Khamis, 7 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Percaya rakaman CCTV diganggu

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Percaya rakaman CCTV diganggu

KUALA LUMPUR – Saksi ketiga perbicaraan inkues kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed semalam percaya terdapat gangguan kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dan pada hari kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrene dekat sini.

Juru analisa bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Asisten Superintedan Fauziah Che Ismail memberitahu mahkamah, tiga perakam video digital (DVR) dianalisisnya terdiri daripada rakaman pada 6 April 2011 antara jam 8 pagi dan 11 pagi.

"Hasil daripada analisis dari ketiga-tiga DVR ini saya dapati DVR1 dan DVR2 pada tarikh 6 April 2011, tidak merakamkan apa-apa dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

"Bagaimanapun DVR3, saya memperolehi rakaman imej Ahmad Sarbaini yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," katanya sewaktu menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Fauziah berkata, DVR1 dan DVR2 tidak beroperasi normal dan rakaman diganggu.

"Gangguan pertama pada DVR1 pada tarikh 5 April 2011 pada pukul 14:17:52 (2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) menyebabkan gangguan beberapa minit. Sama seperti DVR2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.

"Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR1 mula berhenti pada 5 April 2011, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April 2011, 13:24:16 (1.24 petang) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari 'record off manually'. Untuk DVR3 tiada gangguan," katanya.

Beliau turut menjelaskan, bagi rakaman DVR3, hanya kamera di pintu masuk yang merakamkan imej Ahmad Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.

Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Ahmad Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM.

Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.

Namun begitu, berlainan pula terjadi pada CCTV di bahagian pondok pengawal apabila DVR3 menunjukkan rakaman video beroperasi secara manual pada 6 April 2011 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Pada masa sama, suasana kamar mahkamah hening kerana isterinya, Masiah @ Maziah Manap, 50, menangis setelah menonton rakaman CCTV melalui DVR yang ditayangkan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

Fauziah mengakui adanya gangguan pada pengoperasian rakaman CCTV setelah ditanya oleh peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

'Ibu dan tiga lain ke hutan'

SHAH ALAM – Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, arwah ibunya telah membawa peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad ke dalam hutan pada 30 Ogos 2010.

Erni Dekritawati, 26, memberitahu, dia telah menghubungi telefon bimbit Ahmad Kamil, bertanyakan di mana mereka hendak berbuka puasa pada hari tersebut dan Ahmad Kamil memberitahunya: "Ntah hutan mana mak engkau bawak ni. Macam kelapa sawit je."

"Saya tanya mak depan ke belakang dia (Kamil) kata mak depan mereka. Masa itu lebih kurang jam 7 malam," katanya.

Pengarah Nouvell Beauty Centre itu berkata demikian, dalam perbicaraan kes bunuh ibunya, Ahmad Kamil, 32, dan Noorhisham,38, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin (Kamal), 47.

Menurut Erni Dekritawati, pada tengahari 30 Ogos 2010, Sosilawati memberitahunya tujuan ke Banting berjumpa peguam Pathmanabhan.

Ibunya membawa Ahmad Kamil dan Noorhisham untuk menemaninya berjumpa peguam tersebut sekaligus berbuka puasa bersama mereka.

Lebih jam 8 malam, ibunya ada menghubunginya tetapi beliau tidak perasan. Beliau kemudian menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi " Jangan bagi Kamal masuk rumah. Dia tangkap gambar mak. Kalau ada apa-apa hubungi Bisah".

Menurut Erni Dekritawati, selepas itu beliau cuba menghubungi ibunya berulang kali tetapi semuanya memasuki peti suara dan beliau selepas itu cuba menghubungi Ahmad Kamil dan Noorhisham tetapi talian mereka juga sama.

Erni Dekritawati berkata, beliau tidak percaya sekiranya Kamal yang merupakan pemandu peribadi sekali gus pembantu peribadi ibunya itu melakukan perbuatan tersebut.

"Saya berasa syak, betul ke ada kamera dalam bilik. So saya pergi bilik itu dan periksa tetapi tidak ada apa-apa," katanya.

Selepas gagal hubungi ibunya, Erni Dekritawati menunggu pula ibunya pulang memandangkan ada sanak saudara yang akan datang ke rumah pada malam itu.

Beliau yang sudah mulai risau kemudian pergi ke Seksyen 7 Shah Alam pada malam 30 Ogos 2010 untuk mencari kereta Proton Perdana milik Noorhisham yang ditinggalkan di situ kerana pegawai bank berkenaan menaiki kereta sama dengan Ahmad Kamil pergi ke Banting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Apa motif Ambiga nak demonstrasi?

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Belum pernah lagi di dunia ini sebuah parti yang menguasai kerajaan demokratik dapat memenuhi seluruh cita rasa rakyat. Atas kertas, termasuk kertas undi, walaupun majoriti rakyat sokong parti pemerintah, namun ada juga tidak berpuas hati seperti yang dipamer pengikut dan penyokong parti pembangkang - tidak puas hati dengan parti pemerintah selagi mana tidak kuasai kerajaan.

Lazimnya jika kerajaan berjaya ditumbangkan, bermakna pemikiran rakyatnya kurang bertamadun atau mereka tidak memahami maksud istilah demokrasi yang sebenarnya. Di sebalik pelbagai slogan mengenai jalinan kemesraan antara kaum, demokrasi kita sebenarnya sangatlah rapuh dan kompleks. Sekiranya kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat, tetapi akhirnya memilih untuk mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berparlimen seperti hari ini, sudah tentu hak mengundi, hak mewakili rakyat dan hak menubuhkan parti politik terletak semata-mata di tangan orang Melayu.

Maknanya jika mereka bertelagah sekalipun, ia sudah tentu satu golongan menuduh satu golongan lagi tidak pandai mentadbirkan negara. Soal politik perkauman, tuntutan untuk kaum dan soal sesuatu kaum ditindas tidak akan timbul sama sekali.

Suka atau tidak, orang Melayu ini adalah satu bangsa yang baik. Kalau tidak masakan mereka sanggup berkongsi kuasa dengan kaum pendatang hanya kerana British enggan mendengar tuntutan kemerdekaan.

Hari ini sementara masih ramai yang asal-usul keturunannya daripada kaum pendatang bersikap patriotik dan tidak terlalu ghairah mempertahankan apa juga yang berpaksi pada akar keturunannya, sebaliknya menerima Malaysia sebagai sebuah negara mereka dan rela dikenal pasti sebagai bangsa Malaysia, terdapat juga segelintir yang tidak sedar diri dan menuntut yang bukan-bukan.

Tidak cukup dengan hal tersebut, mereka menggunakan pertembungan politik di antara dua golongan besar Melayu agar terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri bagi memastikan agenda mereka tercapai.

Lebih serius ialah terdapatnya bukti bagaimana golongan ini mahu mengakhiri dominasi Melayu dalam politik dengan menjatuhkan kerajaan yang mana UMNO adalah tonggaknya. Tentulah agak pelik bagaimana seorang keturunan India seperti Ambiga berperi-peri mahu memperjuangkan perihal perjalanan dan pentadbiran pilihan raya di negara ini sehingga sanggup ambil pelbagai risiko peribadi dan memperjudikan keselamatan awam.

Lebih menghairankan seorang yang bukan sahaja pengamal undang-undang, tetapi pernah memimpin Bar Council tidak menghormati undang-undang. Memang benar Perlembagaan jamin hak untuk berhimpun dan bersuara. Tetapi Perlembagaan juga menyatakan syarat tertakluk kepada tahap keselamatan.

Ambiga atau Mat Sabu, atau sesiapa sahaja bukanlah orang yang layak menentukan soal keselamatan. Ini kerja polis. Sebab itu Akta Polis memperuntukkan kuasa memberikan permit perhimpunan dan menangkap mereka yang berhimpun tanpa permit. Ini undang-undang. Suka atau tidak, Ambiga, Mat Sabu, seluruh AJK Bersih 2.0 dan sesiapa saja menyokong perlu hormati dan fahami undang-undang. Kalau perkara semudah ini pun susah untuk mereka hormati, bagaimana mahu menjadi pemimpin rakyat?

Nampaknya Ambiga bukan saja tak faham, tak hormat dan memperlekeh kedaulatan undang-undang negara, malah turut tidak hormat nasihat Ketua Polis Negara apabila tetap berdegil mahu meneruskan demonstrasi. Dalam hal ini nampaknya Ambiga berlagak lebih hebat dan lebih penting daripada Perdana Menteri.

Di benak kita, persoalan popular ialah kalau belum dapat kuasa sudah berlagak sedemikian, macam mana kalau dapat kuasa?

Kini apabila Yang di-Pertuan Agong keluarkan kenyataan agar membatalkan demonstrasi 9 Julai itu, Ambiga dan rakan-rakannya seolah-olah bak kata idiom Inggeris 'caught with the pants down' (kantoi dalam keadaan seluar sudah terlondeh ke bawah).

Maka selain Ambiga, puak dalam Pas pun sibuk nak tunjuk baik, nak tunjuk hormat lalu memuji titah Yang di-Pertuan Agong walaupun dalam hati tak puas hati kerana tak dapat berdemonstrasi.

Ambiga telah memohon menghadap ke bawah duli untuk sampaikan memorandum yang hendak disampaikan menerusi demonstrasi itu. Siapa Ambiga, penting sangatkah urusan menghadap itu? Apakah beliau punya integriti dan kedudukan sosial yang begitu tinggi untuk menghadap ke bawah duli?

Nampaknya tidak cukup dengan perbuatan memecah belahkan perpaduan rakyat khususnya orang-orang Melayu, dia kini seolah-olah cuba menyeret Yang di-Pertuan Agong dalam kemelut ciptaan beliau dan konco-konconya? Jika Ambiga kesal dengan perbuatannya tindakan terbaik ialah dengan memohon maaf dan membatalkan saja rancangan asalnya itu.

Inilah dia. Sejarah sering memperlihatkan bagaimana sikap sesuatu bangsa apabila tersepit dan apabila mereka bebas serta menjadi orang kaya dan bergelar intelektual pula, mereka mudah lupa daratan. Bukankah cerita ini pernah menjadi salah satu bidalan popular dalam kamus pepatah bangsa Melayu?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan semua gambar boleh diubah!

Posted: 06 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiba-tiba saya kehilangan seorang rakan setugas. Baru beberapa hari lalu saya bercakap dengan Che Lat mengenai kerja. Pagi itu kami sama-sama tiba awal di pejabat, dan meminta dia mengikut saya untuk satu tugasan di Fakulti Undang-Undang UiTM.

"Maaf bos, saya tidak ada kamera pagi ini, nanti saya tugaskan mana-mana jurufoto ikut bos," katanya seperti terkilan, kemudian menambah: "Lain kalilah saya ikut bos pulak..."

Rupa-rupanya dia tidak lagi dapat mengikut saya sampai bila-bila. Kelmarin ketika dalam perjalanan ke pejabat saya menerima SMS: "Al-Fatihah, Che Lat telah meninggal dunia." Che Lat, atau Abdul Latif bin Zakaria, adalah antara petugas pelopor Sinar Harian. Saya bersamanya di Pengkalan Chepa, Kelantan memulakan penerbitan 'Akhbar Orang Pantai Timur' pada 2006.

Baru berusia 45 tahun, beliau meninggal secara mengejut selepas subuh – dipercayai strok – memeranjatkan dan mengharukan rakan-rakan sekerja, terutama teman serumah yang baru beberapa jam makan bersamanya.

Saya mengucapkan takziah kepada balunya, juga enam orang anaknya – yang sulung sedang mengikuti matrikulasi di sebuah IPTA, lima lagi masih bersekolah – sambil mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Bercakap mengenai foto, minggu lalu saya dalam majlis pelancaran Persatuan Jurufoto Akhbar Malaysia (MPPA) yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad selaku penaung. Turut berucap pada minum petang di Hotel Royale Chulan KL itu ialah Penasihat Persatuan, Datuk Ahmad Maslan, dan Presiden Mat Salim Shaari.

Ketiga-tiga yang berucap menyebut satu fakta sama, bahawa juru gambar akhbar adalah petugas yang setiap saat merakamkan sejarah di seluruh dunia. Sama ada pada acara penuh gembira, atau di medan perang, mereka orang di barisan hadapan yang sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan, termasuk ditembusi peluru atau dihancurkan ledakan bom. Mereka menyabung nyawa untuk mendapat gambar terbaik. Ramai jurugambar – juga wartawan – terkorban ketika membuat liputan perang termasuk di Vietnam, Kongo, Iraq, dan baru-baru ini tunjuk perasaan di Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah.

Saya teringat ketika mula-mula menjadi orang surat khabar 1974. Bersama beratus wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara, kami berkampung selama tiga hari tiga malam membuat liputan mengenai kedutaan Amerika Syarikat di Bangunan AIA Jalan Ampang KL, yang ditawan oleh sekumpulan pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Setiap detik berlalu penuh cemas. Pihak berkuasa, termasuk Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafie (kini arwah), dari semasa ke semasa mengadakan rundingan menerusi telefon dengan pengganas yang berada di tingkat tujuh. Pengganas mengugut dan menuntut itu dan ini. Wartawan dan jurugambar melaporkan detik ke detik apa yang berlaku.

Seorang jurugambar akhbar The New Straits Times dalam usaha mendapatkan sudut terbaik, telah terkena tembakan dari tingkat tujuh. Beliau cedera, tetapi berjaya merakamkan detik bersejarah itu. Begitulah dedikasi seorang jurugambar terhadap tugasnya. Memang nyawa menjadi taruhan.

Saya setuju dengan Ahmad Mazlan bahawa di sebalik detik-detik cemas dalam tugasan-tugasan tertentu, jurugambar adalah manusia paling istimewa. Mereka boleh mengarah sesiapa sahaja – termasuk pemimpin utama negara – untuk melakukan sesuatu.

"Kalau dia kata senyum, Perdana Menteri pun akan senyum. Kalau dia kata tunduk kepala Perdana Menteri akan tunduk kepala. Sebenarnya ada dua profesion sahaja yang boleh arah orang tunduk kepala, iaitu tukang gunting, dan jurugambar," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Penasihat MPPA.

Dalam era ICT yang serba pantas dan sibuk, orang tidak ada masa untuk membaca tulisan yang panjang berjela. Memadailah dengan hanya melihat sekeping gambar. Sekeping gambar boleh menceritakan beribu-ribu perkataan. Saya setuju.

Bersetuju juga saya bahawa kata-kata lama "gambar tidak boleh berbohong" kini sudah tidak relevan. Sebab dengan kecanggihan teknologi "gambar sudah boleh berbohong". Dengan menggunakan teknik 'super impose', kepala yang bersongkok boleh ditukar menjadi kepala bertopi. Tubuh lelaki kepalanya boleh ditukar menjadi perempuan.

Tetapi saya tidak bersetuju semua gambar boleh diubah. Betapa canggih pun teknologi, masih tidak boleh menukar wajah dan gerakan dalam video. Kalau gambar video itu Shah Rukh Khan sukar untuk diubah menjadi Salman Khan. Kalau gambar itu menari, tidak mungkin diubah menjadi berenang!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Rabu, 6 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Penduduk Rusia mohon tambah kuota haji

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Penduduk Rusia mohon tambah kuota haji

NALCHIK - Pemimpin umat Islam Rusia meminta Presiden Dmitry Medvedev mengemukakan cadangan kepada Arab Saudi untuk menambah bilangan kuota jemaah yang mahu menunaikan haji di Makkah, kelmarin.

Hampir tiga juta umat Islam mengerjakan haji setiap tahun menyebabkan Riyadh terpaksa mengenakan kuota terhad bagi setiap negara.

Mufti Rusia, Ismail Berdiyev, pemimpin masyarakat Islam di Karachay-Cherkessia berkata, hanya 20,000 jemaah haji dibenarkan melaksana rukun Islam kelima itu setiap tahun sedangkan terdapat kira-kira 20 juta orang Islam di negara itu.

Keputusan cadangan penambahan kuota itu turut dibincangkan bersama beberapa pemimpin di kawasan lain yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Medvedev menyambut baik cadangan itu dan berjanji akan membincangkannya dalam pertemuan akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tabloid didakwa godam talian telefon

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tabloid didakwa godam talian telefon

LONDON - Skandal mengenai cara laporan berita syarikat media gergasi News Corporation milik usahawan Rupert Murdoch semakin buruk apabila akhbar terbitan syarikat itu didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan peti mel suara pelajar perempuan yang dibunuh kejam.

Kes itu mendapat perhatian Perdana Menteri Britain, David Cameron yang menggesa syarikat itu menyiasat mengenai tuduhan akhbar tabloid terbitannya, News of the World menggodam telefon bimbit mangsa, Milley Dowler selepas dia diculik pada Mac 2002.

"Jika dakwaan itu benar, ia adalah tindakan paling teruk kerana mereka langsung tidak melaporkan perkara itu kepada polis," menurut Cameron, kelmarin.

Sebelum ini, akhbar itu didakwa menggunakan penyiasat persendirian untuk menggodam telefon bimbit ahli politik dan selebriti Britain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kecewa laluan masuk sesak

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kecewa laluan masuk sesak

PERMATANG PAUH – Laluan di sepanjang pintu masuk ke Ampang Jajar, sesak semalam, selepas ia dibanjiri hampir 100 lori dengan muatan sampah untuk ke tapak pelupusan berkenaan.

Situasi itu turut menyebabkan laluan kedua-dua arah dari Mak Mandin ke Permatang Pauh dan Permatang Pauh ke Mak Mandin sesak hampir dua kilometer sejak awal pagi berikutan lori sampah yang keluar masuk ke sana.

Difahamkan, ia berlaku selepas laluan laut yang sebelum ini digunakan untuk mengangkut sampah dari Batu Maung ke tapak pelupusan Pulau Burong, dekat Seberang Perai Selatan (SPS) ditutup bagi memberi laluan kepada kerja memasang cerucuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dilakukan.

Justeru, sampah dari kawasan pulau terpaksa dibawa ke Ampang Jajar untuk dimampatkan sebelum dihantar ke Pulau Burung untuk dilupuskan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelam-kabut apabila lori dari pulau terpaksa menunggu lama sebelum mereka dapat membuang sampah yang dibawa, hingga ada antara mereka yang menunggu lebih lapan jam sebelum dapat pulang ke kawasan masing-masing.

Seorang pemandu lori, Awang Bakar Ibrahim, 60, ketika ditemui berkata, dia tiba ke Ampang Jajar sekitar jam 12 tengah malam semalam selepas selesai mengangkut sampah dari Teluk Kumbar bagi trip pertama sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang kita-kira jam 3 pagi untuk trip yang kedua.

Begitu pun, menurutnya, dia yang tiba untuk trip kedua jam 5 pagi terkandas di Ampang Jajar berikutan kesesakan yang berlaku di sana.

"Bayangkan dari jam 5 pagi kami menunggu di sini hingga tengah hari kami masih belum dapat pulang ke rumah.

"Kami terkilan kerana lori Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi keutamaan� untuk keluar masuk di sini, sementara lori dari pulau perlu menunggu berjam-jam. Masalah timbul apabila lori dari pulau dan seberang tiba pada masa sama," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu, Noordin Hashim, 48, berkata, pelbagai masalah timbul yang menjadi punca kelewatan mereka untuk membuat pusingan� trip, salah satunya tong tidak cukup untuk menampung sampah yang dibawa lori dari pulau dan seberang.

"Kebiasaannya, di pulau kami boleh menghabiskan trip pertama kira-kira jam 5 pagi. Dan, kembali semula di Batu Maung pada jam 9.30 pagi untuk trip kedua. Dalam tempoh 15 minit, kira-kira jam 9.45 pagi semua kerja sudah selesai dan kami boleh pulang ke rumah.

"Berbeza dengan di Ampang Jajar, sudahla kami perlu keluar awal, hingga tengah hari masih belum dapat pulang. Malam nanti perlu keluar semula untuk bekerja, ia sudah membazir masa dan tenaga kami," katanya.

Justeru, dia berharap supaya pihak pengurusan dapat memantau keadaan itu untuk memastikan kelancaran proses pembuangan sampah di situ setiap hari.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas dan Alam Sekitar, Chow Koon Yeow yang turun padang meninjau permasalahan itu meminta pihak syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan itu, Eurasia Express Sdn Bhd supaya menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Beliau dalam pada itu turut mengarahkan supaya sebahagian sampah yang dibawa dari kawasan pulau itu dihantar terus ke tapak pelupusan di Sungai Burong, sementara sebahagian lagi ke Ampang Jajar, mengikut jadual ditetapkan mulai hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara dan semua sampah akan dibawa semula ke Ampang Jajar selepas pihak pengurusan menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.

"Saya yakin keadaan akan pulih seperti sediakala selepas semua masalah teknikal diselesaikan.

"Bagi mengurangkan bebanan kontraktor, pihak Eurasia berjanji akan menanggung sebahagian kos berkaitan, termasuk tol dan minyak," katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eurasia, Kenny Yeoh meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan segalanya akan selesai selewat-lewatnya tujuh hari selepas fasa pertama kerja menaik taraf itu siap.

Menurutnya, Ampang Jajar belum bersedia menerima sampah yang dibawa dari seluruh kawasan dalam negeri ini berikutan kerja menaik taraf beberapa struktur di situ masih belum siap.

"Kita sedang dalam proses untuk menaik taraf tempat ini melalui tiga fasa. Oleh kerana laluan di Batu Maung ditutup mulai hari ini (semalam), semua sampah dari pulau terpaksa dibawa ke sini meskipun kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sampah yang jumlahnya berkali ganda dari sebelumnya hinggakan berlaku kesesakan.

"Bagaimanapun, kita sudah menubuhkan satu jawatankuasa dalaman untuk membincangkan mengenai masalah ini dan akan cuba menyelesaikannya dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

ASP dituduh rasuah

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

ASP dituduh rasuah IPOH – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas dua tuduhan menerima rasuah di Kerian pada 6 Julai tahun lalu.

Chong Kean Heng, 53, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 5 Ogos ini sebagai sebutan semula kes selepas tertuduh mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguambela, Abdul Aziz Ibrahim bagaimanapun memohon mahkamah supaya mengurangkan wang ikat jamin tersebut kepada RM10,000.

Selepas membuat pertimbangan, Julie Lack membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 melalui seorang penjamin.

Tertuduh turut menghadapi empat pertuduhan rasuah dan akan dituduh di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.

Nenek rimas diusik ‘pak hitam’

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nenek rimas diusik 'pak hitam' PUCHONG – Rimas dengan sikap jiran warga Afrika yang sering mengganggunya setiap hari, seorang nenek memaklumkan sudah membuat hampir 12 laporan polis mendakwa hidupnya kini dalam ketakutan.

Yap Ah Hua, 61, berkata, dia yang tinggal di sebuah pangsapuri di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong bersama seorang anak lelaki sejak setahun lalu mendakwa hidupnya mula dilanda ketakutan apabila unit bersebelahan kediamannya itu disewakan pemiliknya kepada tiga warga Afrika dipercayai pelajar kolej swasta.

"Apa yang membuatkan saya tidak tahan, jiran warga asing itu setiap hari mengacau saya dan membuat bising sehingga mengganggu kehidupan seharian.

"Mereka mengetuk dinding, menggoncang pintu pagar jeriji besi selain sering menjengukkan kepala melalui tingkap ruang tamu ke rumah saya," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei.

Ah Hua berkata, tidak cukup dengan itu, tiga jiran 'nakal' itu turut mempersendakannya ketika melakukan upacara keagamaan di rumah.

"Mereka pernah menyepak troli perniagaan yang digunakan saya dan merakam gambar saya menggunakan telefon bimbit tanpa diketahui tujuannya.

"Tindakan itu menyebabkan saya tidak boleh bersabar dan sakit hati sehingga merasakan mahu menyimbah air kencing ke wajah mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Cheong Wei yang juga Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Kinrara yang menerima aduan daripada mangsa berharap tuan rumah dapat menyewakan rumah itu kepada penyewa lain.

"Kita tiada kuasa memaksa pemilik menyewakan rumahnya kepada orang lain, tetapi kita boleh menggesanya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu warga emas itu.

"Selain itu, saya berharap pihak pengurusan dapat menjalankan rondaan keselamatan dan pastikan warga emas ini tidak diganggu kerana dia mendakwa hidup dalam ketakutan dan sukar tidur kerana jiran mula membuat bising bermula jam 5.30 pagi," katanya yang berterima kasih kepada pihak pengurusan yang sebelum ini pernah menyelesaikan masalah membabitkan penyewa warga asing di pangsapuri itu.

Beliau berkata, pihaknya akan turut merujuk kepada polis mengenai isu yang membebani warga emas berkenaan.

Buru kejuaraan berganda

Posted: 05 Jul 2011 05:00 PM PDT

Buru kejuaraan berganda KUALA TERENGGANU – Malam ini penentu bagi tiga pasukan teratas dalam memburu gelaran juara Liga Super.

Antara Kelantan, Selangor dan Terengganu, hanya satu pasukan layak dinobat juara liga dalam saingan yang dianggap cukup getir.

Penyokong Skuad Penyu pastinya ingin melihat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim sekali lagi membawa berita gembira iaitu dinobatkan sebagai juara Liga Super 2011 dalam perlawanan terakhir menentang Felda United yang akan berlangsung di Stadium KLFA, malam ini.

Meskipun tidak sampai sebulan dinobatkan sebagai juara Piala FA, keghairahan Terengganu untuk mengejar kejuaraan berganda tidak pernah berhenti, walaupun terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan dua pencabar utama iaitu Kelantan dan Selangor.

Terengganu yang kini menghuni tangga ketiga liga dengan mengumpul 50 mata, ketinggalan tiga mata kepada pendahulu liga iaitu Kelantan yang kini mengutip 53 mata dan hanya dijarakkan satu mata dengan Selangor iaitu 51.

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved