Khamis, 20 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

Polis bunuh 49 haiwan liar

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Polis bunuh 49 haiwan liar OHIO - Sebanyak 49 ekor haiwan liar, termasuk 18 harimau Bengal yang hampir pupus ditembak mati polis Amerika Syarikat (AS), kelmarin, selepas terlepas dari ladang seorang pemilik, tindakan yang mencetuskan kemarahan banyak pihak dan kecaman terhadap undang-undang pemilikan haiwan liar di negara itu.

Persatuan perlindungan haiwan Born Free USA berkata, individu tidak patut dibenarkan membela haiwan liar dan larangan perlu dibuat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Haiwan termasuk beruang, harimau, singa, serigala dan monyet berkeliaran di jalan raya apabila pemilik ladang, Terry Thompson, 62, membuka pintu kandang di taman haiwan miliknya, Selasa lalu, sebelum dia membunuh diri.

Menurut polis, 49 daripada 56 haiwan ditembak mati untuk melindungi penduduk dan enam lagi ditangkap semula.

Menurut Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), undang-undang pemilikan haiwan yang longgar di AS menyaksikan banyak haiwan liar dibela individu.

‘Tak dapat diselamatkan’

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Tak dapat diselamatkan' BANGKOK -Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam, menegaskan adalah mustahil untuk kerajaan melindungi Bangkok daripada banjir dan mengarahkan pintu air dibuka bagi mengalirkan air banjir ke laut melalui beberapa terusan.

Yingluck yang menggelar banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu sebagai krisis negara turut menggesa semua pihak bersatu membantu kerajaan yang sedang berhempas pulas melindungi ibu negara Thailand daripada ditenggelami air.

"Kita tidak boleh menghalang banjir itu selama-lamanya jadi kerajaan terpaksa membuka pintu air di beberapa kawasan di timur Bangkok untuk membenarkan air mengalir ke laut supaya kesannya lebih minimum," katanya kepada pemberita, semalam.

Sistem penghalang banjir termasuk benteng pasir, terusan dan terowong bawah tanah dibina di sekeliling Bangkok bagi mengelakkan pusat ekonomi Thailand itu terjejas namun banjir dilaporkan berjaya menembusi terusan di satu kawasan pusat bandar itu.

"Air banjir datang dari semua arah dan kami tidak dapat mengawalnya. Kerajaan hanya boleh memberi amaran kepada orang ramai," kata Yingluck, pemimpin yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dua bulan lalu.

Hujan lebat selama tiga bulan di Thailand menyebabkan 320 orang terbunuh sehingga kini dan menjejaskan jutaan penduduk Thailand serta memberi kesan buruk kepada ekonomi negara yang menjadi pusat pengeluaran barangan elektronik dan kereta di Asia Tenggara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved