Sabtu, 8 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Wanita dibelasah sebelum mati dibunuh suami

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Wanita dibelasah sebelum mati dibunuh suami

HULU BERNAM - Seorang wanita dibelasah sebelum dibunuh oleh suaminya di kuarters pejabat haiwan, dekat sini, awal pagi tadi.

Anak sulung mangsa K Sharendra,24, berkata, ayahnya mabuk dan membelasah ibunya sampai mati dalam kejadian berlaku yang pada 11.30 semalam.

Menurut sharendra, ketika kejadian ayah, ibu, mkcik, nenek dan adik bongsunya,11, berada di rumah.

Ayahnya, G Krishnan, 58, dalam keadaan mabuk mula marah-marah namun keadaan reda seketika.

Sharendra kemudiannya keluar dari rumah dan hanya balik pagi tadi.

Menurutnya, pada malam itu pertelingkahan berterusan sehingga mengundang kematian.

Mangsa, S. Gurmeet Kaur,41, dibelasah termasuk makciknya.

Selepas kejadian suami mangsa tertidur dan sedar pada paginya dan mengangkat isterinya ke katil.

Mangsa lebam, bengkak di muka, bibir dan badan. Ayah Sharendra ditahan bersama makcik yang lebam- lebam.-SH Selangor/ Hulu Selangor

Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Kuala Muda

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Kuala Muda

PENAGA - Salah seorang mangsa yang hilang ketika mandi di Sungai Kuala Muda petang kelmarin akhirnya ditemui lemas.

Mayat Mohd Hafiz Mustafa,13, ditemui satu kilometer dari tempat dia mandi manda bersama 14 rakannya sebelum tenggelam dan hilang oleh JPAM yang turut serta dalam gerakan mencari.

Mayat ditemui terapung berdekatan tapak mengorek pasir jam 10.30 pagi semalam.

Bagaimanapun rakannya yang turut hilang dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu Mohd Harraz Bukhori,13, masih belum ditemui.

Gerakan mencari masih diteruskan bersama bomba, JPAM, maritin, polis dan nelayan tempatan.
- SH UTR / Othman Yahaya

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved