Sabtu, 16 Julai 2011

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Negeri kedua

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Negeri kedua

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka menjadi negeri kedua menggunakan dinar dan dirham iaitu mata wang emas dan perak secara meluas dalam uru-san jual beli selepas pelaksanaan sistem tersebut di Kelantan.

Atas kesungguhan untuk melihat penggunaan diperluaskan, Dewan Muslimat Pas Pusat telah melancarkan sistem mata wang syariah tersebut di kawasan Kuala Terengganu sebagai usaha mengembangkan penggunaannya yang terkenal di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah.

Ketua Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat Pas Pusat, Wan Ubaidah Umar berkata, selain dalam urusan jual beli, pihaknya turut menggalakkan penggunaan tersebut untuk pemberian mas kahwin dan pembayaran zakat.

"Kita akan lantik Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu sebagai wakalah atau pengedar utama di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas Program Gelombang Hijau di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Sebagai permulaan, Wan Ubaidah yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan berkata, pihaknya akan memberi kefahaman kepada orang ramai dan golongan peniaga untuk memastikan urusan jual beli tersebut lancar.

Menurutnya, sukarelawan akan dipanggil termasuk Kelantan Golden Trade iaitu salah sebuah syarikat yang melaksanakan sistem mata wang syariah di Kelantan bagi menjelaskan kepada orang ramai berhubung penggunaan sistem mata wang terbabit.

"Insya-Allah kita akan cari sukarelawan yang akan beri kefahaman kepada golo-ngan pekedai. Ia akan seiring (kefahaman) kepada masyarakat umum," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaan tersebut bukan untuk menghakis Ringgit Malaysia (RM), sebaliknya sebagai pelabu-ran untuk menjaga nilai mata wang yang kian terhakis disebabkan faktor inflasi.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang itu yakin penggunaan tersebut diterima di seluruh dunia memandangkan ia mengikut standard harga yang sama.

"Kita mahu mengembalikan dinar dan dirham sebagai syiar dan kekuatan ummah. Apabila semua orang ada dinar dan dirham, maknanya kita mempunyai satu kekuatan ekonomi di situ dan dinar dan darham adalah sesuatu yang boleh diterima di seluruh dunia yang tidak perlu dinar Terengganu, dinar Johor kerana ia mengikut piawai yang sama," katanya.

Berhubung harga dinar dan dirham yang tidak spesifik dan bergantung kepada turun naik harga di pasaran, beliau menjelaskan ia melibatkan jangka masa pendek tetapi memberi hasil yang baik untuk jangka masa panjang.

"Kalau lihat (dinar) sejak 2000 hingga hari ini, kenaikannya ialah 5 kali ganda iaitu RM200 lebih dalam 2001. Awal tahun baru ini RM614 tetapi hari ini RM735, maknanya masyarakat tidak akan rugi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Wanita sarat mengandung maut, suami dan mentua parah dalam kemalangan di Kulim

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wanita sarat mengandung maut, suami dan mentua parah dalam kemalangan di Kulim

KULIM - Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan bapa mertuanya parah apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih, di sini hari ini.

Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian manakala suaminya Norhusaini Normadi Hamdan, 26, dan bapa mertuanya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu Norhusaini Normadi dilanggar sebuah lori pasir ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kenderaan yang dinaiki keluarga itu dari arah Taman Selasih berhenti menunggu lampu hijau apabila lori membawa pasir yang dipercayai dipandu laju dari arah Kampung Air Merah membelok ke kiri arah Taman Selasih lalu terbabas dan terbalik menghempap Toyota Hilux berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang ditimbusi pasir itu.

Mayat Shalini yang mengandung lapan bulan itu dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amaran kepada Astro : Atasi gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Amaran kepada Astro : Atasi gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR - Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, tegas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Astro.

Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang
Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini hari ini.

Rais berkata antara aspek perundangan yang boleh diambil ialah menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut.

"Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran. Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang," katanya.

Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen. Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Tidaklah benar bahawa mereka langsung tidak dibenarkan menayangkan iklan malah di negara maju juga berlaku perkara serupa di mana mereka hadkan 10 minit bagi setiap sejam rancangan.

"Di Malaysia kita bermula dengan enam ke 10 minit bagi sejam rancangan dan saya yakin pada masa ini SKMM sedang meneliti jumlah minit iklan di Astro agar tidak melebihi had 10 minit yang dibenarkan bagi setiap sejam rancangan," katanya.

Sebelum ini pemantauan SKMM juga menujukkan Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersial, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersial dalam sehari. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Warga emas dibunuh

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Warga emas dibunuh BACHOK – Seorang warga emas berusia 75 tahun ditemui terbunuh di dalam semak berhampiran dipercayai menjadi mangsa amukan pesakit mental berdekatan rumahnya, di Kampung Kemasin, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Mayat mangsa, Fatimah Salleh ditemui cucunya yang tinggal berhampiran apabila diberitahu suspek sendiri kepada salah seorang cucu mangsa.

Anak mangsa, Faridah Mamat, 39, berkata, tengah hari semalam ketika dia sedang memasak, anaknya pulang ke rumah memberitahu bahawa neneknya terbaring berdekatan rumah suspek.

"Ketika saya datang melihat ibu sudah terbujur kaku tidak bernyawa. Saya lihat arwah banyak cedera di pipi dan lengannya mungkin akibat libasan senjata tajam suspek.

"Suspek yang kami kenali memang mempunyai masalah mental dan baru sahaja dua minggu keluar dari hospital sakit jiwa. Semalam pun dia ada marah anak-anak saya yang panjat pokok di belakang rumahnya dan dia suka membaling senjata tajam," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, laluan di depan rumah suspek yang dikenali sebagai Pak Su Pi atau Saupi Awang Mat, 53, sering digunakan ibunya.

Suspek sebelum ini sering mengamuk dan pernah membakar dua kali rumahnya sehingga tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, suspek mempunyai sejarah keturunan sakit mental dan abang suspek juga dikatakan pernah membunuh sepupu arwah Fatimah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kelantan, Superintenden Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa dan mungkin melibatkan perselisihan faham di antara keduanya. Pihak kami juga menjumpai senjata yang dipercayai digunakan dalam kes ini.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri, bawah telinga kiri dan pergelangan tangan kiri. Suspek didapati mempunyai rekod dari Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Cari isteri, anak

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Cari isteri, anak KUANTAN - "Kalau gaduh-gaduh lagi, saya akan lari."

Itulah ungkapan seorang isteri yang akhirnya menjadi kenyataan apabila dia bertindak melarikan diri bersama anak lelaki tunggalnya sejak 16 Mei lalu.

Chong Sen Hoon, 55, berkata, isterinya, K Muthulechumi, 32, melarikan diri dari rumah mereka di Taman Tanah Putih Baru bersama anak tunggal mereka, Chong Chi How, 7, selepas berlaku perselisihan faham.

Menurutnya, sebelum ini, mereka sering bergaduh akibat masalah kewangan, namun isterinya tidak pernah bertindak sejauh itu dengan melarikan diri.

"Pada 16 Mei lalu, ketika saya keluar, dia masih ada di rumah. Namun apabila pulang pada waktu tengah hari, saya dapati dia sudah tiada malah semua pakaian turut dibawa bersama.

"Saya buntu untuk mencari mereka malah pada awal bulan lalu, isteri ada menghubungi saya dan mengatakan mereka berdua ada di Bentong serta ingin kembali ke pangkuan saya.

"Bagaimanapun, selepas saya ke sana, saya gagal menghubunginya sehingga ke hari ini lalu mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Bentong pada 8 Jun lalu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong, di sini.

Sen Hoon yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia bimbang mengenai keselamatan isteri dan anaknya selain tertanya-tanya di mana mereka berada.

Katanya, dia juga risau kerana anak tunggalnya sudah lama tidak ke sekolah iaitu sejak 3 Mei lalu sebelum melarikan diri.

"Saya juga ada bertanyakan kepada rakan sekerja isteri di sebuah kilang di Jaya Gading tetapi mereka juga tidak tahu. Saya sayangkan mereka dan berharap mereka kembali ke pangkuan saya. Jika ada sesiapa mengenali atau pernah melihat mereka di mana-mana, boleh hubungi saya secepat mungkin," katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Sen Hoon di talian 014-8310967 atau 09–5178328.

Pekerja restoran diarah bela diri kes rogol

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pekerja restoran diarah bela diri kes rogol

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan seorang pekerja restoran makanan segera membela diri atas tuduhan rogol beramai-ramai, setahun lalu.

Hakim, Zamri Bakar menetapkan 25 Ogos depan untuk tertuduh Muhammad Umar Md Fuad, 19, membela diri selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh didakwa merogol seorang remaja 19 tahun secara bergilir-gilir, 14 September 2010 jam 2.15 pagi bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas di Kampung Melayu Pandan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Chuah Shyue Chien turut memanggil enam saksi.

Dalam keterangan pihak pendakwaan semasa perbicaraan sebelum ini, mangsa yang bekerja di restoran makanan segera berlainan telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk meminta Muhammad Umar mengambilnya di tempat kerja pada 14 September tahun lalu, jam 1 pagi.

Tertuduh telah datang bersama tiga lagi rakannya dan memaklumkan perlu ke sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan untuk mengambil baju dan menaiki motosikal untuk ke rumah terbabit.

Setibanya di situ, tertuduh telah memaksa mangsa menyalin baju dan membuka seluar, namun mangsa cuba melarikan diri dan dihalang rakan tertuduh, manakala salah seorang daripada rakan tertuduh telah mengacukan parang untuk mengugut dan merogol mangsa.

Tertuduh telah berperanan menutup mulut mangsa dari awal hingga akhir kejadian dan merupakan orang terakhir merogol mangsa dan rakan tertuduh turut merakamkan gambar mereka bersama.

Muhammad Umar diwakili peguam Ibrahim Haikal Razak.

Siasat dana asing biayai Bersih 2.0

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Siasat dana asing biayai Bersih 2.0

BACHOK – Bank Negara akan bekerjasama dengan polis jika ada dakwaan dana asing dibawa masuk untuk membiayai perhimpunan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata, untuk membolehkan siasatan itu dibuat, perlu ada laporan.

"Bank Negara tidak boleh siasat sendiri, tapi jika ada laporan polis, kita sedia bantu. Soal sama ada nak beku akaun pihak yang terbabit bergantung pada siasatan.

Jika penyaluran (dana) dibuat melalui urus niaga bank, ia mudah dikesan. Begitu juga melalui pengurup wang. Ada peruntukan baru untuk kita kesan melalui undang-undang baru dibentang di Parlimen baru-baru ini," katanya di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya tiada niat nak balas dendam'

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Saya tiada niat nak balas dendam'

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik merupakan antara individu terbabit dengan pendedahan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan salah seorang daripada Datuk Trio. Ikuti wawancara khas bersama wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan ARHIZA AHMAD berhubung pandangannya mengenai Ketua Pembangkang itu dan politik tanah air.

Bila Tan Sri mengetahui kewujudan video seks ini dan menyertai Datuk T?

RAHIM : Pada 21 Februari, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim membawa video seks ini kepada saya ia amat relevan dengan politik Malaysia. Setelah melihat video tersebut, saya yakin pelakunya adalah, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memandangkan beliau orang yang hebat mempunyai kepimpinan berkarisma dan juga dianggap tokoh ulama, saya rasa amat terpanggil untuk membuat pendedahan ini supaya rakyat Malaysia insaf dan sedar pemimpin yang mereka sanjung sebenarnya pengamal seks rambang.

Kenapa Anwar masih menafikan pelaku dalam video tersebut adalah dirinya?

Rahim: Anwar mempunyai ciri istimewa iaitu pandai mengambil hati, berpidato dengan hebat dan boleh membaca al-Quran serta hadis dengan baik. Selain itu, beliau juga mempunyai satu jawatankuasa propaganda bagi membentuk imejnya terhadap rakyat, konon beliau tokoh anugerah Allah yang mempunyai ciri memperjuangkan kesengsaraan rakyat.

Dari jawatankuasa ini Anwar memupuk dari semasa ke semasa imej dirinya dan hasilnya beliau menikmati kekebalan politik serta tembok kukuh mempertahankan dirinya walaupun banyak perkara diperkatakan atau didedahkan mengenai dirinya, sama ada ketika menjadi pemimpin dalam UMNO atau luar UMNO, beliau sentiasa dapat bertahan dan kekal terkenal kerana usaha dijalankan jawatankuasa propaganda atau pembina imej beliau sangat hebat.

Sebelum ini sukar dibuktikan seperti yang dituduh hari ini, sama ada kes liwat dan zina dengan pelacur kerana rakyat masih terpegun pada kehebatan beliau tadi dengan ciri yang disebut, dalam ceramah dapat menarik ribuan orang melalui pidato yang tegas dan pedas, tetapi malang kepura-puraan dan kepalsuan tidak akan kekal.

Ada dakwaan, Tan Sri terbabit kerana ingin membalas dendam terhadap Anwar?

RAHIM: Pada masa lalu, ketika saya menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO, saya mempunyai hubungan dan setia kawan yang rapat kerana berada dalam Team Wawasan bagi naikkan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO. Mungkin saya popular ketika ketika itu disebabkan kepimpinan saya berjaya menaikkan Melaka dari negeri miskin kepada negeri dinamik dan maju. Tun Mahathir selalu ambil saya sebagai contoh baik dalam atau di luar Kabinet.

Mungkin perkara ini mengakibatkan kecemburuan politik yang amat sangat, selepas itu saya menerima padah dengan tohmahan untuk menjatuhkan saya dengan rasuah dan skandal. Saya rela diri disiasat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari rumah hingga ke pejabat. Bagaimanapun selepas siasatan dijalankan pihak Peguam Negara membebaskan saya daripada tuduhan dan tohmahan. Tun Mahathir meminta saya untuk teruskan kepimpinan bagi mentadbir Melaka.

Malangnya Anwar tidak selesa dengan perkara itu, beliau berkomplot dengan media untuk menjatuhkan saya selama lebih 50 hari melalui media cetak dan elektronik. Anwar memanggil saya ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk menyatakan bahawa Tun Mahathir telah memberikan arahan supaya saya meletakkan jawatan. Saya tidak ada pilihan kecuali mempercayai kata seorang Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara tersebut.

Saya rela dengan keputusan pucuk pimpinan parti, malangnya setelah meletakkan jawatan, saya berjumpa dengan Tun Mahathir untuk bertanya sama ada beliau pernah memberikan arahan kepada Anwar untuk saya meletak jawatan, Tun Mahathir menyatakan beliau tidak pernah memberikan arahan kepada Anwar untuk berbuat sedemikian. Selama 15 tahun saya terhina dengan pembohongan itu.

Saya menganggap ini satu daripada dugaan Allah, tetapi dalam hati ada menyentuh kedudukan Anwar kerana pembohongan itu dan Insya-Allah dia juga akan jatuh jauh lebih hina daripada saya.

Bila Eskay dan Shuaib bertemu saya, saya teringat doa saya tentang pembohongan Anwar. Oleh itu saya mengambil peranan untuk membawa isu seks ini ke hadapan, sehingga saya dihukum oleh sistem kehakiman. Saya tetap berpuas hati walaupun dihukum kerana pada pandangan saya, telah melakukan apa yang paling baik untuk UMNO, Melayu dan Malaysia bagi menentukan kepimpinan negara.

Dalam kes video seks ini, UMNO dikaitkan kerana penglibatan Tan Sri dalam Datuk T?

RAHIM: Mereka tidak boleh kaitkan UMNO dalam pendedahan tersebut, malah dalam UMNO saya tidak mempunyai sebarang jawatan tinggi, sama ada dalam Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Perhubungan atau Ketua Bahagian UMNO, saya hanya ahli biasa. Apa kepentingan saya untuk membabitkan UMNO?

Setakat menjadi ahli dalam kes video seks ini, sebenarnya apa berlaku adalah kehendak Allah, memandangkan saya mengetahui latar belakang dan sejak Anwar menipu saya, saya mempunyai kekuatan untuk memperjuangkan video seks ini, sehingga diketahui setiap rakyat Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Dua saudagar emas rugi RM2 juta

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Dua saudagar emas rugi RM2 juta

SHAH ALAM – Selepas disapa penjenayah warga Amerika Latin, dua saudagar emas dan berlian kerugian hampir RM2 Juta apabila tiga bagasi berisi barang berharga itu dilarikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Isnin lalu.

Ketika itu, kedua-dua mangsa dari syarikat berlainan sedang menunggu pesawat, untuk pulang ke Hong Kong selepas menyertai pameran barang kemas dan berlian di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa pertama disamun ketika menunggu tiga rakannya ke tandas.

Beliau berkata, 40 minit kemudian, mangsa kedua disamun di restoran makanan segera.

Mangsa pertama, ditegur dan disapa seorang lelaki dari arah belakang, manakala rakan suspek melarikan dua daripada tiga beg berisi barang berharga bernilai RM257,000 yang diletakkan di dalam troli.

"Mangsa kedua ditegur seorang wanita lalu menukar beg berisi barangan berharga RM1.4 juta itu dan menggantikan dengan beg pakaian serta rambut palsu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis memberkas empat suspek, berumur 25 hingga 50 tahun di pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Menurutnya, seorang lagi suspek, berumur 32 tahun, diberkas di hadapan restoran di Sunway.

Menurutnya, bagaimanapun, tiga beg berisi emas dan berlian itu tidak ditemui.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan bunuh diri

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bukan bunuh diri

KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, 56, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, 6 April lalu tidak membunuh diri atau dibunuh.

Pegawai Cawangan Forensik Bukit Aman, Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, 49, menyatakan pendapat demikian ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Ahmad Sarbaini di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersetuju dengan peguam mewakili SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa hasil pemeriksaan adalah konsisten dengan keadaan seseorang yang jatuh dari tempat tinggi.

Dalam keterangannya pada hari pertama inkues, 4 Julai lalu, Sharul berpendapat, Ahmad Sarbaini cuba keluar dari tingkap pantri di aras tiga kemudian cuba melompat ke bumbung di sebelah kiri lalu terjatuh ke aras satu (gelanggang badminton).

"Pada pendapat saya, dia keluar dengan perlahan dan senyap kerana dia ditinggalkan berseorangan serta biasa dengan bilik di aras tiga.

"Saya percaya dia bukan keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Saya setuju bahawa tingkap di sebelah kiri pantri dipilih kerana ia paling dekat dengan bumbung dan singki diperlukan sebagai tempat bertenggek.

"Melalui siasatan saya, ini juga bukan kes bunuh," katanya.

Menurutnya, dia yakin tiada pergelutan, hanya luka di dahi dan banyak darah daripada hidung dan telinga.

"Saya beri pendapat setelah melihat hasil pemeriksaan di tempat kejadian di mana kedudukan mayat lebih kurang satu meter dari bucu tingkap di aras tiga.

"Berdasarkan pemeriksaan pada si mati, saya jumpa cat putih, manakala pemeriksaan di pantri, saya jumpa goresan empat sentimeter dan jarak yang nampak dekat antara pantri dengan gelanggang badminton," katanya sewaktu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Rashid.

Terdahulu, Ketua Unit Alkohol dan Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Mohd Sukri Hassan memaklumkan spesimen air kencing, darah, kandungan isi perut Ahmad Sarbaini, tidak mempunyai kandungan dadah atau racun.

Mohd Sukri berkata, walaupun wujud kandungan alkohol, ia adalah disebabkan aktiviti semula jadi.

Inkues bersambung semula, 2 Ogos 2011, di Mahkamah Majistret 3, Jalan Duta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved