Sabtu, 15 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

Tandas tertinggi

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tandas tertinggi KATHMANDU - Tandas pada kedudukan ketinggian 5,182 meter akan dibina di Gunung Everest.

Tindakan itu diambil selepas kumpulan pencinta alam mendakwa sisa buangan yang terdapat di kawasan tersebut seakan mencacatkan pemandangan.

Pengarah kumpulan pencinta alam, Eco Himal, Phinjo Sherpa berkata, mereka telah menjalankan operasi membersih di sekitar kawasan pergunungan itu tetapi usaha tersebut seakan sia-sia.

"Penyediaan satu atau dua buah tandas termasuk tong sampah lebih besar di kem asas pendaki mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut," katanya lagi.

Hormon estrogen cegah serangan jantung

Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hormon estrogen cegah serangan jantung

LONDON - Mengapa golongan wanita kurang berisiko diserang penyakit jantung? Sekumpulan saintis mendedahkan hormon estrogen yang mengawal ciri-ciri sekunder seks berfungsi sebagai 'pelindung' mereka.

Hasil kajian mendapati hanya seorang daripada tujuh wanita maut akibat serangan jantung berbanding golongan lelaki di Britain.

Penyelidik dari Queen Mary di Universiti London menyatakan hormon estrogen mengandungi bahan kimia semula jadi yang dapat menghalang sel darah daripada melekat pada dinding arteri dan menyebabkan ia tersumbat.

Tetapi, beberapa pakar mendakwa penemuan itu tidak bermaksud ia boleh dijadikan penawar penyakit jantung pada masa ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved