Sabtu, 1 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Merokok boleh akibatkan buta

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Merokok boleh akibatkan buta

SINGAPURA - Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dan doktor tempatan terhadap 200 perokok berumur antara 14 dan 83 tahun menunjukkan akibat tabiat tidak sihat itu boleh menyebabkan mereka menjadi buta.

Hasil tinjauan mereka mendapati salah satu penyebab penyakit Age-related Macular Degeneration (AMD) yang sering kali menyerang individu berumur 50 tahun ke atas dan mengakibatkan penglihatan menjadi tidak jelas akibat kerosakan pada retina mata adalah disebabkan tabiat merokok.

Kini, lebih 30 juta orang di seluruh dunia menghidap AMD dan jumlahnya dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Selain daripada berhenti merokok, pengambilan diet yang sihat juga dapat mencegah penyakit AMD.

Virus jarang ditemui makin merebak

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Virus jarang ditemui makin merebak

WASHINGTON - Sejenis virus jarang ditemui semakin merebak selepas ia didakwa telah menyebabkan tiga terkorban dan hampir 100 orang di beberapa negara turut dijangkiti wabak itu sejak dua tahun lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan, kelmarin.

Laporan Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit dan Pencegahan AS (CDC) yang diterbitkan oleh Morbidity and Mortality Weekly mendedahkan virus digelar sebagai HEV68 tersebut dipercayai berbahaya kepada kanak-kanak kerana ia akan menyerang sistem saluran pernafasan mereka.

Pada awalnya, pesakit biasanya akan mengalami simptom seperti batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Virus HEV68 tersebut mula ditemui pada 1962 iaitu selepas empat kanak-kanak di California mengalami masalah radang paru-paru.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved