Ahad, 16 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

‘Ini ujian ALLAH’

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Ini ujian ALLAH' BANGKOK - Komuniti Islam di wilayah Nonthaburi adalah antara paling teruk terjejas selepas banjir besar menenggelami sebahagian daripada Thailand, tetapi jauh sekali untuk merungut, kebanyakan penduduk menganggapnya sebagai cara Tuhan menguji ketahanan mereka.

"Kami anggap ini sebagai ujian ALLAH untuk melihat betapa kuatnya kami dan bagaimana kami mampu mengharungi bencana ini," menurut ketua sebuah kampung di Tha It, Sompol Larnthong kepada akhbar Bangkok Post.

Daerah Tha It di Nonthaburi, wilayah yang terletak bersebelahan dengan Bangkok mempunyai penduduk seramai 14,542 orang dan dikelilingi dua laluan air utama, iaitu Sungai Chao Phraya di timur dan Terusan Bang Bua Thong di utara.

"Semasa banjir tahun lalu, air mencecah paras lutut tetapi kali ini, ia mencecah paras dada di sesetengah tempat," menurut pegawai daerah Tha It, Sawad Thinkham.

Kedalaman banjir itu menyebabkan penduduk Islam di kawasan tersebut tidak dapat mengunjungi masjid yang turut ditenggelami air.

"Banjir ini bukan salah sesiapa. Kami tidak mempersalahkan mana-mana pihak," kata Sompol dan dipersetujui ramai penduduk Tha It, di mana 2,000 rumah di lima kampung terjejas akibat banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di negara itu.

Namun, walaupun penduduk Islam di Thailand menerima bencana itu dengan redha, mereka tetap mengharapkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra.

"Buat masa ini, kami memerlukan kenderaan seperti bot yang boleh membawa orang ramai dari rumah mereka ke tempat kerja dan jika boleh, kami ingin meminta kerajaan membina tembok di sepanjang Sungai Chao Phraya," menurut Sompol.

Sehingga kini, air banjir melumpuhkan empat kawasan industri utama di Thailand sehingga menjejaskan pengeluaran dalam negara dan dijangka memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara itu.

Sementara itu, kerajaan Thailand, semalam, menyuarakan keyakinan bahawa Bangkok tidak akan terjejas teruk selepas benteng penahan banjir dilihat berfungsi dan paras air di bahagian utara mula menurun.

Sistem penghalang banjir termasuk tembok, terusan, benteng dan terowong bawah tanah dibina bagi menghalang air banjir memasuki Bangkok, pusat pentadbiran negara itu yang didiami hampir sembilan juta penduduk.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesir haramkan diskriminasi

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mesir haramkan diskriminasi KAHERAH - Majlis Tertinggi Tentera Mesir yang memerintah negara itu melarang diskriminasi berasaskan kaum, jantina atau agama melalui peraturan baru yang diumumkan, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan selepas pergaduhan kaum antara penunjuk perasaan terdiri daripada penganut agama Kristian dan tentera Mesir yang menyebabkan 25 orang terbunuh, Ahad lalu, iaitu keganasan paling buruk sejak penggulingan bekas presiden Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu.

Di bawah peraturan baru itu, tindakan berupa diskriminasi terhadap seseorang atau kumpulan berdasarkan jantina, kaum, bahasa atau agama akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Individu yang didapati bersalah melakukan diskriminasi terhadap orang lain boleh dipenjara tiga bulan atau didenda sebanyak 100,000 pound Mesir (RM52,350).

Sebelum ini, penunjuk perasaan dan ahli politik mendakwa tentera Mesir bertindak ganas semasa kekacauan minggu lalu itu, sama seperti polis yang berkhidmat di bawah pemerintahan Mubarak.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved