi saya percaya perselisihan faham itu bukan penyebab dia lari kerana sebelum ini kami pernah berselisih faham dan dia tidak pernah melarikan diri dari rumah.

"Laporan polis telah dibuat pada Ahad mengenai kehilangan Sin Ping dan saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera melaporkan kepada polis," katanya.

Ding Bee Jin, 33, berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diaturkan oleh Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn dalam usaha mengesan anaknya itu, di sini semalam.

Anak Bee Jin, Oh Sin Ping, 15, seorang pelajar Tingkatan Tiga dilaporkan hilang sejak seminggu lalu dikatakan dilihat jiran menaiki sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki dan seorang perempuan kira-kira jam 11 malam, Jumaat lalu.

Kehilangannya disedari Bee Jin, selepas mendapati anak perempuan sulungnya dari lima beradik itu tiada di rumah di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di sini, ketika pulang daripada berniaga pada jam 4 pagi.

Bee Jin mengesyaki perkara buruk menimpa anaknya apabila Sin Ping menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) serta catatan laman sosial Facebook miliknya kepada guru dan rakan memaklumkan dia selamat dan tidak perlu risau.

"Apa yang dilakukan itu (SMS dan Facebook) itu bukanlah satu kebiasaan yang dilakukan Sin Ping. Saya cukup mengenali sikap dan perwatakannya.

"Tindakan Sin Ping yang tidak menjawab panggilan saya selepas berpuluh kali menghubunginya dan perbuatan menghantar SMS itu membuatkan saya merasa dia ditimpa sesuatu yang buruk," katanya.

Sementara itu, Ko Youn meminta orang ramai membantu dalam pencarian mangsa dan segera menghubungi polis atau keluarga mangsa di talian 016-5584282 jika mempunyai maklumat mengenainya.

Selangor lancar slogan baru

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Selangor lancar slogan baru SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan melancarkan slogan baru Selangorku pada Ahad ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, slogan itu adalah kesinambungan program 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' dan 'Hasil Negeri untuk Rakyat' yang dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Mac 2008.

Menurutnya, selepas dilancarkan, slogan terbabit akan digunapakai untuk urusan rasmi melibatkan Kerajaan Negeri dan anak syarikatnya.

"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama-sama bertanggung jawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggung jawab.

"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," katanya.

Abdul Khalid berkata, sempena pelancaran terbabit, pelbagai aktiviti menarik disediakan secara percuma kepada pengunjung seperti pertandingan futsal, pocket bike, pony ride dan gerai jualan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan mengedarkan 40,000 kupon percuma bernilai RM5 kepada pengunjung untuk membeli makanan dan minuman di gerai disediakan.

Oleh yang demikian, seluruh rakyat Selangor dijemput hadir pada program pelancaran yang bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Dalam pada itu menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelbagai aktiviti dianjurkan di i-City yang boleh menarik ramai pengunjung namun haruslah bersesuaian dengan imej Bandar raya Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri perlu menerima keadaan ini (keterbukaan dan perbezaan penerimaan) dan akan memantau perkara ini dengan lebih tertib.

"Walaupun Selangor adalah negeri maju tetapi ia tidak hilang dari segi pengertian, bentuk budaya dan cara hidup terutamanya cara hidup masyarakat Islam di Selangor. Jadi kami menerimanya," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Kerajaan Negeri berhubung memorandum yang dihantar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang meminta status i-City diperjelaskan.

Beliau berkata, langkah yang dibuat Ahli Parlimen itu menunjukkan perasaan masyarakat Islam terutamanya di Shah Alam yang khuatir kesan negatifnya walaupun kesan positifnya ada.

"Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut, kita merasakan mereka juga ada sebab yang mereka rasa khuatir tentang kesan kebudayaan, western influence in the way of life.

"Kita akan bersama memantau supaya tidak memberikan kesan yang buruk kepada aktiviti pelancongan dan aktiviti belia. Fokus MTV adalah belia, kita anggap belia lebih matang dan menerima keadaan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anugerah suntik semangat

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Anugerah suntik semangat KUALA TERENGGANU - Tiga atlet lumba basikal kebangsaan, Anuar Manan, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menyifatkan penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Ahli Mahkota Terengganu (AMT) kepada mereka sebagai penyuntik semangat untuk merangkul kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Anuar, 25, berkata, anugerah daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu adalah satu penghargaan yang amat besar buatnya.

Menurutnya, dia amat gembira dihargai baginda dan penghargaan itu adalah satu perangsang semangat untuknya pergi lebih jauh dalam arena lumba basikal.

Manakala, Azizulhasni, 23, pula berkata, pengurniaan darjah itu akan dijadikan perangsang bagi meraih emas di Sukan Olimpik, London tahun depan.

Katanya, dia akan kembali ke Melbourne, Australia dua hari lagi untuk menyambung sesi latihan yang tertangguh selama lima bulan kerana menjalani rawatan pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan betis kirinya ketika beraksi pada Piala Dunia Klasik di Manchester, England, Februari lalu.

"Saya akan berlatih di sana sehingga ke Olimpik dan anugerah hari ini (semalam) adalah pemangkin semangat untuk saya lakukan yang terbaik untuk mendapatkan emas di kejohanan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-49 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

Sementara itu, Fatehah, 22, yang turut berkongsi kegembiraan itu berkata, dia kini giat berlatih di Melbourne untuk persiapan Olimpik dan kejohanan Piala Dunia di Kazakhstan pada November depan.

Menurutnya, anugerah yang diterimanya itu penghargaan paling besar sepanjang hidupnya.

Ketiga-tiga atlet itu adalah antara 17 penerima anugerah AMT daripada Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved