Selasa, 11 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full content generated by Get Full RSS.

iPhone 4S pecah rekod

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

iPhone 4S pecah rekod CALIFORNIA - Lebih sejuta orang menempah telefon baru keluaran Apple, iPhone 4S sehingga semalam, iaitu produk yang dilancarkan sehari sebelum kematian pengasas syarikat itu, Steve Jobs.

Tempahan bagi iPhone 4S yang akan berada di pasaran, Jumaat ini, melangkaui rekod tempahan bagi iPhone 4 iaitu 600,000 jualan dalam tempoh sehari.

Semasa dilancarkan, minggu lalu, telefon bimbit pintar tersebut dianggap mengecewakan peminat dan pelabur kerana tiada banyak perubahan berbanding model sebelumnya namun keadaan itu berubah selepas kematian Jobs, Rabu lalu.

"Ramai orang akan membeli iPhone 4S sempena untuk memperingati kematian Jobs," menurut pensyarah pemasaran Universiti San Diego, Steven Osinski.

Britain sekat Internet

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Britain sekat Internet LONDON - Kerajaan Britain mengikuti jejak langkah Turki dengan mengawal akses Internet dalam usaha membantu ibu bapa melindungi anak-anak daripada terdedah kepada bahan lucah yang meruntuhkan moral masyarakat negara itu.

Peraturan baru yang diumumkan Perdana Menteri Britain, David Cameron bertujuan untuk menangani masalah pendedahan melampau kanak-kanak terhadap bahan seksual yang semakin meruncing di negara tersebut.

Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Britain pernah melihat bahan lucah di Internet.

Selain menyekat Internet, Cameron juga menegaskan iklan yang memaparkan model berpakaian seksi dan terlalu agresif tidak akan dibenarkan disiar di papan iklan di seluruh negara.

Kerajaan juga membuka laman sesawang digelar Parentport, di mana ibu bapa boleh mengadu mengenai sebarang program televisyen, produk atau perkhidmatan yang dirasakan tidak sesuai bagi golongan kanak-kanak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved