Ahad, 23 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

1,000 terbunuh gempa kuat di Turki

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

1,000 terbunuh gempa kuat di Turki ANKARA - Hampir 1,000 orang dianggarkan terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda wilayah di timur Turki, semalam, menurut pusat gempa negara itu.

Beberapa jam selepas gempa melanda, Persatuan Bulan Sabit Merah dan kerajaan Turki melaporkan 45 bangunan termasuk pangsapuri dan dormitori runtuh di bandar Van, timur Turki, semalam, selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter itu.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menyelamatkan lebih 50 mangsa tercedera yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Turki terletak di atas garisan sesar bumi dan kerap dilanda gempa bumi serta gegaran harian, dengan dua gempa bumi terkuat dicatatkan pada 1999 yang membunuh lebih 20,000 orang.

‘Kami yang arah tentera AS keluar’

Posted: 22 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Kami yang arah tentera AS keluar' BAGHDAD - Perdana Menteri Iraq, Nouri Al-Maliki, kelmarin, mendedahkan keputusan muktamad untuk mengeluarkan tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu dalam tempoh terdekat dibuat oleh Baghdad, dan bukannya Washington seperti disangka.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan kepada dunia bahawa beliau akan membawa pulang kumpulan akhir 40,000 tentera AS yang masih berada di Iraq, menjelang akhir tahun ini.

"Kami menolak permintaan Pentagon supaya mana-mana askar AS yang masih berada di bumi Iraq pada 2012 diberikan kekebalan daripada sebarang pendakwaan melakukan jenayah dan kami juga berhenti membincangkan isu latihan tentera antara dua negara," menurut Nouri.

Menurutnya, Washington meminta kekebalan itu diberikan kepada askar AS tetapi permintaan itu ditolak Baghdad.

"Dalam perbincangan itu, kami memutuskan tidak akan memberi kekebalan kepada askar AS yang masih berada di Iraq dan kemudian barulah penghantaran pulang tentera negara itu bermula," katanya.

Pada 2008, Iraq dan AS bersetuju bahawa semua tentera AS akan keluar dari negara Teluk itu menjelang akhir tahun ini namun beberapa keganasan terbaru di Iraq menyebabkan tentera AS ingin menempatkan ribuan tentera di negara itu untuk beberapa tahun lagi namun cubaan itu dihalang Baghdad.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved