Isnin, 17 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Banjir surut tetapi krisis belum tamat

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Banjir surut tetapi krisis belum tamat BANGKOK - Banjir semakin surut di ibu negara Thailand, semalam, sekali gus ancaman terhadap Bangkok yang didakwa akan tenggelam akibat banjir terburuk tidak lagi merunsingkan penduduk.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahawa krisis itu masih lagi belum berakhir selepas arahan baru pemindahan penduduk di kawasan perindustrian tertua di wilayah Pathum Thani, utara Bangkok dikeluarkan oleh kerajaan.

Sehingga kini, angka kematian meningkat kepada 307 orang dan pasukan tentera kini sedang berusaha menyelamatkan lebih ramai penduduk yang terperangkap terutamanya di Ayutthaya, iaitu antara kawasan paling teruk terjejas.

Minggu lalu, Bank Pusat Thailand menganggarkan kerugian akibat banjir terburuk tersebut mungkin mencecah 100 bilion baht (RM10 bilion).

Sementara itu, Pusat Operasi Bantuan Banjir, mengarahkan kesemua kilang di Nava Nakorn, di wilayah Pathum Thani supaya menghentikan operasi dan bersedia untuk memindahkan kira-kira 100,000 pekerja mereka.

Jurucakap pusat tersebut, Wim Rungwattanajinda berkata, sebanyak 200 bas dan lori telah disediakan untuk memindahkan pekerja ke pusat pemindahan sementara.

Minggu lalu, sebuah pertubuhan perdagangan di Jepun mengkritik kerajaan Thailand kerana didakwa gagal untuk memberikan maklumat yang tepat berhubung situasi di tengah wilayah Ayutthaya, di mana ratusan kilang termasuk syarikat pembuat barangan elektronik dan dan pembekal alat ganti automotif musnah teruk akibat banjir.

Sekurang-kurangnya empat kawasan perindustrian di negara itu kini ditenggelami banjir selepas benteng pelindung sementara pecah.

Kementerian Buruh melaporkan lebih 260,000 orang kini kehilangan sumber pendapatan dan sebanyak 6,533 perniagaan di seluruh negara turut terjejas.

Pada masa ini, kerajaan telah membina sistem penghalang banjir termasuk tembok, terusan, benteng dan terowong bawah tanah untuk menyalirkan air banjir ke bahagian selatan ke Teluk Siam.

Full content generated by Get Full RSS.

Susilo korbankan Kabinet demi jaga imej?

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Susilo korbankan Kabinet demi jaga imej? Adakah keputusan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merombak Kabinet adalah semata-mata untuk menjaga imej kerajaan yang tercalar akibat skandal rasuah dalam kalangan menteri di negara itu?

Penganalisis berpendapat keputusan Susilo untuk melantik lebih ramai timbalan menteri yang mungkin akan memberi kesan buruk dan menjejaskan kepimpinan sedia ada dilihat terlalu terburu-buru.

Kumpulan ahli politik turut mengecam keputusan Susilo untuk mewujudkan sembilan jawatan timbalan menteri baru iaitu dua daripadanya akan diserap ke dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan di negara tersebut.

Kabinet baru itu yang diumumkan hari ini akan membariskan 19 timbalan menteri dan kerajaan berkemungkinan terpaksa membelanjakan berbilion rupiah untuk membina pejabat baru mereka.

Seorang penganalisis dari Universiti Indonesia, Andrinof Chaniago berkata, walaupun berulang kali presiden menyuarakan kepentingan pembaharuan dalam kerajaan birokratik di negara tersebut, Susilo tetap mengambil risiko dengan mewujudkan jawatan baru yang dilihat akan menyebabkan lebih banyak ketidakcekapan berlaku di bawah pentadbirannya.

Kelmarin, tiga calon timbalan menteri baru mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Susilo di Istana Negara yang terletak di Jakarta.

Walaupun keputusan Susilo menerima bantahan, ada beberapa pihak pula memuji reputasi dan rekod baik kebanyakan calon timbalan menteri baru itu.

Tetapi, jika tiada perbezaan ketara antara tugas timbalan menteri dengan beberapa jawatan lain seperti setiausaha agung dan ketua pengarah, ia hanya akan membazirkan tenaga serta keupayaan mereka yang baru dilantik.

Susilo juga dikritik kerana tidak berani untuk mengubah barisan Kabinet secara drastik selepas beberapa pemimpin di bawah pentadbirannya terlibat dengan skandal perbuatan rasuah yang semakin berleluasa dan meruncing di negara tersebut.

Pada masa ini, 20 daripada 34 menteri dalam Kabinet terdiri daripada ahli politik daripada enam parti gabungan.

Rombakan yang dilakukan itu mungkin akan mencetuskan rasa iri hati dalam kalangan beberapa ahli politik parti gabungan tersebut kerana calon timbalan menteri baru yang dilantik didakwa dipilih berdasarkan kewibawaan dan kecekapan mereka untuk memikul tugas berat pada masa hadapan.

Ini kerana Susilo mahu prestasi kementerian akan bertambah lebih baik tanpa menjejaskan kestabilan politik sedia ada.

Sebagai contoh, Menteri Kewangan, Agus Martowardojo mungkin menjadi sasaran utama rombakan tersebut kerana kegagalan beliau untuk menguruskan perniagaan yang dimiliki Pengerusi parti politik terbesar, Golkar, Aburizal 'Ical' Bakrie.

Susilo perlu menjaga hubungannya dengan Parti Golkar kerana ia dapat memastikan beliau mengekalkan kuasanya dalam tempoh tiga tahun sehingga 2014, di samping untuk 'melindungi' pelbagai skandal melibatkan diri dan keluarganya.

Penganalisis juga berpendapat keputusan Susilo itu adalah sebagai langkah untuk 'menyelamatkan' kerajaan dan strategi beliau sebelum mengundurkan diri sebagai pemimpin negara tersebut.

Sementara itu, Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia (PDI-P) menggesa Susilo untuk lebih berhati-hati dalam memilih calon timbalan menteri yang akan menyertai barisan Kabinet baru tersebut.

Setiausaha Agung PDI-P, Tjahjo Kumolo berkata, Susilo perlu mengambil kira dengan melantik pegawai kanan daripada kementerian berkaitan kerana mereka sudah biasa berhubung skop tugas masing-masing.

"Presiden perlu mengutamakan pegawai kanan untuk dipilih sebagai timbalan menteri. Mereka juga perlu dilantik berdasarkan keperluan dan bukannya untuk menjadi penyelesaian membaik pulih rekod buruk beberapa menteri sebelum ini," menurutnya lagi.

Dalam satu kenyataan, Menteri Perumahan Awam, Suharso Monoarfa meletak jawatan, semalam, sehari sebelum barisan Kabinet baru diumumkan kerana mengalami masalah peribadi.

Susilo menerima keputusan ahli Parti Persatuan Pembangunan (PPP) itu dengan hati terbuka dan berharap beliau dapat menyelesaikan masalahnya kerana rekod menunjukkan beliau telah berkhidmat dengan cemerlang.

"Saya berharap, individu yang dilantik untuk menggantikan Suharso akan meneruskan pencapaian cemerlang beliau," menurutnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved