Ahad, 17 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mahkluk halus tumpang solat

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mahkluk halus tumpang solat BATU PAHAT - Terkejut, pelik, tergamam dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus.

Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.

Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.

Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.

Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.

"Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.

"Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.

"Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap 'mereka' hanya menumpang solat," katanya kepada Sinar Harian.

Kain batik lepas terbentang sendiri

Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.

Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.

"Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.

"Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.

"Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia," katanya.

Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.

Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga rumah teres setingkat hangus

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiga rumah teres setingkat hangus PETALING JAYA - Tiga rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian kira-kira RM400,000 di Jalan 14/3, Seksyen 14, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera dari Balai Seksyen 7 dan Balai Jalan Penchala.

Ketua balainya, Esa Aini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada terus merebak.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.10 tengah hari.

"Kebakaran bermula dari rumah tengah sebelum merebak ke rumah sebelah kiri dan kanan.

Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kejadian, tetapi pasukan unit forensik sedang menyia-sat punca kebakaran berkenaan.

Esa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian penghuni sempat menyelamatkan diri.

Wanita hamil lapan bulan maut

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wanita hamil lapan bulan maut KULIM - Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan pembantunya cedera apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian, manakala suaminya Norhusaini Normadi, 26, dan pembantunya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu Norhusaini dirempuh sebuah lori pasir ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Tayar lori pasir yang datang dari Taman Angsana itu meletup sebaik tiba di selekoh Taman Selasih mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu," katanya, semalam.

Difahamkan, ketiga-tiganya dalam perjalanan ke masjid Junjung untuk menghantar makanan.

"Jentolak digunakan untuk mengangkat lori yang menghempap kenderaan terbabit.

"Pasukan bomba terpaksa memotong bumbung kereta itu untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang dan berada dalam keadaan tertiarap serta ditimbus pasir," katanya.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang hamil lapan bulan maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ghuzlan berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap berbahasa: Bahasa Melayu, Inggeris

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Perbincangan tentang bahasa Melayu dan Inggeris tampaknya tidak mudah tiba pada pengakhirnya. Hal ini kerana kedua-dua bahasa tersebut amat penting dalam konteks Malaysia. Apabila kita membaca setiap pandangan dalam polemik yang panjang ini, kita dapati isinya tidak begitu ditambah-tambah. Perkara yang diulang-ulang ialah emosi dan sindiran.

Perbahasan diteruskan, serentak dengan itu kemajuan penggunaan dan pembelajaran kedua-dua bahasa itu tetap diusahakan, baik oleh institusi pendidikan swasta, mahupun Kementerian Pelajaran.

Dalam tutorial lepas, saya sebutkan tentang yuran agak mahal untuk kursus bahasa Inggeris, iaitu melebihi RM1,000 untuk sebulan. Anak-anak muda masih sanggup ke institusi berkenaan, kerana yakin bahasa Inggeris akan membawa mereka ke arah kemajuan. Ibu bapa yang mampu tidak keberatan, anak-anak itu dahagakan ilmu, dan yang mahu dikuasainya ialah bahasa Inggeris. Ini tidak berbeza daripada ilmu lain, misalnya Biologi, Sejarah, Teknologi Maklumat dan banyak lagi.

Nilai yang diberikan kepada bahasa Inggeris cukup tinggi atas alasan pekerjaan. Jika pejuang bahasa Melayu betul-betul ingin menaikkan nilai bahasa Melayu mengikut jalan sama, maka segi pekerjaanlah yang perlu difikirkan secara serius. Ambil hakikat ini: Pertama, pemegang ijazah mahir bahasa Inggeris akan memperoleh pekerjaan lebih cepat, dan pangkatnya lebih tinggi berbanding pemegang ijazah yang sama, tetapi tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik. Kedua, terdapat pemegang diploma berjawatan lebih tinggi (atau gaji besar) daripada pemegang ijazah, kerana si pemegang diploma mahir berbahasa Inggeris. Ini berlaku di firma-firma.

Mungkin sukar untuk pejuang bahasa Melayu mendapatkan jalan sama buat masa ini. Dari segi politik, kita sering mendengar kecintaan kepada bahasa Melayu dalam gaya palsu melalui percakapan ahli politik dan pemimpin lain di televisyen dan pada majlis-majlis ceramah.

Apakah sikap kita terhadap perkara ini?

Bagi saya senang sahaja, jangan bersikap sinis. Pelajarilah ciri-ciri bahasa Inggeris yang menimbulkan rasa cinta orang kita, dan orang lain juga. Saya ada moto, "bahasa Melayu kita cintai, bahasa Inggeris kita hargai", dengan makna tertentu. Kamal Shukri Abdullah Sani (Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) membawa moto "bahasa Melayu di junjung, bahasa Inggeris dikendong". (Berita Harian, 14 Julai 2011). Kamal Shukri hairan, mengapakan orang terlalu takut kalau-kalau tersilap berbahasa Inggeris, sedangkan mereka tidak bimbang jika tersilap dalam berbahasa Melayu? Orang merasakan bahasa Melayu berada di tahap alat komunikasi biasa, yang tidak memberatkan kata dan sistem berwibawa.

Telah saya sarankan dalam tulisan yang lepas, nilai tinggi bahasa Melayu berada dalam buku dan makalah-makalah ilmiah. Apabila orang menganggap mempelajari bahasa Melayu itu bererti mencari atau mendapatkan ilmu tinggi, maka orang akan menghargainya. Kita, (ertinya saya, Kamal Shukri, Rejab F.I., Zakaria Ariffin) dan sederet nama yang panjang, tidak akan berjaya di mana-mana peringkat pun, jika kita melaung di tahap emosi. Sayangilah orang berbahasa Inggeris (seperti Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Ketua PAGE (Parent Action Group for Education), seperti mana kita sayangi orang berbahasa Melayu.

Satu hal yang agak sering diulang-ulang ialah penamaan bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Terdapat pekeliling meminta kita menggunakan Bahasa Malaysia untuk urusan rasmi. Kamal Shukri dalam tulisan sama menyatakan bahasa Melayu itu betul, manakala bahasa Malaysia adalah salah. Namun Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Norhashimah Jalaludin menyebutkan Bahasa Malaysia, dan sekali pun tidak menyebut bahasa Melayu dalam tulisannya (New Straits Times, 19 April 2011).

Bagi saya, perkara itu kecil. Bahkan, apabila Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Padang Besar, Shapie Derani, mengatakan bahasa Melayu ialah bahasa zaman Semenanjung Tanah Melayu, manakala Bahasa Malaysia ialah bahasa zaman tertubuhnya Malaysia, saya lihat ada benarnya. Hal-hal seperti ini tidak memerlukan rujukan perlembagaan. Tingkatkan bahasa kita ini, bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, agar ia sejalan dengan bahasa Inggeris, walaupun kita mungkin berjaya dalam masa 300 tahun lagi.

Najib, Nik Aziz, Yingluck

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Niat baik tidak mesti membawa kita kejayaan apa lagi masuk syurga. Penguasaan ilmu lebih penting dari mengetahui tatabahasa! Sebaik-baiknya kedua-dua lah. Tanpa pengetahuan apa yang kita boleh tulis atau sampaikan walaupun bahasa/ejaan/idiom kita betul?

Ingatan saya cepat kembali pada tahun 1959: Tun Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan saya wartawan Straits Times Singapura bertugas di Kuala Lumpur. Sebelum pilihan raya umum 1959 – iaitu PRU pertama selepas merdeka; PRU pertama pernah berlaku di Tanah Melayu ialah tahun 1955 – Timbalan Perdana Menteri telah menolak cadangan dan desakan Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang berpengaruh itu agar Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Sebabnya simple dan munasabah sungguhpun tidak bijak dari segi politik: mana boleh sebuah institusi rendah melatih guru-guru sekolah rendah atau primary schools dalam Bahasa Melayu menjelma sebagai institusi pengajian tinggi? Sistem pendidikan seperti tentera, perkhidmatan awam juga organisasi media bertata tingkat: dengan peringkat-peringkat kuasa, taraf – dari yang paling rendah hingga kepada yang tertinggi. Negara kita, seperti United Kingdom, tegas Speaking: 'a hierachical society.' Apa pun di mana pun: dari sekolah rendah ke sekolah menengah, menengah atas, kolej, universiti kolej, universiti dan akademi. Di media – pemberita, ketua pemberita, penolong editor, pengarang, penulis lidah pengarang, ketua pengarang, pengarah urusan dan pengerusi.

Zaman itu kita hanya ada dua tiga kerat saja pensyarah universiti anak Melayu antaranya Ungku Aziz. Mana bisa mahu ada sebuah universiti yang bahasa pengantarnya Bahasa Melayu? Syukur Alhamdulillah, sesudah lama diperjuangkan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya tertubuh atas kehendak Tun Razak (kerana desakan dan kepentingan politik bukan sebab pendidikan dalam Bahasa Melayu!). Tunku Abdul Rahman dan Khir Johari tidak berapa senang tetapi turut kehendak Biro Politik UMNO yang berpengaruh dan berkuasa serta dipengerusikan oleh Tun Razak. Antara anggotanya yang terpenting ialah Tun Ismail dan Khir Johari. Tun Ismail, setelah berbincang empat mata dengan Tun Razak, menyokong pendirian Tun Razak. Lama setelah UKM berjaya barulah SITC dinaikkan tarafnya kepada universiti.

Antara akibatnya – menolak keinginan Kesatuan Guru-Guru Melayu – UMNO kalah teruk di Terengganu dan Kelantan di tangan Pas tahun 1959. Guru-guru Melayu di bawah kepimpinan Cikgu Mohd Nor Ahmad dari Pulau Pinang, majoriti tokoh UMNO yang terdiri dari guru 'memberontak' dalam pilhan raya itu. Ramai juga sebelum dan selepas pilihan raya itu berhijrah kepada Pas. Waktu penubuhan UKM dibincangkan dalam Biro Politik UMNO – Musa Hitam, setiausaha kerja UMNO dan saya sebagai setiausaha politik Tun Razak hadir atas nama jawatan – Tun Razak dan Tun Ismail tidak mahu peristiwa krisis antara UMNO dan guru-guru Melayu berulang maka penubuhan UKM direstui dan kerajaan diarah melaksananya secepat mungkin. Lagipun pada perkiraan Biro Politik masanya sudah sampai 'dan kena' kata orang Kelantan.

Ilmu kuasa – knowledge is power. Pengetahuan mesti dikejar. Madah Speaking: 'good genes can give an edge, but the right learning/working environment benefits a man or a woman – gen yang baik menyumbang kepada kualiti yang diwarisi. Persekitaran pendidikan/tempat bekerja juga membantu...'

Dalam kolum saya, 21 Januari 2010, saya telah menggunakan istilah REALPOLITIK – sebutan real – pol – i – tik, asal bahasa Jerman yang telah lama diserap ke dalam Bahasa Inggeris ditukar oleh seorang penyunting (saya diberitahu seorang graduan sebuah universiti di utara tanah air) kepada realpolitics. REALPOLITIK (bukan realpolitics) bermakna kekuasaan bergantung semata-mata kepada kuasa totok dan keadaan masa, buka pada falsafah atau idealisme atau moral bagi mencapai kejayaan/matlamat. Minggu lepas kesalahan yang sama berulang. Kata Speaking: 'the same mistake was repeated!' Yang jelas salah sebab keralatan saya sendiri ejaan 'reconcilliation' (salah) dalam kolum itu tidak pula dibetulkan padahal ejaan sebenar perkataan itu hanya satu L sahaja (reconciliation). Apa pun, kalau berwaswas, check lah; kalau tak tahu, tanyalah atau hubungi kolumnis atau rujuk pada fail lama atau kamus! Sesungguhnya kerja kuat, rajin membaca menyumbang kepada bakat.

Demonstrasi BERSIH telah selesai. Semua pihak mendakwa hajat masing-masing tercapai! Kalau saya Perdana Menteri walaupun minda cetek, saya akan melakukan perhitungan politik yang amat salah jika saya mengadakan PRU 13 secara terkejut atau snap polls. Apabila Parlimen dibubar hak mutlak PM (dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong). Adalah prerogatif Tuanku untuk memilih siapa perdana menteri dan bila Parlimen dibubarkan. Siapa berjaya petang Sabtu 9 Julai akan ditentu oleh pengundi dalam pilihan raya umum sama da diadakan tahun depan atau 2013. Saya tidak jangka PRU 13 akan berlangsung pada 11.11.11 atau tahun ini. Perdana Menteri Najib bukan naif, bukan kavalier (tidak berfikir panjang); dia pemimpin yang berhati-hati seperti ayahnya dalam percaturan politik.

Tok Guru Nik Aziz menegaskan dia sokong Bersih dan sedia menunjangkan Bersih yang akan datang. Tambahnya, rakyat perlu diberi peluang dan kebebasan meluahkan perasaan tanpa sekatan. Bisa macam kita berlalu di Mekah dan Saudi Arabia, Tok Guru? Saya juga, seperti Tok Guru, mahu masuk syurga. Siang malam berdoa semoga dosa diampuni-Nya dan diberi pahala pada apa yang saya lakukan yang diperkenankan-Nya. Bagi mencapai keinginan ini kita mesti bersih peribadi, politik, pentadbiran kerajaan, agama, bisnes, media, urusan kewangan, pembahagian zakat hanya pada yang berhak. Menunaikan semua perintah Allah termasuk amal jariah, meninggalkan wang dan harta untuk digunakan bagi pendidikan dan kesempurnaan hidup ummah. Ramai solat tetapi tidak ramai pula yang meninggalkan umpat mengumpat, caci mencaci, gosip, fitnah, hasad dengki, rasuah dan seks haram dan yang berpoligami pula jarang adil! Menipu, merompak, membunuh dan menafikan hak-hak rakyat berleluasa! Dan mempersekutukan Allah Taala!

Yingluck, bakal Perdana Menteri Thailand, belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Thailand dia memenangi kerusi Parlimennya. Kita di Malaysia, si pemenang boleh tubuh kerajaan keesokan harinya! Baiknya kita! Di Thailand, walaupun Yingluck dan sekutunya, menang dan kontrol 3/5 anggota Parlimen yang berjumlah 500 itu belum dapat melakukannya. Perdana Menteri Thailand hanya boleh dilantik selepas Parlimen bersidang dan Speaker dipilih – kedua-dua memerlukan masa dua bulan setelah semua pemenang diperakui oleh SPR. Kita di Malaysia lantik PM dahulu. Speaker kemudian! Hebat dan untungnya kita!

Demokrasi ada berbagai bentuk – demokrasi berparlimen, demokrasi ala presidential dan demokrasi ala komunis; demokrasi ala Singapura, ala kita dan Thailand. Sebagai demokrat kita harus faham atas prinsip-prinsip demokrasi ala masing-masing kalau tidak jangan bertanding dalam pilihan raya yang diagak dan dilihat tidak telus serta adil!

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sabtu, 16 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Memahami islam dengan baik

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Memahami islam dengan baik

Kefahaman Islam yang sebenar adalah asas kemantapan perjuangan Islam. Ahli Pas mesti memahami agama dengan baik, supaya ia dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Jika kita sendiri gagal untuk memahami Islam yang sebenar, maka kita sukar untuk mendekatkan manusia lain kepada perjuangan.

Sekurang-kurang mesti menguasai perkara asas bagi meyakinkan orang kepada perjuangan yang kita bawa, kerana perjuagan Pas bukan menjanjikan kebendaan sebaliknya menjanjikan perkara sam'iyat (yang tidak nampak).

Sekiranya kita gagal memahami perkasa asas bagaimana ia hendak menyampaikan fikrah perjuangan kepada masyarakat. Seperti pepatah Arab "Seorang yang faqir ia tidak boleh memberikan sesuatu"

Mereka mencari orang-orang agama yang boleh dijadikan kuda tunggangan supaya menghalalkan segala bentuk kezaliman dan perkara yang bertentangan dengan agama. Maka petugas Pas mesti menguasai ilmu ini sebagai benteng pertahanan untuk menangkis diayah ini.

Semuanya ini memerlukan keyakinan, tawakkal kepada Allah di samping ilmu pengetahuan. Tanpa senjata ini kita akan kecewa dan meraba-raba dalam menjalankan tugas yang berat ini.

Program untuk memahamkan masyarakat ini boleh dijalankan melalui dakwah 'ammah (umum) seperti kuliah, ceramah, muzakarah, risalah. Mesejnya jelas iaitu untuk memahamkan kepada mereka tentang Islam yang syumul bukan sahaja "Islam Hadhari" yang tidak bertolak daripada asas akidah.

Maka diharapkan kepada semua ahli menguasai ilmu secara berterusan dan tidak boleh berpada dengan apa yang ada sahaja.

Di zaman serba bermaklumat dan dunia tanpa sempadan maka penguasaan ilmu dan pemahaman agama yang mantap adalah asas. Zaman mu'tazilah moden yang pakai akal tanpa wahyu, rasioanal tanpa al-Quran, logik tanpa al-Sunnah. Maka da'i yang tegar dengan pegangan agama sahaja yang mampu untuk melawan kesesatan ini.

Oleh itu semua petugas di jalan Allah daripada semua peringkat samaada yang bergelar pemimpin sampai pengikut biasa hendaklah bersedia untuk mendalami ilmu agama untuk meyakinkan apa yang kita bawa.

Kita hendaklah berusaha daripada semasa kesemasa tanpa jemu. Kerana ilmu hari ini berkembang seperti kilat , sekiranya kita tidak bersedia untuk "up date" kita punya maklumat maka, akan tertinggal kebelakang

Semua ahli mesti bersedia untuk memenuhi majlis ilmu yang diadakan dimana sahaja, supaya kita dapat menjadi ahli Pas yang mempunyai nilai tambah.

Guru yang kita hendak menadah kitab biarlah mereka yang mursyid yakni guru yang boleh memberi petunjuk kepada perjuangan, bukan hanya berteori di dalam surau dan masjid sahaja.

Kita tidak mahu mereka hanya berteori dan tidak turun bergelomang dengan perjuangan yakni bersama meneroka medan dan kerja lapangan di dalam jamaah.

Minimum standard biarlah mereka ini membimbing kuliah dan menjadi naqib di dalam program Pas, kalau pun mereka tidak mahu berada di atas pentas Pas untuk berceramah.

Atau pun sekurangnya mereka ini memimpin cawangan dan terlibat dalam organ parti. Guru seperti inilah baru kita dapat melihat bagaimana ruh jihad akan menular kepada muridnya.

Dipetik daripada blog Idris Ahmad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan

KUALA LUMPUR - Tiga orang maut iaitu seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata, tujuh lagi mangsa yang cedera parah turut menaiki kenderaan tersebut, dipercayai dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban.

Menurutnya, Zulkifle Zainul, 29 dan anaknya Mohd Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bantah projek lereng bukit

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bantah projek lereng bukit BAYAN LEPAS- Projek yang ditolak sebanyak 11 kali ketika Pulau Pinang dipimpin Barisan Nasional (BN), kini Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) meluluskannya. Itulah antara 'persoalan besar' yang membelenggu penduduk Taman Desaria di Sungai Ara, Bayan Lepas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Membantah Projek Persatuan Penduduk Desaria (DRRA), K S Yeoh berkata, Kerajaan Negeri yang terdahulu menolak projek perumahan di lereng bukit di kawasan itu berikutan bimbang dengan keselamatan penduduk serta beberapa faktor lain.

"Projek itu telah ditolak sebanyak 11 kali oleh Kerajaan BN dahulu kerana khuatir dengan faktor keselamatan penduduk tetapi sebaliknya, Kerajaan DAP Pulau Pinang pula telah meluluskannya pada Disember 2009.

"Pemaju projek itu pada asalnya mencadangkan pembinaan 63 rumah jenis semi D di kawasan lereng bukit tetapi tidak diluluskan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan BN ketika itu," katanya kepada media sebelum satu bantahan aman oleh lebih 20 penduduk taman perumahan itu terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), semalam.

Menurutnya, bantahan terhadap projek itu berikutan cadangan pembangunan itu membabitkan tahap kecerunan melebihi 35 darjah di beberapa kawasan, sekali gus melanggar peraturan binaan struktur.

"Peraturan binaan struktur menetapkan syarat bahawa pembangunan mesti di atas tanah yang tidak membabitkan ketinggian melebihi 76 meter dan kecerunan tidak melebihi 25 darjah. Bagaimana semua faktor itu boleh diketepikan MPPP dan apa yang lebih mengejutkan, mengapa secara tiba-tiba projek itu diluluskan apabila pemaju mengubah pelan pembinaan rumah dari 63 buah rumah kepada 51 buah rumah?

"Mereka tidak memikirkan keselamatan kami yang mendiami kawasan ini. Kami sentiasa dalam keadaan risau setiap kali hujan berikutan khuatir jika tanah atau pasir jatuh. Kami meminta agar perkara ini dipandang serius kerana ia melibatkan keselamatan penduduk di sini, jangan sudah berlaku insiden yang tidak diingini baru nak bertindak," katanya.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh pernah berlaku beberapa kali di kawasan itu pada tahun 2008 serta tahun lalu terutama apabila hari hujan.

"Kita ada buat bantahan secara bertulis berhubung kelulusan projek berkenaan sebelum ini iaitu pada 20 Disember tahun lalu namun sehingga kini, tiada maklum balas yang diterima daripada Lembaga Rayuan MPPP," katanya.

Difahamkan, penduduk telah berjumpa dengan ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim, Disember lalu dan Exco Perumahan negeri, Wong Hon Wai, bulan lalu.

Ibu menjerit

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Ibu menjerit IPOH – "Cukuplah sebelum ini saya pernah kehilangannya dua tahun, saya tak mahu kejadian sama berulang kembali," rintih seorang wanita berusia 50-an yang merayu agar anaknya yang diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dilepaskan.

Bukan setakat itu, ibu malang terbabit menjerit seolah-olah seperti terkena histeria ketika merayu pihak berkuasa melepaskan anaknya.

Anaknya yang hanya dikenali sebagai Siti, 23, ditahan selepas disyaki terbabit dalam gejala penagihan dadah pada satu operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kinta yang diadakan baru-baru ini.

Gadis itu ditahan kira-kira jam 10 malam berhampiran kawasan perniagaan Gerbang Malam selepas didapati merayau dalam keadaan mencurigakan.

Ibu kepada gadis berkenaan kemudiannya tiba di perkarangan ibu pejabat penguat kuasa MBI bagi menuntut anaknya yang ditahan sebelum itu.

Menurutnya, sebelum ini anaknya pernah ditempatkan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan selama dua tahun kerana menagih dadah jenis ganja.

Pegawai JKM Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir yang ada di pejabat berkenaan cuba menenangkan wanita terbabit dan meminta supaya bertenang dan bersabar sebelum anaknya dikembalikan semula.

Wanita itu yang datang bersama cucu lelakinya bersabar sementara menanti ujian air kencing dilakukan petugas AADK.

Sinar Harian difahamkan, wanita terbabit adalah penerima bulanan bantuan JKM di samping menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung hidup.

Dalam perkembangan sama, Siti yang ditahan di dalam dewan bersama beberapa penagih dadah lain diarah memberikan sampel air kencing sebelum ujian dadah dilakukan.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing sang dijalankan gadis itu didapati negatif dan beliau dibebaskan kira-kira sejam kemudian.

Beliau menyesal di atas perbuatannya dan tidak mahu terbabit dengan gejala dadah yang sering menyebabkan ibunya tertekan.

"Saya tak mahu lagi masuk ke dalam Pusat Serenti. Saya kini mahu membantu ibu meneruskan hidup dengan berniaga," katanya.

Trauma diculik lelaki bertatu

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Trauma diculik lelaki bertatu

KUALA LUMPUR - "Kalau terdengar bunyi tapak kasut atau orang berjalan, saya jadi takut, bimbang ada orang mengekori dan cuba culik saya seperti kejadian Rabu lalu," kata Dania Syazwana Azahar, 10, ketika ditemui di rumahnya di perumahan flat, Taman Sentul Utama, semalam.

Terdahulu, kanak-kanak itu yang baru pulang dari sekolah dilarikan seorang lelaki ketika berada depan rumah, sebelum menjadi 'tahanan' selama tiga jam berdekatan belakang sebuah kedai pengantin, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Walaupun sudah tiga hari berlalu, mangsa (Dania) berkata, dia masih trauma dan akan meninjau keadaan sekeliling setiap kali hendak pulang ke rumah atau berjalan seorang diri.

Ketika ditanya berhubung kejadian, mangsa memberitahu dia pulang bersendirian selepas habis sekolah dan ditarik oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang membuka pintu rumah.

Katanya, kejadian berlaku terlalu cepat dan dia tidak dapat mempertahankan diri atau meminta bantuan kerana mulutnya ditekup lelaki terbabit yang menariknya turun melalui tangga di tingkat enam terbabit.

"Saya hanya perasan lelaki itu ada tatu di lengan dan ketika saya dilarikan ada orang yang nampak tapi mereka buat tidak tahu. Saya tak boleh jerit minta tolong dan sewaktu melalui taman permainan saya terjatuh sehingga kaki dan siku saya terluka.

"Lelaki itu panggil kawan-kawannya untuk ikat tangan saya dan tutup mulut dengan pita pelekat," katanya.

Mangsa berkata, dia bagaimanapun lega apabila terdapat seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan tempatnya dikurung memberi bantuan sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

Sementara itu bapa mangsa, Azahar Ahmad, 41, berkata, dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk menimpa anak perempuan sulungnya.

Menurutnya, dia sangat berterima kasih dengan lelaki yang tidak dikenali yang sanggup membantu menyelamatkan anaknya dalam kejadian Rabu lalu.

"Sekurang-kurangnya dengan pertolongan dia, Dania terselamat daripada jadi mangsa seperti kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar dan Nurin Jazlin Jazimin beberapa tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Azahar berkata, sudah hampir dua tahun, Dania dan adiknya berusia sembilan tahun dibiarkan pulang ke rumah sendiri kerana dia dan isteri bekerja.

"Saya dan isteri memang bimbang untuk biarkan mereka pulang sendiri ke rumah, tetapi kami tiada pilihan lain kerana masing-masing bekerja. Kami cuma dapat minta jiran bersebelahan yang ada di rumah untuk tengokkan anak kami," katanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi.

Menurutnya, dia percaya lelaki yang melarikan anaknya mungkin sudah membuat intipan awal kerana dia tidak menggunakan lif yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebaliknya memilih untuk gunakan tangga dalam kejadian itu.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan anaknya malam kelmarin dan dia menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan bagi mengesan individu terlibat yang dipercayai didalangi sindiket tertentu.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved