Selasa, 25 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


WikiLeaks akan berkubur?

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

WikiLeaks akan berkubur?

LONDON - Pengasas laman pembocor maklumat, WikiLeaks, Julian Assange, kelmarin menyatakan mereka mungkin terpaksa menghentikan kegiatan menerbitkan dokumen rahsia kerajaan untuk mengumpulkan semula dana selepas syarikat kad kredit Amerika Syarikat (AS), Visa dan MasterCard mengenakan sekatan bagi bantuan kewangan terhadap mereka.

Assange berkata, WikiLeaks masih memerlukan AS$3.5 juta (RM11 juta) bagi meneruskan operasinya untuk tahun akan datang.

Syarikat kad kredit, Visa dan MasterCard berhenti menyalurkan dana kepada WikiLeaks pada Disember tahun lalu. selepas AS mengkritik tindakan WikiLeaks membocorkan ribuan maklumat sulit diplomatik yang diperoleh daripada kedutaan negara itu di seluruh dunia.

Dalam tempoh 24 jam sebelum sekatan tersebut, WikiLeaks mendakwa mereka ada menerima dana berjumlah AS$135,000 (RM422,000) tetapi secara purata kini mereka hanya memperoleh AS$9,700 (RM30,300) sebulan.

Assange menyatakan tidak ada alasan yang sah di sisi undang-undang berhubung sekatan tersebut kerana WikiLeaks sendiri telah memberi pulangan hasil sebanyak 95 peratus kepada syarikat itu sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Bayi dua minggu ditemui masih hidup

Posted: 24 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bayi dua minggu ditemui masih hidup Bayi dua minggu ditemui masih hidup

ERCIS - Ia adalah satu keajaiban selepas bayi perempuan berumur dua minggu yang terperangkap selama 48 jam ditemui masih hidup di bawah runtuhan dan berjaya diselamatkan, semalam selepas usaha untuk menyelamatkan lebih ramai mangsa diteruskan pada hari ketiga.

Sehingga kini, angka korban gempa berkekuatan 7.2 skala Richter yang melanda timur Turki, Ahad lalu telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 366 orang dan lebih 1,300 dilaporkan cedera.

Pasukan keselamatan terdiri daripada 3,000 anggota bersama 12 anjing pengesan masih meneruskan usaha menggali untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat di bawah runtuhan lebih 2,260 buah bangunan di sekitar daerah Van berhampiran sempadan Iran itu.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 25 mangsa tertimbus berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan di bandar Ecris, iaitu kawasan paling teruk terjejas selepas bencana tersebut.

Sementara itu, puluhan ribu orang terpaksa berlindung di bawah khemah dan di di dalam kereta kerana khuatir dengan gempa susulan yang dilaporkan beberapa kali menggegar negara tersebut sejak Ahad lalu sehingga ia mencetuskan panik terhadap penduduk.

Agensi kajian gempa bumi tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 213 gempa susulan direkodkan setakat ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved