Jumaat, 14 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Komik adiwira Islam contoh baik

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Komik adiwira Islam contoh baik

KUWAIT CITY - Jabbar adalah remaja dari Arab Saudi dikurniakan kekuatan luar biasa. Jami, si genius dari Eropah mempunyai kepakaran untuk mencipta alat serta senjata dan Sami pula dianugerahi deria pendengaran yang melangkaui kebolehan manusia biasa.

Mereka adalah antara watak adiwira di dalam komik The 99, iaitu kumpulan remaja Islam dari seluruh dunia yang memerangi kejahatan.

Idea penghasilan komik itu dicetuskan ahli psikologi Kuwait, Naif Al-Mutawa yang mahu The 99 menjadi watak contoh dan memberi pengaruh positif kepada kanak-kanak Islam.

Tidak seperti adiwira di negara Barat yang melawan musuh dengan pakaian menyolok mata, watak komik ini, terutama wanita, mengenakan kostum sesuai dengan budaya Timur Tengah.

Namun, komik unik ini berhadapan pelbagai cabaran awal termasuk larangan pemasarannya di Arab Saudi. Tetapi semua halangan itu berjaya diharungi dan kini, The 99 dipasarkan di Timur Tengah, India, Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Malah, komik ini juga mungkin dijadikan siri animasi televisyen selepas sebuah syarikat penerbitan Belanda dilihat berminat dengan karya Naif itu.

Dan jangan terkejut kerana :The 99: turut mendapat perhatian Rumah Putih semasa Sidang Keusahawanan, April tahun lalu, apabila Presiden AS, Barack Obama memuji usaha Naif kerana mencipta watak adiwira yang menunjukkan sikap terpuji.

Maklumat lanjut mengenai komik ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.the99.org/.

Full content generated by Get Full RSS.

Strauss-Kahn memang bersalah

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Strauss-Kahn memang bersalah

PARIS - Pendakwa raya Perancis, kelmarin menutup siasatan terhadap dakwaan seorang penulis mengenai cubaan rogol bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn walaupun percaya beliau bersalah atas tuduhan itu.

Menurut pendakwa raya, bukti sedia ada menunjukkan berlaku serangan seksual ke atas Tristane Banon namun pendakwaan tidak boleh diteruskan kerana insiden itu berlaku pada 2003, melangkaui had masa tiga tahun dibenarkan mahkamah Perancis.

Keputusan itu mengakhiri semua dakwaan jenayah ke atas Strauss-Kahn yang terlibat dalam dua skandal serangan seksual sejak Mei lalu.

Strauss-Kahn yang pernah disebut sebagai bakal Presiden Perancis meletak jawatan sebagai pengarah urusan IMF, Mei lalu, selepas polis Amerika Syarikat menahan beliau atas dakwaan cuba merogol pembantu hotel di New York sebelum dakwaan itu digugurkan mahkamah.

Namun Strauss-Kahn, 62, kemudian berhadapan satu lagi tuduhan serupa apabila Banon mendakwa lelaki itu cuba merogolnya semasa sesi wawancara di sebuah pangsapuri di Paris, lapan tahun lalu.

Menurut Banon, dia terpaksa melawan Strauss-Kahn sehingga terjatuh ke atas lantai semasa lelaki itu cuba membuka baju serta merabanya, iaitu tuduhan dinafikan Strauss-Kahn yang kemudian memfailkan saman fitnah terhadap penulis itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved