Ahad, 30 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Bayi ketujuh bilion dilahirkan hari ini?

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bayi ketujuh bilion dilahirkan hari ini?

NEW DELHI - Penduduk di India sedang menanti dengan penuh kegembiraan kelahiran bayi yang akan menjadi penghuni ketujuh bilion dunia, hari ini.

Walaupun agak sukar untuk menjangkakan bila dan di mana penduduk bumi yang ketujuh bilion itu akan dilahirkan, rakyat India percaya bayi itu akan lahir di negara mereka yang kini mempunyai 1.23 bilion penduduk.

"Kami telah mengenal pasti 250 wanita tetapi akan lebih memberi perhatian kepada hanya tujuh daripada mereka yang akan melahirkan bayi di pusat kesihatan di Uttar Pradesh dan kami mengharapkan ianya adalah seorang bayi perempuan," menurut ketua pertubuhan kebajikan kanak-kanak di India, Neelam Singh, semalam.

Uttar Pradesh adalah sebuah negeri di India dengan 200 juta penduduk dan hampir 15,000 bayi dilahirkan di wilayah itu, setiap hari. -Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pencarian mangsa gempa Turki tamat

Posted: 29 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pencarian mangsa gempa Turki tamat

ERCIS - Jumlah korban akibat gempa bumi kuat di Turki, minggu lalu, meningkat kepada 596 orang semalam dan pihak berkuasa memutuskan untuk menamatkan pencarian mangsa terselamat sebaliknya memberi bantuan kepada ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Di Ercis, iaitu bandar paling teruk terjejas selepas gempa 7.2 pada skala Richter melanda Turki, 23 Oktober lalu, beberapa kedai dibuka semula dan bekalan elektrik disalurkan di beberapa kawasan.

Musim sejuk yang bakal bermula meningkatkan lagi kebimbangan sebahagian penduduk Turki yang terpaksa bermalam dalam cuaca sejuk sejak enam malam berturut-turut.

"Lebih 43,000 khemah diedarkan tetapi lebih banyak diperlukan kerana orang ramai menuntut khemah daripada kerajaan walaupun rumah mereka tidak rosak teruk kerana mereka berasa lebih selamat tinggal di dalam khemah," menurut laman sesawang jabatan pengurusan bencana Turki.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved