Rabu, 12 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


AS dakwa Iran cuba bunuh duta Saudi

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

AS dakwa Iran cuba bunuh duta Saudi WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS), kelmarin, menuduh Iran menjadi dalang rancangan untuk membunuh duta Arab Saudi di Washington sekali gus meningkatkan ketegangan antara dua negara Timur Tengah itu.

Pihak berkuasa AS mengumumkan mereka berjaya mematahkan rancangan untuk membunuh duta Arab Saudi, Adel Al-Jubeir oleh dua lelaki yang didakwa mempunyai kaitan dengan kerajaan Iran.

"Seorang daripadanya ditahan bulan lalu manakala seorang lagi suspek dipercayai berada di Iran. Mereka cuba membunuh duta Arab Saudi menggunakan khidmat samseng sindiket penyeludupan dadah dari Mexico," menurut Washington.

Tuduhan tersebut dinafikan sama sekali oleh Iran yang menganggap ianya sebagai percubaan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mengalihkan perhatian dunia daripada protes semakin buruk di AS dan Teheran turut menghantar surat bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai dakwaan liar Washington itu.

Arab Saudi turut menggelar rancangan tersebut sebagai perbuatan keji.

Iran dan Arab Saudi dilihat bersaing untuk menguasai Timur Tengah dan tuduhan AS, iaitu sekutu kuat Arab Saudi tersebut akan menimbulkan masalah serta pertelingkahan antara dua negara Islam itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita malang dipaksa melutut

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Wanita malang dipaksa melutut BEIJING - Gambar penunggang motosikal wanita yang dipaksa melutut di atas jalan selepas melanggar belakang sebuah kereta mendapat perhatian pengguna Internet serta laman blog di China.

Beberapa siri gambar itu menunjukkan wanita tersebut berlutut di sebelah motosikalnya sambil diperhatikan seorang pegawai polis trafik.

Menurut pengguna Internet, wanita tersebut dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta dan walaupun tiada kerosakan besar, pemilik kereta memaksa penunggang itu melutut .

Pengguna Internet di China yang terkejut dengan kejadian itu menggesa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved