Khamis, 27 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Australia, Malaysia pertahan perjanjian

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Australia, Malaysia pertahan perjanjian PERTH - Australia dan Malaysia tetap menegaskan komitmen mereka terhadap perjanjian pertukaran pemohon suaka dan pelarian, semalam walaupun ia masih tertangguh berikutan menerima bantahan daripada banyak pihak.

Perkara itu sekali lagi dipersetujui Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan rakan sejawatnya, Julia Gillard semasa mereka mengadakan pertemuan di luar sidang kemuncak Komanwel di Perth.

Di bawah rancangan tersebut yang dimeterai 25 Julai lalu, Canberra akan menghantar 800 pemohon suaka ke Kuala Lumpur dan menerima 4,000 pelarian dari negara itu.

Bagaimanapun, pelan pertukaran tersebut terpaksa ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Australia membantah dan menghalang proses itu kerana mendakwa kumpulan pelarian tersebut tidak dilindungi undang-undang berikutan Malaysia tidak menandatangani konvensyen mengenai pelarian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Gillard mengesahkan kedua-dua pemimpin itu mencapai persetujuan berhubung kepentingan untuk menyelesaikan cabaran dan masalah pelarian yang semakin berleluasa.

Gillard berpendapat perjanjian Australia-Malaysia tersebut sebagai satu langkah berkesan dalam usaha untuk memerangi pemerdagangan manusia.

Wanita itu juga percaya perjanjian tersebut dapat dilaksanakan jika pembangkang bersetuju dengan pindaan undang-undang migrasi.

Dalam satu kenyataan lain, Najib turut menegaskan hanya dengan kerjasama antarabangsa berupaya membanteras masalah pemerdagangan manusia dan eksploitasi terhadap hak asasi kumpulan itu.

"Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, pihak tidak bertanggungjawab akan berterusan mengambil kesempatan sewenang-wenangnya terhadap kumpulan pelarian ini," menurutnya lagi .

Full content generated by Get Full RSS.

Kita tak boleh lawan kuasa alam: Yingluck

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kita tak boleh lawan kuasa alam: Yingluck BANGKOK - Keadaan banjir yang semakin buruk di Bangkok membuktikan kuasa alam sememangnya tidak dapat dilawan dengan mudah walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menangani masalah itu.

Kenyataan tersebut turut dipersetujui Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam yang menyatakan mereka tidak mungkin dapat melawan kuasa alam berikutan tembok sementara yang dibina juga gagal menghalang aliran deras air banjir daripada menenggelamkan hampir keseluruhan ibu negara itu.

"Kita sepatutnya membiarkan air banjir tersebut mengalir ke laut secara semula jadi. Apa yang boleh dilakukan pada masa ini adalah memikirkan cara supaya ia dapat mengalir keluar secara perlahan-lahan kerana jika tidak keadaan akan bertambah buruk," menurutnya.

Yingluck turut menegaskan kerajaan juga perlu merancang pelan pemulihan banjir baru untuk menangani masalah tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa juga bertindak memindahkan penduduk di daerah Sai Mai selepas arahan pemindahan baru dikeluarkan di kawasan Don Muang dan Bang Phlad, kelmarin kerana paras air banjir semakin kritikal di bahagian utara Bangkok tersebut.

Selasa lalu, kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum selama lima hari bermula semalam sehingga 31 Oktober ini di 21 wilayah termasuk Bangkok yang sudah mula ditenggelami banjir.

Ia bertujuan untuk membolehkan penduduk berpindah dan menyelamatkan harta benda mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved