Rabu, 26 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Banduan Turki mengamuk

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Banduan Turki mengamuk VAN - Banduan membakar sebuah penjara di bandar Van, Turki, di mana gempa bumi kuat berlaku, semasa cubaan melepaskan diri selepas satu lagi gempa susulan kuat berlaku, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, ratusan banduan menyerang pengawal penjara menggunakan gunting dan pisau, dua hari selepas 200 tahanan dilaporkan terlepas daripada penjara semasa kekecohan akibat gempa.

"Banduan memulakan kebakaran kerana marah tidak dibenarkan keluar daripada sel masing-masing selepas gempa susulan kuat berlaku," menurut jurucakap kerajaan tempatan.

Media Turki melaporkan, 200 banduan terlepas, Ahad lalu, selepas gempa bumi pertama berkekuatan 7.2 pada skala Richter menyebabkan satu dinding penjara runtuh, tetapi 50 banduan kembali semula ke penjara selepas pulang ke rumah bagi memeriksa keselamatan keluarga mereka.

Sementara itu, seorang wanita berumur 27 tahun diselamatkan selepas tiga hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan, semalam, dan kini masih menerima rawatan di hospital.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam, mendakwa pembinaan bangunan menggunakan bahan tidak bermutu sebagai punca utama angka korban tinggi.

"Turki tidak belajar daripada gempa bumi lalu yang memusnahkan bangunan tidak bermutu," katanya.

Sehingga kini, gempa kuat itu meragut lebih 400 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu yang lain hilang tempat tinggal.

Kes bakar diri ke-10 di Tibet

Posted: 25 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kes bakar diri ke-10 di Tibet

BEIJING - Seorang sami Buddha membakar diri di China, kelmarin, menjadikannya individu ke-10 mengorbankan diri sebagai tanda protes terhadap kawalan keagamaan oleh Beijing.

Menurut kumpulan Free Tibet, insiden terbaru itu berlaku di luar sebuah kuil di Ganzi, wilayah Sichuan, iaitu lokasi di mana lapan daripada sembilan kes membakar diri dilaporkan sejak Mac lalu atas sebab serupa.

Dalam kenyataan menerusi e-mel kelmarin, Free Tibet mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai sami itu termasuk sama ada dia masih hidup selepas kejadian tersebut.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved