Khamis, 13 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

Banjir Thailand jejas Asia

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Banjir Thailand jejas Asia BANGKOK - Pengeluar kereta dan barangan elektronik di Asia Tenggara, termasuk 10 syarikat Malaysia terjejas akibat banjir buruk yang kini menenggelami satu pertiga Thailand sehingga memaksa penutupan puluhan kilang pembekal bara-ngan ganti penting di rantau ini.

Syarikat Honda Motor dan Canon menghentikan operasi di kilang-kilang di Thailand manakala syarikat lain, termasuk Nikon, Toyota Motor, Pioneer dan Sony turut melaporkan kerosakan pada kilang mereka di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perdagangan Thailand, Kittirat Na Ranong, semalam, mengakui kemusnahan kawasan pertanian serta perindustrian akibat banjir itu akan menjejaskan ekonomi Thailand.

Kerajaan Thailand kini bertungkus lumus menyiapkan benteng penahan banjir menggunakan beg pasir di Bangkok bagi menghalang banjir terburuk dalam tempoh puluhan tahun itu menjejaskan ibu negara Thailand.

Sehingga kini, 281 orang terbunuh, dua dilaporkan hilang dan lapan juta terjejas apabila banjir besar melanda 61 daripada 76 wilayah di Thailand akibat ribut tropika dan hujan lebat sejak Julai.

Full content generated by Get Full RSS.

Penggodam selebriti ditahan

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Penggodam selebriti ditahan CALIFORNIA - Seorang lelaki Amerika Syarikat ditahan, kelmarin dan didakwa atas 26 kesalahan jenayah siber terhadap selebriti Hollywood selepas pihak berkuasa menjalankan satu operasi khas, Hackerazzi untuk menjejak suspek.

Christopher Chaney, 35, ditahan oleh Biro Siasatan Persekutuan selepas didakwa menyasarkan akaun e-mel peribadi beberapa individu di dalam industri hiburan Hollywood.

Antara mangsa Chaney termasuk pelakon Scarlett Johansson, Mila Kunis dan penyanyi pop terkenal, Christina Aguilera.

Chaney berhadapan hukuman penjara selama 121 tahun jika disabit bersalah atas semua dakwaan itu.        

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved