Ahad, 26 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

165 barang turun harga

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

165 barang turun harga

KUANTAN- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan daripada 300 barang dikaji, 165 barangan mengalami penurunan harga manakala hanya 135 mengalami peningkatan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil kajian dalam tempoh lima bulan tahun ini membuktikan tidak semua barangan berlaku kenaikan harga seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, masyarakat hanya dihebahkan dengan kenaikan harga barang ekoran peningkatan harga minyak namun mereka tidak dijelaskan tentang barang-barang yang turun harganya.

"Ada kalanya isu kenaikan harga ini dipolitikkan pihak berkepentingan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Peluang Perniagaan Francais Zon Timur di East Coast Mall di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rela sedia tunggu arahan

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Rela sedia tunggu arahan HULU TERENGGANU- Rela bersiap-sedia untuk dikerah bagi mengawal keselamatan sekiranya perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara dijadualkan 9 Julai depan diteruskan.

Ketua Pengarah Rela, Jeneral (Rela) Datuk Mustafa Ibrahim berkata, buat masa ini pihaknya sudah mengarahkan kesemua anggotanya iaitu di Selangor, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

"Kita (Rela) sudahpun bersiap-sedia dan kerahan ini akan dibuat sebaik sahaja menerima arahan selanjutnya daripada kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

"Jika keadaan memerlukan seramai 100 anggota Rela di Selangor dan 100 dari Negeri Sembilan akan dikerah serta-merta ke lokasi perhimpunan Bersih tersebut bagi mengawal keadaan. Selain dua negeri ini, kita juga mendapat sokongan anggota daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kita percaya 3,000 anggota dari tiga negeri berkenaan siap-siaga untuk dikerah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Ulung Ketua Pengarah Rela Malaysia kepada pegawai dan anggota di Pusat Latihan Rela Wilayah Timur (PLRWT) di Kampung Kemat, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kata Mustafa pihaknya menyerahkan perkara berkenaan kepada KDN serta Ketua Polis Negara untuk tindakan selanjutnya serta bentuk tugasan yang akan dilaksanakan anggotanya sekiranya perhimpunan Bersih tersebut diteruskan jua nanti.

Sebelum itu, pada majlis tersebut beliau menggariskan empat strategi utama di bawah kepimpinannya iaitu penyusunan semula platun, pembangunan modal insan, Rela sebagai wakil dan kebajikan anggota.

Katanya, platun berkonsepkan 1Malaysia juga akan diperkenalkan dengan menggabungkan keanggotaan daripada pelbagai kaum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terkilan hebahan palsu

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Terkilan hebahan palsu KULAIJAYA – Saudara-mara dan rakan terdekat enam mangsa yang terbabit dalam nahas kemalangan lebuh raya yang menyebabkan empat maut, di sini kelmarin terkilan apabila terdapat pihak media menghebahkan kematian seorang lagi mangsa yang masih hidup.

Salah seorang rakan terdekat keluarga itu, berkata, mereka terkejut apabila menerima berita kematian salah seorang rakan mereka yang masih hidup dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

"Mangsa yang dikatakan meninggal dunia kini berada dalam keadaan stabil dan bakal menjalani pembedahan di bahagian kakinya yang patah pada hari ini (semalam).

"Malah ketika tiba di hospital dia masih sedar dan boleh menandatangani surat prosedur pembedahan.

"Kami berasa amat terkilan apabila terdapat pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya kerana sepatutnya orang ramai mendoakan mengenai keselamatannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama ahli keluarga mangsa di Rumah Mayat Hospital Kulaijaya, di sini bagi menuntut mayat keempat-empat mangsa kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Dalam pada itu katanya, tiga daripada mayat nahas kemalangan itu akan disemadikan di pusat persemadian Persatuan Hai Nam, Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini, selepas kesemua mayat selesai dituntut dari pihak hospital.

Manakala mayat Fong Kum King akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk disemadikan berhampiran lokasi kediaman anak-anaknya yang menetap di sana.

Terdahulu, enam sekeluarga yang sedang dalam perjalanan dari kediaman mereka di Bandar Putra, di sini untuk ke Melaka terbabit dalam nahas lebuh raya sehingga menyebabkan empat terkorban, kelmarin.

Nahas itu turut menyebabkan kanak-kanak dua tahun maut setelah tercampak keluar dari kereta jenis Nissan Grand Livina yang dipandu datuknya manakala dua lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Cinta tidak meminta syarat

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perbahasan mengenai kepentingan bahasa Inggeris masih berlangsung. Pada masa yang sama, kita mendengar keluhan tentang kejatuhan penggunaan bahasa Melayu. Alangkah anehnya, setelah berpuluh-puluh tahun kita mencapai kemerdekaan, masalah ini masih mengganggu ketenteraman hidup.

Setiap orang pasti ada jawapannya yang tersendiri persoalan ini. Saya sendiri turut memperoleh jawapan, dan jawapan saya belum tentu dipersetujui ramai. Slogan persendirian saya ialah 'Cintai bahasa Melayu, hargai bahasa Inggeris'.

Apakah makna slogan di atas? Tentulah maknanya terbuka pada tafsiran. Saya selalu membayangkan bahawa cinta tidak meminta syarat. Jadi, janganlah kita katakan bahawa cinta kita berdasarkan ilmu, ekonomi dan perpaduan. Jika kita katakan kita mencintai bahasa Melayu kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu, atau bahasa untuk kegiatan ekonomi, atau demi perpaduan antara kaum, cinta kita tidak tulen. Bahasa Melayu dicintai kerana bahasa ini bahasa kita, samalah dengan kita mencintai keluarga kita. Janganlah isteri meluahkan rasa cinta dengan kata-kata ini: "Mira cinta kepada abang kerana kedudukan ekonomi abang yang kukuh!"

Baru-baru dua anak muda memberitahu saya mereka akan mempelajari bahasa Inggeris di sebuah institusi. Bayarankursus itu ialah lima ribu ringgit (RM5,000) untuk dua bulan. Mereka meminta keizinan dan wang yuran daripada bapa masing-masing, dan salah seorang daripada mereka mendapat keizinan dan wang, manakala seorang lagi mendapat keizinan, tetapi gagal mendapatkan wang yuran.

Remaja yang gagal memperoleh wang terpaksa menangguhkan kursus, dan berazam menghimpun wang sebanyak itu demi bahasa Inggeris.

Anak-anak muda itu tidak tertarik dengan perjuangan bahasa Melayu. Daripada perbualan saya dengan mereka, ternyata bahawa mereka mengutamakan ekonomi dalam kehidupan. Bagi anak muda ini, mereka yang bergaji tinggi itu berkebolehan berbahasa Inggeris dengan baik. Jadi, berkelulusan universiti tanpa kebolehan berbahasa Inggeris dengan baik belum menjamin masa depan yang gemilang.

Dalam keadaan seperti di atas, tidak mungkin kita mempengaruhi mereka untuk menghargai bahasa Melayu, dan mengetepikan bahasa Inggeris. Bahkan, kita mendapati, sebarang tindakan mencadangkan agar rakyat Malaysia memberikan tumpuan kepada bahasa Melayu, dan memperkecil pejuang bahasa Inggeris akan dipandang rendah.

Norhashimah Jalaluddin misalnya, mengatakan kumpulan yang memperjuangkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) 'could be considered as lacking in patriotism towards the national language.' (New Straits Times, 26 April 2011). Kenyataannya ditentang oleh sejumlah penulis lain.

Perkara utama timbul di fikiran saya ialah kemahiran Norhashimah menggunakan bahasa Inggeris dalam makalah berkenaan. Beliau memperjuangkan bahasa Melayu melalui penulisan dalam Inggeris.

Golongan pejuang bahasa Melayu, sebahagiannya amat berkebolehan berbahasa Inggeris. Ramai rakyat Malaysia ada yang tidak tahu Prof Muhammad Haji Salleh, Datuk A Samad Said, Prof Nik Safiah Karim, Prof Asmah Haji Omar, Datuk Hassan Ahmad dan beratus-ratus lagi pejuang dan sarjana bahasa Melayu, adalah tokoh-tokoh yang mahir berbahasa Inggeris. Lantaran terlalu menekankan pentingnya bahasa Melayu dihayati, mereka seakan-akan membayangkan bahawa mereka bukanlah contoh yang baik.

Implikasi perjuangan mereka ialah contoh yang baik ialah sesiapa yang mencintai bahasa Melayu, dan mengejek bahasa Inggeris. Saya ingin memberikan penegasan di sini, ikutilah jejak mereka, belajarlah bahasa Inggeris setinggi-tingginya, termasuk ilmu stail (stilistika) dan nahu (tatabahasa), kerana kebagusan dalam bahasa Inggeris akan menjadikan anda pelapis Muhammad, Samad, Nik Safiah, Asmah dan Hassan.

Cintai bahasa Melayu, hargai bahasa Inggeris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekal ‘Musyawarah Ala Malaysia’

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pagi Khamis saya mendengar pidato Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Malaysian Politics: Should It Also Transform With The Economic Transformation? anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara bersama 600 orang tetamu tua muda. Sungguhpun baru saja pulih, baru sangat keluar dari hospital dia kelihatan segar, riang; percakapannya terang dan petah di selangi dengan humor, sindiran, jenaka sepanjang persembahan termasuk masa soal jawab. Ketokohan dan kemampuan Dr Mahathir berusia lewat 80-an amat mengkagumkan.

Memori, minda, fikiran dan gurau sendanya seperti biasa. Saya bersimpati dengan siapa yang akan menjadi 'sasarannya' selepas pilihan raya umum ke 13. Bagi mengelakkannya UMNO-BN mesti menang dengan majoriti lebih besar di peringkat parlimen dan dua negeri kembali ke pangkuan UMNO-BN yakni keputusan yang lebih afiat dari Badawi pada 8 Mac 2008. Kalau tidak sejarah akan berulang! Saya rasa UMNO-BN mampu kalau kena strategi dan taktik. Juga andainya kepimpinan parti dan kerajaan tidak di 'out flankkan' oleh Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, Hadi-Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Pada pendapat saya Dr Mahathir yang berucap tanpa nota, tanpa raptai, kurang bersetuju dengan 'tranformasi' (the Government Transformation Plan (GTP)) juga dengan 'the Economic Transformation Plan (ETP). Kita harus teruskan tegasnya dengan dasar konsensus, permuafakatan yang telah memberi kita kejayaan semenjak kemerdekaan; satu masa pertumbuhan ekonomi kita 10 peratus setahun hingga kita dijolokkan sebagai satu antara 'Asian Tigers' zaman 1970-1990an. Kita sukses kerana kerajaan kuat, kepimpinan bersatu dan berani di bawah Tun Razak dan Dr Mahathir. Kedua-dua tegas dan bervisi. Polisi mereka tidak berubah-ubah, tiada U-turn! Benar situasi zaman itu memihak pada kita.

Walaupun satu ketika Dr Mahathir dituduh oleh pemimpin-pemimpin Singapura sebagai 'Pelampau Melayu' dan seperti biasa gemanya diulangi oleh orang Melayu sendiri seperti sekarang orang lain kata Melayu rasis, Melayu pula berlumba membuat kenyataan.

Sebenarnya Dr Mahathir seorang realis atau pengamal realpolitik. Dasar Ekonomi Baru (DEB), legasi Tun Razak, jelas Dr Mahathir, 'berjaya' tanpa dana atau bantuan luar. Bukan Pribumi terus lebih makmur dari sebelum DEB! Malaysia sukses, rakyat senang kalau pun semua tidak makmur dan negara kini terbilang berpendapatan separa tinggi.Malaysia dari dahulu hingga sekarang menjadi 'magnet' hingga terus dibanjiri pendatang haram atau dengan izin – Awang Hitam atau lain yang berjumlah berjuta-juta. Jika dasar 'Musyawarah ala Malaysia' buruk dan negatif masakan kita antara satu 'harimau ekonomi' di rantau ASEAN? Kita terus menarik pendatang dari Afrika, Amerika Selatan, Rusia, Arab dan paling meningkat sekali bilangannya dari Iran!

Bekas Perdana Menteri menggesa kita perlu segera tukar 'mindset', minda, pendekatan; gugur sikap dan tabii negatif kalau tidak mahu terus dipinggir dan ketinggalan. Semenjak dua dekad lalu Malaysia telah pun ditransformasikan melalui Multimedia Super Corridor. Malangnya kemajuan koridor tergendala sebab krisis kewangan 1997-98 juga pergolakan merebut kepimpinan dalam UMNO. Apa pun kita terus berkembang dan membangun tanpa meminta sedekah dari IMF (Dana Wang Antarabangsa) dan amat terperanjat memenangi pilihan raya umum waktu itu hingga sekarang. Satu dekad selepas krisis kewangan Asia dan kemelut kewangan merosot 2008, Malaysia, saya kira, sudah pulih, mempunyai kapasiti untuk mara ke arah mencapai status negara Dunia Pertama seperti yang diharap-harapkan sembilan tahun lagi. Boleh atau gagal kita mencapai matlamat itu terpulang pada kita dan 'political will' atau iltizam politik dan peribadi serta personaliti Perdana Menteri Najib Razak atau siapa selepasnya.

Pelbagai jenis demokrasi wujud. Biar sahaja kita bicara tentang 'liberal democracy' yang diamal di Barat dan Amerika Syarikat (AS), demokrasi ala kita; ala Singapura dan demokrasi cara Beijing. Terang Dr Mahathir pilihan raya di bawah liberal demokrasi cerewet. Kerajaan yang terlampau demokratik dan keterlaluan liberal lazimnya sukar melakukan pembangunan dan membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat maka dia mencadangkan kalau kita mahu ubah juga sistem kerajaan kita ilhamkan satu sistem campuran antara sistem demokrasi Amerika dan sistem pemerintahan komunis China yang telah membukti dan memberi hasil yang amat baik, cepat mencapai pembangunan ekonomi yang menakjubkan.

Saya juga tidak lihat sistem kita lapuk. Apa yang kelihatan ialah kepimpinan, parti dan kerajaan yang daif pada setengah rakyat. Selain dari Najib siapa yang rakyat lihat ke sana ke mari menemui pengundi dan berinteraksi dengan bakal pemilih? Mungkin juga ramai yang berbuat demikian tetapi tidak mendapat tempat dalam media! Untuk kita pantas mencapai apa yang dihajati pilihan kita tiada lain daripada menerima demokrasi ala Beijing.

Seperti Dr Mahathir saya belum lagi putus asa dengan kerenah orang kita. Melayani atau sebaliknya ragam, tingkah laku orang Melayu perlu kebijaksanaan: antara menghulur 'carrot' (lobak merah) dan mengguna 'big stick' atau rotan yakni menawar mereka harapan mendapat ganjaran (carrot) atau ancaman dirotan! Kita perlukan pemimpin seperti Erdogan yang sungguhpun popular, dihormati juga ditakuti! Orang Melayu kalau mahu mendorong mereka ke tahap yang lebih tinggi mereka harus diperlakukan sebagai anak-anak! Mereka mesti bekerja dan belajar bersungguh-sungguh, tekun dan rajin dan produktif kalau tidak mereka akan dirotan atau paha mereka dicubit.

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir GTP dan ETP pun tidak begitu perlu selain sekadar membaiki DEB, memperelokkan good governance, kaedah atau metode yang lebih telus, cekap, bersih dan adil. Yang berkesan dalil dan perbuatan bukan janji atau retorik.

Tanpa pendidikan yang wajar, persediaan yang cukup baik lupakanlah sahaja impian mencapai status negara maju. Sebelum itu berlaku kita mesti mempunyai ramai bilangan modal insan yang berbakat, yang berkualiti tinggi untuk mengepalai penyelidikan, inovasi, transformasi dalam kepimpinan politik, perkhidmatan awam, di universiti, sektor ekonomi, korporat, bisnes dan industri. Hanya melalui penyertaan dan kepimpinan mereka, reformasi, transformasi dalam apa bidang pun akan zahir: lahir, batin dan minda.

Kalau kita miskin bakat yang kritikal, bebas, berani, mempunyai intellectual curiosity yang fleksibel dan praktikal; yang petah berkomunikasi kita akan gagal. Negara kita akan terus berada di tebing atau tepian tanpa dapat menyeberangi sungai yang melintang luas di hadapan kita.

Suka duka kita mesti menguasai Bahasa Inggeris untuk mencapai matlamat kita. Boleh kah kita mewujudkan kembali sekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris?

Kini pun kita sudah ada sekolah antarabangsa, sekolah private atau swasta yang bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris, kita juga ada sekolah kebangsaan jenis Cina, jenis Tamil apa lah lagi sekolah kebangsaan tulen. Kenapa tidak wujud sekolah kebangsaan jenis Inggeris dan Arab?

Berilah ibu bapa memilih aliran mana yang mereka mahu syaratnya mata pelajaran Melayu dan kesusasteraan Melayu wajib dipelajari di semua sekolah. Zaman saya dulu kalau tidak lulus Bahasa Inggeris kita tidak akan dapat sijil. Kenapa kita tidak wajibkan kelulusan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebelum mendapat sijil atau tanpa kedua tidak layak ke universiti?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis: Polis

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis: Polis

KEPALA BATAS - Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini.

Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan haram digerak oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa: Najib

Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT

Perhimpunan haram digerak oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa: Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional," katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, hari ini.

"Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya.

Beliau berkata, jika mereka mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru hara di dalam negara.

"Kalau negara kita huru-hara, mereka akan dipertanggungjawabkan. (Negara) ada undang-undang. Kita hendak jaga kepentingan rakyat negara kita, bukanlah kepentingan orang yang "sesangat-sangat' hendak kuasa politik, tidak sabar-sabar lagi," katanya dengan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

Sabtu, 25 Jun 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna

Pakatan Rakyat 3 state targets in next general elections

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Pakatan Rakyat 3 state targets in next general elections

Pakatan Rakyat has three targets for the states in the next general elections, viz:

To retain the four Pakatan Rakyat states of Penang, Kedah, Selangor and Kelantan;

To win back Perak state government which was illegally, unconstitutionally and undemocratically robbed from the people and the Pakatan Rakyat; and

To form the state government in the six states of Negri Sembilan, Johore, Malacca, Pahang, Terengganu and Perlis.

The forthcoming 13th General Election will be the battle of the century as at stake will not only be the state governments of all the 11 states in Peninsular Malaysia but federal power in Putrajaya as well.

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is fully aware of the highest stakes involved in the next general elections, which is why he is so indecisive on the dates for the national polls, setting off repeated speculations as to when the next general elections would be held.

I think we can rule out the possibility of general elections in the third quarter of this year. The next general elections will be either at the end of this year or next year.

The 13th General Elections will be unprecedented, as it will be the first general election in the nation's history where the ruling coalition, Barisan Nasional under UMNO hegemony, will be facing a life-and-death battle.

In the last 12 general elections from 1959 to 2008, UMNO and the ruling coalition had gone into the hustings with supreme confidence, not only about retaining power but doing so with a great margin of victory.

In fact, there was not a single general election in the past five decades where UMNO had not contested with supreme confidence that it would be able to win power with comfortable two-thirds parliamentary majority.

Until the 308 "political tsunami" of the 2008 general elections when UMNO and Barisan Nasional suffered their worst electoral debacle, losing two-thirds parliamentary majority and clinging precariously to power thanks to the two "fixed deposit" states of Sabah and Sarawak.

Umno and BN will be fighting a "life-and-death" battle in the 13th General Election, not just about whether they can regain two-thirds parliamentary majority lost in 2008, but whether they could be returned to power or would have to occupy the Opposition benches for the first time in their experience.

This is why Najib reminded the Selayang UMNO division today that in a general election there is no such term as runner-up like in other contests, as either UMNO and BN retain power in Putrajaya or they are relegated to the Opposition benches.

This applies to the state elections and the state governments as well.

This is probably the reason why the UMNO and BN leaders are so panicky about the Bersih 2.0 peaceful rally on July 9 for fair, free and clean elections for they fear that Bersih 2.0 will be even more successful manifold than the first Bersih rally in 2007.

Najib is fully aware that a 5% swing in votes in the next general election as compared to the 2008 general election will see a Pakatan Rakyat government in Putrajaya and UMNO and Barisan Nasional taking their places in the parliamentary opposition benches. The same odds apply for the state elections as well.

However, Najib and his election strategists should realise that if the BN government decides to resort to high-handed, repressive and undemocratic measures to use the police to crack down on the peaceful Berish 2.0 rally for free, fair and clean general elections, they may be creating the very conditions which would ensure a 5% swing against UMNO and BN in the next general election – setting the stage for a change of federal power in Putrajaya for the first time in the nation's history.

Dipetik daripada blog Lim Kit Siang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0?

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Khairy bersedia memakai baju kuning Bersih 2.0?

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat perlu melonjakkan namanya menjelang pilihanraya ke 13 untuk dilihat sebagai hero.

Oleh sehubungan itu, tindakannya untuk membantah perhimpunan Bersih 9 Julai kelak dikatakan hanyalah sebahagian dari agendanya untuk meningkatkan populariti.

Penasihat Majlis Tindakan Pas DUN Paka, Saiful Bahari dalam blognya berkata, semasa berlangsungnya Bersih 1, sudah ada cubaan Pemuda UMNO untuk menghalang, tetapi hanya segelintir yang hadir.

"Kali ini Khairy sekali lagi nak tunjuk hebat. Sanggup ke pemuda UMNO membela keadilan bersama rakyat? Sanggup ke Pemuda nak hirup gas, dihentam belantan, diheret polis, ditendang, dipukul, dilokap demi perjuangan bersama denyut nadi rakyat atau Pemuda sendiri sanggup menghentam rakyatnya sendiri.

"Kalau dilihat beberapa blog UMNO sendiri, didapati mereka tidak menyokong tindakan Khairy bahkan banyak blog yang mengutuk tindakan beliau itu.

"Apapun pihak kami mengucapkan terimakasih kepada Khairy jika beliau meneruskan perhimpunan beliau itu pada tarikh yang sama. Paling kurang rakyat boleh lihat sejauh-mana kekuatan dan bilangan pendokong pemuda UMNO sendiri kepada kepimpinan beliau.

"Rakyat juga nak tengok ketelusan pihak polis. Kalau mereka menangkap pimpinan penganjur Bersih 2.0 termasuk pimpinan pembangkang, adakah mereka juga menangkap kepimpinan Pemuda UMNO & Perkasa yang juga mengadakan perhimpunan haram?

"Diharap lebih baik Khairy memakai baju kuning Bersih 2.0 bersama dengan perhimpunan rakyat. Ketua Pemuda Pas pun sudah offer agar beliau bersama," katanya.

Sumber dari blog, Saiful Bahari

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

SH

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Selit gambar lucah cubaan cetus kemarahan Melayu

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

Selit gambar lucah cubaan cetus kemarahan Melayu GEORETOWN - Tindakan provokasi individu yang menyelitkan gambar lucah di dalam 11 naskhah Yasin di masjid negeri di sini terus dikecam pelbagai pihak.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yussof Latif berkata, tindakan itu sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Melayu selain cuba menimbulkan syak yang boleh menyebabkan perpecahan.

Yussof berkata, tindakan itu juga adalah satu penghinaan kepada institusi masjid yang secara umumnya tahu ia adalah tempat orang Islam beribadat.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, kerana selama ini rakyat hidup dengan aman damai. Jenayah seperti ini, boleh dianggap sebagai satu pencabulan keharmonian rakyat negara ini.

"Kita tidak tahu sama ada perkara ini dibuat oleh orang Islam sendiri atau orang lain namun ia merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab dan berdosa besar kerana mencemarkan kesucian masjid," katanya ketika ditemui media di sini, semalam.

Justeru, Yussof meminta polis segera menjalankan siasatan dan memberkas pihak yang bertanggungjawab serta mengenakan hukuman setimpal.

Menurutnya, beliau tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang sengaja memainkan sentimen agama tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

"Jangan jadikan Islam sebagai mangsa untuk menjayakan sesuatu agenda yang tidak bermaruah dan tidak takut dengan azab dan kemurkaan Allah. Islam adalah agama yang suci dan agama yang dipelihara oleh Allah," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan penemuan gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah Yasin di masjid negeri di sini.

Gambar lucah yang memaparkan pelbagai aksi ranjang pasangan luar negara itu ditemui di dalam naskhah yang diletakkan berdekatan pintu masuk masjid oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya.

20,000 sedia sekat Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

20,000 sedia sekat Bersih 2.0 SHAH ALAM – Seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai Perhimpunan Aman Patriot pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara 'The Silent Majority' yang menentang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada tarikh sama.

"Tindakan kami bukan menentang PDRM (Polis Diraja Malaysia) tetapi berniat membantu PDRM kerana kita takut pada hari tersebut 'puak' itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.

"Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat (PR) yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat zalim, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, kelmarin.

Ungku Salleh berkata, PPNUS juga kesal kerana Bersih akan mempergunakan anak kecil, ibu mengandung dan sebagainya untuk menghindarkan pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap mereka.

Beliau berkata, Pemuda UMNO Selangor sudah lama bersabar melihat, taktik kotor dan persepsi buruk Bersih terhadap Kerajaan Pusat, jadi sekiranya pertembungan pada hari tersebut beliau tidak dapat menghalangnya.

"Kami ingin beri amaran kepada Bersih, Pemuda UMNO tidak boleh halang kalau ahli hendak sama-sama berarak. Ini bukan amaran retorik tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya mereka memulakan perarakan kita akan bertembung.

"Pemuda UMNO bersama NGO yang sayangkan keamanan tidak akan membiarkan perkara ini berulang sekali lagi (seperti berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-12). Kami nekad akan menentang apa-apa perarakan yang akan menimbulkan kekacauan di ibu kota pada 9 Julai ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya..

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved