Isnin, 27 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Jangan sampai terperangkap

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Minggu lalu saya membahaskan beberapa ciri atau petanda bangsa yang akan pupus. Antara perkara besar belum sempat dibahaskan dengan panjang lebar ialah perpecahan amat menakutkan berlaku dalam kalangan umat Islam, bukan setakat parti-parti dan ahli politik. Lebih menakutkan ia turut terbawa-bawa dalam kalangan penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya. Masing-masing mahu menjadi jaguh dan mendapat jawatan lebih tinggi.

Pendek kata, di mana sahaja ada umat Islam, perkataan pecah sudah sinonim. Masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan diri, terutama untuk mendapat habuan dunia bersifat sementara. Kita sengaja mewujudkan kumpulan dalam kumpulan atau klik atau 'orang kita'. Bukan tidak boleh, tetapi jangan sampai menikam dari belakang atau menaruh pasir dalam periuk sesama saudara. Akibatnya, kita juga yang akan rugi. Orang lain bertepuk tangan. Umat Islam sepatutnya bersifat rasional dan profesional, bukan emosional. Tindakan terlalu beremosi hanya akan mengundang kepupusan menjadi lebih cepat. Pada saya, pertembungan sesama umat Islam mesti dielakkan kerana tidak ada sesiapapun akan menang. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Walaupun Pengerusi Bersih berkata perhimpunan ini tidak ada kaitan politik, takkan kita masih tidak dapat membaca makna tersurat dan tersirat. Beliau hanya mahu memperalatkan umat Islam. Jika tidak percaya, umat Islam jangan turun, biarlah kita lihat berapa kerat bukan Melayu menunaikan niat 'Bersih; mereka.

Saya sudah dapat mencium baunya. Tidak perlulah berselindung atas nama NGO, berpura-pura atau nampak seolah-olah tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Agenda ada udang di sebalik batu amat terserlah. Kajilah sejarah sepanjang beliau memimpin Majlis Peguam. Apa pandangannya terhadap Islam.

Jika umat Islam terus berdegil, ditakdirkan berlaku pertembungan, siapakah akan rugi? Kita semua bersaudara. Takkan kita sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Kenapa sesama bangsa dan seagama perlu berpecah? Ambillah pengajaran penyatuan budaya bangsa lain. Satu bangsa, berbagai agama, ada Buddha, Taoism, Konfucius, Kristian dan Hindu, mereka tetap bersatu atas nama satu bangsa. Pada mereka, agama tidaklah terlalu penting. Apa yang penting ketuanan bangsa mesti ditegakkan. Agama boleh datang dan pergi, sedangkan bangsa akan terus kekal. Untuk pastikan kemegahan bangsa terus kekal, maka ia mesti dipertahankan bersama jati diri bermati-matian. Maka tidak hairan mereka menolak sama sekali identiti Melayu seperti bersongkok dan berbaju Melayu, kerana takut diMelayukan.

Di negara maju, kewujudan pelbagai parti politik dan pertubuhan adalah perkara biasa. Mereka amat profesional. Setiap pertubuhan akan bertindak sebagai check and balance, kerana itu adalah antara asas demokrasi. Pimpinan kerajaan bertukar adalah perkara biasa seperti berlaku di Amerika Syarikat dan Britain. Tetapi tidaklah sampai berlaku perpecahan sehingga ke akar umbi, seterusnya terbawa-bawa ke pejabat kerana ia akan menjejaskan kualiti dan produktiviti.

Tidak seperti kita, tidak cukup dengan perpecahan, kita amalkan cucuk sana, cucuk sini seperti politik sate. Apa yang kita dapat hasil semua ini? Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadikan kita saling menghina dan bermusuhan. Tidakkah lebih baik perbezaan ini dimanfaatkan untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan demi kemajuan umat dan negara. Firman Allah SWT:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) (surah Al-Baqarah: 48).

Kewujudan pelbagai pertubuhan tidak salah. Tidak perlu dibubarkan. Apa yang lebih penting adalah aktiviti (amal) yang dilakukan. Jangan sampai kita tidak boleh duduk semeja membincangkan perkara-perkara yang boleh membangunkan umat kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat bagi orang lain, itulah pesanan Nabi kita.

Ambillah pengajaran perpecahan politik umat Islam yang berlaku pada masa lalu yang amat merugikan sehingga menjadi al-Fitnah al-Kubra (bencana besar). Ketika itu umat Islam berpecah kepada tiga kumpulan. Pertama: kelompok Saidina Ali, kedua: kelompok Muawiyah, dan ketiga: kumpulan neutral yang tidak berpihak kepada salah satu dari dua kelompok tersebut.

Kedua-dua kumpulan pertama memiliki pengikut yang banyak. Manakala kumpulan neutral tidak kurang juga hebatnya. Antara sahabat yang bergabung di dalam kumpulan ini adalah, Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), Saad bin Malik, Saad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Maslamah, Usamah bin Zaid, dan lain-lain.

Pertembungan dan pertentangan antara kumpulan Muawiyah dan Ali sampai kepada kemuncak sehingga membawa kepada perang Siffin. Melihat kepada kumpulan Muawiyah hampir kalah, mereka bersetuju menyelesaikan konflik melalui rundingan. Perundingan berlaku pada Ramadan tahun 37 Hijrah. Kelompok Muawiyah diwakili Amru bin Ash, manakala kelompok Ali diwakili oleh Abu Musa Al-Asy'ari.

Namun, ia hanya bersifat sementara. Kumpulan neutral pun tidak dapat menyelesaikannya. Umat Islam berpecah semula selepas itu, malah bertambah tenat. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran sehinggalah bencana besar menimpa kerana sentiasa berprasangka dan saling tidak percaya-mempercayai antara satu sama lain. Nampaknya peristiwa ini akan berulang lagi. Petanda kepupusan semakin hampir, jangan sampai terperangkap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Ahad, 26 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Gagalkah mata wang euro?

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Gagalkah mata wang euro? Kelmarin, bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw mengeluarkan kenyataan pedas bahawa Greece patut keluar daripada kumpulan negara Eropah yang menggunakan mata wang euro.

Menurut Straw, tindakan itu perlu bagi mengelakkan masalah kewangan negara itu menarik rantau tersebut ke dalam satu lagi kegawatan ekonomi.

Kerajaan Greece terselamat dalam undi percaya yang dijalankan semalam selepas lebih separuh daripada 300 ahli Parlimen menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Greece, George Papandreou yang terpaksa memperkenal program penjimatan sehingga menaikkan kemarahan rakyat negara itu.

Pertumbuhan hutang Greece berlaku lebih cepat berbanding ekonomi negara itu dan tentunya dari segi matematik Athens tidak akan mampu membayar balik pinjamannya.

Namun, sekumpulan individu yang masih mempercayai (atau berpura-pura mempercayai) bahawa Greece masih boleh diselamatkan adalah menteri kewangan negara pengguna euro yang bersetuju memberikan satu lagi pakej bantuan kepada negara itu.

Dalam satu kenyataan mengejutkan, mereka memuji Athens kerana mengadakan perubahan besar dan perlu untuk menghalang negara itu jatuh bankrap.

Sekumpulan menteri ini jugalah yang melakukan perkara sama, setahun lalu apabila mereka menawarkan pakej bantuan 110 bilion euro kepada Greece untuk mengatasi masalah kewangan yang dianggap EU sebagai krisis jangka masa pendek.

Dan kini, di sebalik keyakinan itu, EU sedang bersedia untuk meluluskan 80 bilion euro lagi bantuan.

Bantuan kewangan itu memberi kesan buruk kerana perkara terakhir yang diperlukan sebuah negara berhutang adalah lebih banyak pinjaman.

Jadi mengapa kerajaan Eropah tetap memberikan bantuan ini?

Zon euro dilancarkan dengan jaminan jelas bahawa tiada negara lain yang perlu menanggung hutang negara pengguna mata wang euro lain, janji yang termaktub dalam Artikel 125 Perjanjian Zon Euro.

Dan EU sendiri tahu bantuan kepada Greece itu adalah tidak sah, seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde dengan penuh kejujuran, enam bulan lalu.

"Kita (EU) telah mencabuli semua peraturan kerana kita mahu merapatkan semua ekonomi Eropah dan menyelamatkan zon euro," katanya.

Greece, seperti juga Portugal dan Ireland, telah melakukan segala yang diperlukan untuk mengelakkan ekonomi mereka diambil alih oleh EU - iaitu perkara yang akan berlaku apabila bantuan kewangan diberikan.

Ini kerana walaupun ramai pengulas menggunakan perkataan 'membantu' Greece, wang bantuan itu tidak akan sampai kepada penduduk negara itu tetapi akan pergi ke bank-bank dan pemegang bon yang memegang hutang Greece.

Pembayaran bantuan itu pula, bagaimanapun, terpaksa dilakukan oleh pembayar cukai Greece, iaitu rakyatnya.

Greece tidak dibantu oleh EU tetapi ia dikorbankan untuk menyelamatkan mata wang euro.

Pemimpin Eropah tidak kisah membiarkan penduduk Greece, Portugal dan Ireland berhadapan kemuncupan ekonomi, kemiskinan dan hutang.

Mereka juga tidak kisah meletakkan beban kos bantuan kewangan kepada negara-negara Eropah lain.

Tetapi apa yang mereka sama sekali tidak akan lakukan adalah mengakui sistem kewangan bersepadu itu adalah satu kesilapan.

Greece berada dalam masalah ini kerana mata wang tunggal yang digunakan di Eropah.

Jika negara itu kekal menggunakan drachma, masalah ekonominya boleh diselesaikan dengan bantuan pasaran antarabangsa yang akan menaikkan kadar faedah dan memaksa Athens mengawal perbelanjaan mereka.

Greece perlu merendahkan kadar tukaran mata wang untuk menarik pelancong dan perniagaan serta pelaburan asing.

Tetapi, disebabkan negara itu terpenjara dengan mata wang euro, ia terpaksa berhadapan pengurangan dalam pengeluaran negara dan penurunan taraf hidup.

Ada juga yang percaya jika Greece menarik diri daripada zon euro, ia akan mencetuskan kesan malapetaka di Ireland, Portugal dan mungkin juga Sepanyol yang turut berhadapan krisis kewangan.

Namun, itu bukan sebab sebenar kerana Greece hanya memegang 1.9 peratus daripada ekonomi EU jadi masalah negara itu boleh dikawal.

Jika Greece dibenarkan meninggalkan zon euro, negara Eropah lain juga mungkin akan mengambil langkah sama dan menyebabkan ribuan pegawai yang bertugas di Brussels tidak lagi diperlukan.

Inilah sebabnya pemimpin Eropah menekankan lebih perpaduan di negara Eropah diperlukan berbanding mengumumkan kesimpulan sebenar daripada krisis ini, iaitu mereka silap dalam memaksa negara-negara yang mempunyai keadaan dan keperluan ekonomi berbeza antara satu sama lain supaya menggunakan mata wang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pejabat mewah EU dikecam

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pejabat mewah EU dikecam LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyuarakan rasa kecewa berhubung perbelanjaan mewah pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) selepas beliau diberikan risalah menunjukkan ibu pejabat baru kesatuan itu yang bernilai 300 juta euro (RM1.3 bilion).

Risalah menunjukkan bangunan yang bakal siap pada 2014 itu diedarkan kepada pemimpin EU semasa majlis makan malam di persidangan di Brussels, Khamis lalu.

Cameron mengecam pembinaan mewah itu sedangkan Eropah kini berhadapan krisis ekonomi paling buruk dengan kemungkinan Greece jatuh bankrap dan penggunaan mata wang euro mungkin terpaksa dihentikan.

"Anda mula berfikir sama ada institusi ini (EU) faham apa yang dilalui setiap negara dan rakyatnya semasa kita cuba mengurangkan perbe�lanjaan dan mengawal kewangan masing-masing," katanya.

Namun, wakil EU tidak mengendahkan kritikan itu dan menegaskan pembinaan ibu pejabat baru itu diputuskan beberapa tahun lalu sebelum krisis di Eropah itu bermula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Peniaga pasar malam kesal dilarang berniaga

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peniaga pasar malam kesal dilarang berniaga PENDANG - Kira-kira 30 peniaga mewakili 48 peniaga pasar malam di hadapan pasar raya baru Pendang, Batu Menunggul di sini kesal dengan tindakan Majlis Daerah Pendang (MDP) melarang mereka berniaga di tapak itu tanpa menyediakan notis pemberitahuan lebih awal sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Peniaga murtabak, Zakaria Hamid, 54, berkata, tindakan lebih 20 pegawai penguat kuasa MDP menyerah dan menguatkuasakan notis larangan berniaga secara mengejut kepada kesemua peniaga yang bersiap sedia lebih awal membuka gerai pada petang Khamis lalu amat mengecewakan kerana ianya dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan peniaga.

Menurutnya, lebih kurang 30 peniaga menjual makanan dan minuman mengalami kerugian besar berjumlah hampir RM15,000 akibat tindakan penguatkuasaan MDP itu memandangkan kebanyakan mereka membuat persediaan berniaga sejak awal pagi.

"Pada 17 Jun lalu, kami mula berniaga di hadapan pasar raya baru Pendang, Batu Menunggul setelah mendapati tapak berniaga lama di Kobah, di sini tidak sesuai disebabkan faktor keselamatan dan kebersihan selain tapak baru dirasakan lebih memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Malam itu, kami didatangi dua pegawai penguat kuasa mengarahkan permohonan berniaga di tapak baru dihantar ke MDP dengan segera bagi membolehkan kelulusan berniaga di tapak baru diproses.

"Kami menghantar surat permohonan ke MDP pada 19 Julai lalu, bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah seorang daripada kami dihubungi pegawai penguat kuasa melarang peniaga berniaga di lokasi baru sehari sebelum kejadian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Peniaga keropok lekor, Zahidah Saad, 35, berkata, pada hari kejadian, semua peniaga makanan dan minuman merayu kepada penguat kuasa MDP yang hadir supaya membenarkan mereka berniaga bagi mengelakkan kerugian persiapan bahan mentah namun tidak diendahkan.

Menurutnya, peniaga mempersoalkan tindakan MDP tidak menghantar notis pemberitahuan larangan berniaga lebih awal dan memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lebih bertimbang rasa dalam menangani isu tapak niaga pasar malam.

"Kami mewakili 48 peniaga pasar malam hari ini (semalam) menyerahkan surat permohonan kedua berserta surat sokongan daripada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Ahli Majlis kepada wakil MDP dan merayu diluluskan segera kerana ianya sumber mata pencarian utama kami.

"MDP perlu sedar lokasi tapak niaga lama di Kobah tidak selamat kerana jalan sempit, berdekatan projek pembinaan landasan kereta api berkembar dan terletak berhadapan masjid yang tidak memberi keselesaan kepada kami dan pengunjung.

"Justeru, saya fikir tidak salah MDP mempertimbangkan permohonan kami demi keselesaan peniaga dan pengunjung," katanya.

Peniaga pakaian, Faisol Othman, 30, berkata, tujuan peniaga membuat laporan media bukan berniat jahat terhadap MDP, tetapi memohon PBT itu mempertimbangkan luahan hati peniaga pasar malam yang kini berada dalam dilema akibat notis larangan berniaga yang diterima.

"Saya mohon MDP lebih terbuka dalam hal ini dan kami bersedia bekerjasama dalam menyediakan semua dokumen yang diperlukan bagi membolehkan permohonan kami diluluskan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Pendang, Ibrahim Sofian ketika ditemui Sinar Harian meminta kesemua peniaga terbabit memberi ruang kepadanya untuk berbincang dengan MDP terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan Yang Dipertua (YDP) MDP, Helwi Harun dan wakilnya gagal apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Maut senapang meletup

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Maut senapang meletup IPOH – Seorang pengusaha kolam ikan terbunuh apabila senapang angin buatan sendiri meletup ketika sedang membersihkan senapang itu di rumahnya di Felda Lasah, Sungai Siput, kira-kira 50 kilometer dari sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mangsa, Basri Din, 50, ditemui ahli keluarga yang terkejut mendengar bunyi letupan kuat di belakang rumah mereka.

Menurutnya, mangsa cedera di dahi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang setelah dimasukkan ke hospital itu.

"Sebelum itu, ahli keluarga membawa mangsa ke sebuah klinik di Lasah untuk mendapatkan rawatan setelah dijumpai tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HRPB.

"Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui selaras senapang yang menggunakan peluru 'ball bearing'.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan unsur jenayah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Dzuradi berkata, ketika kejadian pada jam 2.30 petang, seorang ahli keluarga mangsa terkejut dari tidur apabila terdengar bunyi seperti tayar meletup.

"Pengadu mendapati mangsa tidak sedarkan diri bersama senjata senapang angin buatan sendiri dengan mukanya berlumuran darah.

"Senjata itu dibuat sendiri termasuk pelurunya dan dipercayai digunakan untuk memburu," katanya.

Zoo ala Safari Afrika

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Zoo ala Safari Afrika CHUKAI – Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal dijangka menjadi zoo terbesar di negara ini apabila kerja menaik taraf zoo berkenaan siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pelbagai perancangan dirangka sebagai tarikan baru bagi menarik kemasukan lebih ramai pengunjung ke Mini Zoo Kemaman termasuk mewujudkan 'Afrika Safari'.

"Saya juga dihubungi pihak Zoo Melaka dan mereka mahu memberi tujuh ekor singa untuk dipelihara di sini.

"Pihak zoo juga sedang giat membina sangkar ular tedung sepanjang kira-kira lapan meter," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah, Zakaria Husin; Yang Dipertua MPK, Mustafar Khalid dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Roshali Taha.

Sementara itu, orang ramai pernah mengkritik tindakan Ahmad membeli angsa dengan harga RM3,000 seekor, namun tegasnya, angsa berkenaan diperoleh dari luar negara dan ia boleh menjadi tarikan kepada pengunjung.

Sementara itu, Ahmad berkata, Kerajaan Negeri juga sudah pun membeli sebuah stesen radio yang masih dirahsiakan namanya.

"Kita juga bercadang membina taman tema air di negeri ini kerana ramai rakyat negeri ini terutama penduduk Kemaman pergi ke Gambang, Pahang untuk menikmati keserono-kan bermain di taman tema air di sana.

"Malah, kita juga akan berusaha meningkatkan lagi pelaburan lain demi kesenangan rakyat," katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 2,000 guru diraikan dan Ahmad turut menyampaikan Anugerah perkhidmatan cemerlang kepada guru sebagai menghargai jasa serta pengorbanan pendidik di daerah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat kakak ditemui

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Mayat kakak ditemui KUALA KRAI - Setelah hampir lapan jam mayat adik kepada dua beradik perempuan mangsa lemas ketika berkelah di Sungai Lebir, dekat Kampung Manjor, di sini, ditemui, mayat kakaknya ditemui semalam selepas operasi mencari disambung jam 7 pagi.

Ketua Polis Balai, Balai Polis Laloh, Sarjan Mejar Hamatli Seman berkata, mayat Siti Nurrul Amirah Azami, 16, ditemui di satu olak air sungai itu pada jam 7.45 pagi di seberang tebing bertentangan lokasi mayat adiknya, Siti Nur Fatin Izzaty, 14, dijumpai kelmarin.

Katanya, mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemui anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung di satu kawasan air berpusing (olak air) berhampiran tebing bersebelahan dengan tempat mayat pertama (Siti Nur Fatin Izzaty) ditemui," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis, dua beradik terbabit dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama seorang abang kandung dan abang ipar mereka di sungai itu.

Operasi mencari dan menyelamat hari kedua kelmarin menemui mayat Siti Nur Fatin Izzaty tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai itu pada jam 5.10 petang.

Hamatli berkata, mayat Siti Nurrul Amirah, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

"Dengan penemuan mangsa kedua ini, operasi mencari dan menyelamat yang bermula sejak hari kejadian (Khamis) dihentikan hari ini (semalam)," katanya.

Selangor tidak jamin kos guaman penduduk yang ditahan 9 Julai: Khalid Ibrahim

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Selangor tidak jamin kos guaman penduduk yang ditahan 9 Julai: Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak dapat memberi jaminan sama ada akan menanggung kos perundangan bagi penduduk negeri itu yang ditahan pihak berkuasa kerana menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak berani menjanjikan apa-apa berhubung perkara itu kerana bimbang tidak dapat melaksanakannya.

"Kita tidak boleh janji, nanti tidak mampu bantu orang (yang ditahan dalam perhimpunan itu nanti)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Ilmu dan Pesta Buku Negeri Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang mencari jalan bagi menghulurkan bantuan lain kepada penduduk Selangor yang ditahan pada perhimpunan itu nanti. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lapan lelaki berbaju "Bersih" ditahan di Ampang

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Lapan lelaki berbaju "Bersih" ditahan di Ampang

KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi.

Amiruddin berkata, kesemua mereka kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my
 
Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved